Betul Ke Daun Sanna Boleh Turunkan Berat Badan
Betul Ke Daun Sanna Boleh Turunkan Berat Badan? | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Setiap tahun pasti setiap orang ada azam masing-masing dalam kehidupan. Target ini tak kiralah dari segi kewangan, keluarga, kesihatan dan bisnes.
Azam paling popular yang biasa kita dengar adalah target nak kurus. Setiap tahun kebanyakan kita asyik renew azam yang satu itu.. ehehehe.. maklumlah tak ramai orang yang kuat semangat terutama bila sembang bab makan.
Bukan cakap pasal orang, tapi cakap pasal diri sendiri juga. Sebenarnya dah masuk 7 tahun Sha terperangkap dengan berat badan bermula angka 6 di depan. Aduuhh... ayat terperangkap tu ayat penyelamat mungkin..ahahaha.. tak mampu nak undur balik, hanya mampu bertahan supaya tidak menginjak ke angka lain sahaja.
Betul Ke Daun Sanna Boleh Turunkan Berat Badan?
Sebenarnya ini bukan kali pertama Sha cuba turunkan berat badan dengan minum air daun Sanna. 2 tahun lepas Sha dah cuba dan ada menunjukkan perubahan kepada berat badan Sha. Tetapi tak lama selepas itu rutin minum air daun Sanna berubah, Sha jarang minum hinggalah daun pun dah bertukar warna. Bila dah bertukar warna Sha pun buang sahaja daun sanna tu.
Untuk tahun 2022 sebenarnya Sha tak ada azam pun untuk turunkan badan sebenarnya. Tapi bila tengok kawan-kawan dah mula jaga makan, diet jadi macam takut pulak. Bukan takut apa, takut nanti Sha sorang je tembam kat pejabat ni... ahahaha... gurau jee...
Jadi Sha pun ambik keputusan untuk jaga jugalah pemakanan. Maklumlah nak buat aktiviti bersenam belum berani lagi. Bukan takut sebab apa sebenarnya, cuma bila Sha ni keturunan pesakit kencing manis memang perlu berusaha jagalah juga kesihatan sebelum terkena.
Khasiat Daun Sanna
Selain teringin nak turunkan berat badan, sebenarnya banyak sebab Sha nak amalkan daun Sanna ini. Dalam banyak-banyak khasiat yang ada di bawah, memang kebanyakannya apa yang memang Sha mahukan. Korang pun tahukan, banyak penyakit boleh hadir berpunca daripada perut. Jadi Sha pun tak nak simpan apa yang tak patut dalam badan.
Membantu membuang angin
Membantu mengurangkan lemak
Membantu mencuci kerak urus
Membantu merawat sembelit
Membantu membuang toksin
Membantu membersih darah kotor
Membantu mengawal tekanan darah
Membantu melancarkan peredaran darah
Membantu mengempiskan perut
Bila dilihat pada khasiat-khasiat yang ada, apa yang paling menggembirakan Sha adalah apabila Sha tidak lagi berhadapan dengan masalah sembelit. Sembelit ni memang boleh merosakkan mood Sha sepanjang hari tau, memang tak selesa. Jadi inilah salah satu masalah Sha yang berjaya diselesaikan selepas mengamalkan minum air daun Sanna. Pendek kata Daun Sanna sesuailah untuk detoks perut.
Cara Penyediaan Air Daun SannaCara untuk amal pun mudah sahaja. Kita hanya perlu rendam daun Sanna di dalam air panas beberapa minit sehingga air bertukar warna menjadi kecoklatan.
Mengikut perkongsian, kita disarankan minum 2 kali sehari air daun Sanna ini iaitu pada waktu pagi sebelum sarapan dan satu lagi pada waktu malam sebelum masuk tidur.
Bagi yang kali pertama nak cuba, korang boleh cuba pada hari cuti mungkin. Bukan apa, rata-rata yang amalkan daun Sanna cakap selepas 5-8 jam minum airnya memang lawas membuang. Risau juga korang ambil pada waktu malam, esoknya ada mesyuarat atau apa-apa aktiviti terbantut pulak sebab nak ke tandas.
Dilarang Minum Air Daun Sanna Kepada:
Wanita yang sedang hamil.
Pesakit yang mempunyai G6PD alahan pada bau, makanan dan kulit dinasihatkan agar bertanya dahulu kepada doktor atau semak di bahagian farmasi sekiranya ingin menggunakannya.
Kanak kanak dibawah umur 6 tahun.
Seseorang yang telah melakukan pembedahan pintasan jantung, usus & dialisis buah pinggang.
Kesan Sampingan Selepas Minum Air Daun Sanna
Di sini Sha kongsikan beberapa kesan yang mungkin korang akan rasa selepas meminum air daun Sanna supaya nanti korang tak terkejut
Akan terasa seperti ingin demam atau badan jadi panasSakit sendi sendi tulang & uratKaki Bengkak (Pada yang mempunyai gout)Senak PerutCepat Berpeluh
Semua kesan ini mungkin korang tak akan alaminya. Tapi sekiranya terjadi korang jangan gelabah terlebih dahulu.
Keadaan sedemikian terjadi adalah kerana tindakbalas air tersebut setelah memasuki tubuh badan sesaorang. Ianya akan kembali pulih setelah membuang air besar.
Bagi yang terasa senak berpanjangan atau kerap merasai senak pada bahagian perut, anda hanya perlu minum air masak segelas. Itu adalah reaksi sekitar kawasan usus@perut (proses penyingkiran toksin)
Peluh yang banyak keluar, itu menandakan badan seseorang telah serasi dengan tindakbalas herba.
Macam mana nak beli Daun Sanna? Mudah sahaja, korang boleh dapatkan di shopee sahaja. Sha biasa beli di https://shp.ee/w7285ih , kat sana korang boleh tengok komen-komen pelanggan lain. Memang elok bagi yang sedang mencari jus kurus yang murah. Sha beli yang 250gram dengan harga Rm9.00 sahaja. 250g tu memang banyak dan lambat nak habis..ahahaha.
Sejak amal minum air daun Sanna 2 kali sehari ni memang setiap pagi pasti membuang. Jadi Sha harap dapatlah cuci perut ni yang memang susah membuang. Tambahan pula, setahu Sha kalau perut elok, kulit kita pun nampak sihat kan?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.shalimaryusof.com/2022/01/khasiat-daun-sanna-boleh-turunkan-berat-badan.html