Betulkah Anak No 2 Ni Degil Panas Baran Dan Sukar Mendengar Kata Baca Ni



Mungkin ramai dalam kalangan  kita yang pernah mendengar orang ramai melabelkan bahawa anak kedua akan mempunyai personaliti yang berbeza dari anak yang lain. Degil, panas baran dan sukar mendengar kata adalah antara personaliti yang selalu dikaitkan dengan anak nombor dua
Jadi untuk ubah persepsi ini, perkongsian dari Nur Haslalily ini mendapat perhatian orang ramai di laman media sosial Facebook. Beliau berkongsikan sisi lain anak keduanya yang boleh membuat para ibu di luar sana mengalirkan air mata! Ternyata tanggapan anda terhadap anak kedua akan berubah
ORANG SUKA LABEL ANAK NO 2 LAIN DARI LAIN“Anak nombor 2 ye?”“Anak nombor 2 memang macam tu…”Itu ayat biasa yang ibu selalu dengar. Kebanyakan orang suka labelkan anak kedua ini lain daripada anak-anak yang lain. Pelik, unik atau aneh. Malam ni, Allah izinkan ibu melihat anak kedua ibu ini dengan pandangan berbeza. Usai solat Maghrib, ibu minta angah bacakan doa
“Baca slow-slow boleh ke ibu?” Dia cuba mengelak. Seperti kebiasaannya. “Bacalah kuat-kuat angah. Ibu nak aminkan. Angah nak minta apa? Along dengan adik pun nak aminkan. Malaikat pun nak aminkan.”“Ala, tak pandai. Malu,” sambil dia tersipu-sipu. “Doalah angah kan nak lego,” along pula menyampuk
“Bacalah ngah. Bahasa Melayu pun tak apa. Angah anak syurga. Doa angah makbul, Insya Allah.” Ibu pujuk lagi. Dia tarik nafas dalam-dalam sambil menadah tangan
“Ya Allah tambahkanlah ilmu kami.” “Ya Allah tambahkanlah rezeki kami.” “Amin. Amin.” Ibu sambut. “Ya Allah, bagilah abang aku dapat A dalam semua subjek dia. Janganlah ada B dan C.” “Ya Allah, bagilah abang aku dapat nombor 1 dalam peperiksaan-peperiksaan dia.” “Ya Allah, jadikanlah adik Mu’az ni baik dan bijak.” Kuat dan jelas. Ibu aminkan satu demi satu doanya. Waktu itu mata ibu dah jadi seperti air terjun. Tak mampu ditahan-tahan
AIR MATA SI IBU MENGALIR AMINKAN DOADalam kepala ini automatik terbayang drama dalam TV yang pernah ditonton beberapa tahun dulu. Kisah abang yang hebat, kaya dan berjaya tinggal di kota raya. Adiknya OKU, buta huruf yang tinggal di kampung. Abangnya bila berjaya pandang rendah kepada adiknya yang dilihat serba sederhana. Katanya doanya sentiasa Allah makbulkan. Berbeza dengan adiknya berdoa pun perlu baca pada kertas. Ditakdirkan Allah, adiknya kembali ke Rahmatullah. Ketika abangnya mengemas rumah selepas kematian adiknya, Allah temukan dengan kertas yang terselit di songkok arwah. Teresak-esak abangnya membaca kertas itu. Rupanya doa adiknya. “Ya Allah makbulkanlah segala doa abangku….. ”Angah Mus’ab masih khusyuk dalam doanya. “Ya Allah banyakanlah rezeki ayahku dan ibuku.” “Ya Allah mudahkanlah kerja ayahku.” “Amin Ya Robbal Alamin.” Terus dipeluk ciumnya ibu. Pelik agaknya melihat airmata ibu yang masih lebat menitis-nitis laju. “Terima kasih angah doakan kami. Nanti angah doa untuk diri angah juga ye.” Hari ini Allah didik ibu. Pandanglah anak-anak dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing
Tanpa label. Tanpa persepsi. Tanpa sangsi. Kata ulama, “Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya, Sekurus-kurus ikan pasti ada isinya. Begitulah juga kita manusia. Sebaik-baik manusia pasti ada kekurangannya. Seburuk-buruk manusia pasti ada kebaikannya.” Kita tak tahu doa ikhlas siapa yang Allah pandang
Barangkali doa anak kecil yang kita selalu rasa banyak ragamnya. Mungkin juga doa anak yang kita rasa banyak menduga. Ataukah doa anak yang kita rasa biasa-biasa sahaja pencapaiannya. Boleh jadi doa tulus suci anak yang kita selalu marah-marah.
“Ya Allah ampunilah kami. Kami ini ibubapa yang serba kekurangan, yang banyak silap dalam mendidik anak-anak. Tapi mereka ada Engkau, Allah yang Maha Penyayang. Dengan rahmat dan kasih sayangMu, sayangi anak-anak Syurga kami semuanya selama-lamanya…”Nur Haslaily – Ibu yang sentiasa menumpang doa anak-anak
Sumber : Nur Haslaily

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://informasisantaiku.blogspot.com/2019/09/mungkin-ramai-dalam-kalangan-kita-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Manfaat Baca Buku Cerita Kepada Anak Anak

Manfaat Baca Buku Cerita Kepada Anak Anak

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 385 hits
Manfaat Baca Buku Cerita Kepada Anak anak As a Parents kita nak beri yang terbaik untuk anak kita Kalau anak kita masih kecil The post appeared first on
Tak Kisahlah Nak Kata Apa Kalau Ianya Dah Melibatkan Anak

Tak Kisahlah Nak Kata Apa Kalau Ianya Dah Melibatkan Anak

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 305 hits
Tak kisahlah nak kata apa kalau ianya dah melibatkan Anak Assalamualaikum dan salam sejahtera Hmm agak malas juga nak bercerita bab ini tapi hati itu nak juga menulis Pertama sekali Al fatihah buat anak syurga yang lemas di kolam mandi sebu...
Anak Degil Sampai Dipulau Ibu Bapa Lelaki Ini Tekad Buktikan Mampu Berjaya Hingga Terkenal Seluruh Dunia

Anak Degil Sampai Dipulau Ibu Bapa Lelaki Ini Tekad Buktikan Mampu Berjaya Hingga Terkenal Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 369 hits
Korang percaya tak pada keajaiban Mungkin ada yang percaya atau sebaliknya Tapi magik yang sebenar akan betul betul wujud bila korang yakin tiada satu manusia pun yang akan gagal sekiranya berusaha Jangan kata benda ni klise sebab ia bukan ...
Nggak Ada Kata Terlambat Untuk Jadi Ibu 5 Artis Ini Punya Anak Di Usia 40 An

Nggak Ada Kata Terlambat Untuk Jadi Ibu 5 Artis Ini Punya Anak Di Usia 40 An

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 331 hits
Meski perjuangan mereka memiliki anak penuh risiko para artis ini tetap nggak menyerah untuk memiliki buah hati Salut
Netizen Sebak Baca Luahan Hati Sharnaaz Buat Anak

Netizen Sebak Baca Luahan Hati Sharnaaz Buat Anak

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 263 hits
Umum mengetahui Sharnaaz Ahmad telah menolak permohonan cerai yang difailkan isterinya Noor Nabila bagi menyelamatkan rumah tangganya Semalam Sharnaaz luah rasa hati The post appeared first on
Kematian Anak Ar Badul Jangan Buat Spekulasi Kata Mohamad Sabu

Kematian Anak Ar Badul Jangan Buat Spekulasi Kata Mohamad Sabu

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 552 hits
Mohamad Sabu foto FAREEZ FADZILKUALA LUMPUR Orang ramai diharap tidak membuat spekulasi tentang kematian pegawai komando dari 11 Gerup Gerak Khas Mejar Zahir Armaya akibat terkena tembakan Sebaliknya menurut Menteri Pertahanan Mohamad Sabu ...
Orang Kata Anak No 2 Nakal Sikit Jangan Banding Kena Caranya Dia Boleh Jadi Hebat

Orang Kata Anak No 2 Nakal Sikit Jangan Banding Kena Caranya Dia Boleh Jadi Hebat

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 405 hits
Betul ke orang kata anak no 2 pelik Ada yang kata anak kedua sering dikatakan mengalah kerana mereka perlu hormat kepada abang dan juga kakak serta adik adik Anak kedua juga dikatakan unik berbanding yang lain Mereka juga dikatakan berbeza ...
Marah Buat Anak Jadi Makin Keras Dan Degil Mak Ayah Perlu Tukar Nada Suara

Marah Buat Anak Jadi Makin Keras Dan Degil Mak Ayah Perlu Tukar Nada Suara

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 454 hits
Zaman kini dan dahulu nyata berbeza cara kita mendidik anak anak Tanpa dunia digital dan moden seperti hari ini anak anak menjadi patuh dalam mendengar kata ibu bapa Berbeza pula pada masa kini di mana anak anak selalunya diarahkan dengan k...
Kucing Sarat Hamil 6 Ekor Anak Disimbah Minyak Panas Oleh Manusia Kejam

Kucing Sarat Hamil 6 Ekor Anak Disimbah Minyak Panas Oleh Manusia Kejam

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 445 hits
Sungguhpun manusia sekarang sudah hidup secara bertamadun masih ada juga di kalangan mereka di luar sana yang berkelakuan seperti orang tak ada akal Haiwan comel dan tiada salah silap dicederakan dan didera tanpa belas kasihan Menerusi satu...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025