Beza Zakat Emas Pelaburan Vs Zakat Emas Perhiasan


Zakat emas pelaburan merupakan satu daripada dua kategori zakat emas. Kategori zakat emas yang kedua ialah zakat emas perhiasan atau zakat barang kemas. Terdapat perbezaan antara zakat emas pelaburan dan emas perhiasan.
Jongkong emas. Emas hiasan. Kewajipan Membayar Zakat Emas Orang Islam wajib membayar zakat ke atas emas yang mereka miliki. Kewajipan menunaikan zakat emas telah disebutkan secara terang dan jelas dalam kitab suci al-Quran yang bermaksud:
Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.
[At-Taubah (9): 34-35] Rasulullah S.A.W telah pula telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. yang bermaksud:
Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipanaskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya.
(Sahih Muslim) Lihatlah betapa keras amaran yang telah diberitahu di dalam Kitab Al-Quran dan Hadith Nabi Muhammad S.A.W.
Bagaimana perkiraannya?
Perkiraan Zakat Emas Pelaburan Atau Simpanan (Termasuklah Emas Perhiasan Yang Tidak Dipakai) Emas yang disimpan adalah emas yang tidak dipakai, iaitu emas yang benar-benar menjadi simpanan dan tidak digunakan sebagai perhiasan walaupun fizikalnya sama seperti emas perhiasan termasuk barang kemas yang tidak dipakai kerana sudah rosak atau lama.
Emas kategori ini juga termasuk barang perhiasan yang dimiliki oleh lelaki sungguhpun pemakaiannya haram disisi syarak. Jika jumlah berat emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi nisab 85 gram, serta melepasi tempoh masa 12 bulan atau setahun (cukup haul), maka wajib dikeluarkan zakat ke atasnya sebanyak 2.5 peratus (%).
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:
Tiada wajib atas kamu sesuatu pun iaitu pada emas sehingga ada 20 dinar (85 gram) dan telah cukup haul wajib padanya setengah dinar. Apa yang lebih dari itu, mengikut kiraan yang sama.
(HR Abu Dawud) Dalam kategori pertama ini ialah emas yang disimpan atau sebagai pelaburan. Ini termasuklah syiling, wafer, jongkong, perhiasan rumah, akaun simpanan emas patuh syariah (ada emas fizikalnya). Dalam kata lain, sebarang bentuk emas fizikal samada disimpan sendiri atau disimpan dalam akaun kecuali yang digunakan sebagai barangan kemas. 
Kadar nisab emas kategori simpanan atau pelaburan di sini ialah 85 gram. Ini bermaksud, anda hanya perlu membayar zakat sekiranya berat keseluruhan emas adalah melebihi angka ini. 
Perkiraannya adalah seperti berikut: 
Berat emas x harga semasa pada hari itu x 2.5%
Sekiranya berat emas anda ialah 90 gram dan harga semasa ialah RM270 setiap gram, maka; 
90 grams x RM270 = RM24,300 x 2.5% = RM607.50.
Zakat anda adalah RM607.50. 
Anda boleh membayar zakat ini di mana-mana pusat pungutan zakat di negara ini. Sila layari laman web Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan untuk mengira zakat emas pelaburan atau simpanan anda.
Perkiraan Zakat Emas Perhiasan Hukum asal sebarang bentuk pemakaian emas hiasan atau barang kemas tidak diwajibkan zakat. Dengan dijadikan emas sebagai barang perhiasan dan kegunaan peribadi, emas berkenaan tidak lagi bersifat subur dan berkembang.
Namun barang perhiasan tetap diwajibkan zakat sekiranya pemakaiannya terlalu banyak sehingga berlebihan dan melampaui kadar yang biasa (uruf) dipakai. Apa yang berlebihan dengan adat dan kebiasaan adalah dilarang atau tidak digalakkan oleh syariah. 
Barangan kemas adalah emas yang dipakai oleh wanita. (Adalah haram bagi lelaki Islam memakai emas di badan mereka.) Ini termasuk cincin, rantai, loket, gelang tangan, subang, dan sebagainya. Dan untuk menjadikan perkara ini jelas, anda masih perlu membayar zakat walaupun isteri dan anak perempuan tidak menggunakan barangan kemas itu dan hanya membiarkannya berada di dalam laci! 
Nilai uruf emas perhiasan di Malaysia adalah berlainan mengikut negeri. Jika di negeri Selangor dan di Wilayah Persekutuan nilai uruf ialah 800 gram. Jika anda berada di negeri yang lain, anda boleh Google zakat emas hiasan bagi negeri masing-masing kerana nilai uruf berlainan mengikut negeri.
Nilai uruf 800 gram bermaksud, anda hanya membayar zakat emas hiasan sekiranya berat keseluruhan barangan kemas melebihi berat 800 gram. Tidak ada zakat perlu dikeluarkan sekiranya berat emas perhiasan anda berada di bawah 800 gram itu. Seterusnya, zakat hanya perlu dibayar sekiranya anda memiliki emas itu untuk tempoh satu tahun hijrah.
Formulanya adalah seperti berikut: = Berat emas dipakai (jika melebihi nilai uruf) x Harga Emas Semasa x 2.5% Kadar Zakat
Sebagai contoh, sekiranya berat barangan kemas anda ialah 900 gram dan harga semasa ialah RM230 setiap gram, anda kemudian memasukkan angka-angka ini ke dalam formula: 
900 gram x RM230 = RM45,000 x 2.5% = RM5,175.
Maka zakat emas hiasan anda ialah RM5,175. 
Kadar Uruf Zakat Emas Perhiasan Mengikut Negeri Kadar uruf zakat emas perhiasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan W.P. Putrajaya: 800 gram. Sila layari laman web Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan untuk mengira zakat emas hiasan anda. Kadar uruf zakat emas perhiasan di Perlis: Majlis Agama Islam Negeri Perlis (MAIPS) menetapkan tiada had uruf antara emas simpanan atau emas perhiasan iaitu menggunakan kadar nisab emas yang sama 85 gram. Boleh rujuk laman web MAIPS di sini. Kadar uruf zakat emas perhiasan di Kedah: Lembaga Zakat Kedah menetapkan kadar uruf zakat emas perhiasan ialah melebihi 170 gram. Boleh rujuk laman web LZK di sini. Kadar uruf zakat emas perhiasan di Pulau Pinang: Zakat Pulau Pinang menetapkan kadar uruf zakat emas perhiasan ialah 250 gram. Sila rujuk laman web Zakat Pulau Pinang di sini. Kadar uruf zakat emas perhiasan di Perak: Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak menetapkan kadar uruf zakat emas perhiasan ialah 500 gram. Sila rujuk laman web MAIAMP di sini. Kadar uruf zakat emas perhiasan di Selangor: 800 gram. Zakat Selangor. Kadar uruf zakat emas perhiasan di Negeri Sembilan: 200 gram. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Kadar uruf zakat emas perhiasan di Melaka: 180 gram. Zakat Melaka. Kadar uruf zakat emas perhiasan di Pahang: 500 gram. Pusat Kutipan Zakat Pahang. Kadar uruf zakat emas perhiasan di Terengganu: 850 gram: Majlis Agama Islam & Adat Melayu Terengganu. Kadar uruf zakat emas perhiasan di Kelantan: 85 gram. Pusat Pungutan Zakat Kelantan. Kadar uruf zakat emas perhiasan di Sabah: 152 gram. Zakat Sabah. Kadar uruf zakat emas perhiasan di Sarawak: 90 gram. Majlis Islam Sarawak. Perkiraan Zakat Emas Dalam Akaun Emas (Passbook) Tanpa Fizikal Emas / Akaun Emas Maya Emas pelaburan passbook atau akaun simpanan emas maya tidak patuh syarak sekiranya tiada pegangan emas fizikal. Zakat hanya dikenakan ke atas pelaburan pokok sahaja sekiranya jumlahnya melebihi nilai nisab tahunan. Ia dikira mengikut formula Zakat Wang Simpanan.
Sila layari laman web Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan untuk mengira zakat emas simpanan bagi akaun emas yang tak patuh syariah. Tip Mudah Ingat Tarikh Cukup Haul Nisab Zakat Emas Jika anda menghadapi masalah untuk ingat tarikh cukup haul nisab zakat emas anda, tip paling mudah ialah cukupkan nisab pertama 85 gram (bagi emas simpanan) pada tarikh-tarikh penting dalam kalendah Hijrah.
Sebagai contoh, genapkan berat 85 gram akaun emas simpanan Gold Accumulation Program (GAP) di Public Gold pada 17 Ramadhan iaitu hari Nuzul Al-Quran. Oleh itu mudah bagi anda untuk ingat tarikh bayaran zakat dengan lebih tepat memandangkan pada bulan inilah semua orang Islam perlu membayar zakat fitrah.
Insya Allah semoga dimudahkan urusan umat Islam untuk mengumpul kekayaan dalam bentuk emas untuk mentaati perintah Allah S.W.T agar dapat mengeluarkan zakat yang kerap disebut bersekali dengan perintah paling utama iaitu Solat.
Jika anda ingin buka akaun simpanan emas patuh syariah, sila layari Gold Accumulation Program di sini.
The post Beza Zakat Emas Pelaburan VS Zakat Emas Perhiasan first appeared on Pelaburan Emas Tips Mudah Menabung dan Melabur Emas.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pelaburanemas.org/beza-zakat-emas-pelaburan-vs-zakat-emas-hiasan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zakat Emas Cara Pengiraan Dan Kadar Uruf Mengikut Negeri

Zakat Emas Cara Pengiraan Dan Kadar Uruf Mengikut Negeri

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 122 hits
Ramai orang Islam yang memiliki emas namun tidak tahu bahawa mereka wajib membayar zakat bagi emas tersebut Zakat yang dikeluarkan ke atas emas bergantung sama ada emas dipakai ataupun yang disimpan yang mana telah cukup nisab dan haulnya D...
Mitos Pelaburan Emas Yang Anda Perlu Tahu

Mitos Pelaburan Emas Yang Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 139 hits
MITOS PELABURAN EMASEmas telah lama dianggap sebagai simbol kekayaan dan keselamatan kewangan Namun dalam dunia pelaburan moden banyak mitos tentang emas yang terus disebarkan menjadikan orang ramai terkeliru tentang potensi sebenar emas se...
Warga Emas Ditemukan Rentung Depan Rumah Terbakar

Warga Emas Ditemukan Rentung Depan Rumah Terbakar

papar berkaitan - pada 12/10/2024 - jumlah : 107 hits
NORFARHIZA MOHD ATARANGGOTA bomba membantu memadamkan kebakaran di Jalan Sungai Lui Kampung Sungai Lui di Raub malam semalam RAUB Seorang warga emas rentung selepas rumah yang didiaminya musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Sungai Lui K...
Warga Emas Tunggang Basikal Elektrik Maut Dilanggar Kereta

Warga Emas Tunggang Basikal Elektrik Maut Dilanggar Kereta

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 120 hits
BernamaJEMPOL Seorang lelaki warga emas berusia 85 tahun yang menunggang sebuah basikal elektrik maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta di KM5 Jalan Bahau Kemayan semalam Ketua Polis Jempol Hoo Chang Hook berkata k...
Kajian Sahkan Keberkesanan Vaksin Rsv Untuk Golongan Warga Emas

Kajian Sahkan Keberkesanan Vaksin Rsv Untuk Golongan Warga Emas

papar berkaitan - pada 19/10/2024 - jumlah : 209 hits
Satu kajian global mendapati vaksin untuk virus syncytial pernafasan memberikan perlindungan 80 kepada orang berusia 60 tahun ke atas daripada penyakit serius dan kemasukan ke hospital Satu kajian global baru baru ini telah membuktikan baha...
Harga Emas Cecah Rm409 Gram Hari Ini Nak Beli Atau Jual

Harga Emas Cecah Rm409 Gram Hari Ini Nak Beli Atau Jual

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 198 hits
Hari ini harga emas telah mencecah paras tertinggi iaitu RM409 gram di Malaysia Ini berita penting bagi penyimpan emas yang fokus pada gram emas dan pelabur emas yang lebih melihat peluang keuntungan dalam bentuk Ringgit Namun persoalannya ...
Youth Camp Pontianak 2024 Kesempatan Emas Untuk Pengembangan Diri Dan Relasi

Youth Camp Pontianak 2024 Kesempatan Emas Untuk Pengembangan Diri Dan Relasi

papar berkaitan - pada 12/10/2024 - jumlah : 300 hits
BloggerBorneo com Youth Camp Pontianak 2024 merupakan acara tahunan yang ditunggu tunggu oleh para pemuda di Kalimantan Barat Dikenal sebagai salah satu ajang pengembangan diri terbaik di kota ini Youth Camp menggabungkan berbagai kegiatan ...
Sukar Jamin Brics Selamanya Gabungan Pelaburan Perdagangan

Sukar Jamin Brics Selamanya Gabungan Pelaburan Perdagangan

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 95 hits
PETALING JAYA Tiada jaminan bahawa gagasan BRICS selama lamanya akan menjadi gabungan pelaburan dan perdagangan semata mata selepas agendanya kini lebih menyeluruh meliputi ekonomi sosial dan kewangan Pada masa sama agenda BRICS turut membe...
Nizar Najib Kerajaan Pahang Akan Merintis Pelaburan Pusat Data Berskala Besar Perkasa Infrastruktur Digital

Nizar Najib Kerajaan Pahang Akan Merintis Pelaburan Pusat Data Berskala Besar Perkasa Infrastruktur Digital

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 230 hits
KUANTAN Kerajaan negeri Pahang akan merintis pelaburan pusat data berskala besar di negeri ini dalam usaha memperkasakan infrastruktur digital di negeri ini Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Perindustrian Sains Teknologi dan Inovasi Pahang D...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut