Biar Pakar Bebas Nilai Lebuh Raya Baharu Kl Kata Pemimpin Komuniti


 
Kuala Lumpur Northern Dispersal Expressway (KL Node) ialah bahagian akhir bagi projek Jalan Lingkaran Luar Kuala Lumpur. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Seorang pemimpin komuniti menggesa supaya penilaian dan analisis yang telus dan bebas dilakukan bagi cadangan pembinaan lebuh raya Kuala Lumpur utara yang dijadualkan bermula pada 2024.
Dr Rafick Khan Abdul Rahman dari Bukit Antarabangsa berkata, majlis tempatan di Ampang Jaya dan Selayang harus dibenarkan melantik perunding bebas untuk menjalankan penilaian impak sosial, lalu lintas dan alam sekitar.
Katanya, pelbagai penilaian impak sebelum ini tidak dijalankan secara telus dan adil.
“Perunding yang dilantik oleh jurubina biasanya mendapatkan penemuan yang berpihak dengan data yang meragukan dalam laporan mereka hanya untuk menyesuaikan kelulusan untuk projek lebuh raya baharu,” katanya.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Rafick berkata, penilaian impak lalu lintas bagi Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) dijalankan ketika musim perayaan, yang akan menjejaskan penemuan.
Katanya, pihak berkuasa harus menggunakan “prinsip empat mata” semasa proses libat urus dengan pihak berkepentingan.
“Jangan layan penduduk seperti musuh. Bersikap terbuka dan bekerjasama dengan masyarakat,” katanya sambil menambah, penyokong lebuh raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) enggan memberi maklum balas berkaitan apabila diminta.
“Lebuh raya di Lembah Klang selama ini tidak dirancang dengan baik dan ia menjejaskan kualiti hidup kita. Majlis tempatan harus menjadi pengimbang dengan memberi tumpuan kepada isu mikro,” kata Rafick, yang juga bekas doktor tentera.
“Jangan dengan mudah beri mereka (kontraktor) kelonggaran untuk membentuk dan memuktamadkan jajaran, memutuskan reka bentuk lebuh raya dan penggunaan tanah ikut suka mereka.”
Kuala Lumpur Northern Dispersal Expressway (KL Node) ialah bahagian akhir bagi projek Jalan Lingkaran Luar Kuala Lumpur.
Rafick berkata, KL Node mesti disambungkan terus ke EKVE dan lebuh raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (atau lebuh raya Latar), bukannya membenarkan lalu lintas melimpah ke jalan tempatan di titik keluar.
“Jika ini tidak ditangani, kesesakan akan berulang, seperti situasi tujuh lorong di mana jalan keluar Lebuhraya Duke bergabung dengan jalan dan titik keluar ke (kawasan) pembangunan bercampur, bergabung dengan tiga lorong di Jalan Lingkaran Tengah 2,” katanya.
Sementara itu, pakar perancang pengangkutan Wan Agyl Hassan berkata, cadangan lebuh raya untuk menghubungkan koridor timur dan utara Lembah Klang mesti disambungkan dengan stesen pengangkutan awam bagi memberi rakyat lebih banyak mobiliti.
Katanya, tempat letak kenderaan yang cukup juga diperlukan bagi pembangunan berorientasikan transit.
Beliau turut menegaskan bahawa lebuh raya bertol bukanlah penyelesaian penting untuk mengurangkan kesesakan, “memandangkan kita juga bergelut untuk menambah baik pengangkutan awam”.
Jurucakap Coalition against Petaling Jaya Dispersal Link Michael Kum berkata, KL Node mesti direka bentuk dengan lebih “pemikiran mendalam yang diterapkan” dan “bukan hanya garis dangkal yang merentasi kawasan perumahan rakyat dan dengan itu, meningkatkan jejak karbon”. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/08/biar-pakar-bebas-nilai-lebuh-raya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bapa Bunuh Diri Lepas Campak 3 Anak Dari Atas Lebuh Raya

Bapa Bunuh Diri Lepas Campak 3 Anak Dari Atas Lebuh Raya

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 245 hits
Malaysiakini Dua kanak kanak meninggal dunia manakala seorang lagi cedera parah apabila mereka dicampak oleh seorang lelaki dipercayai bapa mereka dari atas Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 di Kepong awal pagi tadi Ketua Polis Sentul Beh Eng La...
Pandemik Jenayah Seks Geng Lebai Bilal Surau Di Penjara 8 Tahun Pendakwa Raya Kata Bilangan Kes Meningkat

Pandemik Jenayah Seks Geng Lebai Bilal Surau Di Penjara 8 Tahun Pendakwa Raya Kata Bilangan Kes Meningkat

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 351 hits
GEORGE TOWN bilal surau sentenced 8 years jail for sexual assault 12 yr oldA f A n 29 convicted of molesting boy forcing boy to perform oral sexsections 14 and 15 of Sexual Offences Against Children Act 2017 Sessions judge Mazdi said case b...
Dakwaan Najib Terhadap Hakim Nazlan Terdesak Tidak Berasas Kata Pendakwa Raya

Dakwaan Najib Terhadap Hakim Nazlan Terdesak Tidak Berasas Kata Pendakwa Raya

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 298 hits
Pendakwaan berkata dakwaan itu boleh dibangkitkan ketika perbicaraan namun bekas perdana menteri itu tidak berbuat demikian kerana isu tersebut adalah tidak sah Pihak pendakwaan mendakwa Najib Razak melakukan percubaan yang terdesak untuk m...
Mahu Beli Model Iphone Baharu Pakar Ini Kongsi 10 Langkah Mudah Jaga Duit

Mahu Beli Model Iphone Baharu Pakar Ini Kongsi 10 Langkah Mudah Jaga Duit

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 242 hits
FAZLI RADZIBukan sedikit orang yang tidak tahu menjaga duit dimiliknya contohnya sanggup membeli model iPhone baharu walaupun jumlah wang tunai di akaun banknya tidak sebanyak harga telefon itu Pakar kewangan Faiz menerusi saluran Youtube b...
Kerjasama Dengan Umno Tiada Yang Mustahil Kata Pemimpin Dap

Kerjasama Dengan Umno Tiada Yang Mustahil Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 353 hits
Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook tidak menolak kemungkinan partinya menjalin kerjasama dengan Umno kerana segalanya mungkin dalam politik katanya Bagaimanapun sebarang kerjasama hanya akan berlaku selepas pilihan raya umum seterusnya Lok...
Pemimpin Pas Umno Masih Teruskan Kerjasama Kata Takiyuddin

Pemimpin Pas Umno Masih Teruskan Kerjasama Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 259 hits
Takiyuddin Hassan berkata PAS akan terus berusaha untuk mempertahankan MN demi perpaduan ummah dan penyatuan nasional PETALING JAYA Kerjasama antara pemimpin PAS dan Umno masih diteruskan walaupun pemimpin Umno menganggap hubungan kedua dua...
Peruncit Akan Rugi Besar Dengan Harga Siling Baharu Kata Bos Mydin

Peruncit Akan Rugi Besar Dengan Harga Siling Baharu Kata Bos Mydin

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 186 hits
freemalaysiatoday com August 2 2022 11 29 AMKerajaan semalam mengumumkan harga minyak masak dalam botol 5kg akan dihadkan kepada RM34 70 mulai 8 Ogos ini PETALING JAYA Bos sebuah rangkaian pasar raya besar utama bimbang peruncit akan mengal...
Tukar Peguam Tangguh Bicara Bercanggah Kaedah Amalan Guaman Kata Haniff

Tukar Peguam Tangguh Bicara Bercanggah Kaedah Amalan Guaman Kata Haniff

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 193 hits
Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata perkara itu terkandung dalam Peraturan Majlis Peguam dan Kaedah Profesion Undang Undang 1978 digubal mengikut Akta Profesion Undang Undang 1976 PETALING JAYA Strategi menukar peguam semata mata untuk me...
Inilah Doktor Ketuai Bedah Siasat Zara Qairina Rupanya Bukan Calang Calang

Best Healthy Breakfast Recipe With Eggs

Terengganu Lelaki 79 Tahun Direman Disyaki Bakar Rumah Isteri Kedua

Bila Beruk Pun Rajin Menyapa

Masak Kicap Sotong Dan Kes Jenayah

Jay Idzes Pilih Sassuolo Babak Baru Karier Sang Kapten Venezia

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Bursa Efek Indonesia Kalbar Bidik 100 Galeri Investasi Sekolah Pada 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kucing Bernama Dak Jasmine

13 Golongan Yang Kencingnya Menyebabkan Solat Tidak Sah

7 Produk Xdr Yang Popular Dan Dipercayai Tahun 2025

Printing Kotak Packaging Custom Pilihan Terbaik Untuk Bisnes Kecil Sederhana

Bayam Merah

A Soft Wrap With Substance Why Fitbakes Is Gaining Fans Beyond Keto