Sukar Jamin Brics Selamanya Gabungan Pelaburan Perdagangan




PETALING JAYA: Tiada jaminan bahawa gagasan BRICS (Brazil, Russia, India, China, Afrika Selatan) selama-lamanya akan menjadi gabungan pelaburan dan perdagangan semata-mata selepas agendanya kini lebih menyeluruh meliputi ekonomi, sosial dan kewangan.
Pada masa sama, agenda BRICS turut memberi keutamaan terhadap pertimbangan politik dunia.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, berdasarkan sejarah, gagasan BRICS mula mendapat perhatian penganalisis ekonomi dan akademik pada awal abad ke-21.
Katanya, negara-negara menyertai gagasan tersebut mempunyai populasi tinggi iaitu kira-kira 3.26 bilion atau 45 peratus penduduk dunia yang menyumbang kira-kira AS$27.65 trilion atau 26.4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia.
“Pada awalnya, BRICS bukanlah sebuah organisasi yang formal dan negara-negara ini mempunyai pendirian serta fokus ekonomi tersendiri. Kebelakangan ini, sebagai usaha menangani isu-isu ketegangan ekonomi dan geopolitik dihadapi oleh sebilangan negara BRICS, gagasan ini mula bersuara sebagai satu pertubuhan antara kerajaan yang lebih formal.
“Berdasarkan kriteria dan syarat yang perlu dipatuhi untuk diterima sebagai calon ahli baharu termasuk Malaysia, diperhatikan bahawa objektif perluasan gagasan BRICS pada masa ini dilihat tertumpu kepada usaha untuk memperkukuhkan peranan negara anggota asalnya.
“Bagi mengimbangi pengaruh dan dominasi kuasa ekonomi Barat ke atas perdagangan dunia, badan-badan kewangan global yang penting seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia. 
“Sebagai contoh, Malaysia dipinta untuk menyokong keanggotaan Brazil sebagai Ahli Tetap dalam Suruhanjaya Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan V. Ganabatirau (PH – Klang) di Parlimen semalam, yang bertanya adakah kerajaan boleh menjamin bahawa keanggotaan BRICS selama-lamanya kekal sebagai pakatan berasaskan pelaburan dan perdagangan.
Menjawab persoalan itu, Tengku Zafrul berkata, sukar untuk memberi jaminan bahawa BRICS akan hanya menumpukan kepada pelaburan dan perdagangan semata-mata kerana agendanya kini lebih menyeluruh serta meliputi isu ekonomi, sosial dan kewangan pada masa sama pertimbangan politik masih diberi keutamaan.
Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat pelbagai potensi dari segi ekonomi yang boleh diraih oleh Malaysia melalui penglibatan lebih erat dengan gagasan BRICS. 
“Antara faedah signifikan boleh dimanfaatkan Malaysia adalah menjadikan BRICS sebagai suatu landasan untuk mengetengahkan pandangan dan pendirian mengenai isu-isu ekonomi serantau melalui dialog, forum dan perbincangan dengan negara-negara anggota.
“Penglibatan dalam dialog dan perbincangan ini membuka peluang yang lebih luas kepada Malaysia untuk mempelbagai dan memperkukuhkan hubungan strategik dengan negara-negara anggota BRICS,” katanya.
Tengku Zafrul berkata, Malaysia juga boleh mengambil peluang untuk mempertingkatkan hubungan ekonomi dengan negara-negara seperti Brazil, Afrika Selatan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam sektor strategik antaranya industri halal, biodiversiti dan pembangunan mampan.
Menjawab soalan Ganabatirau berhubung pelan tindakan sekiranya gagasan BRICS berkembang menjadi kerjasama ketenteraan, Tengku Zafrul berkata, kerajaan berpendapat bahawa perkara ini mampu memberikan kesan besar kepada geopolitik global. 
“Sehubungan itu, MITI dimaklumkan bahawa pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu mengambil beberapa langkah strategik bagi menyesuaikan diri dengan landskap baharu tersebut. 
“Jika BRICS beralih kepada kerjasama ketenteraan, ia berpotensi mengubah keseimbangan kuasa antarabangsa, terutama dengan kehadiran negara-negara besar seperti China dan Russia yang memiliki pengaruh ketenteraan yang signifikan,” katanya.
Jelas beliau, pada masa ini, negara-negara BRICS yang mempunyai Kerjasama pertahanan secara dua hala dengan Malaysia adalah Russia, India, China, Afrika Selatan, Mesir dan UAE. 
Manakala Brazil, Iran dan Ethiopia masih belum mempunyai kerjasama pertahanan dua hala dengan Malaysia. 
“Sebarang bentuk kerjasama pertahanan dengan pakatan BRICS, khususnya yang melibatkan latihan ketenteraan dan penugasan operasi pada masa hadapan adalah tertakluk kepada pendirian dan dasar luar negara yang sedang berkuatkuasa,” katanya. – UTUSAN




