6 Jenis Jus Sayur Jus Buah Yang Boleh Bantu Anda Berdiet No 6 Itu Paling Sedap Berkhasiat


Anda sudah cuba pelbagai jenis cara untuk menurunkan berat badan namun masih gagal? Mungkin anda perlu cuba amalkan jus sayur dan jus buah untuk diet!
Ya, kadangkala anda tidak perlu berlapar dan menahan diri daripada mengambil makanan atau minuman yang sedap-sedap untuk tujuan menurunkan berat badan.
Ada satu cara yang dipercayai sangat bagus dalam usaha anda untuk berdiet yakni pengambilan jus sayur dan buah. Jom teruskan membaca artikel.
Minum jus sebagai cara turunkan berat badan?
Jus adalah sejenis minuman yang mudah, murah dan cepat dalam usaha mendapatkan nutrisi ekstra ke dalam tubuh badan yang sangat diperlukan.
Bukan itu sahaja, minuman penuh khasiat ini juga dipercayai mampu menurunkan berat badan anda jika diambil dalam kualiti dan kuantiti yang ideal.
Pun begitu, anda perlu lebih berwaspada kerana ada beberapa jenis jus tinggi dengan gula dan rendah dengan serat yang tidak bagus untuk tubuh badan.
Ini kerana jus-jus yang sebegini mungkin akan meningkatkan pengambilan kalori lantas menggagalkan usaha anda untuk menurunkan berat badan.
Ia terutamanya jus yang telah diproses, disejukbeku dan dijual di pasaran yang tinggi gula, rendah serat, banyak pemanis tambahan serta bahan lain.
Disebabkan itu, anda perlu lebih bijak jika ingin mengambil jus sayur atau jus buah untuk diet!
Jus yang terbaik untuk turunkan berat badan!
Daripada membeli, adalah lebih baik untuk anda membuat sendiri jus sayur atau jus buah untuk diet itu dengan cara menggunakan alat pengisar buah di dapur.
Berikut adalah beberapa contoh jus sayur atau jus buah yang terbaik untuk turunkan berat badan:
#1. Jus sayur hijau
Terdapat banyak jenis sayur hijau seperti kailan, bayam, kubis dan lain-lain yang dipercayai bagus untuk dikisar dan diminum untuk turunkan berat badan.
Ini kerana sayur-sayur hijau ini adalah rendah gula, tinggi serat dan kaya dengan sifat antiradang serta antioksidan yang bagus untuk tubuh badan anda.
Kajian menunjukkan bahawa pengambilan sayur hijau sebegini mampu menurunkan berat badan serta mengelakkan berat naik mendadak pada masa hadapan.
Jus buah untuk diet #2. Tembikai
Buah ini sangat manis, segar, sedap dan berkhasiat untuk dimakan kerana ia rendah kalori serta tinggi kandungan mikronutrien yang bagus untuk jantung.
Dalam pada itu, ia sangat kaya dengan kandungan air yang boleh membuat anda kenyang lebih lama sekali gus mengelakkan anda makan secara berlebihan.
Kajian yang melibatkan 33 orang menyatakan bahawa pengambilan 300 gram jus buah tembikai ini setiap hari mampu untuk menurunkan berat badan.
Jus buah untuk diet #3. Delima
Buah ini sangat kerap diambil ekoran kepercayaan di mana ia bagus untuk minda dan memori sama seperti yang diuar-uarkan jika kita makan kismis.
Di samping itu, ia sangat rendah dengan kalori dan mampu untuk menurunkan berat badan jika dijadikan jus dan diambil dalam diet seharian anda.
Kajian di makmal mendapati bahawa jus delima ini mungkin mampu menghalang pengumpulan lemak dan penambahan jisim pada tubuh badan.
Jus sayur untuk diet #4. Lobak
Jus lobak sering kali dijadikan minuman ekoran sifatnya yang kaya dengan vitamin A dan dipercayai sangat bagus untuk kesihatan organ mata anda.
Ia juga mungkin mampu membantu dalam usaha anda untuk menurunkan berat badan ekoran kandungan karotenoid yang tinggi dalam sayur ini.
Kajian melibatkan 28 orang lelaki selama 8 minggu mendapati pengambilan jus lobak pada setiap hari mampu mengurangkan masalah perut buncit.
Jus sayur untuk diet #5. Ubi bit
Kebanyakan para atlet mengambil jus ini kononnya untuk tingkatkan prestasi dalam sukan dan permainan ekoran sebatian nitrat yang wujud di dalamnya.
Namun, harus diingatkan bahawa proses membuat minuman sayur ini mungkin akan menghilangkan banyak nutrisi jadi ia perlu dilakukan dengan lebih berwaspada.
#6. Jus lemon + halia
Akhir sekali, anda juga mungkin boleh cuba jus campuran di antara lemon dengan halia dalam usaha untuk menurunkan berat badan anda ke tahap ideal.
Lemon mampu menambah perasa dalam minuman di samping sangat kaya dengan antioksidan.
Halia pula membantu proses metabolisme dan mengurangkan selera makan serta berat badan.
Gabungan kedua-dua jus sayur dan jus buah untuk diet ini sudah tentu sedap dan bagus untuk anda cuba dalam diet sekali gus menurunkan berat badan.
 
