Vaksinasi Lengkap Bantu 5 Negeri Kurangkan Kemasukan Pesakit Kategori 3 5 Covid 19 Ke Hospital Menurun Noor Hisham


Dengan lebih banyak orang yang diberi vaksin sepenuhnya, kemasukan pesakit kategori 3-5 Covid-19 ke hospital menurun - DR Noor Hisham


Putrajaya: Suntikan dos lengkap vaksin Covid-19 yang meningkat dalam kalangan populasi dewasa di lima negeri berjaya membantu menurunkan kes kemasukan pesakit kategori tiga hingga lima ke hospital di negeri terbabit.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, suntikan dos lengkap itu juga mengurangkan penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi ketiga-tiga kategori di semua negeri terbabit iaitu Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Kita mendapati apabila liputan dos lengkap vaksin Covid-19 dalam kalangan populasi dewasa berusia 18 tahun ke atas di Labuan mencapai 63.4 peratus, Sarawak (55.7 peratus), Negeri Sembilan (40.1 peratus), Kuala Lumpur (78.3 peratus) dan Putrajaya (69.3 peratus), terdapat penurunan bagi kemasukan kes kategori tiga hingga lima ke hospital dan ICU.

"Negeri lain pula belum menunjukkan trend penurunan kerana peratusan liputan dos lengkap masih kurang," katanya pada sidang media mengenai perkembangan semasa Covid-19, di sini, hari ini.

Beliau berkata, trend penurunan itu turut dapat dilihat di Hospital Sungai Buloh selepas kerajaan melaksanakan Operasi Lonjakan Kapasiti di Lembah Klang untuk mempercepat vaksinasi dalam kalangan penduduk dewasa.

Dr Noor Hisham berkata, simptom keparahan dialami mereka yang dijangkiti juga rendah apabila hanya 3 kes daripada petugas kesihatan yang dijangkiti virus itu berada dalam kategori 5 iaitu 2 daripadanya meninggal dunia manakala seorang lagi masih dirawat di ICU serta diberi bantuan pernafasan. "Selepas pelaksanaan Operasi Lonjakan Kapasiti di Lembah Klang, kita dapati pada minggu ke-30, kes kemasukan kategori empat dan lima ke hospital semakin menurun dalam kalangan mereka yang berusia 60 tahun ke atas.

"Selain itu, kita lihat kes kemasukan individu berusia antara 40 hingga 59 tahun dan 20 hingga 39 tahun juga ada penurunan. Ini menunjukkan kesan vaksinasi berjaya menurunkan kes ke hospital dan penggunaan katil-katil di ICU," katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa daripada sejumlah 21,468 jangkitan baharu Covid-19 yang dilapor hari ini, hanya 2,703 kes atau 12.6 peratus telah lengkap divaksinasi.

Katanya, kes aktif pula ialah 241,187 manakala seramai 1,075 pesakit kini dirawat di ICU dengan 537 orang memerlukan bantuan pernafasan. Kes sembuh yang dilaporkan hari ini ialah 17,025.

Sejumlah 277 kematian dilaporkan hari ini menjadikan kumulatif kematian negara kini 11,968 orang, katanya sambil menambah terdapat 41 kluster baharu direkodkan, menjadikan kluster aktif kini berjumlah 1,293.

Dr Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught (RT) di Malaysia kini 1.05 dengan Perlis mencatatkan nilai RT tertinggi iaitu 1.33 diikuti Sabah dan Kelantan (masing-masing 1.20) serta Sarawak dan Pulau Pinang (1.17).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/vaksinasi-lengkap-bantu-5-negeri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rentas Negeri Dibenarkan Bagi Pasangan Jarak Jauh Lengkap Vaksinasi

Rentas Negeri Dibenarkan Bagi Pasangan Jarak Jauh Lengkap Vaksinasi

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 333 hits
MALAYSIAKINIKerajaan hari ini mengumumkan kelonggaran membenarkan pasangan suami isteri yang duduk berjauhan dan telah lengkap vaksinasi untuk merentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan Ibu bapa yang lengkap vaksinasi turut dibenark...
Covid 19 Tiada Varian Lambda Dikesan Di Malaysia Setakat Ini Noor Hisham

Covid 19 Tiada Varian Lambda Dikesan Di Malaysia Setakat Ini Noor Hisham

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 326 hits
Ketua Pengarah Kesihatan menafikan kemunculan Varian Lambda di negara ini Foto BERNAMA KUALA LUMPUR Ketua Pengarah Kesihatan menafikan kemunculan varian Lambda di negara ini Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kajian penjujukan genom ya...
Dr Noor Hisham Four Samples Of Positive Covid 19 Cases In Parliament Most Likely Delta Variant

Dr Noor Hisham Four Samples Of Positive Covid 19 Cases In Parliament Most Likely Delta Variant

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 340 hits
Dr Noor Hisham Bernama photo KUALA LUMPUR Four samples of genome related to the positive Covid 19 cases in Parliament screened on July 29 are most likely to be Delta variant based on the current circulation of variants in Malaysia Health di
Covid 19 Kes Positif Harian Menurun Kepada 15 764 Hari Ini Negeri Pahang Catat 475 Kes

Covid 19 Kes Positif Harian Menurun Kepada 15 764 Hari Ini Negeri Pahang Catat 475 Kes

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 323 hits
PUTRAJAYA Kes harian menurun kepada 15 764 kes hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid 19 sebanyak 1 146 186 kes Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor merekodkan sebanyak 6 067 kes diikuti oleh Kuala...
Noor Hisham Concerned Critical Covid 19 Cases In Perak Will Rise In Coming Weeks

Noor Hisham Concerned Critical Covid 19 Cases In Perak Will Rise In Coming Weeks

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 311 hits
Health director general Dr Noor Hisham Abdullah said that Perak has recorded an increase in categories 4 and 5 Covid 19 cases requiring treatment at the intensive care unit and expressed concern that cases will rise in coming weeks As of ye...
Dr Noor Hisham 85 Covid 19 Cases Detected So Far From Parliament Cluster

Dr Noor Hisham 85 Covid 19 Cases Detected So Far From Parliament Cluster

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 306 hits
The Ministry of Health has confirmed 85 Covid 19 cases to date from the Parliament cluster said director general Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah In a statement today Dr Noor Hisham explained that 56 cases were from Covid 19 screening prior ...
Dr Noor Hisham 20 5pc Of Today S 20 889 Covid 19 Cases Have At Least One Vaccine Shot

Dr Noor Hisham 20 5pc Of Today S 20 889 Covid 19 Cases Have At Least One Vaccine Shot

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 229 hits
Health director general Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah disclosed that 4 292 of the 20 889 new Covid 19 patients recorded in the past 24 hours have a history of vaccination However he said that 98 7 per cent of the cases were in Categories ...
Pesakit Covid 19 Dirujuk Ke Jabatan Kecemasan Makin Menurun Dr Rohana

Pesakit Covid 19 Dirujuk Ke Jabatan Kecemasan Makin Menurun Dr Rohana

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 475 hits
Keadaan wad pesakit Covid 19 yang ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur kini kembali tenang dengan kekosongan banyak tempat KUALA LUMPUR Jika pada Sabtu seorang pegawai kesihatan di Hospital Kuala Lumpur berkongsi khabar gembira mengenai sit...
Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Lepasan Spm Saya Syorkan Jadi Akauntan Bertauliah Macam Saya

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Berebut Kawasan Peminta Sedekah Maut Ditikam

Not All Flag Mistakes Are Equal

Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Princess Solehah Di Pesta Buku Antarabangsa Abu Dhabi 2025

Hikmah Pensyariatan Haji

Jom Lihat Keindahan Lombong Garam Slanik Romania

Segera Tangani Isu Air Selangor

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

No Room For Narrow Minded Prejudice In Schools Says Anwar