Harga Emas Cecah Rm409 Gram Hari Ini Nak Beli Atau Jual


Hari ini, harga emas telah mencecah paras tertinggi iaitu RM409/gram di Malaysia! Ini berita penting bagi penyimpan emas yang fokus pada gram emas dan pelabur emas yang lebih melihat peluang keuntungan dalam bentuk Ringgit. Namun, persoalannya—apakah tindakan yang perlu kita ambil sama ada sebagai peyimpan emas atau pelabur emas sekarang?

Mengapa Harga Emas Semakin Tinggi? Sebelum kita teruskan, mari kita lihat kenapa harga emas semakin tinggi? Kalau 10 tahun dulu pada tahun 2014 harga emas hanya RM134 segram.

Hari ini selepas 10 tahun sudah mencecah RM409 segram. Sangat ketara kenaikan harga emas kan? Kalau kita ikut purata kenaikan harga emas 10% setahun sejak 20 tahun lepas, harga emas pada 10 tahun akan datang (2034) dijangka akan cecah lebih RM1000 segram! Lihat ramalan harga emas yang dianggarkan berdasarkan purata harga emas oleh www.goldprice.org
Sama-sama kita nantikan. Kerana berdasarkan sejarah harga emas selama 20 tahun purata kenaikan harga sebanyak 10% insya-Allah akan berlaku kenaikan harga emas lebih tinggi
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada lonjakan harga emas. Antaranya termasuk ketidakstabilan ekonomi dan politik global terutama situasi peperangan antara Iran dan negara haram I.s*r.a*el, kelemahan Ringgit berbanding dolar AS, dan permintaan emas yang semakin meningkat di pasaran antarabangsa. Emas dianggap sebagai aset pelindung nilai ketika berlaku inflasi dan krisis ekonomi, jadi ramai yang beralih kepada emas untuk melindungi kekayaan mereka.
Tindakan Penyimpan Emas: Fokus pada Gram Kalau kita dalam posisi penyimpan emas yang lebih mementingkan jumlah gram emas berbanding nilai Ringgit, kenaikan harga ini adalah peluang baik untuk mengukuhkan simpanan emas kita. Namun, adakah ini masa terbaik untuk membeli? Jika kita menyimpan emas sebagai cara untuk melindungi nilai kekayaan jangka panjang, kenaikan harga ini tidak sepatutnya menghalang kita daripada menambah simpanan. Jangan terlalu fokus kepada harga Ringgit per gram; sebaliknya, kita kena lihat kepada berapa banyak gram yang kita dah miliki.
Kalau dulu kita ada 1 dinar dengan harga RM700, sekarang gram emas kita dah bertambah menjadi 100 dinar. Ini barulah kita jadi orang kaya!
Tapi kalau dulu kita ada 1 dinar dan pada masa harga emas naik hari ini, kita masih ada 1 dinar… kita dah jadi orang yang terpedaya akibat sikap tak konsisten dan suka menangguh. Kita akan rasa menyesal dan rugi kenapalah tak beli emas secara konsisten sejak dulu!
Tip Penyimpan Emas: – Teruskan menambah gram emas apabila ada peluang walaupun harga tinggi.
– Gunakan kaedah Gold Accumulation Program (GAP) seperti ditawarkan oleh Public Gold untuk mengelakkan kebimbangan tentang harga semasa.
– Kalau nak konsisten menabung emas, gunakan kaedah Auto-Debit potongan bulanan ke dalam akaun GAP di Public Gold. Dapatkan panduan GAP Autodebit di sini.
Tindakan Pelabur Emas: Fokus pada Keuntungan dalam Ringgit Kalau kita dalam posisi seorang pelabur yang ingin membuat keuntungan dengan strategi beli harga rendah, jual harga tinggi atau dalam Bahasa Inggeris ‘buy low, sell high’, ini mungkin masa untuk kita mempertimbangkan menjual sebahagian emas kita dan merealisasikan keuntungan.
Kalau kita ada 1,000 gram emas dalam akaun emas GAP Public Gold yang dibeli sebelum 3 April 2024 (RM373/gram), kita jual balik hari ini (RM375/gram) dan kita akan dapat untung bersih minima RM2,000.00!
Ada pelabur emas saya yang beli 1 kg emas pada tahun lepas dengan nilai RM340,000. Kalau beliau jual pada hari ini, beliau untung RM34,000!
Selepas itu beliau beli emas dengan modal RM340,000.00 dan tunggu harga emas naik tahun depan. Inilah strategi pelabur emas yang betul.
Tip Pelabur Emas: – Perhatikan trend pasaran global dan faktor-faktor seperti inflasi dan kadar faedah.
– Jika kita ingin jual, lakukan ketika permintaan tinggi dan harga berada di puncak.
– Sentiasa ada strategi pembelian semula apabila harga turun. Contoh yang terbaik ialah beli emas secara terus dengan Public Gold dan bukan trasnfer duit kepada orang perseorangan.
Kitaran Naik Turun Harga Emas: Bagaimana Ia Berfungsi? Kitaran harga emas bergantung kepada bekalan dan permintaan. Apabila ramai mula membeli emas kerana melihat kenaikan harga, ia menyebabkan permintaan meningkat dan harga turut melambung tinggi. Sebaliknya, apabila ramai mula menjual emas untuk mengambil keuntungan, bekalan emas di pasaran meningkat dan harga boleh turun. Inilah sebabnya penting bagi pelabur dan penyimpan emas untuk memahami kitaran ini.
Bagaimana Anda Boleh Manfaatkan Harga Emas Ini? Bagi penyimpan emas, teruskan menambah gram emas. Fokus pada simpanan jangka panjang dan jangan risau sangat tentang harga Ringgit/gram hari ini. Saya amat rekomen kita mula menambah emas secara Autodebit. Bagi pelabur besar, ini mungkin masa terbaik untuk menjual sebahagian emas dan kunci keuntungan. Namun, sentiasa bersedia untuk membeli semula apabila harga kembali stabil. Bagi mereka yang baru nak mula, pertimbangkan untuk memulakan dengan akaun GAP untuk mengumpul emas sedikit demi sedikit tanpa risau tentang harga pasaran harian. Apakah pendapat anda tentang kenaikan harga emas ini? Adakah anda akan beli lebih banyak emas atau jual untuk ambil keuntungan? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah!
The post Harga Emas Cecah RM409/Gram Hari Ini: Nak Beli Atau Jual? first appeared on Pelaburan Emas Tips Mudah Menabung dan Melabur Emas.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pelaburanemas.org/harga-emas-cecah-rm409-gram-hari-ini-nak-beli-atau-jual/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Emas Cedera Diragut Ketika Keluar Beli Surat Khabar

Warga Emas Cedera Diragut Ketika Keluar Beli Surat Khabar

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 126 hits
Hafidzul Hilmi Mohd Noorhafidzul hmetro com myTANGKAP layar video tular kejadian warga emas diragut di Jalan Limau Manis Bangsar Kuala Lumpur Wanita warga emas cedera disamun ketika dalam perjalanan membeli surat khabar di tepi Jalan Limau ...
Kos Perkahwinan Cecah Rm300 Ribu Hyuna Yong Junhyung Akan Berkahwin Hari Ini

Kos Perkahwinan Cecah Rm300 Ribu Hyuna Yong Junhyung Akan Berkahwin Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 97 hits
Akhirnya Hyuna dan Yong Jun hyung akan akan menamatkan zaman bujang mereka hari ini Artikel Berkaitan Menurut laporan pada 11 Oktober Hyun a dan Yong Jun hyung akan melangsungkan perkahwinan mereka secara peribadi hari ini yang diadakan di ...
2 Hari Lagi Ke Disrupt 2024 Harga Tiket Akan Naik

2 Hari Lagi Ke Disrupt 2024 Harga Tiket Akan Naik

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 133 hits
Hanya tinggal 2 hari lagi sebelum acara teknologi yang paling ditunggu tunggu tahun ini San Francisco bakal menjadi pusat perhatian komuniti teknologi global Jom meriahkan acara di Moscone West dari 28 hingga 30 Oktober sempena TechCrunch D...
Ajar Anak Mewarna Nak Pakai Crayon Atau Pensil Warna Ot Kongsikan Tipnya

Ajar Anak Mewarna Nak Pakai Crayon Atau Pensil Warna Ot Kongsikan Tipnya

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 129 hits
Aktiviti mewarna sememangnya aktiviti yang cukup mudah namun cukup bermanfaat untuk anak anak kita Melalui aktiviti ini anak dilatih untuk memegang pensil dengan baik dan melatih kekuatan tangan selain tahap fokus yang baik pada anak anak A...
Bila Kata Nak Kena Saman Saya Gelabah

Bila Kata Nak Kena Saman Saya Gelabah

papar berkaitan - pada 13/10/2024 - jumlah : 125 hits
Pelawak dan pelakon Bell Ngasri akui terkejut dan menggelabah apabila terpalit dengan isu yang mengatakan dirinya terlibat mengeluarkan kenyataan palsu berkaitan pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor Artikel Berkaitan Bukan Facebook Saya Entah ...
Henti La Cita Cita Nak Jadi Pm

Henti La Cita Cita Nak Jadi Pm

papar berkaitan - pada 12/10/2024 - jumlah : 110 hits
Zainuddin Omar enyampai Radio Popular ABPBH Khairy Jamaluddin Saya harap KJ tinggalkan dunia politik serta cita cita menjadi PM dan bekerja sepenuh masa sebagai Penyampai Radio Hot FM
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara