Berapa Pun Suami Beri Usah Merungut Tapi Bersyukur Dia Jodoh Terbaik Kita


Kita selalu memperkatakan mengenai besarnya tanggungjawab dan pengorbanan ibu. Namun jangan dilupakan jasa seorang bapa dan suami yang amat besar pengorbanannya dalam keluarga kecil kita.
Bukan hanya menyediakan segala keperluan buat isteri dan anak-anak, bahkan jangan kita pernah lupa, suamilah orang kuat yang membantu kita menguruskan anak ketika berpantang. Malah dia jugalah yang sama-sama bersengkang mata dengan kita mengasuh dan mendidik anak sebagai satu pasukan yang kuat. Jangan kita pernah lupa. Begitu yang dikongsikan oleh Yasmin Sari, Team Ibu Rose-Mesejnya Kasih.

TERLUPA PENGORBANAN SEORANG SUAMI
Tadi, lepas hantar anak ke sekolah, berhenti di lampu isyarat merah. Terpandang barisan penunggang motosikal kemas berjaket seperti ke tempat kerja. Rata-rata mereka adalah lelaki yang mungkin bergelar suami dan ayah.
Hati ni tetiba rasa sayu, memandang mereka. Keluarnya mereka dari rumah masing-masing demi memenuhi tanggungjawab untuk keluarga. Menyara keluarga, memastikan anak isteri hidup dalam keadaan sejahtera.

Terus mendoakan mereka dalam hati, “Ya Allah, ampunilah dosa mereka, angkatlah darjat mereka, murahkan rezeki mereka, kurniakanlah mereka keluarga yang bahagia, mawaddah wa rahmah, berikan mereka rezeki melimpah ruah yang penuh keberkatan.”
Terus air mata mengalir tanpa dipinta.
Ada antara mereka yang mungkin punya isteri bekerja dan ada yang isteri surirumah sepenuh masa. Mungkin dalam hati mereka ada pelbagai persoalan hidup.
Teringat pada suami min, yang satu masa dahulu dia pernah berulang-alik ke tempat kerja dengan motosikal sekitar perjalanan 45 minit-1 jam tiap kali pergi dan balik kerja. Panas, hujan perlu ditempuhi demi menyara kami anak beranak.

Teringat juga arwah ayah yang berhujan panas berniaga apam balik di pasar malam demi membesarkan min dan adik-adik. Jelas terbayang wajah penatnya, kedut diwajahnya masa pulang dari berniaga. Tapi, dia selalu senyum.
Kalau tanya, “Macamana niaga hari ni, ayah?”. Katanya mesti macam ni, ”Alhamdulillah, syukur”.
Tak pernah dia mengeluh walaupun jualannya banyak tak habis, walaupun, banyak tepung bancuhan yang terbuang sebab kurang orang membeli.

“Ya Allah, Kau ampunilah dosanya, angkatlah darjatnya dan jadikanlah kuburnya seperti taman-taman syurga.”
Kadang kita isteri, terlupa pengorbanan suami sebab merasa kita sudah banyak berkorban. Bersyukurlah kita yang masih punya suami. Itulah ladang pahala kita. Redha dia pada kita, InsyaAllah syurga rumah kita.
Berapa pun suami beri, usah merungut. Banyakkan bersyukur. Dia bukanlah manusia terhebat, tapi dialah jodoh terbaik untuk kita.

Sayangi dan hormati suami tanpa syarat. Tapi, ketaatan yang diberikan kepada suami kerana mengharapkan keredhaan Allah semata-mata. InsyaAllah hidup akan bahagia.
Setiap kita ada takdirnya sendiri. Tanya Allah, apa yang sedang DIA sampaikan pada kita sekarang…
Didoakan semoga yang membaca posting ini dikurniakan hati yang tenang dan rumahtangga yang bahagia penuh kasih sayang.
Artikel berkaitan: Suami Pandang Isterinya Bagaikan Bidadari, Ini Rahsianya, Kena Buat Ni
Isteri Jangan Kedekut Doakan Suami, Itulah Sumber Utama Rezeki Meriah, Hidup Bahagia
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Berapa Pun Suami Beri, Usah Merungut Tapi Bersyukur, Dia Jodoh Terbaik Kita! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/berapa-pun-suami-beri-usah-merungut-tapi-bersyukur-dia-jodoh-terbaik-kita/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah 11 Tahun Kahwin Tapi Tak Ada Anak Lelaki Ini Tampil Cerita Tentang Kisah Wanita Ini Dan Suami

Dah 11 Tahun Kahwin Tapi Tak Ada Anak Lelaki Ini Tampil Cerita Tentang Kisah Wanita Ini Dan Suami

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 306 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca Hari ini kita akan ikuti cerita tentang seorang pekerja wanita yang dikatakan mndul gara gara tidak mempunyai zuriat selepas 11 tahun berkahwin
Betul Ke Kain Norwex Memang Terbaik 10 Sebab Norwex Harga Kayangan Tapi Berbaloi

Betul Ke Kain Norwex Memang Terbaik 10 Sebab Norwex Harga Kayangan Tapi Berbaloi

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 501 hits
Betul Ke Kain NORWEX Memang Terbaik Masa mula mula kain ni keluar bukak facebook memang orang bercakap tentang kain kayangan Macam biasalah mestilah ada yang memberi pendapat masing masing sama ada pendapat positif dan negatif terhadap kain...
Hiburan Setiap Hari Saya Bersyukur Ada Kamu Bella Dally Titip Ucapan Buat Suami Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke 2

Hiburan Setiap Hari Saya Bersyukur Ada Kamu Bella Dally Titip Ucapan Buat Suami Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke 2

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 283 hits
Sudah dua tahun mendirikan rumah tangga pelakon Bella Dally menerusi akaun Instagramnya tampil mengucapkan penghargaan buat suami tercinta Arif Izuddin Radzali sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 2 tahun View this post on Instagr...
Lembut Je Muka Netizen Doakan Bekas Kekasih Pu Riz Jumpa Jodoh Terbaik

Lembut Je Muka Netizen Doakan Bekas Kekasih Pu Riz Jumpa Jodoh Terbaik

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 944 hits
Sebelum ini nama Amal Syahmina pernah menjadi sebutan warganet di media sosial apabila dikaitkan dengan pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz sekitar November lalu Tenang menjalani kehidupan setiap posting dimuat naik Amal di laman Insta...
Yes Or No Isteri Takut Salah Pilih Tapi Rupanya Dapat Kejutan Dari Suami Comel Je

Yes Or No Isteri Takut Salah Pilih Tapi Rupanya Dapat Kejutan Dari Suami Comel Je

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 213 hits
Isteri mana yang tak gembira kalau suami buat kejutan untuk dirinya Namun dalam rasa teruja kadang kadang tetap terselit rasa curiga kalau suami buat perkara yang pelik pelik Begitu juga dengan perkongsian video di laman Facebooknya Dalam v...
Anak Dan Suami Isteri Boleh Cari Tapi Adik Beradik Tak Mungkin Boleh Ganti Jaga Hubungan Kita

Anak Dan Suami Isteri Boleh Cari Tapi Adik Beradik Tak Mungkin Boleh Ganti Jaga Hubungan Kita

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 407 hits
Anak Dan Suami Isteri Boleh Cari Tapi Adik Beradik Tak Mungkin Boleh Ganti Jaga Hubungan Kita Menjaga hubungan silaturrahim dengan adik beradik kita sebenarnya bukanlah satu hal yang boleh diperlekehkan Besar tanggungjawabnya menjaga hubung...
Tak Kisah Orang Nak Kutuk Tapi Kalau Suami Yang Main Cakap Memang Isteri Sentap

Tak Kisah Orang Nak Kutuk Tapi Kalau Suami Yang Main Cakap Memang Isteri Sentap

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 413 hits
Memang sudah kita ketahui hati seorang wanita ni lembut Mudah terasa dan kecil hati kalau orang bercakap tentang dirinya Apa lagi jika yang berkata kata tu adalah orang yang mereka sayangi Suami misalnya jagalah tutur kata anda di depan ist...
Isteri Penasihat Terbaik Suami Tiada Dia Sunyi Hidup Anggaplah Bebelannya Irama Muzik

Isteri Penasihat Terbaik Suami Tiada Dia Sunyi Hidup Anggaplah Bebelannya Irama Muzik

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 213 hits
Kenapa kena dengar nasihat isteri lebih dari orang lain Kerana nasihat seorang isteri adalah satu satunya nasihat yang tepat betul dan sesuai dengan kita Tiada yang lebih mengenali suami melainkan isterinya Bahkan lebih kenal daripada mak s...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian