Biar Apapun Kata Pembangkang Sanusi Tetap Kekal Menjadi Sanusi


Oleh RIZQI ZABIDI

Mungkin ada yang melihatnya sebagai garang, tak kurang juga yang menganggapnya bangang.
Tetapi Muhammad Sanusi Md. Nor tetap kekal menjadi ‘Muhammad Sanusi Md. Nor’. Baginya apa yang dirasakan betul akan diperkatakan dan dilaksanakan manakala apa yang salah, akan ditegur serta dibangkang mengikut caranya sendiri yang kadang-kadang dilihat kurang menyenangkan.
Berikutan itu mungkin ada yang kurang senang dengan pembawakan diri Muhammad Sanusi. Di pihak pembangkang, mereka tidak habis-habis mencela Muhammad Sanusi dengan alasan ‘menegur’ secara terbuka dalam beberapa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini.
Itu kita fahamlah, kadang-kadang niat nak menegur itu bukannya banyak mana sangat tetapi lebih kepada hendak menjatuhkan imej Muhammad Sanusi atas nama politik. Itu perkara biasa.
Tetapi Muhammad Sanusi akhirnya terus memilih untuk menjadi jujur kepada diri sendiri. Membesar sebagai anak miskin dari keluarga 13 beradik, Muhammad Sanusi tidak memilih untuk hanyut dalam status Menteri Besarnya kini untuk selesa bersenang-lenang menerima layanan VIP.
Sebaliknya beliau sentiasa berusaha untuk kekal sedar diri. Itulah antara satu kelebihan yang ada pada Muhammad Sanusi yang mana dia tidak perlu berpura-pura kononnya merendah diri untuk menyesuaikan diri dengan rakyat seperti sesetengah pemimpin bertaraf ‘bangsawan’ yang lain.
‘Berkampung’ di Hulu Langat bantu mangsa banjir  tanpa publisiti
Sebagai contoh apabila berlaku banjir di Selangor baru-baru ini, mungkin ramai dalam kalangan rakyat di luar Kedah tidak menyedari bahawa Muhammad Sanusi turut turun ke negeri itu bagi menghulurkan bantuan.
Selama tiga hari di sana sejak 26 Disember lepas, Muhammad Sanusi tidak tidur di hotel mewah setaraf kelayakannya selaku Menteri Besar sebaliknya bermalam di Dewan Seri Cempaka, Kajang bersama kira-kira 300 sukarelawan dari Kedah yang lain.
Di dewan itulah beliau turut serta berkongsi makanan, bilik mandi dan tandas bersama sukarelawan. Selepas subuh, ada tazkirah ringkas dikongsikan sebelum kesemua sukarelawan termasuk dirinya bergerak, ke lokasi ditetapkan bagi melaksanakan tugas masing-masing.
Muhammad Sanusi turut sama mengusung paip panjang bersama sukarelawan untuk memasang  paip air di perkampungan
Orang Asli Kampung Paya Lebar, Hulu Langat. Sampai di lokasi, Muhammad Sanusi juga tidak hanya datang melambai-lambai kepada mangsa. Beliau juga sama sekali tidak membuat kerja secara ‘olok-olok’ bagi membersihkan rumah penduduk untuk menanti gambarnya diambil oleh jurugambar.
Sebaliknya Menteri Besar Kedah itu sama-sama turut bekerja berjam-jam lamanya termasuk mengendalikan ‘backhoe’ di Batu 20, Sungai Lui dekat Hulu Langat. Di hari lainnya pula, Muhammad Sanusi turut sama mengusung paip panjang bersama sukarelawan untuk memasang  paip air di perkampungan Orang Asli Kampung Paya Lebar, Hulu Langat.
Inilah antara perkara yang perlu dipelajari oleh pemimpin-pemimpin lain daripada Muhammad Sanusi. Bagaimana mahu menjadi ‘natural’ dalam menyantuni keperluan rakyat tanpa perlu melayan kehendak penasihat-penasihat kayangan yang mahu mereka kelihatan gah kononnya berbanding rakyat kebanyakan.
Melihat kepada kerja yang dilakukan Muhammad Sanusi di Selangor,  mungkin terdapat pihak yang mempertikaikan sama ada Menteri Besar itu tiada kerja hendak dilakukan di Kedah hingga ‘merayap’ ke Selangor berhari-hari.
Namun hakikat yang perlu diketahui umum adalah, Muhammad Sanusi sebenarnya melakukan semua itu ketika beliau berada dalam tempoh bercuti sejak 25 Disember lalu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/biar-apapun-kata-pembangkang-sanusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembangkang Tuntut Suruhanjaya Khas Siasat Pengurusan Banjir Kerajaan

Pembangkang Tuntut Suruhanjaya Khas Siasat Pengurusan Banjir Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 275 hits
MALAYSIA POST AHLI Parlimen pembangkang menuntut Suruhanjaya Khas untuk menyiasat mengenai pengurusan banjir diuruskan kerajaan kerana disifatkan membingungkan Seramai 77 Ahli Parlimen tersebut diketuai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ib...
Segera Bentuk Khemah Besar Pembangkang Gesa Pemimpin Amanah Selepas Kalah Prn

Segera Bentuk Khemah Besar Pembangkang Gesa Pemimpin Amanah Selepas Kalah Prn

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 195 hits
Ketua Amanah Bahagian Bukit Bintang Ahmad Asri Talib berkata khemah besar pembangkang perlu dibentuk segera tahun ini jika pembangkang ingin melihat kerajaan baharu ditubuhkan selepas PRU15 PETALING JAYA Seorang pemimpin Amanah menggesa sem...
Prn Sarawak Jangan Pangkah Ali Kata Muhyiddin

Prn Sarawak Jangan Pangkah Ali Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 246 hits
Naib Pengerusi Bersatu Sarawak itu bertanding di DUN Krian sebagai calon Bebas sebelum mengumumkan menarik diri KUCHING Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengingatkan pengundi di Dewan Undangan Negeri Krian supaya tidak memangkah calon Beba...
Guan Eng Terima Rm44 375 Sebulan Sebagai Ketua Menteri Kata Saksi

Guan Eng Terima Rm44 375 Sebulan Sebagai Ketua Menteri Kata Saksi

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 378 hits
BERNAMAAntara 11 Mac 2008 hingga 14 Mei 2018 beliau menerima gaji hakiki RM14 175 manakala elaun yang diperoleh adalah sebanyak RM30 200 sebulan Bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Gambar Bernama Mahkamah Sesyen hari ini diberitah...
Dah Jadi Menteri Berkaitan Masih Lagi Rasa Macam Dalam Pembangkang

Dah Jadi Menteri Berkaitan Masih Lagi Rasa Macam Dalam Pembangkang

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 226 hits
Selain dari minta derma apa yang lebai ni pandai Msia tidak terkesan dengan perubahan iklim kan Rakyat tgh susah hang minta derma lagi Menteri dan timbalan menteri dekat 70 orang tu duta khas bertaraf menteri berapa orang para penasihat pul...
Dewan Kecoh Pembangkang Persoal Bantuan Mangsa Banjir Lambat

Dewan Kecoh Pembangkang Persoal Bantuan Mangsa Banjir Lambat

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 363 hits
December 20 2021 Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan di Dewan Rakyat mengenai bantuan mangsa banjir yang lambat tiba khususnya penduduk yang terjejas teruk di sekitar Lembah Klang KUALA LUMPUR Dewan Rakyat hari ini kecoh selepas Ahli Pa...
Ma63 Pembangkang Perjuang Gps Jangan Ambil Kelebihan

Ma63 Pembangkang Perjuang Gps Jangan Ambil Kelebihan

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 354 hits
Pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 yang meletakkan Sarawak setaraf Semenanjung serta mengiktiraf MA63 seiring Perjanjian Persekutuan 1948 dan Perjanjian Persekutuan 1957 tidak wajar diambil kredit secara ber...
Pembangkang Berpecah Gps Dijangka Menang Besar

Pembangkang Berpecah Gps Dijangka Menang Besar

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 202 hits
DENGAN detik penentuan siapa yang dipilih pengundi Sarawak untuk menerajui negeri ini bagi tempoh lima tahun akan datang semakin hampir dua cendekiawan berkongsi pandangan yang sama yakni Gabungan Parti Sarawak pasti muncul juara pada Pilih...
Ulasan Samsung Galaxy A36 5g Hp Android Menengah Rasa Premium

Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Kombucha 7 Khasiat Menakjubkan Cara Buat Sendiri Di Rumah

Ryzal Ibrahim Maryam Dipuji Didik Anak Mengaji Akui Terlepas Pandang Isu Letak Al Quran

Tanam Cili Padi Depan Rumah

Steven Sim Sahut Cabaran Lebai Kelaqah

Siti Nordiana Seribu Setia Chord

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perikatan Nasional Mula Gerak Kempen Awal Pilihan Raya Umum Ke 16 Melalui Jelajah Teraju Pahang

Pn Ini Realistik Muhyiddin Persoal Umno Ragu Mampu Pertahan 26 Kerusi Pru15

Berang Tin Minuman Keras Hilang Anak Tamatkan Riwayat Bapa

The 1928 Banana Massacre When White Gold Met State Violence

4 Seriously Injured After Car Plunges Into Ditch

Pmx Gets All Round Grilling After His Rm8 13b Potential Investments From Italy Unveiling