Peruncit Akan Rugi Besar Dengan Harga Siling Baharu Kata Bos Mydin


freemalaysiatoday.com
Robin Augustin
-August 2, 2022 11:29 AM

Kerajaan semalam mengumumkan harga minyak masak dalam botol 5kg akan dihadkan kepada RM34.70 mulai 8 Ogos ini.
PETALING JAYA: Bos sebuah rangkaian pasar raya besar utama bimbang peruncit akan mengalami kerugian besar disebabkan harga siling baharu minyak masak dalam botol 5kg.

Ameer Ali Mydin berkata, pasar raya besar, contohnya, tidak akan dapat menjual stok sedia ada sebelum harga siling baharu RM34.70 bermula 8 Ogos ini.

“Bagi barangan yang mempunyai jangka hayat simpan lebih lama, seperti minyak masak atau sos, kami mempunyai simpan stok kira-kira sebulan di gudang dan kedai kami,” kata pengarah urusan Mydin itu kepada FMT.

“Bukan seperti ayam atau tomato yang bekalannya kita dapatkan setiap hari.”
Ameer Ali Mydin.Katanya, beliau difahamkan kerajaan mahu mengawal harga minyak masak memandangkan pengeluar tidak menurunkan harga dan rakyat terjejas.

“Bagus mereka beri kami notis seminggu, tetapi hakikatnya kami tidak akan dapat habiskan stok dalam masa seminggu. Ramai yang akan menangguhkan keputusan membeli minyak masak sehingga minggu depan.

“(Mydin) beli stok minyak masak kami pada harga RM38 sebotol dan kami jual pada harga RM39.90. Stok minyak masak kami sekarang bernilai RM3 juta.

“Jika kami terpaksa jual setiap botol pada harga RM4 kurang daripada harga kami beli, maka kami akan rugi besar. Siapa yang akan tanggung kerugian itu?” katanya sambil menambah walaupun stok berbaki 80,000 botol sebelum 8 Ogos, ia bermakna kerugian mencecah RM320,000.

Ameer berkata, walaupun selepas kerajaan menarik balik kawalan harga, peruncit tidak boleh menaikkan harga semalaman kerana mereka membeli stok pada harga lebih murah.

“Jika kami menaikkan harga semalaman, kami akan melanggar Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan tidak boleh menggunakan mekanisme kawalan harga bahan makanan segar untuk minyak masak.

“Kebimbangan saya, peruncit akan berhenti simpan stok barangan jika masalah ini tidak diselesaikan kerana bimbang rugi. (Langkah) ini boleh menyebabkan kekurangan.”

Beliau mencadangkan kerajaan mengarahkan pengilang memberi nota kredit kepada peruncit untuk stok tidak terjual yang mereka beli sebelum harga siling baharu diumumkan.

Semalam, Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Annuar Musa mengumumkan harga minyak masak dalam botol 5kg dihadkan kepada RM34.70 mulai 8 Ogos ini.

Annuar yang juga menteri komunikasi dan multimedia berkata, harga itu akan ditetapkan secara bulanan dan dikira berdasarkan harga minyak sawit mentah pada bulan sebelumnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/peruncit-akan-rugi-besar-dengan-harga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Siling Runcit Secara Bulanan Bagi Minyak Masak Tulen Kemasan Botol

Harga Siling Runcit Secara Bulanan Bagi Minyak Masak Tulen Kemasan Botol

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 277 hits
PENETAPAN HARGA SILING RUNCIT SECARA BULANAN BAGI MINYAK MASAK TULEN KEMASAN BOTOL SELURUH MALAYSIA Berkuatkuasa 8 OGOS 2022 7 SEPTEMBER 2022
Biar Pakar Bebas Nilai Lebuh Raya Baharu Kl Kata Pemimpin Komuniti

Biar Pakar Bebas Nilai Lebuh Raya Baharu Kl Kata Pemimpin Komuniti

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 286 hits
Kuala Lumpur Northern Dispersal Expressway ialah bahagian akhir bagi projek Jalan Lingkaran Luar Kuala Lumpur PETALING JAYA Seorang pemimpin komuniti menggesa supaya penilaian dan analisis yang telus dan bebas dilakukan bagi cadangan pembin...
Harga Siling Minyak Masak Bermula 8 Ogos 2022 Sehingga 7 September 2022

Harga Siling Minyak Masak Bermula 8 Ogos 2022 Sehingga 7 September 2022

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 364 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Seperti yang kita semua sedia maklum subsidi minyak masak sawit dalam kemasan botol 2kg 3kg 5kg telah dimansuhkan berkuat kuasa 1 Julai 2022 Tindakan ini adalah untuk memastikan bekalan bahan makanan dala...
Rakyat Perlu Bersyukur Harga Barang Di Malaysia Kedua Terendah Di Asean Kata Annuar

Rakyat Perlu Bersyukur Harga Barang Di Malaysia Kedua Terendah Di Asean Kata Annuar

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 194 hits
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Annuar Musa berkata laporan Bank Dunia meletakkan Malaysia negara kedua mempunyai kadar harga terendah dalam kalangan negara Asean PETALING JAYA Harga barang terutama produk makanan di Malaysia a...
Harga Rumah Mampu Milik Akan Turun 50 Jika Bn Berjaya Tawan Selangor Kata Mca

Harga Rumah Mampu Milik Akan Turun 50 Jika Bn Berjaya Tawan Selangor Kata Mca

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 257 hits
Bagi menawan semula Selangor Malaysian Chinese Association mencadangkan harga rumah mampu milik di negeri itu akan diturunkan sebanyak 50 peratus sekiranya Barisan Nasional berjaya merampas negeri itu di Pilihan Raya Umum 15 Ketua MCA Selan...
Ph Harus Bersatu Jangan Terpengaruh Dengan Khemah Besar Yang Akan Membawa Rugi

Ph Harus Bersatu Jangan Terpengaruh Dengan Khemah Besar Yang Akan Membawa Rugi

papar berkaitan - pada 24/7/2022 - jumlah : 161 hits
Henti tembak kaki kita sendiri Khalid beritahu PH July 24 2022 Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata Pakatan Harapan perlu memfokuskan pesaingnya dan mengelakkan pertengkaran dalaman didedahkan kepada umum PETALING JAYA Pengarah K...
Kerajaan Kaji Penetapan Harga Siling Ayam Selepas 31 Ogos

Kerajaan Kaji Penetapan Harga Siling Ayam Selepas 31 Ogos

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 225 hits
Kerajaan kaji penetapan harga siling ayam selepas 31 Ogos Dikemas kini 29 minit yang lalu Diterbitkan pada 29 Jul 2022 7 01PM
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Dah Makan Tengahari Apa Menu Hari Ini Jom Resepi Lala A K A Retak Seribu

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Harga Langganan Playstation Plus Naik Di 15 Negara