Mantapkan Imun Badan Dengan Vitamin C Tapi Betul Ke Vitamin D Boleh Turunkan Risiko Covid 19


Mantapkan Imun Badan Dengan Vitamin C, Tapi Betul Ke Vitamin D Boleh Turunkan Risiko COVID-19? | Salam semua, kes harian disebabkan virus Covid-19 dah semakin meninggi. Nombor yang semakin meningkat amat merunsingkan. Rasanya semua pun dah ada kesedaran tentang pentingnya makan suplemen tambahan untuk meningkatkat imuniti badan. Ke ada lagi yang tak ambil tahu eh. Sekarang ini, ramai yang dah peka tentang pentingnya pengambilan suplemen tambahan. 

Ramai yang sudah tahu mengenai kelebihan vitamin D terhadap badan manusia. Vitamin yang turut dikenali sebagai ‘vitamin matahari’ ini amat penting untuk memastikan tulang kita sihat dan kuat

Tetapi, tahukah anda pengambilan vitamin D juga boleh mengurangkan risiko COVID-19
Tanpa vitamin D, badan tidak dapat menyerap kalsium iaitu komponen utama di dalam tulang kita

Bukan itu sahaja, vitamin D juga diperlukan untuk menggerakkan pelbagai lagi fungsi sel dalam badan. Dalam masa yang sama, sifat antiradang dan antioksidannya juga amat penting untuk menyokong sistem imunisasi badan

Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika vitamin D dikatakan boleh menurunkan risiko jangkitan COVID-19

Kajian yang dijalankan oleh University of Chicago Medicine ini mendapati individu yang mempunyai kadar vitamin D yang mencukupi kurang berisiko untuk dijangkiti COVID-19

Kebanyakan vitamin D didapati melalui cahaya matahari. Namun, ia juga boleh diperoleh melalui makanan seperti susu, jus oren dan juga bijirin sarapan pagi


Menurut Dr. David Meltzer, pengarang utama kajian ini, vitamin D amat penting dalam membantu fungsi sistem imun badan. Malah, sebelum ini juga suplemen vitamin D sudah terbukti dapat mengurangkan risiko jangkitan saluran pernafasan

Kajian yang dimuatkan di dalam Journal of the National Medical Association ini melibatkan hampir 489 orang pesakit yang pernah merekodkan bacaan vitamin D di hospital mereka setahun sebelum wabak COVID-19 bermula

Dapatan mereka mendedahkan pesakit yang kurang vitamin D (<20ng/ml) mempunyai risiko 2 kali ganda untuk dijangkiti COVID-19 berbanding pesakit yang mempunyai vitamin D pada paras yang mencukupi

Di Amerika Syarikat, kekurangan vitamin D bukanlah sesuatu yang luar biasa terutamanya dalam kalangan orang Amerika Latin dan Amerika Afrika. Kumpulan ini juga didapati lebih terkesan dengan jangkitan COVID-19

Bukan itu sahaja, kekurangan vitamin D juga lebih lazim dalam kalangan mereka yang berusia, menghidap obesiti dan mempunyai tekanan darah tinggi. Faktor ini juga meningkatkan risiko jangkitan COVID-19 yang teruk

Malah, faktor cuaca juga turut memainkan peranan dalam kekurangan vitamin D di Amerika Syarikat

Berbeza dengan Malaysia, ada kawasan di Amerika Syarikat yang tidak mendapat bekalan cahaya matahari sepanjang tahun, lebih-lebih lagi pada musim sejuk. Jadi, mereka lebih berisiko untuk mengalami kekurangan vitamin D


Kelebihan vitamin D untuk penyakit lainSelain dapat menurunkan risiko COVID-19, ada banyak lagi kelebihan vitamin D untuk penghidap kondisi tertentu. Sebagai contoh:
1. KanserTerdapat beberapa kajian yang menunjukkan pengambilan vitamin D dapat mengurangkan risiko kanser tertentu. Walau bagaimanapun, keputusan kajian agak bercanggah

