Betul Ke Kain Norwex Memang Terbaik 10 Sebab Norwex Harga Kayangan Tapi Berbaloi
Betul Ke Kain NORWEX Memang Terbaik? | Masa mula-mula kain ni keluar, bukak facebook memang orang bercakap tentang kain kayangan. Macam biasalah mestilah ada yang memberi pendapat masing-masing sama ada pendapat positif dan negatif terhadap kain ini. Apa pun tawaran yang NORWEX tawarkan adalah amat menarik kerana pada zaman kini sesuatu yang dapat membantu para ibu dan bapa membuat kerja rumah sangat diperlukan. Kenapa kain Norwex dipanggil kain kayangan? Pastilah disebabkan harganya yang agak mahal. Tapi mestilah ada sebab kain norwex disebut-sebut kan?
Asal-Usul Kain Kayangan - Kain Norwex Norwex ni daripada brand daripada Norway dan masuk ke Malaysia pada awal 2019. Sebenarnya Sha selalu tengok orang review kain norwex di media sosial. Perkongsian Sha kali ini adalah hasil daripada penggunaan Sha sendiri dengan kain norwex ini lebih kurang sebulan. Bukan setakat Sha gunakan di rumah, tetapi Sha juga menggunakan kain ini di pejabat. Di pejabat Sha tak ada cleaner jadi terpaksalah membersih pejabat sendiri terutamanya workstation sendiri, so senang cerita kerja jadi lagi mudah with minimal effort.
Apa yang buat Sha suka tentang kain Norwex sebab feature BacLock
Apa maksud BacLock untuk kain Norwex? BackLock adalah kemampuan untuk membersih dengan sendiri dalam tempoh 24 jam apabila basah. Kain BacLock norwex mempunyai agen antibakteria mikro perak BacLock yang tertanam dalam fabrik untuk menjalankan pembersih kendiri. Hasilnya mengurangkan bau, kulapuk, fungus & bakteria. Dan membuatkan kain lap Norwex boleh digunakan berulang kali tanpa perlu kerap dicuci dengan membilas bersih dan sidai.
Jenis-jenis kain Norwex dan Fungsinya Untuk pengetahuan korang, kain norwex mempunyai pelbagai jenis dan funsi. Kali ini Sha nak kenalkan korang dengan jenis-jenis kain Norwex yang basic. Norwex boleh didapati dengan pelbagai produk tapi kali ini Sha nak kenalkan jenis kain yang Sha guna.
1. EnviroCloth *BacLock
Sesuai Untuk: Semua jenis permukaan & kegunaan
Kelebihan:
Mampu mengutip antara partikal paling halusGunakan secara kering / basah untuk membersihkan mana-mana permukaanGunakan air sahaja untuk basahkan kain (tidak perlu bahan pencuci)Kain EnviroCloth boleh didapati dalam beberapa warna iaitu Ungu Plum, Biru Teal, Hijau, Kelabu Grafit, Biru Di antara kain-kain norwex yang ada, Enviro-cloth ni adalah kain Norwex paling best sebab kain ni multipurpose. Semua jenis permukaan sesuai untuk guna kain ni. Nak lap habuk, air tumpah, kesan kotoran semua boleh. Guna basah atau kering bergantung pada jenis permukaan yang korang nak guna. Macam gambar yang Sha tunjuk, Sha lap kesan kuning pada pintu kayu dengan Enviro yang basah. Macam yang korang nampak, Sha sental beberapa saat je tanpa perlu tonyoh kuat sangat. Pintu kayu opis Sha yang kuning berubah menjadi putih kembali
Sebelum
Selepas 2. Window Cloth *BacLock
Sesuai Untuk: Permukaan kaca (Tingkap, cermin, objek berkilat dan lain-lain) Kelebihan: Mampu mendapatkan kilauan permukaan tanpa sebarang garis dengan mudahGunakan secara kering / basah untuk membersihkan mana-mana permukaanGunakan air sahaja untuk basahkan kain (tidak perlu bahan pencuci)Kain Window Cloth boleh didapati dalam beberapa warna iaitu Ungu dan Ungu Plum
Window cloth Norwex bukan untuk tingkap sahaja tapi apa-apa jenis permukaan yang licin sesuai untuk guna. Sha banyak gunakan Window Cloth dalam pejabat sebab=kain ni senang sangat nak lap cermin dan permukaan yang berkilau. Paling kerap lap dengan kain ini adalah monitor komputer, tak perlu basahkan pun. Kalau kat rumah anak-anak suka tolong lap cermin pintu sliding, tak perlu banyak kali kerja. Tak perlu angkut air yang banyak, cuma basahkan dan lap sahaja.
