Biar Anak Lasak Bermandikan Peluh Baru Anak Makin Bijak Kuat Imunnya


Lama terperap di dalam rumah kerana melalu tempoh PKP yang panjang tidak menghalang anak-anak untuk kekal aktif. Walau hanya dihalaman rumah, anak-anak masih boleh beraktiviti bagi mendedahkan mereka kepada cahaya matahari semulajadi yang sihat untuk tubuh.
Tidak perlu lama, cukup hanya 15 minit untuk menyedut vitamin semulajadi ini. Baik untuk perkembangan anak terutama imun tubuhnya agar makin kuat dan sihat.

Terdapat pelbagai aktiviti luar yang boleh dilakukan untuk rangsang mental dan fizikal anak supaya dapat mengelak anak duduk diam tanpa aktiviti malah dapat elakkan ketagih bermain gajet. Aktiviti yang dilakukan mempunyai pelbagai manfaat termasuk merangsang kemahiran, perkembangan minda dan fizikalnya. Jom kita lihat aktiviti ini.
Pada usia ini si manja sudah mempunyai kemampuan fizikal dan keupayaan memahami peraturan. Agar cuti hujung minggu tidak membosankan mereka, rancang aktiviti untuk si manja di luar rumah. Berikut adalah 12 aktiviti yang boleh dilakukan dan manfaatnya kepada si manja.

Alam semula jadi
Bawalah si manja keluar berjalan-jalan di luar rumah seperti halaman rumah atau taman untuk dia melihat alam semula jadi dengan lebih dekat. Sambil itu, anda bolehlah bercerita tentang elemen yang ada seperti flora atau fauna yang ada di sekelilingnya. Biarkan dia terdedah kepada cahaya mata hari dan hembusan bayu pagi tentunya menyegarkan dan juga memberikan pengalaman baru.
Bacakan cerita
Bawalah buku cerita dan bacakanlah cerita untuk si kecil dengan penuh ekspresi wajah dan suara. Carilah ruang yang selesa dan duduklah bersamanya. Biarkan si manja bertanya. Jawab dengan riang dan berikan pelukan dan ciuman sebagai penghargaan.

Berenang
Berenang adalah aktiviti fizikal yang tentunya disukai oleh anak-anak kita kerana mereka berpeluang untuk bermain dengan air. Berenang mempunyai banyak kelebihan kesihatan seperti menguatkan sistem kardio-respiratori, menambah stamina dan menguatkan sendi. Selain kecergasan fizikal, ia juga boleh meningkatkan keyakinan diri.
Berkebun
Libatkan si manja dengan kerja di laman. Si manja akan belajar bertanggungjawab dengan menjaga pokok-pokok (menyiram dan membaja). Mereka akan memahami sebab-akibat seperti apabila pokok mati apabila tidak disiram. Keyakinan dirinya akan meningkat apabila pokok yang ditanam tumbuh di samping menambah pengetahuan tentang pokok dan melakukan aktiviti fizikal.

Berkelah
Tidak perlu berkelah ditempat awam, di halaman rumah, aktiviti berkelah bersama anak beranak dapat direalisasikan bersama keluarga di hujung minggu. Jadikan ianya aktiviti yang menghiburkan malah dapat melepaskan tekanan si kecil. Berikan satu tanggungjawab padanya, misalnya untuk menghamparkan tikar.  Hubungan antara si manja dan ahli keluarga boleh dirapatkan menerusi kerjasama yang erat.
Bermain belon
Belon adalah mainan yang murah tetapi memberikan keriangan yang tidak terhingga untuk si manja. Aktiviti ini akan meningkatkan kemahiran motor kasar dan koordinasi mata – tangan. Malah dengan aktiviti meniup belon juga dapat merangsang pernafasan dan paru-paru. Belikan sahaja untuk anak-anak dan biarkan mereka bermain semahunya.