Source link
The post Sukar jamin BRICS selamanya gabungan pelaburan, perdagangan appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/sukar-jamin-brics-selamanya-gabungan-pelaburan-perdagangan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wee Kah Siong Di Lantik Penasihat Pelaburan Cina

Wee Kah Siong Di Lantik Penasihat Pelaburan Cina

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 85 hits
Wee Kah Siong Di Lantik Penasihat Pelaburan Cina Timbalan Perdana Menteri DS Zahid Hamidi mengumumkan pelantikan Presiden MCA Wee Ka Siong sebagai penasihat pelaburan masyarakat Cina dan juga syarikat Cina di Malaysia DS Zahid yang juga mer...
Beza Zakat Emas Pelaburan Vs Zakat Emas Perhiasan

Beza Zakat Emas Pelaburan Vs Zakat Emas Perhiasan

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 200 hits
Zakat emas pelaburan merupakan satu daripada dua kategori zakat emas Kategori zakat emas yang kedua ialah zakat emas perhiasan atau zakat barang kemas Terdapat perbezaan antara zakat emas pelaburan dan emas perhiasan Jongkong emas Emas hias...
Nizar Najib Kerajaan Pahang Akan Merintis Pelaburan Pusat Data Berskala Besar Perkasa Infrastruktur Digital

Nizar Najib Kerajaan Pahang Akan Merintis Pelaburan Pusat Data Berskala Besar Perkasa Infrastruktur Digital

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 192 hits
KUANTAN Kerajaan negeri Pahang akan merintis pelaburan pusat data berskala besar di negeri ini dalam usaha memperkasakan infrastruktur digital di negeri ini Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Perindustrian Sains Teknologi dan Inovasi Pahang D...
Modal Rm242 223 Hangus Terjerat Pelaburan Saham Tak Wujud

Modal Rm242 223 Hangus Terjerat Pelaburan Saham Tak Wujud

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 131 hits
Oleh Syeikh Baran Seorang peniaga berputih mata apabila simpanan RM242 223 miliknya lebur selepas membuat 28 transaksi dan diperdaya tawaran pelaburan tidak wujud didalangi sindiket penipuan atau scammer Menurut Ketua Polis Daerah Muar Asis...
Apa Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Memulakan Perdagangan Forex

Apa Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Memulakan Perdagangan Forex

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 90 hits
Perdagangan forex yang dikenali sebagai perdagangan pertukaran asing adalah perdagangan yang melibatkan pembelian dan penjualan mata wang di pasaran Ini adalah salah satu bentuk perdagangan yang paling popular kerana ia mempunyai kecairan y...
Alat Perdagangan Di Forex Apa Yang Ditawarkan Pasar Indonesia

Alat Perdagangan Di Forex Apa Yang Ditawarkan Pasar Indonesia

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 155 hits
Pasar Forex di Indonesia semakin berkembang menawarkan berbagai peluang bagi trader lokal dan internasional Forex trading broker Indonesia memainkan peran penting dalam menyediakan akses ke pasar global melalui berbagai instrumen perdaganga...
Toggle Switch Pintar Dan Retro Gabungan Hebat Dengan Sistem Warna Le Corbusier

Toggle Switch Pintar Dan Retro Gabungan Hebat Dengan Sistem Warna Le Corbusier

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 96 hits
Switch togol LS 1912 Imej ihsan JUNG Kongsi Kongsi Facebook Twitter Emel Pinterest Whatsapp Atau https www archdaily com 1021935 smart and retro advanced toggle switches harmonized with le corbusiers color system Barrag n Bofill Graves dan ...
Gabungan Aktiviti Manusia Tambah Risiko Kepada Perkhidmatan Ekosistem

Gabungan Aktiviti Manusia Tambah Risiko Kepada Perkhidmatan Ekosistem

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 114 hits
Ecosystem Services Terancam oleh Stres Lingkungan Manusia Satu kajian terbaru dalam Nature Geoscience menunjukkan bahawa tindakan manusia yang pelbagai memberi kesan negatif ke atas kemampuan ekosistem untuk memberi perkhidmatan yang diperl...
Rizal Jamin Keadilan Pahang Tumpu Untuk Tingkatkan Kerjasama Dalam Kerajaan Perpaduan

Rizal Jamin Keadilan Pahang Tumpu Untuk Tingkatkan Kerjasama Dalam Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 111 hits
KUALA LUMPUR Ahli Dewan Undangan Negeri lantikan Dewan Negeri Pahang Rizal Jamin menzahirkan rasa optimis dengan kedudukan Pakatan Harapan di negeri berkenaan Beliau berkata meskipun jumlah wakil rakyat PH yang berada dalam gabungan Kerajaa...
Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine