Kena Kenal Pasti Jenis Intelligences Anak Barulah Boleh Tackle Perangai Anak


Anak kita memang berbeza-beza. Ada anak yang lebih suka matematik, mahir dalam semua angka namun ada juga anak yang lebih gemarkan alam. Fokus dengan alam. Sebagai ibu bapa, kita kenalah kenal pasti kecenderungan dan kebijakan anak kita. Masing-masing ada kelebihannya.
Perkongsian Liyana Nazli mengenai jenis-jenis kebijakan anak ini mama papa kena tahu supaya lebih mengenal anak masing-masing. Penting untuk kita tahu semua ni.
Multiple Intelligences
Kalau mengikut theory of multiple intelligence, manusia ni ada 8 jenis kepandaian. Sebenarnya kita mempunyai kelapan-lapan jenis kepandaian ini untuk kita menjalani fungsi hidup yang seimbang. Cuma kita berbeza dari segi kepandaian mana yang lebih dominan dan bagaimana cara yang paling efektif untuk kita belajar.
Apa 8 jenis kepandaian tu?
1. Word smart
2. Number smart
3. Nature smart
4. People smart
5. Self smart
6. Body smart
7. Picture smart
8. Music smart
Sayangnya, sistem pendidikan kita hanya in favour untuk kanak-kanak yang ada kepandaian linguistik (word smart) dan matematik (number smart) sahaja. Mereka ini mudah belajar dalam sistem persekolahan kita sebab cara pelajaran disampaikan bersesuaian dengan cara mereka belajar. Kepandaian-kepandaian dari jenis lain macam diabaikan sikitlah.
Contohnya, saya kenal pasti Ayyash sebagai seorang yang nature smart. Dia sangat suka mengkaji alam, terutama sekali tentang binatang. Dia boleh luangkan masa berjam-jam menonton Nat Geo Wild di televisyen atau mencari maklumat yang diperlukan tentang satu-satu jenis haiwan daripada video di Youtube. Dia boleh hafal fakta tentang haiwan ini dengan terperinci.
Tetapi adakah kepandaian Ayyah ini dapat digunakan di sekolah? Nope, no one bothered. Kecuali adalah sikit-sikit sentuh dalam subjek Sains. Itu pun pada tahap yang sangat asas. Mujur dia juga word smart, jadi dia boleh skor cemerlang dalam subjek bahasa dan kemanusiaan. Tapi kalau suruh dia buat matematik, memang dia garu kepala lebih sikit hahaha!

Maryam lebih kepada self smart. Dia boleh bermain sendiri berjam-jam, boleh larut dalam aktivitinya sendiri. Sangat yakin dengan apa yang dia lakukan dan tak perlukan justifikasi orang lain. Tapi kalau di sekolah, cikgu mungkin cop dia sebagai budak kuat berangan. Nampak macam suka mengelamun, tapi sebenarnya dia duk rancang apa dia nak buat di rumah. Maryam juga people smart, boleh berkawan mudah dengan sesiapa saja. Mudah disenangi orang ramai. Kami pergi mana-mana, tiba-tiba dia dah ada kawan. Huhu!
Jadi, pentinglah kita sebagai ibu bapa ni tahu apa jenis kepandaian yang anak kita ada cuma perlu berpada-pada dalam mengkategorikan anak kita mengikut kepandaian mereka. Dan yang penting, kita beri pendedahan untuk mereka belajar dengan cara yang melibatkan pelbagai jenis intelligence ini. Kalau kita tak pernah bagi mereka cuba, mana kita nak tahu mereka boleh buat atau tak kan?
Seminggu sekali kami bawa mereka ke kelas music untuk mengembangkan musical intelligence mereka. Apabila bodily-kinesthetic intelligence bergabung dengan musical intelligence, Maryam jadi pandai gerakkan anggota badan ikut irama, bila menari nampak natural sangat macam pro! Dia duk pujuk ibu enroll dia masuk dance class ni. Huhu!

Ayyash sangat sensitif pada tune. Dia boleh kesan kalau tali ukulelenya tak betul tuningnya walaupun ibu duk dengar semua bunyi sama saja. Sekejap saja dia habiskan setiap stage pelajaran muziknya. Bila musical intelligence bergabung dengan linguistik intelligencenya, Ayyash boleh hafal lirik lagu dan menyanyikannya dengan irama yang betul.
Seminggu sekali juga ayah mereka bawa ke kelas renang. Untuk bantu kembangkan bodily-kinesthetic intelligence. Bukan mudah nak belajar koordinasi badan untuk berenang dengan baik. Ibu pun gagal bab ni! Ibu dan ayah bukan jenis sporty sangat masa sekolah dulu.
Nampak tak, anak kita tak semestinya hanya ada satu atau dua jenis intelligence sahaja. Do not confine them to categories. Kalau beberapa jenis intelligence ni bergabung, it shall works wonders! Cuma kitalah sebagai ibu bapa kena rajin sikit cari ruang dan peluang untuk mereka tunjuk bakat dan belajar perkara baru. Jadi, ibu bapa ni memang penat, tapi hasilnya nanti insyaAllah saham kita dunia akhirat!
Kredit: Liyana Nazli The post Kena Kenal Pasti Jenis ‘Intelligences’ Anak, Barulah Boleh Tackle Perangai Anak! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/kena-kenal-pasti-jenis-intelligences-anak-barulah-boleh-tackle-perangai-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Jagalah Isteri Masa Berpantang Betul Caranya Boleh Lebih Cantik Dari Anak D4ra Rileks Media

Suami Jagalah Isteri Masa Berpantang Betul Caranya Boleh Lebih Cantik Dari Anak D4ra Rileks Media

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 508 hits
Suami tolong jangan ambil mudah dengan keadaan isteri yang berpantang bersa lin jagalah dia Kena faham lepas bersalin isteri sebenarnya baru saja melalui fasa bertarung nyawa antara hidup dan matinya Sebaik isteri anda melahirkan ba yinya t...
Tiada Guna Walau Sedikit Pun Ada Anak Ramai Kalau Sepinggan Nasi Ayah Rm6 Pun Tak Boleh Bayarkan

Tiada Guna Walau Sedikit Pun Ada Anak Ramai Kalau Sepinggan Nasi Ayah Rm6 Pun Tak Boleh Bayarkan

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 2996 hits
Kasih ibu bawa ke syurga kasih ayah sepanjang masa Ia kedengaran biasa namun jika diteliti dengan mendalam ia membawa maksud yang sangat besar Dunia semakin maju namun masih ada segelintir masyarakat hari ini yang kurang peka dengan sensiti...
Mama Papa Boleh Merangkak Sekali Bila Nak Latih Anak Banyak Kelebihannya Bonding Pun Kuat

Mama Papa Boleh Merangkak Sekali Bila Nak Latih Anak Banyak Kelebihannya Bonding Pun Kuat

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 397 hits
Bila anak kita dah mula meniarap dan sudah pandai angkat pinggulnya untuk merangkak mama papa jangan segan silu untuk cuba merangkak bersama Begitu juga dengan anak anak yang sudah besar Apa salahnya bersama sama merangkak supaya anak lebih...
Jangan Terus Hukum Anak Kalau Nakal Degil Dan Lasak Kena Tahu 3 Jenis Learning Style Ni Dulu

Jangan Terus Hukum Anak Kalau Nakal Degil Dan Lasak Kena Tahu 3 Jenis Learning Style Ni Dulu

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 377 hits
Masih ada lagi mak ayah yang tak tahu anak mereka jenis yang mana satu auditori visual atau kinestatic Bila anak tak dengar cakap di katanya nakal degil lasak Padahal yang sebenarnya cara mak ayah beri teguran tu salah Anak tak faham Sebab ...
Jika Kerap Marah Anak Dengan Alasan Nak Mengajar Kesannya Boleh Jadi Lembab

Jika Kerap Marah Anak Dengan Alasan Nak Mengajar Kesannya Boleh Jadi Lembab

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 586 hits
Jika Kerap Marah Anak Dengan Alasan Nak Mengajar Kesannya Boleh Jadi Lembab Bukan semua ibu bapa suka memarahi anak Namun ramai juga yang tiada skil untuk mengawal diri terutama bila marah sudah di ambang bibir dan dada dah turun naik Maka ...
Sedih Dengan Perangai Orang Malaysia Jenis Macam Ini

Sedih Dengan Perangai Orang Malaysia Jenis Macam Ini

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 307 hits
Rumah banglo mewah milik usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri sememangnya menjadi perhatian ramai Mana tidaknya kos banglo mewah Aliff Syukri Palace yang The post appeared first on
Anak Demam Terlebih Bagi Ubat Boleh Rosakkan Hati Terkurang Dos Suhu Badan Tak Turun

Anak Demam Terlebih Bagi Ubat Boleh Rosakkan Hati Terkurang Dos Suhu Badan Tak Turun

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 793 hits
Sila ambil perhatian ibu dan ayah Anak Demam semua biasa bagi ubat demam kan Sebelum beli ubat demam untuk anak sila baca panduan ini dulu Ubat demam ialah ubat over the counter yakni boleh di beli tanpa prescription doktor Post ini bertuju...
Bila Penat Mudah Bad Mood Anak Jadi Mangsa Jangan Pelik Lepas Tu Anak Boleh Tiru Emosi Kita

Bila Penat Mudah Bad Mood Anak Jadi Mangsa Jangan Pelik Lepas Tu Anak Boleh Tiru Emosi Kita

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 408 hits
Betul ke emosi ibu boleh mempengaruhi perkembangan anak Ini yang selalu dipersoalkan Mengikut beberapa pendapat dari pakar keibubapaan akan ada sedikit tempiasnya pada anak jika ibu bapa selalu teremosi Dalam hal ini biasanya ibu individu p...
Pastikan Buku Anak Tak Koyak Teruk Ada Cara Mama Boleh Buatkan Mudah

Pastikan Buku Anak Tak Koyak Teruk Ada Cara Mama Boleh Buatkan Mudah

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 456 hits
Setiap kali beli buku pasti anak akan koyakkan bila dah jemu membaca Salah satu sebabnya kerana buku dah pun lusuh dan anak anak pun hilang minat untuk membaca Sebenarnya ada cara nak pastikan buku anak anak masih dalam keadaan baik dan nak...
Understand Your Target Audience

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Tema Hijau Menjadi Pilihan

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sma Car Rental Perkhidmatan Kereta Sewa Profesional Di Kuantan Pahang

Tips Santai Untuk Mengatasi Tekanan Kerja Dan Kehidupan

Miniatur Bus Jetliner Tronton

Miniatur Bus Rosalia Indah Scorpion King

Falsafah Kaca Kosong

Digital Assets Vault Backup Step By Step