Betulkah Tidak Boleh Tidur Selepas Subuh Jawapan Mufti Wilayah Persekutuan



“Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti” adalah antara ayat kata yang selalu kita dengar. Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh.
Yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi sebenarnya tiada larangan tidur selepas subuh seperti yang diterangkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri ini:-
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Tiada nas yang jelas menghalang seseorang untuk tidur selepas subuh. Oleh itu, hukum tidur selepas subuh kekal harus kerana tiada dalil yang menghalangnya.
Meskipun tiada nas yang menghalang untuk tidur selepas subuh namun terdapat banyak galakan untuk menghidupkan amalan selepas subuh. Dalam sebuah hadis, Nabi SAW telah bersabda:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا وَكَانَ إِذَا بَعَثَ سَرِيَّةً أَوْ جَيْشًا بَعَثَهُمْ فِي أَوَّلِ النَّهَارِ ‏.‏ وَكَانَ صَخْرٌ رَجُلاً تَاجِرًا وَكَانَ يَبْعَثُ تِجَارَتَهُ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ فَأَثْرَى وَكَثُرَ مَالُهُ. ‏‏
Wahai Tuhan kami, berkatilah untuk umatku pada awal waktu pagi. Adalah Nabi SAW, jika Baginda menghantar briged tentera, Baginda akan menghantarnya di awal siang. Adalah Sakhr itu seorang peniaga dan beliau memulakan perniagaannya di awal siang maka telah bertambah hartanya (mendapat keuntungan).
Riwayat Abu Daud (2606). Syeikh Al-Albaani menilainya Sahih.
Dalam sebuah hadis yang lain, diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah menghidupkan pagi selepas subuh dengan duduk berzikir sehingga terbitnya matahari. Daripada Jabirah bin Samurah RA:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّى الفَجْرَ قَعَدَ فِي مُصَلَّاهُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ
Adalah Nabi SAW apabila selesai solat Fajar, Baginda duduk di tempat solatnya sehingga matahari terbit.
Hadis riwayat Al-Tirmizi (585) dalam Sunannya. Menurut beliau, hadis ini hasan sahih.
Begitu juga dengan sebuah hadis daripada Anas Bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ صَلَّى الغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ
Siapa yang solat al-Ghadah (yakni solat Subuh) secara berjemaah kemudian duduk berzikir sehingga terbit matahari, lalu bersolat dua rakaat adalah baginya pahala haji dan umrah.
Hadis riwayat al-Tirmizi (586) dalam Sunannya. Menurut beliau, hadis ini hasan gharib.
Jelas melalui hadis-hadis di atas, Nabi SAW amat menitikberatkan mengenai pengurusan masa lebih-lebih lagi di awal pagi bagi seseorang muslim. Ini dilihat dengan amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dari segi berzikir mahupun keluar kerja untuk mencari rezeki dan disebabkan oleh itu juga para ulama’ amat menjaga waktu selepas subuh mereka agar dipenuhi dengan perkara yang berfaedah lagi berpahala.
Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani Rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya Fath al-Bari yang mana telah disebutkan bahawa rezeki itu dibahagi-bahagikan selepas solat subuh dan amalan-amalan diangkat dipenghujung waktu siang. Bagi siapa yang pada waktu tersebut dalam ketaatan, maka akan diberkati rezeki dan amalannya.[1]
Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah Rahimahullah di dalam kitabnya Zaad al-Ma’ad pula menyebutkan bahawa tidur waktu subuh menghalang rezeki kerana pada waktu itu adalah waktu meminta padanya makhluk hidup akan rezeki dan ianya adalah waktu di mana dibahagi-bahagikan rezeki dan tidur pada waktu tersebut adalah dilarang kecuali berlaku sesuatu yang tidak dapat dielakkan ataupun darurat.[2] Kami juga dikhabarkan bahawa Buya Hamka juga tidur selepas subuh.
Setakat pengamatan kami juga, hadis-hadis yang menceritakan tentang larangan serta cemuhan bagi mereka yang tidur selepas subuh tidak terlepas dari kritikan sama ada terlalu lemah statusnya ataupun bertaraf palsu.
Kesimpulan
Kami mendapati bahawa tiada larangan melalui nas yang jelas mengenai pengharaman tidur selepas subuh. Oleh itu, tiada halangan bagi mereka yang ingin tidur selepas subuh namun yang terbaiknya adalah dengan meninggalkannya berdasarkan hadis-hadis yang menunjukkan kelebihan menghidupkan waktu selepas subuh.
Pernah ditanyakan kepada al-Imam Malik Rahimahullah mengenai tidur selepas solat subuh maka jawab al-Imam Malik:
“Aku tidak mengetahui akan pengharamannya. Disebutkan bahawa bumi mengeluarkan bunyi yang kuat dari tidurnya ulama’ pada waktu dhuha kerana takut mereka lalai pada waktu tersebut”.[3]
Makanya, tidak menjadi satu kesalahan bagi mereka yang bekerja malam dan terpaksa tidur pada siangnya selepas subuh kerana telah menjadi sebahagian dari tugasnya untuk bekerja pada waktu malam lalu berehat pada waktu paginya demi menjalankan tugas pada keesokan malamnya pula.
Wallahu a’lam.
Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
The post ‘Betulkah Tidak Boleh Tidur Selepas Subuh?’ – Jawapan Mufti Wilayah Persekutuan appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/betulkah-tidak-boleh-tidur-selepas-subuh-jawapan-mufti-wilayah-persekutuan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Meminjam Isteri Bukanlah Amalan Islam Mufti Wilayah Persekutuan

Meminjam Isteri Bukanlah Amalan Islam Mufti Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 481 hits
Siri drama Isteri Untuk Disewa lakonan Fattah Amin dan Tiz Zaqyah mencetuskan kontroversi apabila mendapat teguran Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri Menurutnya tajuk dan jalan ceritanya disifatkan hukum meny
Mahkamah Benarkan Anak Luar Nikah Boleh Bin Nama Bapa Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Mahkamah Benarkan Anak Luar Nikah Boleh Bin Nama Bapa Ini Penjelasan Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 621 hits
Kuala Lumpur Amalan menasabkan anak zina atau Anak Tak Sah Taraf kepada penzina adalah amalan masyarakat jahiliyah yang telah lama dibatalkan Islam Perkara tersebut ditegaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Sohibuh Samahah Datuk Dr Zulkifli...
Kunjung Hormat Ke Pejabat Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

Kunjung Hormat Ke Pejabat Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 432 hits
Dato Abibullah bersama Pengurusan Utama YaPEIM mengadakan kunjung hormat ke atas Y B Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan di Pejabat Timbalan Menteri di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Kuala Lumpur bagi...
Isteri Untuk Disewa Penjelasan Ke Atas Mufti Wilayah

Isteri Untuk Disewa Penjelasan Ke Atas Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 376 hits
HALAMAN HIBURANSTATUS Mufti Wilayah Persekutan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri di laman Facebook beliau hari ini berhubung surat terbuka kepada pengarah drama Isteri Untuk Disewa Osman Ali menarik perhatian netizen Beliau dalam status be...
Kat Mana Perokok Nak Merokok Selepas Semua Tempat Dah Tak Boleh Merokok

Kat Mana Perokok Nak Merokok Selepas Semua Tempat Dah Tak Boleh Merokok

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 358 hits
Mulai bulan Disember 2018 ini semua kawasan di restoran terbuka adalah kawasan larangan merokok Berikut adalah kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye Pewartaan ini adalah komitmen Malaysia sebagai negara anggota kepada Konven...
Boleh Tubuh Cawangan Parti Politik Di Universiti Awam Selepas Auku Dipinda

Boleh Tubuh Cawangan Parti Politik Di Universiti Awam Selepas Auku Dipinda

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 361 hits
Boleh tubuh cawangan parti politik di universiti awam selepas AUKU dipinda Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pa
Drama Isteri Untuk Disewa Buat Mufti Persekutuan Hantar Surat Kepada Pengarah

Drama Isteri Untuk Disewa Buat Mufti Persekutuan Hantar Surat Kepada Pengarah

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 386 hits
MALAYSIADATELINE Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkefli al Bakri menulis surat kepada Pengarah Osman Ali berkenaan drama arahannya berjudul Isteri untuk Disewa Drama Isteri untuk Disewa sebanyak 24 episod itu kini sedang ditayangkan di...
Selalu Tidur Lewat Malam Inilah 3 Penyakit Berbahaya Yang Boleh Menyerang Anda Mesti Ramai Tidak Tahu Bukan

Selalu Tidur Lewat Malam Inilah 3 Penyakit Berbahaya Yang Boleh Menyerang Anda Mesti Ramai Tidak Tahu Bukan

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 801 hits
Satu kajian me nyatakan bahawa individu yang berjaga malam dan bangun lewat keesokan harinya berisiko mati lebih awal Kajian selama enam tahun melibatkan 430 000 rakyat Britain itu mendapati individu burung hantu berisiko untuk mati lebih a...
Waktu Usia Berapa Anak Boleh Dikategorikan Lambat Bercakap Ini Jawapan Dari Pakar

Waktu Usia Berapa Anak Boleh Dikategorikan Lambat Bercakap Ini Jawapan Dari Pakar

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 356 hits
Ibu mana yang tidak risau bila lihat anak kawan kawan semua sudah mula pandai bercakap dan anak sendiri masih tidak boleh bertutur walaupun seusia Bagi ibu yang mengalami situasi ini pastinya bingung Ada yang mungkin memberi pandangan supay...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Salted Egg Yolk Croissant Hazelnut Latte Richiamo

Sejarah Imam Syafie Sebuah Inspirasi Agung

Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025