Betul Ke Anak Kedua Ni Special Perangai Macam Macam Tapi Cukup Disenangi
Betul Ke Anak Kedua Ni Special, Perangai Macam-Macam Tapi Cukup Disenangi? Orang kata perangai anak kedua ni lain daripada yang lain. Mereka punya sifat yang tersendiri. Adakalanya mereka cukup disenangi oleh semua anggota keluarga tidak kurang juga yang menjengkelkan sehingga langsung tidak disenangi oleh adik beradik lain.
Walaupun begitu anak nombor dua dalam keluarga ini juga sama disenangi seperti anak pertama. Istimewa seperti kakak dan abang sulung. Lebih istimewa lagi, mereka ini punya macam-macam perangai dan tersendiri. Apa yang pelik dan tersendiri? 20 perihal anak kedua ini perlu anda tahu. Sama tak dengan anak kita?
1. Anak kedua selalu sangat mengalah dalam segala hal dan ini mempengaruhi perkembangan keperibadian mereka.
2. Menurut Alfred Adler, seorang doktor perubatan dan psikologi, anak kedua lebih senang menjadikan kawan sebagai tempat untuk meluahkan rasa hati. Senang cerita adakalanya mereka suka asingkan diri di dalam keluarga.
3. Perangai anak kedua berbeza daripada anak-anak lain kerana terlalu berjuang untuk cuba tarik perhatian ibu bapa.
4. Anak kedua selalu mencuba untuk jadi anak yang baik dan penuhi apa sahaja permintaan mak ayah.
5. Suka berimaginasi dan berangan-angan tetapi semangat mereka tinggi untuk capai sesuatu.
6. Tidak suka bekerja di bawah tekanan.
7. Anak kedua juga sangat suka pada perkataan kebebasan dan fleksibiliti. Mereka tak suka pada kerja yang banyak peraturan dan undang-undang. Mereka nak bebas!
8. Selalunya memilih untuk bekerja sendiri atau pekerjaan yang membolehkan mereka berekspresi dengan sendiri. Kalau bos bagi kebebasan, ni paling mereka suka!
9. Pandai menjalinkan persahabatan dengan orang lain, mudah mesra dan kawan-kawan pun ramai. Senang cerita, anak kedua memang ramah dan disenangi ramai.
10. Mereka selalu berusaha untuk membuat orang lain suka dan menyenangi mereka. Jaga hati kawan sentiasa!
11. Sukar buat keputusan sendiri dan tak berapa yakin dengan diri sendiri.
12. Adakalanya mood mereka cepat sangat berubah. Baik pada kawan-kawan tetapi ikut mood!
13. Selalu sangat berprasangka sendiri dan mempunyai pemikiran tersendiri. Lain yang kita maksudkan, lain yang difahaminya. Ni semua disebabkan mereka terlalu kreatif!
14. Bijak dan berkemahiran tinggi dalam berkomunikasi hinggakan mereka pandai memanipulasi. Sebab itulah mereka ramai yang jadi usahawan berjaya, pandai pusing sana sini!
15. Paling penting mereka ni jenis yang penyayang terutama pada sahabat handal dan keluarga.
Tepat ke?
Artikel Lain
Anak Sulong Bukan Sahaja Banyak Berkorban, Malah Banyak Pikul Tanggungjawab Keluarga!
Kasih sayang adik beradik sama ada anak sulung sehinggalah anak bongsu sememangnya pasti ada dalam sesebuah keluarga dan rasa kasih itu telah dipupuk oleh ibu bapa semenjak mereka masih kecil sehinggalah dewasa. Semua ibu bapa mengharapkan semua anakya berkasih sayang dan mengharapkan anak mereka akan kekal sayang sampai bila-bila.
Anak Sulung Paling Disayangi
Anak sulung adalah anak yang paling disayangi pada awalnya. Ada yang direzekikan awal, ada yang direzekikan setelah bertahun. Jadi, kecintaan pada anak pertama itu melebihi. Namun, kasih terbahagi bila dapat adik. Berkurang lagi bila bertambah bilangan adik-beradik. Semakin hujung anak itu, makin disayangi. Signifikan, yang bongsu lebih dimanjakan. Yang awal-awal sudah semakin dewasa, kasih beralih pada yang lebih kecil.
Anak sulung
Masa kecil, biasa saja abang atau kakak menyakat adik-adiknya. Itulah gurauan berkasih dalam keluarga. Kadang-kadang, bergaduh, kata-mengata, bertegang leher, tu lumrah dalam pertalian keluarga. Orang kata, lepas bergaduh, makin erat. Itu kasar pada kita. Tidak pada mereka.
Lain orang lain ragam, ada bahasakan “aku-kau”, ada bahasakan nama, ada panggil along angah. Bergaduh macam mana pun, biasanya anak sulung dan kedua lebih mengalah pada adik-adiknya. Awal-awal saja seperti rimau, sebenarnya di dalam kiut seperti kucing. Marahnya ada sebab kerana daya fikirnya lebih dulu matang dari adik-adik.
Pengorbanan
Yang sulung-sulung abang kakak ni, nampak saja buat dono tak peduli. Tapi sebenarnya, adik-adik jadi prioriti. Ada abang kakak yang korbankan pengajiannya demi menyara adik-adik. Ada yang sanggup berlapar demi adik. Ada yang rela adik hidup senang, dia sendiri kais pagi makan pagi. Ada yang korbankan usia mudanya hingga tak berumahtangga demi adik-adik. Ada yang menjamin gadai nama demi adindanya. Pengorbanan ikhlas. Tiada mengungkit. Jika diungkit sekalipun, demi menyedarkan, bukan meminta jasa dibalas semula.
Pelindung
Setelah ayah dan ibu, pelindung adik-adik adalah anak sulung abang dan kakak. Kata buruk pada adik-adik, merekalah yang dulu membela. Terjadi apa-apa musibah, merekalah yang tampil menjaga. Kadang-kadang, bila sakit pening adik-adik, yang duduk berteleku di samping adalah abang kakak picitkan kepala, tadah muntah dan tahan segala ragam adik-adiknya.
Terima kasih kerana bersusah payah menjaga dan bersabar. Andai ikut turutan umur, logiknya yang tua-lah akan pergi.
Hargailah abang dan kakak kita. Merekalah yang tempuh fasa jatuh bangun bersama ayah ibu di awal membina kehidupan berkeluarga. Biarlah adik-adik nikmati dan kecapi era senang selesa.
The post Betul Ke Anak Kedua Ni Special, Perangai Macam-Macam Tapi Cukup Disenangi? appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/betul-ke-anak-kedua-ni-special-perangai-macam-macam-tapi-cukup-disenangi/