3. Body & Face Cloth *BacLock
Sesuai untuk : Muka & Badan (Lebih sesuai untuk kegunaan muka kerana saiz kecil) Kelebihan: Sesuai digunakan sebagai kain lap muka selepas mencuci mukaFeature BacLock dapat membunuh kuman dan membantu kulit daripada naik jerawatMicrofiber lembut tidak merosakkan kulit
Kain Body & Face Cloth ini memang sentiasa ada dalam beg tangan Sha. Sha memang jenis selalu tak ada tisu dalam beg, jadi dengan adanya kain ini memang selesaikan masalah Sha. Maklumlah kadang-kadang kerja tempat panas, berpeluh dan kulit muka jadi berminyak. Bila ada kain norwex ni senang nak lap dan cuci muka.
Hanya Kain Norwex & Air
Percaya tak untuk membersih dengan kain Norwex ini korang hanya perlukan kain Norwex dan air ? Menurut Norwex, begitulah konsep NORWEX iaitu menjimatkan dan tidak menggunakan cecair kimia untuk menghilangkan kotoran.
Sebut pasal jimat macam tak munasabah kan? Kain itu ini pun sekali beli harga ratus-ratus. Tang mana jimat kan? Korang boleh cari testimoni pengguna kain norwex, mudah ke senang guna kain norwex buat lap-lap, cuci kat rumah? Kelebihan Kain Norwex
Sebenarnya korang tak perlu pun beli yang besar terus. Tapi kalau mampu boleh terus beli yang puas hati haaa. Macam Sha ni memang duk teringin, Sha dapatlah memiliki kain norwex walaupun Norwex Basic Starter Kit. Itu pun dah seronok.. huhuhu
1. Jika korang menggunakan kain norwex korang tidak memerlukan bahan kimia berbahaya. Biasanya kita perlukan cecair pembersih untuk membersihkn permukaan yang kita inginkan. Menggunakan kain norwex ia menghilangkan kotoran, kotoran dan hingga 99% bakteria dari permukaan dengan air sahaja dan kemudian agen BacLock Norwe
Tidak memerlukan bahan kimia atau bahan pembersih atau kertas tuala yang banyak. Jadi, ia lebih selamat untuk keluarga dan lebih baik untuk perbelanjaan dan persekitaran. Boleh digunakan secara basah atau kering.
2. Cepat Menyerap 3. Ada ejen antibakteria BacLock tertanam dalam kain untuk membersihkan sendiri. Ini mengelakan kulat, bau dan bakteria sehingga kain boleh digunakan berulang kali. 4. Menjimatkan masa dan duit 5. Mudah dijaga 6. Mempunyai jaminan.
Di mana Nak Beli Kain Norwex ?
Bila dah kainnya mahal, mestilah kita nak dapatkan consultant yang bagus kan? Senang kita rujuk kalau ada apa-apa nak tanya. Sebenarnya dah ramai kawan Sha yang join jadi Consultant, tapi kita kita kena pilih yang bagi komitmen dan meyakinkan kita. Jadi jika korang nak beli barangan norvex Sha sarankan korang hubungi Kak Marsha kita nih.
Marsha : www.wasap.my/60139337697/SentalKilatByMarsha
Marsha juga banyak buat perkongsian di media sosial facebook dan instagram :
https://m.facebook.com/profile.php?id=101502318488361&ref=content_filter
https://www.instagram.com/marshathemagicclean
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.shalimaryusof.com/2021/04/betul-ke-kain-norwex-memang-terbaik.html