Bermain pasir pantai
Pasir mempunyai tekstur yang halus dan akan merangsang deria sentuhan, kemahiran motor halus serta koordinasi mata – tangan. Membina istana pasir akan menggalakkan si cilik berimaginasi dan bercerita malah berinteraksi.
Bermain dengan haiwan peliharaan
Adik yang bermain haiwan peliharaan belajar untuk mengenal erti tanggungjawab dan sayang tanpa syarat.  Aktiviti ini melatih pelbagai aspek kognitif, sosial, emosi dan fizikal. Pemerhatian dan penyeliaan daripada ibu bapa amat diperlukan supaya adik mencapai potensi optimum dalam dirinya bersama haiwan peliharaan kesayangannya.

Melukis di luar
Bawanya keluar dan berikan si manja kapur atau kertas dan pensel supaya si manja boleh melukis apa sahaja yang terlintas di fikirannya. Kemudian anda tanya apa yang dilukisnya dan berikan pujian dan kata-kata positif. Hal ini akan meningkatkan imaginasi, kemahiran otot tangan dan keupayaan pertuturan serta tata bahasa si manja dalam menerangkan apa yang dilukis olehnya.
Membeli-belah bersama
Bawalah si manja bersama ke pasar ketika membeli stok barangan keperluan dapur. Biarkan dia mengambil apa yang anda ingin beli dan terangkan apa yang anda beli dan tujuannya. Ini akan menambah pengetahuannya. Anda juga boleh menyuruhnya mengira jumlah barangan yang dibeli untuk menguji kecekapan mengira si manja. Terapkan juga amalan berjimat cermat menerusi kata-kata dan perbuatan anda.

Bermain bola
Anda boleh membaling biji bola kecil kepada si manja dan minta dia menyambutnya dan memasukkan ke dalam bakul. Permainan ini akan melatih kemahiran otot tangan dan koordinasi mata-tangan si manja di samping menambahkan daya intelek menerusi pemahaman peraturan permainan.
Taman permainan
Biarkan si manja lepas bebas bermain di taman permainan untuk menguatkan tubuh dan ototnya. Di situ juga dia boleh belajar untuk berkawan dengan rakan sebaya. Jaga kebersihan diri dengan mencuci tangan dan mandi sebaik selesai mandi.
Artikel berkaitan: Musim PKP Kurang Aktiviti Luar, Ramai Kanak-Kanak Terkena Sawan Kurang Vitamin D
Paling Kurang 15 Minit Dedahkan Anak Aktiviti Luar Rumah, Baru Imun Makin Kuat
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Biar Anak Lasak & Bermandikan Peluh, Baru Anak Makin Bijak & Kuat Imunnya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/biar-anak-lasak-bermandikan-peluh-baru-anak-makin-bijak-kuat-imunnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mula Mula Geli Lama Lama Anak Makin Seronok Main Messy Play Rangsang Otak Imun Pun Makin Kuat

Mula Mula Geli Lama Lama Anak Makin Seronok Main Messy Play Rangsang Otak Imun Pun Makin Kuat

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 339 hits
Bila melarang anak biarlah berpada pada Melarang anak bermain kotor tidak ada salahnya Akan tetapi jika cubaan yang dibuat oleh anak kecil kita ada kebaikan dan mampu merangsang motornya apa salahnya kan Anak sebenarnya makin kreatif bila o...
Tak Mudah Hamil Ada Anak Kecil Tapi Allah Ada Baru 9 Bulan Bersalin Sari Yanti Hamil Lagi

Tak Mudah Hamil Ada Anak Kecil Tapi Allah Ada Baru 9 Bulan Bersalin Sari Yanti Hamil Lagi

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 430 hits
Pelakon jelita Sari Yanti mengakui dirinya kini berbadan dua melalui insta story pada 13 jam yang lalu Berita gembira tersebut dibuat melalui QnA Silakan Tanya Kalau Sempat Akan Dijawab ya yang dibuka kepada peminat beliau Tentu sekali pend...
Terhantuk Jatuh Dia Rasa Biasa Anak Lasak Ni Tergolong Dalam Kategori Body Smart

Terhantuk Jatuh Dia Rasa Biasa Anak Lasak Ni Tergolong Dalam Kategori Body Smart

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 270 hits
Anak saya terlampau lasak risaunya Normal ke Mesti ada ibu bapa yang pening atau penat menguruskan anak yang lasak Nak menguruskan anak yang lasak ada caranya Ikuti perkongsian ini Hampir setiap kali buka sesi Q A mesti ada soalan tentang A...
Ada Yang Sekejap Ada Yang Lama Sakit Baru Bersalin Dugaan Sebelum Tengok Muka Anak Tersayang

Ada Yang Sekejap Ada Yang Lama Sakit Baru Bersalin Dugaan Sebelum Tengok Muka Anak Tersayang

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 361 hits
Ketika tarikh melahirkan semakin hampir sudah tentu si ibu merasa risau Tambah pula apabila sudah ada terasa tanda tanda untuk bersalin Simptom mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita Ada yang cepat dan ada juga yang mengambil masa...
Rindu Tiada Penghujungnya Genap Setahun Abi Pergi Mama Tak Kuat Bila Anak Tanya

Rindu Tiada Penghujungnya Genap Setahun Abi Pergi Mama Tak Kuat Bila Anak Tanya

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 334 hits
Ibarat hilang kekuatan saat dapat tahu suami dijemput ilahi dalam keadaan anak anak yang masih kecil dan belum mengerti apa apa Namun siapa kita untuk menidakkan qada dan qadar Allah SWT Walaupun hati ini cukup sedih apabila diberitahusuami...
Biasakan Cium Dahi Kepala Tanda Kita Sayang Anak Baru Namanya Bonding Kiss

Biasakan Cium Dahi Kepala Tanda Kita Sayang Anak Baru Namanya Bonding Kiss

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 295 hits
Peluk dan cium anak menjadi satu kekuatan luar biasa yang dibawa oleh anak Dan ini juga diakui oleh pakar melalui beberapa kajian Pun begitu pelukan dan ciuman pada anak perlulah kena pada tempatnya Jangan tersalah tempat hingga buat anak a...
Hiburan Kecil Kecil Dah Kuat Netizen Tersentuh Baca Ucapan Fizo Omar Buat Anak

Hiburan Kecil Kecil Dah Kuat Netizen Tersentuh Baca Ucapan Fizo Omar Buat Anak

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 258 hits
Jika anda mengikuti perkembangan Fizo Omar di Instagram dia gemar merakam kerenah lucu anak tunggal Wan Maryam yang menghiburkan Menginjak usia empat tahun Wan Maryam dilihat sangat aktif berceloteh dan sentiasa happy go lucky Memang perian...
Kemain Tangisan Keinsafan Dia Lasak Main Sampai Benjol Kepala Comelnya Gelagat Anak Datin Shahida Ni

Kemain Tangisan Keinsafan Dia Lasak Main Sampai Benjol Kepala Comelnya Gelagat Anak Datin Shahida Ni

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 407 hits
Anak lelaki yang sedang membesar memang lasaknya bukan calang calang Melompat memanjat sudah semestinya menjadi aktiviti harian mereka Anak usahawan terkenal Datin Sri Shahida dan Datuk Sri Aliff Syukri Ibraheem Adham atau mesra dipanggil B...
Baru Tahu Strawberry Mark Awal Lahir Tak Nampak Dari Sehari Ke Sehari Makin Merah

Baru Tahu Strawberry Mark Awal Lahir Tak Nampak Dari Sehari Ke Sehari Makin Merah

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 318 hits
Kelahiran anak adalah saat yang dinanti nantikan oleh pasangan suami isteri Sebagai ibu yang mengandung selama 9 bulan pastinya mengharapkan bayi yang dilahirkan sihat dan sempurna Soal jantina nombor dua asalkan semuanya dipermudahkan Hari...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew