Ismail Sabri Lebih Wajib Jangan Buat2 Lupa Kes Kematian Adib


 
Secara tiba-tiba kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dalam tragedi rusuhan kuil di Subang yang masih belum terungkai muncul kembali menjadi perbualan dalam sehari dua ini.
Ia susulan kenyataan Zuraida Kamaruddin, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komodoti yang mengatakan kes tersebut ditutup buat sementara waktu dan hanya akan dibuka semula sekiranya ada bukti baru diperolehi.
Sehubungan itu, tambah Zuraida, kerajaan kini akan memberi fokus terhadap keperluan keluarga Allahyarham Muhammad Adib.
“Kes mungkin akan dibuka semula sekiranya ada keterangan, maklumat dan bukti baru yang boleh digunakan,” ujar beliau lagi.
Pelbagai pihak, termasuk Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi nyata tidak setuju dengan kenyataan Zuraida itu.
Rata-rata mahukan kes Muhammad Adib diselesaikan melalui usaha mencari siapa yang terlibat dalam kematiannya, seterusnya membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan.
Tiada pilihan lain dalam penyelesaian kes Muhammad Adib ini, jauh sekali untuk menutupnya begitu saja, walau disusuli dengan pelbagai bantuan kepada keluarganya.
Sebenarnya munculnya semula kes itu pada waktu ini, di waktu Ismail Sabri memegang jawatan Perdana Menteri adalah sesuatu yang sangat sesuai untuk mencari kebenaran dan menguji kedudukan beliau bersama kuasa yang ada padanya.
Ini kerana sewaktu beliau menjadi Ketua Pembangkang dulu, kes Muhammad Adib inilah antara yang kuat diratibnya untuk menunjukkan kononnya beliau pembela kematian bekas anggota bomba itu, selain bertujuan untuk memperlekeh kewibawaan kerajaan PH.
Bagi tujuan itu, mari kita singkap balik tulisan di laman FB Ismail Sabri bertarikh 14 Disember 2019 dahulu :-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
APA PERKEMBANGAN KES ADIB? JANGAN BUAT-BUAT LUPA
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Naib Presiden UMNO Malaysia
14 Disember 2019
Telah lebih tiga bulan sejak Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya tahun lepas adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.
Namun apakah susulan daripada keputusan tersebut? Sehingga kini Peguam Negara masih gagal memulakan pendakwaan terhadap suspek malah lebih menjadi tanda soal di manakah keberadaan suspek yang menyebabkan kematian Adib? Mereka dibebaskan atas jaminan pihak polis tetapi di manakah mereka?
Adakah kes ini akhirnya nanti akan terus sunyi dan akhirnya tiada pembelaan? Pihak Peguam Negara juga harus membuat kenyataan kenapa sehingga kini tiada sebarang arahan untuk kes ini dibicarakan?
Justeru, saya mendesak agar kes ini disegerakan agar rakyat tidak terus menganggap ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang mengawal undang-undang negara.
Kes Arwah Adib juga perlu disegerakan bagi membuktikan kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Harapan benar-benar mengamalkan ketelusan dan tidak mengamalkan ‘rule of jungle’.
#bubarparlimen
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dahulu ketika menjadi Ketua Pembangkang, beliau menuntut agar kerajaan bertindak membela kematian Muhammad Adib serta jangan buat-buat lupa mengenainya.


Sekarang beliau adalah Perdana Menteri, semua kuasa dalam tangannya dan Peguam Negara juga dalam kawalannya, maka kita wajib menuntut apa tindakan yang mampu dilakukannya?
Jangan pula buat-buat lupa bila dalam tangan sudah ada kuasa?
Kalau setakat gah bercakap ketika tiada kuasa, tetapi senyap seribu bahasa setelah ada kuasa untuk membela kematian Muhammad Adib ini, baiklah berhenti saja jadi Perdana Menteri.


Kalau kes ini pun tak boleh diselesaikan, usah mimpilah perjuangan lain akan diutamakan. –


 ShahbudinHusin 01/10/2021.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/ismail-sabri-lebih-wajib-jangan-buat2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Barang Kes Sprm Dicuri Mana Suara Ismail Sabri Cergaskah Beliau Sebagai Perdana Menteri

Barang Kes Sprm Dicuri Mana Suara Ismail Sabri Cergaskah Beliau Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 193 hits
Pelbagai pihak telah bersuara dan memberi reaksi berhubung kes tiga pegawai kanan SPRM didakwa mencuri wang tunai berjumlah AS 6 juta atau kira kira RM25 juta yang merupakan bahan bukti siasatan dan menggantikannya dengan wang palsu Wang te...
Selepas 30 Hari Tanpa Kemajuan Sediakah Harungi Lebih 100 Hari Dipimpin Ismail Sabri

Selepas 30 Hari Tanpa Kemajuan Sediakah Harungi Lebih 100 Hari Dipimpin Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 213 hits
SHAHBUDIN HUSINHari ini genap sebulan Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri sejak mengangkat sumpah jawatannya pada 21 Ogos lalu Dengan 30 hari yang sudah berlalu ini bermakna hanya tinggal 70 hari lagi daripada tempoh 100 hari yang d...
Biar Prn Melaka Diadakan Ismail Sabri Jangan Ikut Telunjuk Umno Mahu Ia Ditangguhkan

Biar Prn Melaka Diadakan Ismail Sabri Jangan Ikut Telunjuk Umno Mahu Ia Ditangguhkan

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 231 hits
Kalaulah UMNO itu manusia sah ia kini sedang mengalami kecelaruan jiwa dan perlukan rawatan dengan segera Jika sebelum ini ramai yang menyindir kejatuhan kerajaan negeri Melaka sebagai episod pelik kerana UMNO jatuhkan UMNO kepelikan itu ru...
Bukan Tak Boleh Beli Mainan Tapi Jangan Cepat Mengalah Dengan Anak Baru Dia Lebih Hargai

Bukan Tak Boleh Beli Mainan Tapi Jangan Cepat Mengalah Dengan Anak Baru Dia Lebih Hargai

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 350 hits
Anak kecil memang tidak lepas dari mainan Ke mana sahaja dia pergi jika nampak mainan pasti hendak memilikinya Bagaimana cara nak dapat Itu mengikut kreativiti mereka Ada yang menangis ada yang tantrum dan ada yang minta tanpa tangisan Dise...
Covid 19 11332 Kes Baharu Kelantan Lebih Seribu

Covid 19 11332 Kes Baharu Kelantan Lebih Seribu

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 196 hits
Covid 19 11332 kes baharu Kelantan lebih seribu Sehingga 28 September 2021 Jumlah kes COVID 19 yang dilaporkan adalah 11 332 kes Pecahan setiap negeri Selangor 1 231 Sarawak 2 358 Sabah 965 Johor 1 319 WPKL 240 Kedah 819 Pulau Pinang 895 Ke...
Sinovac Kurang Risiko Kematian Hingga 84 Az Pfizer Lebih 90

Sinovac Kurang Risiko Kematian Hingga 84 Az Pfizer Lebih 90

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 191 hits
Individu yang menerima vaksin lengkap mendapat manfaat maksimum daripada vaksin kata Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal Dr Kalaiarasu Peariasamy KUALA LUMPUR Vaksin Sinovac mampu mengurangkan risiko kematian dalam kalangan pesakit Covi...
Bikin Gaming Lebih Puas Ini Gadget Pintar Andal Yang Wajib Disiapkan Para Gamers

Bikin Gaming Lebih Puas Ini Gadget Pintar Andal Yang Wajib Disiapkan Para Gamers

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 238 hits
Nah biar pengalaman mabar di rumah lebih puas beberapa perangkat andal ini wajib disiapkan para gamers
Dalam Rumah Tangga Jangan Berkira Ada Duit Lebih Dulukan Isteri Anak Baru Berkat

Dalam Rumah Tangga Jangan Berkira Ada Duit Lebih Dulukan Isteri Anak Baru Berkat

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 311 hits
Rezeki duit rezeki anak semua tu rahsia Allah Cuma kita haruslah berusaha dan memohon doa dari Nya tanpa putus asa Mungkin disebalik kesulitan yang kita alami ada lagi orang lain yang lebih susah Perkongsiaan yang sangat bermanfaat dari Abu...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur