Rakyat Marhaen Langgar Sop Terus Dikompaun Tapi Kayangan


ainulillia‘Tolong bertindak adil supaya kami tak rasa ada sikap pilih kasih’ Gambar hiasan BANGI – Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang dianggap seperti ‘double standard’. 
Rakyat marhaen melihat orang kenamaan serta figura publik yang sering muncul di paparan media massa dan media sosial ‘terlepas’ daripada sebarang kompaun dan hukuman oleh pihak berkuasa, sedangkan rakyat biasa dikenakan tindakan serta-merta.
Laporan demi laporan dibuat namun tiada perkembangan baharu dilaporkan mengenai tindakan yang dikenakan pada pelanggar SOP ini.
Senario ini sudah tentu tidak dapat mengelakkan daripada timbulnya persepsi negatif, baik pada pihak yang melanggar SOP COVID-19 serta pihak yang sepatutnya menguatkuasakan tindakan tegas terhadap kesalahan tersebut.
Terbaru, majlis pernikahan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor menjadi perbualan hangat apabila para tetamunya didakwa melanggar SOP kerana tiada penjarakan fizikal ketika proses akad nilah berlangsung.
Berdasarkan gambar dan video yang tular di media sosial, dapat dilihat para tetamu duduk dengan rapat dan terdapat di kalangan mereka tidak memakai pelitup muka.
“Tak cemburu dengan mereka sebab kahwin mewah ke apa. Cuma rasa tak adil. Sebab orang miskin, rakyat biasa mudah saja polis saman. Orang biasa ini mana la datang duit, entah ada yang nak dapat RM1,000 itu pun makan masa sebulan dua.
“Tak minta banyak pun. Minta adil sahaja, supaya orang biasa macam kami ini tak rasa ada pilih kasih,” kata pengguna Facebook, Diyana Balqis. 
Sementara seorang lagi pengguna Facebook, Khai Icha pula mengimbau laporan berita di mana seorang perempuan yang serta merta didenda RM1,000 kerana tidak memakai pelitup muka ketika keluar dari keretanya.
“Teringat kes akak yang keluar dari kereta belum sempat pakai mask dah kena saman RM1,000. Sekali kes pakcik-pakcik dekat masjid yang berkumpul tu, kena jugak seorang seorang, Allah kesian.
“Ini gambar video dah ada tapi masih siasatan. Ya Allah betullah tiada hukum yang adil di dunia ni, selain di akhirat nanti,” katanya.
MoHaikal Salah pula berkata “Benarlah.. undang-undang itu hanya untuk marhaen. Marhaen ‘terus dikompaun’, kayangan “kita akan jalankan siasatan terperinci”. MySejahtera ada kan. Jejak sahaja lah dalam itu siapa yang hadir. Ops lupa, kayangan,” katanya.
Selain majlis pernikahan Neelofa, warga maya turut memetik pelanggaran SOP pada Konvensyen Biasa DAP Perak ke-19 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh (IICC), 13 Mac lalu.
Konvensyen yang dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan itu dilaporkan sedang disiasat pihak polis, tetapi sehingga kini tiada perkembangan terbaharu berkenaan kes tersebut.
“Ahli-ahli DAP bila nak kutip. Minggu lepas bergaduh berasak dalam dewan. Masa perhimpunan DAP tak ikot SOP. Tak kena kutip ke wahai polis…,” kata pengguna Facebook, Charr Roll.
Untuk rekod, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 22A Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.
Katanya, polis seramai 1,731 orang dan ia kurang daripada kapasiti maksimum dewan IICC iaitu 4,500 orang.
Beliau berkata, PDRM Perak juga sedang menganalisa video dan foto-foto yang diperolehi bagi mengenal pasti individu-individu serta kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan pelanggaran SOP, terutama semasa insiden kekecohan dan konvensyen berlangsung.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/rakyat-marhaen-langgar-sop-terus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
12 Vvip Termasuk Menteri Disiasat Langgar Sop Ada Yang Dikompaun

12 Vvip Termasuk Menteri Disiasat Langgar Sop Ada Yang Dikompaun

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 451 hits
Oleh Suspek hina Islam dan hasut murtadkan wanita ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman hari ini KEGAGALAN mematuhi prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan bukan hanya terjadi dalam kalangan rakyat biasa Yang dalam...
Langgar Sop Kerajaan Tidak Akan Batalkan Denda Rm10 000 Tapi Boleh Buat Rayuan

Langgar Sop Kerajaan Tidak Akan Batalkan Denda Rm10 000 Tapi Boleh Buat Rayuan

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 360 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan tidak akan membatalkan denda RM10 000 bagi pelanggaran prosedur operasi standard perintah kawalan pergerakan tetapi jumlah itu boleh dikurangkan menerusi rayuan kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Ismail ...
Rentasan 847 Langgar Sop Rakyat Dimangsakan Pemimpin Pas Cakap Tak S

Rentasan 847 Langgar Sop Rakyat Dimangsakan Pemimpin Pas Cakap Tak S

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 248 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 847 1 KHIDMAT GUAMAN BUAT MANGSA PELACURAN POLITIK 2 APA ADA BILA BIGOTRY BERKUMPUL 3 JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN
Fesyen Show Didapati Langgar Sop Tiada Penjarakan Fizikal Polis Akan Panggil Penganjur Walaupun Dah Mohon Maaf

Fesyen Show Didapati Langgar Sop Tiada Penjarakan Fizikal Polis Akan Panggil Penganjur Walaupun Dah Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 380 hits
The ReporterMinggu lalu viral di media sosial video yang menunjukkan sebuah pertunjukan fesyen yang diadakan di Damansara Perdana didapati melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang ditetapkan oleh Majlis...
Majlis Nikah Neelofa Didakwa Langgar Sop Polis Buka Kertas Siasatan

Majlis Nikah Neelofa Didakwa Langgar Sop Polis Buka Kertas Siasatan

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 539 hits
1 659 total views 1 659 views today Semalam telah berlangsungnya majlis pernikahan pengacara terkenal iaitu Noor Neelofa bersama Haris Ismail di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur Pasangan itu telah sah menjadi pasangan suami isteri tep...
Langgar Sop Penganjur Tetamu Pertunjukan Fesyen Dicari Polis

Langgar Sop Penganjur Tetamu Pertunjukan Fesyen Dicari Polis

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 231 hits
Oleh NURAINA HANIS ABD HALIM PERTUNJUKAN fesyen di Damansara Perdana Rabu lalu yang didakwa melanggar prosedur operasi standard PETALING JAYA Polis sedang mengesan penganjur dan tetamu yang hadir dalam sebuah pertunjukan fesyen di Damansara...
Muhyiddin Langgar Sop Apa Tindakan Pihak Berkuasa

Muhyiddin Langgar Sop Apa Tindakan Pihak Berkuasa

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 579 hits
Muhyiddin Langgar SOP Apa Tindakan Pihak Berkuasa Ahli Parlimen Pekan Najib Razak mempersoalkan apakah tindakan akan diambil terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kerana tidak memakai pelitup dalam satu majlis di sebuah hotel Najib berk...
Ada Tindakan Atau Tak Biar Saya Settle Sendiri Neelofa Buka Mulut Isu Langgar Sop

Ada Tindakan Atau Tak Biar Saya Settle Sendiri Neelofa Buka Mulut Isu Langgar Sop

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 416 hits
Berikutan isu melanggar Prosedur Operasi Standard dan didakwa berbulan madu di Langkawi beberapa hari lalu selebriti terkenal Neelofa akhirnya tampil memberi jawapan terhadap segala persoalan dalam fikiran netizen Memetik temubual bersama G...
Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor

Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Mca Should Reflect On Where Its Two Seats Are Akmal Shoots Back

Chegubard Mohon Maaf Di Mahkamah Kerana Memfitnah Anak Syarikat Mbi

Pas Open To Reunion With Umno If Latter S Leadership Changes

Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Apakah Itu Umami

Lelaki Ditahan Bakar Al Quran

Lelaki Bertenggek Di Atas Pencawang Elektrik

Pemuda Pas Jangan Samakan Jenaka Harith Dengan Ugut Bunuh Pkr

Tarif Elektrik Perlu Dinaikkan Kata Anwar

66 Top 16 By Danial Puntaek66 Run 28 25