Segera Bentuk Khemah Besar Pembangkang Gesa Pemimpin Amanah Selepas Kalah Prn


 
Ketua Amanah Bahagian Bukit Bintang, Ahmad Asri Talib berkata, khemah besar pembangkang perlu dibentuk segera tahun ini, jika pembangkang ingin melihat kerajaan baharu ditubuhkan selepas PRU15.PETALING JAYA: Seorang pemimpin Amanah menggesa semua parti pembangkang mempercepatkan pembentukan khemah besar, selepas kekalahan Pakatan Harapan (PH) di dua pilihan raya negeri (PRN) dan beberapa langkah sumbang Pengerusinya, Anwar Ibrahim sebelum ini.
Ketua Amanah Bahagian Bukit Bintang, Ahmad Asri Talib berkata keputusan “mengerikan” dalam PRN Melaka dan Sarawak baru-baru ini memberi petunjuk jelas rakyat menolak PH.
“Adakah penolakan ini disebabkan parti yang ada dalam PH atau pucuk kepimpinan PH?
“Khemah besar pembangkang mesti diwujudkan segera, ia bukan retorik, tetapi kenyataan yang mesti dilakukan pada tahun ini, jika pembangkang ingin melihat kerajaan baharu wujud selepas pilihan raya umum ke-15 yang menjelang tiba.
“Khemah besar di bawah PH mungkin mustahil terbina, apabila di kalangan ketua parti pembangkang selain PH, iaitu Pejuang, Warisan dan MUDA seperti tidak yakin kepada figura yang menjadi ketua kepada PH sekarang,” katanya dalam kenyataan merujuk kepimpinan Anwar.
PRN Melaka pada 20 Nov lalu menyaksikan PH hanya memenangi lima daripada 28 kerusi yang ditandingi berbanding 15 kerusi yang dimenangi pada PRU14, sementara di Sarawak, gabungan itu hanya memenangi dua kerusi menerusi DAP, manakala PKR dan Amanah tewas di semua kerusi ditandingi mereka.
Ketika PRN Sarawak pada 2016, DAP memenangi tujuh kerusi dan PKR tiga kerusi.
Dalam pada itu, Asri menggesa semua pemimpin pembangkang mengambil iktibar daripada konflik perebutan kuasa dan jawatan Perdana Menteri antara Dr Mahathir Mohamad dan Anwar, yang menjadi faktor utama tumbangnya kerajaan PH berusia 22 bulan pada Februari 2020.
“Jangan diulang perkara yang telah lepas, bina negara dengan membelakangkan sifat pentingkan diri sendiri. Siapa ketua di bawah ‘khemah besar pembangkang’ biarlah ditentukan Majlis Presiden dalam gabungan besar itu nanti.”
Beliau berkata, pengaruh pengundi muda dijangka berpaut di bawah panji MUDA yang diasaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta parti dari Sabah, Warisan yang melebarkan sayap ke Semenanjung.
Pejuang pula katanya, masih relevan kerana Mahathir masih disegani dan berpengaruh di dunia luar.
Sebelum ini, Asri antara individu yang lantang mengkritik Anwar kerana gagal mengemudi PH dalam memenangi hati pengundi, selain meminta Presiden PKR itu berundur dan digantikan calon ketua pembangkang yang mempunyai kepercayaan penuh semua wakil rakyatnya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/01/segera-bentuk-khemah-besar-pembangkang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Kali Kalah Prn Anwar Masih Pujuk Dap Dan Amanah Sokongnya Sebagai Calon Pm

Dua Kali Kalah Prn Anwar Masih Pujuk Dap Dan Amanah Sokongnya Sebagai Calon Pm

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 259 hits
Walaupun dua kali tewas dengan memalukan dalam dua Pilihan Raya Negeri di Melaka dan Sarawak Datuk Seri Anwar Ibrahim masih cuba melobi rakan parti blok pembangkang Pakatan Harapan supaya mencalonkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri ga...
Kenapa Dap Turut Kalah Di Prn Sarawak

Kenapa Dap Turut Kalah Di Prn Sarawak

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 251 hits
Seorang pemerhati politik Sarawak berkata DAP perlu melakukan muhasabah diri berikutan prestasi buruknya dalam pilihan raya negeri baru baru ini mengingatkan sokongan pengundi tradisi masyarakat Cina terhadap parti itu semakin merosot Walau...
Amanah Serah Memo Gesa Agong Titah Pm Tubuh Rci Siasat Azam

Amanah Serah Memo Gesa Agong Titah Pm Tubuh Rci Siasat Azam

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 156 hits
Pemuda Amanah menyerahkan memo kepada Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah kerana hilang kepercayaan kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki Memo itu diserahkan kepada pihak Istana sekitar jam 3 petang di ...
Khemah Besar Ph Jangan Terhegeh Hegeh

Khemah Besar Ph Jangan Terhegeh Hegeh

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 196 hits
Kalau kamu ada anak dara jangan jaja cerita merata rata kononnya betapa bagusnya jika anak dara kamu itu bersuamikan si anu Bermacam macam cerita baik kamu jaja tentang si anu untuk membolehkan kamu bermenantukan diaWalhal si anu itu tidak ...
Sebuah Kata Sepintas Pandang Jaja Khemah Besar

Sebuah Kata Sepintas Pandang Jaja Khemah Besar

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 206 hits
MSO Naib presiden parti cap A Adly Zahry menyatakan pandangan ketidakyakinan beliau kepada kemampuan PH dalam pilihan raya akan datang Maksud beliau kalau diharap kepada pembangkang dalam PH sahaja ia tidak boleh mengubah masa depan negara ...
Banjir Besar Kerajaan Persekutuan Perlu Hulur Segera Bantuan Exco Selangor

Banjir Besar Kerajaan Persekutuan Perlu Hulur Segera Bantuan Exco Selangor

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 279 hits
Situasi banjir di Selangor yang memburuk seharusnya ditangani segera oleh Kerajaan Persekutuan 24 jam lebih awal Menurut Exco Perumahan Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor Rodziah Ismail sehingga malam tadi bantuan daripa...
Khemah Besar Tanpa Pejuang

Khemah Besar Tanpa Pejuang

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 307 hits
Gesaan yang boleh menimbulkan perpecahan dalaman Pakatan Harapan ini sebenarnya tidak akan memberi keuntungan sedikit pun kepada AMANAH dan Pakatan Harapan Pimpinan atau mana mana individu dalam parti seharusnya jelas hala tuju parti dalam ...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bahaya Vitamin Dan Suplemen Tanpa Nasihat Pakar

Drama Jadikan Aku Bidadari Lakonan Farah Nabilah Nazim Othman

Bertha Benz Cipta Sistem Brek Kenderaan

Resepi Spicy Salted Egg Cornflakes

Hilux Vios Main Langgar Orang Tepi Jalan Di Jalan Klang Lama

Belajar Trading Bagi Pemula Gratis Bergaransi Sampai Bisa Di Pontianak

3 Cara Memaksa Penipu Online Mengembalikan Uang Anda


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pelaburan Emas Bank Islam Biga I

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Why Not Indian Cm In Penang Mipp Leader Asks

Cara Solat Sunat Dhuha Panduan Lengkap

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar