Rindu Tiada Penghujungnya Genap Setahun Abi Pergi Mama Tak Kuat Bila Anak Tanya


Ibarat hilang kekuatan saat dapat tahu suami dijemput ilahi dalam keadaan anak-anak yang masih kecil dan belum mengerti apa-apa. Namun siapa kita untuk menidakkan qada dan qadar Allah SWT.
Walaupun hati ini cukup sedih apabila diberitahusuami kemalangan semasa bekerja dan meninggal dunia di tempat kejadian, tiada kata-kata dapat diungkapkan. Hanya linangan air mata saja saat melihat dua wajah anak yang telah menjadi anak yatim. Lagi perit apabila waktu itu masih dalam pantang selepas melahirkan anak kedua. Allahuakbar!

Menerusi perkongsian Suhaili Mohamad, genap setahun (13 Februari 2020) suami pergi meninggalkan mereka tiga beranak. Walaupun dah reda dan dapat menerima kenyataan ini, sesekali bila teringat arwah gugur juga air mata.
Pergi tanpa pesan
Genap setahun saya dan anak-anak hidup tanpa suami yang saya cintai. Arwah suami dijemput ilahi ketika saya berpantang anak kedua. Arwah kemalangan semasa bekerja dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana remuknya hati dan perasaan saya. Hidup terasa gelap, lemah, sakit dan tak terdaya. Lebih-lebih lagi di saat itu saya dan anak-anak perlukan kasih seorang suami dan ayah.
Belajar untuk reda demi anak-anak
Ye, dulu saya tidak dapat menerima kenyataan ini. Selalu cakap ini hanya mimpi buruk buat saya.  Selalu cakap kat mak, suami kerja jauh nanti dia balik. Selalu nangis, cakap sampai hati suami tinggalkan saya dan anak-anak. Sebab saya tahu dia terlalu sayangkan saya dan anak-anak.
Arwah pergi ketika anak keduanya baru berusia 52 hari Rupanya saya silap ketika itu, saya tidak reda dengan pemergiannya. Saya mula sedar, saya sebenarnya perlu reda dengan ujian yang Allah takdirkan pada saya. Ingat, jodoh, ajal dan rezeki semuanya ketentuan yang Allah tentukan dan terbaik untuk kita. Hanya lalui jalan tersebut dengan hati yang tenang.
Saya mula belajar untuk reda. Dengar ceramah agama, baca al-Quran dan solat malam. Perlahan-lahan hati mula reda. Hati dan perasaan mula ikhlas merelakan dia pergi dengan tenang.

Rindu orang yang tiada, paling sakit
Barulah saya sedar betapa manisnya dan indahnya sebuah keredaan dalam setiap ujian yang kita terima. Sentiasa ingat Allah uji kita sebab dia sayangkan kita. Allah sentiasa ada disaat susah dan senang kita. Terima kasih Ya Allah.
Alhamdulillah, sampai ke saat ini saya masih mengutip sisa-sisa semangat saya demi Allah dan anak-anak yang tersayang.
Saya sentiasa pesan pada diri saya dengan kata-kata ini “Percayalah orang yang bersabar atas kepahitan hidupnya, pada waktunya pasti Allah limpahkan manisnya kebahagiaan, ”
Dan “Mudah-mudahan Allah akhiri kesusahanku, kesedihanku, dan esok mendatangkan khabar gembira yang tak disangka-sangka buat diriku. Amin

Walaupun perit untuk dilalui tanpa seorang insan yang selama ini banyak susah senang sama, kita kena akur. Jika masih ada yang tersayang, sayangilah dia dan hargailah dia. Kerana bila tiada, sakit merindui pada tiada itulah yang paling sakit.
Hadapilah dengan hati tenang dan ikhlas. Kita wanita kuat, kita boleh. Sedekahkan Al Fatihah buat suamiku tersayang, Mohamad Izzul Aman bin Mohamad. Doakan saya terus kuat untuk anak-anak saya yang tersayang.. inshaAllah.
Kredit: Suhaila Mohamad
ARTIKEL MENARIK [Elaklah Guna Kuasa “Ketam Batu’ & ‘Jeritan Petir’. Tak Bagus Pada Psikologi Anak]
LAGI ARTIKEL MENARIK [“Dengar Tangisan, Ya Allah Mengalir Air Mata Mommy”. Rezeki Selepas 6 Tahun Tunggu]

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Rindu Tiada Penghujungnya. Genap Setahun Abi Pergi, Mama Tak Kuat Bila Anak Tanya”  appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/rindu-tiada-penghujungnya-genap-setahun-abi-pergi-mama-tak-kuat-bila-anak-tanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Perlu Tunggu Umur Anak Setahun 3 Bulan Ke Bawah Dah Boleh Mulakan Read Aloud Kesannya Hebat

Tak Perlu Tunggu Umur Anak Setahun 3 Bulan Ke Bawah Dah Boleh Mulakan Read Aloud Kesannya Hebat

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 322 hits
Anak anak kecil kita makin berkembang dengan baik pemikirannya jika dirangsang dengan cara tepat Membacakan buku pada anak misalnya perlu dilakukan lebih awal Malah menggunakan kad imbas di awal usia di bawah 3 bulan adalah sangat disaranka...
Selepas Berkuasa Mana Pergi Bmf Tanya Asri Janggut Kepada Pas Dan Umno

Selepas Berkuasa Mana Pergi Bmf Tanya Asri Janggut Kepada Pas Dan Umno

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 298 hits
BORHAN AHMADSikap pemimpin Pas dan Umno yang kini berubah 180 darjah berbanding sebelum menjadi kerajaan sangat dirasai oleh penyokong bawahannya Perkara ini turut diungkatkan oleh seorang penyokong Pas Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut yan...
Video Suami Buat Kejutan Pulang Ke Rumah Lepas Setahun Terpisah Reaksi Isteri Anak Anak Bikin Sebak

Video Suami Buat Kejutan Pulang Ke Rumah Lepas Setahun Terpisah Reaksi Isteri Anak Anak Bikin Sebak

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 376 hits
Berjauhan dengan insan tersayang merupakan satu momen perit yang tidak dapat digambarkan dengan kata kata Itulah perasaan yang dialami oleh seorang wanita apabila terpaksa menanggung rindu terhadap suami tercinta
10 Februari Genap Setahun Arwah Abam Hamzah Peneman Ibu Saat Suka Duka

10 Februari Genap Setahun Arwah Abam Hamzah Peneman Ibu Saat Suka Duka

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 281 hits
Genap setahun pemergian suami balu allahyarham Abam Bocey Nurhidayah Mohd Ali dan anak lelaki tunggalnya Syed Uthman Hamzah Al Juffrey semakin kuat walaupun melalui kehidupan tanpa insan tersayang disisi mereka Melalui perkongsian Hidayah d...
Genap Setahun Pemergian Arwh Abam Bocey Ini Yg Dilakukan Oleh Nur Hidayah Buat Ramai Tak Sangka

Genap Setahun Pemergian Arwh Abam Bocey Ini Yg Dilakukan Oleh Nur Hidayah Buat Ramai Tak Sangka

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 200 hits
Kuala Lumpur Balu Allahyarham Abam Bocey Nurhidayah Mohd Ali akan sedekahkan mi kari dan bihun sup kepada pelanggan yang datang ke kedai HidayahAbamHamzah miliknya di Medan Selera Majlis Daerah Sabak Bernam Jalan Tebedu Sabak Bernam esok ba...
Tak Perlu Tunggu Bayi Ada Gigi Baru Nak Tukar Tekstur Makanan Mama Boleh Explore Ikut Usia Anak

Tak Perlu Tunggu Bayi Ada Gigi Baru Nak Tukar Tekstur Makanan Mama Boleh Explore Ikut Usia Anak

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 409 hits
Saat nak menukar tekstur makanan bayi adalah saat yang ditunggu tunggu oleh ramai mommy Dari hanya menyediakan puri mama boleh menjadi lebih kreatif dalam menyediakan makanan buat si comel Tapi mungkin ada yang teragak agak bilakah masa yan...
Sensitif Asingkan Diri Sejak Ada Adik Baru Mama Jangan Biarkan Anak Sulung Rasa Terpinggir

Sensitif Asingkan Diri Sejak Ada Adik Baru Mama Jangan Biarkan Anak Sulung Rasa Terpinggir

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 393 hits
Kehadiran bayi baru mungkin mengujakan semua ahli keluarga lain tetapi JANGAN LUPA mempersiapkan anak untuk penerimaan adik baru Rasa cemburu dan terpinggir pastinya mampu mengganggu mood anak kecil kita yang sebelum ini sentiasa diberikan ...
Anak Kuat Merajuk Ini Tips Untuk Anda Memujuk Dengan Berkesan

Anak Kuat Merajuk Ini Tips Untuk Anda Memujuk Dengan Berkesan

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 219 hits
Merajuk itu sesuatu yang biasa dilakukan oleh anak anak bukan Kadang kala pening memikirkan mengapa anak merajuk Dan sebenarnya lagi bertambah pening memikirkan bagaimana cara nak menangani atau memujuk mereka yang merajuk Jadi ibu bapa mar...
Selepas Tiada Tauliah Ustaz Rela Anak Haram Tanya Nak Tunjuk Dokumen Kepada Siap

Selepas Tiada Tauliah Ustaz Rela Anak Haram Tanya Nak Tunjuk Dokumen Kepada Siap

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 461 hits
FAZLI RADZIAhmad Husam Datuk Baderudin menyatakan rasa risau dan bimbang melihat sesetengah komentar berhubung statusnya sebagai penceramah agama bertauliah Dikenali sebagai ustaz jari tengah Husam menjelaskan dia memiliki beberapa dokumen ...
The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025