Kerjasama Dengan Umno Tiada Yang Mustahil Kata Pemimpin Dap



(FMT) – Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook tidak menolak kemungkinan partinya menjalin kerjasama dengan Umno kerana “segalanya mungkin dalam politik”, katanya.
Bagaimanapun, sebarang kerjasama hanya akan berlaku selepas pilihan raya umum seterusnya (PRU15).
Loke berkata, politik Malaysia mengalami perubahan drastik sejak PRU 2018, terutamanya dengan ketiadaan parti dominan tunggal. Kemungkinan kerjasama antara parti berbeza menjadi lebih tinggi, tambahnya.
Kebelakangan ini, DAP dan rakan komponen Pakatan Harapan (PH), PKR dan Amanah, telah bekerjasama dengan Umno dan pemimpinnya dalam perkara seperti penyingkiran Ahmad Faizal Azumu (Bersatu) daripada jawatan menteri besar Perak dan memorandum persefahaman antara pakatan pembangkang dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
“Saya tak tolak (sebarang kemungkinan) kerana apa yang penting adalah kita (semua pihak) mesti berasaskan agenda,” katanya dalam wawancara dengan FMT.
“Apa yang penting bagi DAP adalah kami mahu kukuhkan PH. Kami mahu desak reformasi. Agenda utama kami ialah tadbir urus yang baik, dan kami juga mahu lihat lebih integriti dalam kerajaan, serta rasuah diperangi.”
Beliau berkata, DAP terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai agenda sama.
Anwar sebagai calon PM
Berhubung pendirian DAP mengenai calon perdana menteri, Loke berkata, parti itu teguh berdiri di belakang Anwar walaupun beliau tidak menolak keperluan untuk bertolak ansur jika tiada parti mendapat majoriti jelas selepas PRU15.
“Sudah tentu, pendirian sekarang adalah Anwar, sebagai pemimpin PH, menjadi pilihan semula jadi, tetapi saya rasa (siapa calon PM) sangat bergantung kepada keputusan pilihan raya akan datang.
“Jika PH boleh menang dengan majoriti jelas, maka sudah tentu beliau (Anwar) akan jadi PM,” katanya.
Bulan lepas, Pejuang pimpinan Dr Mahathir Mohamad “menutup pintu” bagi perbincangan dengan PH dan Perikatan Nasional, memetik ketidakupayaan untuk bekerjasama dengan pemimpin masing-masing, Anwar dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.
Perbicaraan Guan Eng
Apabila ditanya sama ada perbicaraan Pengerusi DAP Lim Guan Eng atas tuduhan rasuah akan menjejaskan peluang parti itu pada PRU15, Loke berkata, beliau tidak percaya itu akan berlaku.
“Kami tak rasa kes itu akan merosakkan imej parti,” katanya.
Loke berkata, parti percaya pada Lim dan yakin dengan integritinya.
Tambahnya, beliau percaya kes terhadap Lim ialah satu konspirasi politik untuk menamatkan kerjayanya.
“Jadi kami mempertahankan beliau, dan peguam parti sedang berusaha habis-habisan untuk membelanya di mahkamah. Biarlah proses mahkamah berjalan,” katanya.
Lim sedang dibicarakan atas tuduhan menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri Pulau Pinang sebelum ini untuk meminta 10% bahagian daripada keuntungan projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion dan menerima RM3.3 juta sebagai sogokan daripada seorang ahli perniagaan.
Beliau turut berdepan dua tuduhan dengan curang menyebabkan dua plot tanah milik kerajaan negeri bernilai RM208.7 juta dilupuskan kepada dua syarikat.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/08/07/kerjasama-dengan-umno-tiada-yang-mustahil-kata-pemimpin-dap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Pas Umno Masih Teruskan Kerjasama Kata Takiyuddin

Pemimpin Pas Umno Masih Teruskan Kerjasama Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 241 hits
Takiyuddin Hassan berkata PAS akan terus berusaha untuk mempertahankan MN demi perpaduan ummah dan penyatuan nasional PETALING JAYA Kerjasama antara pemimpin PAS dan Umno masih diteruskan walaupun pemimpin Umno menganggap hubungan kedua dua...
Kerjasama Dengan Dap Selepas Pru15 Loke Akui Kekuatan Umno Kata Ahmad Maslan

Kerjasama Dengan Dap Selepas Pru15 Loke Akui Kekuatan Umno Kata Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 233 hits
freemalaysiatoday com August 10 2022 11 35 PMSetiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata kenyataan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook memberi bayangan kesediaan bekerjasama dengan Umno selepas pilihan raya umum menunjukkan parti seteru itu ...
Politically Frank Umno Linked To Corrupted Leaders What About Mahathir Dap Ask Umno Man

Politically Frank Umno Linked To Corrupted Leaders What About Mahathir Dap Ask Umno Man

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 359 hits
It is a serious accusation to say Umno is led by corrupt leaders said Umno supreme council member Razlan Rafii Taking the former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad as an example he claimed during Mahathir s administration cases linked t...
Sukar Umno Dap Bekerjasama Kata Penganalisis

Sukar Umno Dap Bekerjasama Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 219 hits
freemalaysiatoday com August 13 2022 10 00 AMPenganalisis berpendapat walaupun kerjasama DAP dan Umno mampu dibentuk namun sukar ia bertahan lama PETALING JAYA Penganalisis politik berpendapat kemungkinan kerjasama antara Umno dan DAP selep...
Nama Pemimpin Umno Dikaitkan Skandal Lcs Ketua Pemuda Desak Dakwa Segera

Nama Pemimpin Umno Dikaitkan Skandal Lcs Ketua Pemuda Desak Dakwa Segera

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 218 hits
agendaily com05 08 2022Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mendesak supaya dalang yang terlibat dalam skandal projek pembinaan enam kapal tempur pesisir didakwa segera ia selepas sehingga hari ini tiada seb...
Skandal Kapal Rm9 Bilion Rafizi Berikrar Dedah Penglibatan Pemimpin Umno

Skandal Kapal Rm9 Bilion Rafizi Berikrar Dedah Penglibatan Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 235 hits
agendaily com05 08 2022Rafizi Ramli bakal membuat siri pendedahan berhubung skandal Kapal Tempur Pesisir Pantai Tentera Laut Diraja Malaysia Susulan pendedahan Jawatankuasa Kira kira Wang Negara berhubung kontroversi peroleh Kapal Tempur Pe...
Skandal Lcs Mat Maslan Kata Tak Rasa Umno Akan Kalah Dalam Pru 15

Skandal Lcs Mat Maslan Kata Tak Rasa Umno Akan Kalah Dalam Pru 15

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 456 hits
agendaily com11 08 2022Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan Walaupun nama beberapa pemimpin utama UMNO sekali lagi terpalit dalam skandal kapal tempur pesisir Datuk Seri Ahmad Maslan tidak merasakan ia akan dapat menumbangkan UMNO ...
Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Kempen Ladang Babi Pn Gagal Sekat Madani Psm Ganda Undi

Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Bn Menang Besar

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Kaedah Relaksasi Otot Kurangkan Stress

Ai Team Subscribers April 27 2025

Skmm Diperalatkan Nurul Izzah Nafi Buat Laporan Skmm Terhadap Aliff Ahmad

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu