Dewan Kecoh Pembangkang Persoal Bantuan Mangsa Banjir Lambat


 

Mohamad Fadli -December 20, 2021 Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan di Dewan Rakyat mengenai bantuan mangsa banjir yang lambat tiba, khususnya penduduk yang terjejas teruk di sekitar Lembah Klang. (Gambar Berama)KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini kecoh selepas Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan bantuan mangsa banjir yang lambat tiba.
Lim Guan Eng (PH-Bagan) membangkitkan isu banjir yang berlaku di Lembah Klang dan meminta kerajaan memberi penjelasan langkah perlu diambil untuk menangani masalah itu.
“Kita perlu satu jawapan yang penting daripada kerajaan, khususnya langkah-langkah perlu yang diambil untuk tangani masalah ini.
“Ini kerana telah berlaku kematian. Saya harap ada seorang Menteri berkaitan untuk memberikan penjelasan langkah diambil untuk memulihkan dengan segera,” katanya di Dewan Rakyat.
Lim juga berkata, penjelasan perlu diberikan kerana bencana itu telah menjejaskan ribuan mangsa.
“Kita amat terharu dengan gambar-gambar, banyak lihat mereka berlindung di atas bumbung.
“Ini tak sepatutnya berlaku dalam Lembah Klang yang dianggap kawasan paling maju sekali,” katanya.
Sementara itu, Ahmad Maslan (BN-Pontian) berkata, beliau juga mahu mengetahui apakah langkah diambil kerajaan dalam menangani bencana itu dan bertanya jumlah mangsa yang menerima wang ihsan RM1,000 diberikan kerajaan.
“Bila wang itu akan diberikan? Tadi saya melawat di Ampang, ada keperluan memperbaiki longkang besar yang menyebabkan banjir teruk dan menjejaskan kesihatan rakyat.
“Saya kira RM100 juta diberikan bantuan banjir tak cukup untuk memperbaiki infrastruktur yang rosak akibat banjir. Perkara ini perlu dijelaskan segera,” katanya.
Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) berkata, kawasannya paling terjejas teruk.
Katanya, isu masalah banjir kali ini bukan mengenai soal bantuan wang segera tetapi mempersoalkan bantuan seperti bot yang lambat tiba.
“Soalnya mana bot tentera, bot polis? Saya sendiri sangkut lapan jam di satu stesen minyak.
“Saya tak tahu apa Menteri dan Perdana Menteri (Ismail Sabri Yaakob) buat ketika begini. Dapat markah 90% (petunjuk prestasi utama kerajaan) tetapi kita lihat banjir dah masuk hari kedua tak sampai lagi bantuan banjir. Sepatutnya dah sampai,” katanya.
Dalam pada itu, Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun menamatkan celahan-celahan daripada Ahli Parlimen berkaitan banjir itu.
Beliau tidak membenarkan perkara itu dibahaskan untuk memberi fokus dalam perbahasan Akta 342.
“Kalau nak penerangan Menteri, selalunya itu terserah kepada Menteri untuk membuat penerangan dan memberi notis kepada saya.
“Kita tak boleh lompat satu isu ke satu isu tanpa isu itu ada dalam aturan mesyuarat,” katanya.
Hujan lebat yang berlarutan selama dua hari sejak Jumaat lalu mengakibatkan kawasan-kawasan di sekitar Lembah Klang dilanda banjir dengan Selangor menerima kesan terburuk selepas lebih 3,000 mangsa dipindahkan ke 30 pusat pemindahan sementara (PPS).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/dewan-kecoh-pembangkang-persoal-bantuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Disertakan Mp Tuntut Penjelasan Menteri Mengapa Bantuan Mangsa Banjir Lambat

Video Disertakan Mp Tuntut Penjelasan Menteri Mengapa Bantuan Mangsa Banjir Lambat

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 447 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE December 20 2021Isu kelewatan operasi menyelamat mangsa banjir menjadikan dewan rakyat hari ini agak riuh apabila permasalahan itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu Sebilangan Ahli Ahli Parlimen s...
Semua Mangsa Banjir Boleh Ambil Bantuan Di Pps Rina

Semua Mangsa Banjir Boleh Ambil Bantuan Di Pps Rina

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 256 hits
AGENDA DAILY Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun melawat pusat penempatan sementara mangsa banjir di Kota Warisan Sepang hari ini Semua mangsa banjir tidak kira yang berada di pusat penempatan sementara ...
Hiburan Digelar B Tina Baby Shima Kesal Dituduh Guna Duit Haram Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Hiburan Digelar B Tina Baby Shima Kesal Dituduh Guna Duit Haram Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 440 hits
Penyanyi penuh kontroversi Baby Shima baru baru ini mengambil pendekatan sendiri apabila dia menjual baju terpakai miliknya di aplikasi TikTok bagi membantu mereka yang terjejas akibat bencana banjir Namun begitu niat penyanyi itu disalah e...
Minta Kerajaan Persekutuan Beri Bantuan Segera Mangsa Banjir Anwar

Minta Kerajaan Persekutuan Beri Bantuan Segera Mangsa Banjir Anwar

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 251 hits
Mangsa banjir di Selangor yang telah berada di pusat pemindahan banjir melebihi 24 jam masih tidak memperolehi peralatan tidur dan makanan yang sempurna perlu diberi tumpuan oleh Kerajaan Persekutuan Hal itu ditegaskan oleh Ketua Pembangkan...
Kerajaan Umum Pelbagai Bantuan Tambahan Untuk Mangsa Banjir Ismail Sabri

Kerajaan Umum Pelbagai Bantuan Tambahan Untuk Mangsa Banjir Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 340 hits
Oleh Orang ramai membantu mangsa dalam kejadian banjir disekitar Taman Seri Muda Shah Alam hari ini GAMBAR Abd Razak Aid KERAJAAN mengumumkan beberapa lagi bantuan dan peruntukan tambahan bagi membantu mangsa mangsa banjir yang di beberapa ...
Banjir Telemong Saksi Dakwa Mangsa Sempat Whatsapp Ahli Keluarga Untuk Minta Bantuan

Banjir Telemong Saksi Dakwa Mangsa Sempat Whatsapp Ahli Keluarga Untuk Minta Bantuan

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 256 hits
BENTONG Fenomena kepala air di Telemong di sini pada Sabtu lepas berikutan hujan lebat menyebabkan enam penduduk di kawasan itu dihanyutkan arus deras manakala 10 lagi yang terperangkap dalam kejadian banjir itu berjaya diselamatkan Seorang...
Hiburan Tengok Depan Mata Lagi Perit Achey Akui Sayu Lihat Realiti Nasib Mangsa Banjir Ketika Hulur Bantuan

Hiburan Tengok Depan Mata Lagi Perit Achey Akui Sayu Lihat Realiti Nasib Mangsa Banjir Ketika Hulur Bantuan

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 431 hits
Artis serba boleh mengakui mati akal apabila melihat mangsa banjir tinggal sehelai sepinggang hingga tidak mampu meluahkan kata memujuk mereka yang ditimpa musibah 1 hari laluBawa Anak Lihat Keadaan Banjir Achey Hanya Ingin Dedahkan Pada Is...
Rentasan 1033 Panas Isu Kelewatan Bantuan Mangsa Banjir Ternyata K

Rentasan 1033 Panas Isu Kelewatan Bantuan Mangsa Banjir Ternyata K

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 334 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 10331 RAKYAT SENGSARA YANG DIPERTUA PARLIMEN ENGGAN BAHAS 2 KITA BANTU KITA RAKYAT BANTU RAKYAT 3 PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN 4 JANGAN BERI SOKONGAN KEPADA PEMERINTAHAN ZALIM
Kerjasama Malaysia Jepun Bangunkan Semula Gaza Dapat Pujian Rakyat

Headed To New Orleans For The Super Bowl Or Mardi Gras Here S The Safety Info You Need

Turn Your Startup Dream To Reality

Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Makan Malam Chicken Chop Viral Klang

Bahaya Vitamin Dan Suplemen Tanpa Nasihat Pakar

Cara Menghidupkan Kembali Percikan Cinta Dalam Hubungan

Bagaimana Orang Berjaya Menguruskan Masa Mereka Dengan Bijak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice


Bendang

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

Utamakan Isu Negara Sebelum Bangunkan Semula Gaza Rafidah

Resepi Ikan Siakap Hong Shau Kredit Soyabelacan

Minta Semua Sedekahkan Al Fatihah Abang Tajul Meninggal Dunia

Tiga Cedera Selepas Kenderaan Melanggar Sekumpulan Lelaki