Sumber: hellodoktor.com
The post 6 Jenis Jus Sayur @ Jus Buah Yang Boleh Bantu Anda Berdiet! No. 6 Itu Paling Sedap & Berkhasiat! appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/6-jenis-jus-sayur-jus-buah-yang-boleh-bantu-anda-berdiet-no-6-itu-paling-sedap-berkhasiat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Pilihan Karbohidrat Protein Buah Sayur Yang Boleh Diberikan Pada Bayi 6 8 Bulan

Ini Pilihan Karbohidrat Protein Buah Sayur Yang Boleh Diberikan Pada Bayi 6 8 Bulan

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 329 hits
Bila anak dah mula boleh makan mama pasti terfikir apa lagi yang sesuai diberikan kepada si kecil Maklumlah mereka masih kecil pasti mama risau nak kenalkan pelbagai jenis pilihan makanan BAYI SAYA DAH BOLEH MAKAN TAPI NAK BAGI MAKAN APA Ra...
Ini 4 Jenis Sayur Buah Yang Terbaik Untuk Makanan Pejal Pertama Bayi Cubalah

Ini 4 Jenis Sayur Buah Yang Terbaik Untuk Makanan Pejal Pertama Bayi Cubalah

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 349 hits
Memperkenalkan makanan solid pertama untuk bayi adalah sebahagian penting dan tidak terganti dalam perkembangan bayi Jom ketahui jenis sayur sayuran dan buah buahan yang terbaik untuk diberikan sebagai makanan pertama mereka Jenis makanan s...
Betul Ke Sayur Bendi Boleh Bantu Kawal Paras Gula Darah Bagi Pesakit Diabetes

Betul Ke Sayur Bendi Boleh Bantu Kawal Paras Gula Darah Bagi Pesakit Diabetes

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 210 hits
Tahukah anda bahawa kacang bendi mempunyai khasiat yang amat baik terhadap pesakit diabetes Bukan hanya satu tetapi terdapat banyak khasiat kacang bendi yang mungkin kita belum tahu Teruskan membaca jika anda ingin tahu khasiat sayur bendi ...
Salted Caramello Cappuccino Iced Di Richiamo Coffee Boleh Tahan Sedap

Salted Caramello Cappuccino Iced Di Richiamo Coffee Boleh Tahan Sedap

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 637 hits
Salted Caramello Cappuccino Iced di Richiamo Coffee boleh tahan sedap Busyra salah seorang penggemar coffee Tapi tak semua jenis kopi la kalau kopi tak ada gula tak boleh telan dek tekak jugak haha macam americano huh tak boleh pernah rasa ...
Dr Kongsikan 7 Tip Untuk Anak Makan Semua Jenis Buah Ajar Awal Sampai Besar Tak Memilih

Dr Kongsikan 7 Tip Untuk Anak Makan Semua Jenis Buah Ajar Awal Sampai Besar Tak Memilih

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 290 hits
Macam mana nak ajar anak suka makan buah buahan dan makanan sihat Sebenarnya ia bermula daripada ibu bapa Jika kita biasakan anak anak dengan makanan sihat sejak dari kecil sampai besar anak tidak memilih makan Seperti perkongsian Dr Mazlia...
Resipi Ayam Bakar 3 Bahan Paling Mudah Sedap Untuk Bbq Dengan Keluarga

Resipi Ayam Bakar 3 Bahan Paling Mudah Sedap Untuk Bbq Dengan Keluarga

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 371 hits
Dalam banyak banyak resipi Ayam Bakar mudah yang ada rasanya resipi perkongsian saudari Nurul Shuhadah Dzaki ni yang paling sempoi dan ringkas Mana tidaknya untuk menyediakan juadah enak ini anda hanya menggunakan 1 bahan asas dan 2 bahan s...
Siapa Bis1ng Itu Alisa Alisa Dia Yang Paling Banyak Cakap Kat Sini Lepastu Tanya Pulak

Siapa Bis1ng Itu Alisa Alisa Dia Yang Paling Banyak Cakap Kat Sini Lepastu Tanya Pulak

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 401 hits
Pelakon usahawan dan ibu kepada dua orang anak yang comel Hanis Zalikha sudah tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air Sering berkongsikan video keletah kedua anaknya ternyata ramai yang kagum dengan caranya mendidik anak anaknya Yusu...
Tidak Boleh Dinafikan Hanya Datuk Seri Najib Razak Sahaja Calon Paling Layak Jadi Perdana Menteri Interim

Tidak Boleh Dinafikan Hanya Datuk Seri Najib Razak Sahaja Calon Paling Layak Jadi Perdana Menteri Interim

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 499 hits
Oleh Sirajuddin Ahmad Ikut merit Datuk Seri Najib paling layak dan paling sesuai di lantik menjadi Perdana Menteri Interim Hendak Kata apa pun berkenaan keburukan Datuk Seri Najib Razak namun fakta dan data serta statistik jelas menunjukan ...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Filem Bukan Hantu Biashe Biashe

Kkm Larang Jualan Produk Yang Dikesan Mengandungi Racun

Lirik Lagu Rayuan Nurani Saffone

Sindrom Turner Punca Simptom Komplikasi Cara Merawatnya

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Intraday Matawang Kripto Polkadot Jumaat 24 Januari 2025

Selamat Jalan Ke Negeri Abadi Kak Salina