2. Sklerosis berbilangKajian menunjukkan pengambilan suplemen vitamin D dalam jangka panjang dapat mengurangkan risiko sklerosis berbilang

3. OsteoporosisIndividu yang mendapat vitamin D dan kalsium yang mencukupi di dalam diet mereka dapat mengurangkan risiko osteoporosis dan keretakan tulang

4. Penyakit tulang turun-temurunSuplemen vitamin D dapat membantu merawat penyakit tulang turun-temurun yang berlaku disebabkan ketidakupayaan untuk menyerap atau memproses vitamin D

5. PsoriasisAntara kelebihan vitamin D adalah keupayaannya untuk merawat psoriasis. Ubat topikal yang mengandungi vitamin D dapat merawat psoriasis dalam sesetengah pesakit

6. Penyakit riketPenyakit ini terjadi dalam kalangan kanak-kanak yang mengalami kekurangan vitamin D. Mengambil suplemen vitamin D dapat membantu pesakit merawat masalah ini

Walaupun suplemen vitamin D selamat untuk diambil, pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan hiperkalsemia, satu kondisi yang menyebabkan penggumpalan kalsium dalam darah

Jika dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan sakit tulang dan juga pembentukan batu karang

Berapa banyak vitamin D yang perlu diambil setiap hari?
Walaupun vitamin D boleh diserap oleh kulit kita, jumlah penyerapan mungkin berbeza mengikut masa, musim, latitud dan juga pigmentasi kulit. Malah, penghasilan vitamin D juga berbeza mengikut tempat tinggal dan gaya hidup kita

Bukan itu sahaja, pemakaian pelindung matahari, walaupun penting, ia juga boleh mengurangkan kadar penyerapan vitamin D daripada cahaya matahari

Untuk mereka yang mempunyai kekurangan vitamin D, pengambilan suplemen mungkin dapat membantu

Sebagai panduan, jumlah vitamin D yang perlu diambil oleh kanak-kanak ialah 400 IU, manakala untuk orang dewasa dan warga emas pula ialah 600 IU dan 800 IU

Tidak dinafikan, warga emas merupakan golongan yang memerlukan vitamin D yang paling banyak. Mereka bukan sahaja kurang terdedah kepada cahaya matahari, individu yang berusia juga mempunyai masalah untuk menyerap vitamin D

Jika anda risau akan kekurangan vitamin D, ujian darah dapat membantu doktor untuk memeriksa tahap vitamin ini di dalam darah anda. Oleh sebab itu, berjumpalah doktor untuk konsultasi lanjut

Kredit : hellodoktor.com
Baca Juga : 
1. 6 Sebab Utama Gigi Terlalu Kuning
2. Berhati - Hati Dengan Penyakit Kencing Tikus | Faktor, Tanda, Rawatan Dan Langkah Pencegahan
3. Jangan Ambil Mudah Dengan Sakit Sembelit



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2021/08/mantapkan-imun-badan-dengan-vitamin-c.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppp Klaim Sumbangsih Parpol Selama Pandemi Covid 19 Banyak Tapi Tak Terpotret Publik

Ppp Klaim Sumbangsih Parpol Selama Pandemi Covid 19 Banyak Tapi Tak Terpotret Publik

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 226 hits
Ketua DPP PPP Achmad Baidowi menanggapi dingin Survei itu dianggap tidak menggambarkan hasil Pemilu
Asi Mengandung Antibodi Tinggi Pasien Positif Covid 19 Tetap Boleh Menyusui

Asi Mengandung Antibodi Tinggi Pasien Positif Covid 19 Tetap Boleh Menyusui

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 207 hits
Sementara itu Satgas ASI Ikatan Dokter Indonesia Wiyarni Pambudi menyebutkan ibu menyusui yang terkonfirmasi positif Covid 19 tetap bisa memberikan ASI eksklusif untuk buah hatinya Dia menjelaskan berdasarkan hasil penelitian ASI pada ibu p...
Banyak Betul Produk Pewangi Faraj Dijual Tapi Perlukah Wanita Menggunakannya

Banyak Betul Produk Pewangi Faraj Dijual Tapi Perlukah Wanita Menggunakannya

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 186 hits
Banyak Betul Produk Pewangi Faraj Dijual Tapi Perlukah Wanita Menggunakannya SEJAK kebelakangan ini ramai peniaga menjual produk pewangi alat sulit untuk wanita sehingga ramai terpedaya dengan pelbagai testimoni bahawa faraj akan berbau leb...
Hati Hati Elakkan 6 Perkara Yang Kita Rasa Betul Tapi Salah Waktu Ubah Suai Rumah

Hati Hati Elakkan 6 Perkara Yang Kita Rasa Betul Tapi Salah Waktu Ubah Suai Rumah

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 290 hits
Hati Hati Elakkan 6 Perkara Yang Kita Rasa Betul Tapi Salah Waktu Renovate Rumah l Sudah menjadi kebiasaan apabila kita membeli rumah baru atau rumah sub sale perkara pertama yang akan dibuat ialah mengubah suai rumah yang dibeli mengikut c...
Saya Cuba Kenal Wanita Lain Tapi Tak Boleh Pergi Jauh

Saya Cuba Kenal Wanita Lain Tapi Tak Boleh Pergi Jauh

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 236 hits
Bakal menamatkan zaman bujang esok pelakon Remy Ishak berkata hanya bekas tunangnya itu Ezza Yusof yang mengenali siapa dirinya Sudah lapan tahun mengenal hati budi Remy berkata wanita bertuah itu tidak hanya mengenalinya sebagai selebriti ...
Adakah Mereka Yang Meninggal Kerana Covid 19 Ini Boleh Diklasifikasikan Mati Syahid Dan Tidak Perlu Dimandikan

Adakah Mereka Yang Meninggal Kerana Covid 19 Ini Boleh Diklasifikasikan Mati Syahid Dan Tidak Perlu Dimandikan

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 314 hits
Soalan Assalamualaikum saya ada satu persoalan yang timbul Benarkan mereka yang meninggal dunia kerana jangkitan covid 19 ini termasuk di dalam kategori mati syahid dan tidak perlu dimandikan Mohon penjelasan pihak mufti Sekian terima kasih...
Bekas Pesakit Sars Imun Varian Covid 19

Bekas Pesakit Sars Imun Varian Covid 19

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 272 hits
Pakar mendapati pesakit yang pulih daripada jangkitan Pernafasan Akut Teruk pada 2003 memiliki imuniti terhadap semua varian COVID 19 yang diketahui Mereka yang menerima vaksin Pfizer BioNTech itu dapat menghasilkan antibodi untuk meneutral...
Dr Amalina Nasihat Ibu Hamil Pastikan Dapat Vaksin Covid Ini Cara Kurangkan Risiko Teruk

Dr Amalina Nasihat Ibu Hamil Pastikan Dapat Vaksin Covid Ini Cara Kurangkan Risiko Teruk

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 434 hits
Ibu yang tengah hamil disarankan untuk mengambil vaksin Covid jika masih dalam tempoh yang sesuai dengan usia kehamilan Tak perlu nak risau kerana kajian membuktikan vaksin ini selamat untuk ibu dan bayi dalam kandungan Melalui perkongsian ...
Obesiti Dan Risiko Kematian Pesakit Covid 19

Obesiti Dan Risiko Kematian Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 229 hits
Oleh Dr Muhamad Rafiqi Hehsan Pensyarah Perubatan Pelatih Fakulti Perubatan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia Pandemik COVID 19 di dalam negara kita sehingga ke hari ini masih belum menunjukkan tanda tanda akan berakhir Peratu...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025