Mitos Pelaburan Emas Yang Anda Perlu Tahu



MITOS PELABURAN EMAS

Emas telah lama dianggap sebagai simbol kekayaan dan keselamatan kewangan. Namun, dalam dunia pelaburan moden, banyak mitos tentang emas yang terus disebarkan, menjadikan orang ramai terkeliru tentang potensi sebenar emas sebagai pelaburan.

Di sini, kita akan membongkar lima mitos utama tentang pelaburan emas dan menjelaskan realitinya.

MITOS 1: EMAS KALIS INFLASI

Ramai yang percaya bahawa emas adalah perlindungan terbaik terhadap inflasi kerana ia dianggap sebagai aset yang tidak kehilangan nilai. Mereka berpendapat bahawa nilai emas akan naik sejajar dengan kenaikan kos sara hidup.

Namun, berdasarkan kajian oleh Roy Jastram dalam The Golden Constant, emas sebenarnya mempunyai korelasi yang lemah dengan inflasi. Dalam banyak kes, emas gagal untuk melawan inflasi dan aset lain seperti saham atau bon yang dilindungi inflas atau Treasury Inflation Protected Securities (TIPS) menawarkan perlindungan yang lebih baik.

MITOS 2: EMAS ADALAH 'SAFE HAVEN'

Emas sering digembar-gemburkan sebagai aset yang selamat dalam tempoh ketidaktentuan ekonomi atau krisis geopolitik. Memang benar harga emas sering naik ketika ada krisis, seperti semasa perang Rusia-Ukraine, tetapi harga emas cenderung untuk turun apabila keadaan kembali stabil.

Ini menunjukkan bahawa emas lebih bersifat spekulatif daripada benar-benar selamat. Safe haven sebenar adalah seperti government bonds yang lebih stabil dan tidak bergantung pada situasi luar.

MITOS 3: HARGA EMAS SENTIASA NAIK DALAM JANGKA PANJANG

Satu lagi mitos yang sering diulang adalah bahawa harga emas akan sentiasa naik dalam jangka masa panjang. Walaupun ini mungkin benar secara nominal, persoalannya ialah berbanding dengan apa?

Kenaikan harga emas dalam jangka panjang adalah lebih rendah berbanding dengan kelas aset lain seperti saham.

Menurut kajian oleh Profesor Jeremy Siegel, emas memberikan pulangan yang hampir kosong berbanding dengan saham, yang memberikan pulangan jauh lebih tinggi.

MITOS 4: EMAS MENYIMPAN NILAI LEBIH BAIK BERBANDING ASET LAIN

Orang sering menganggap bahawa emas adalah “store of value” yang unggul dan akan menjadi bentuk mata wang utama jika berlaku krisis besar.

Namun, realitinya, nilai emas adalah berdasarkan kepercayaan semata-mata, sama seperti aset spekulatif lain seperti kripto.

Dalam senario bencana besar seperti perang dunia, memiliki aset fizikal lain seperti tanah atau air bersih mungkin lebih bernilai daripada emas.

MITOS 5: EMAS MENYEDIAKAN DIVERSIFIKASI YANG BAIK UNTUK PORTFOLIO

Pelabur sering percaya bahawa emas adalah alat diversifikasi yang baik dalam portfolio pelaburan.

Walaupun emas mungkin boleh membantu mengurangkan risiko keseluruhan portfolio, ia tidak menjana pendapatan seperti dividen daripada saham atau kupon daripada bon.

Emas hanya berfungsi sebagai simpanan nilai, dan tanpa pertumbuhan, ia tidak mampu memberikan pulangan yang kompetitif berbanding kelas aset lain.

KESIMPULAN

Emas sering kali disalah anggap sebagai pelaburan yang unggul dan selamat. Namun, jika dilihat secara kritikal, ia adalah pelaburan yang kurang berprestasi berbanding dengan aset lain. Jika anda masih mahu melabur dalam emas, adalah bijak untuk mengehadkan pendedahan kepada emas dalam portfolio anda tidak lebih daripada 5% sahaja.


www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2024/10/mitos-pelaburan-emas-yang-anda-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beza Zakat Emas Pelaburan Vs Zakat Emas Perhiasan

Beza Zakat Emas Pelaburan Vs Zakat Emas Perhiasan

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 382 hits
Zakat emas pelaburan merupakan satu daripada dua kategori zakat emas Kategori zakat emas yang kedua ialah zakat emas perhiasan atau zakat barang kemas Terdapat perbezaan antara zakat emas pelaburan dan emas perhiasan Jongkong emas Emas hias...
Warga Emas Ditemukan Maut Disyaki Dibunuh

Warga Emas Ditemukan Maut Disyaki Dibunuh

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 219 hits
IPOH 26 Okt Mayat seorang lelaki warga emas disyaki dibunuh ditemukan di hadapan pintu masuk sebuah pasar raya di Klebang di sini semalam Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat penemua...
Lelaki Tular Samun Wanita Warga Emas Di Tepi Jalan Didakwa

Lelaki Tular Samun Wanita Warga Emas Di Tepi Jalan Didakwa

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 143 hits
NUZULSHAM SHAMSUDDINThanabalan ketika dibawa anggota polis ke Mahkamah Sesyen hari ini KUALA LUMPUR Seorang lelaki yang tular merompak seorang wanita warga emas dalam kejadian di tepi di Bangsar dua minggu lalu didakwa di Mahkamah Sesyen di...
Kedai Emas Syamsul Tersenarai Dalam The Malaysia Book Of Records

Kedai Emas Syamsul Tersenarai Dalam The Malaysia Book Of Records

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 324 hits
Kedai Emas Syamsul Tersenarai Dalam The Malaysia Book of Records Pada 27 Oktober 2024 sejarah tercipta buat Kedai Emas Syamsul UDA Business Centre Beribu ribu tahniah diucapkan kepada semua team The post appeared first on
Wanita Warga Emas Didakwa Miliki 38 Buku Berkaitan Abuya

Wanita Warga Emas Didakwa Miliki 38 Buku Berkaitan Abuya

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 228 hits
NUZULSHAM SHAMSUDDINKUALA LUMPUR Seorang wanita warga emas yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 38 buah buku berkaitan bekas pengasas Al Arqam Ashaari Muhammad a...
Kes Penipuan Jualan Emas Siti Hajartul Haini Ditahan Di Lapangan Terbang Selepas Pulang Dari Dubai

Kes Penipuan Jualan Emas Siti Hajartul Haini Ditahan Di Lapangan Terbang Selepas Pulang Dari Dubai

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 792 hits
Wartawan Harian Metroam hmetro com mySiti Hajartul Haini sudah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Kuala Lumpur Wanita dikehendaki polis Siti Hajartul Haini Abd Hamid berhubung penipuan jualan emas membabitkan kerugian juta...
Harga Emas Cecah Rm409 Gram Hari Ini Nak Beli Atau Jual

Harga Emas Cecah Rm409 Gram Hari Ini Nak Beli Atau Jual

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 447 hits
Hari ini harga emas telah mencecah paras tertinggi iaitu RM409 gram di Malaysia Ini berita penting bagi penyimpan emas yang fokus pada gram emas dan pelabur emas yang lebih melihat peluang keuntungan dalam bentuk Ringgit Namun persoalannya ...
Zakat Emas Cara Pengiraan Dan Kadar Uruf Mengikut Negeri

Zakat Emas Cara Pengiraan Dan Kadar Uruf Mengikut Negeri

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 197 hits
Ramai orang Islam yang memiliki emas namun tidak tahu bahawa mereka wajib membayar zakat bagi emas tersebut Zakat yang dikeluarkan ke atas emas bergantung sama ada emas dipakai ataupun yang disimpan yang mana telah cukup nisab dan haulnya D...
Warga Emas Tunggang Basikal Elektrik Maut Dilanggar Kereta

Warga Emas Tunggang Basikal Elektrik Maut Dilanggar Kereta

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 175 hits
BernamaJEMPOL Seorang lelaki warga emas berusia 85 tahun yang menunggang sebuah basikal elektrik maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta di KM5 Jalan Bahau Kemayan semalam Ketua Polis Jempol Hoo Chang Hook berkata k...
Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

Rafizi Nak Tunggu Jatuh Sendiri Atau Nak Turun Dengan Hormat

Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Timely Cpr Intervention By Woman At Kuching Airport Saves Man S Life

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu

Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

Kedah Tiga Penjenayah Mati Ditembak Polis Di Sik

Saya Cuba Jadi Morning Person Tapi Terjaga Pukul 3 Petang Kisah Sedih Seorang Pejuang Snooze


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jeruk Madu Pak Ali Seberang Jaya

Drama Dia Bukan Syurga

Petua Isi Ayam Kembali Segar Selepas Disimpan Lama Dalam Freezer

Drama Permatang Pauh Nepotisme Directed By Pkr

Qalam Band Hakikat Seorang Pencinta Chord

9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia