Bila Anak Mula Menggigit Jangan Biar Saja Tapi Ada Sebabnya Mama Papa Kena Tahu
Tanyalah mana-mana mama sekalipun pasti pernah berdepan dengan gigitan anak. Sakit..usah cakaplah. Tapi selalunya kita pandang remeh dan biarkan sahaja masalah ini.
Sebenarnya bila anak menggigit ada sebabnya yang mama kena tahu. Perkongsiandari Dr Aein Zul ini mama papa kena baca.
Aileen kena gigit!
Alahai kesian anak mummy ye.
Tapi sebelum ni Aileen pun ada jugak gigit orang kat taska rupanya. Semua nya mummy baru tahu semalam lepas teacher Aileen hantar gambar muka dia kena gigit dengan kawan
, and teacher bgtahu Aileen pun pernah gigit orang sebelum ni.
Umur 1-3 tahun memang normal phase untuk anak menggigit, tapi kita as parents kena tahu kenapa anak menggigit. Menggigit sekali sekala maybe cara anak express diri. Tapi biting habit yang tak terkawal is not good. Jumpa orang je gigit, takde kena provoke ape gigit. Bila kita tahu sebabnya, kita boleh kenal pasti cara nak kurangkan atau bagitahu anak yang menggigit tu tak baik.
Antara sebab anak menggigit:
1) Teething – Anak nak tumbuh gigi, orang tua kata gatal gusi. Memang tak dinafikan Aileen menggigit time naik gigi, dengan time menyusu pun dia gigit. Aduhhhh!!!
2) Penat – Budak penat lagi nak menggigit, kena tengok sleep pattern anak. Kurang nap pun boleh sebabkan anak menggigit tau
3) Communication – Anak yang tak pandai bercakap banyak, dia nak berkomunikasi dengan orang nak tunjuk dia geram, dia tak setuju, dia marah, dia frust. Emosi la kira
4) Nak perhatian
5) Tiru kawan yang menggigit – Budak tak tahu gigit tu benda tak elok, dia ingat macam main so dia pun nak buat.
6) Parents bagi contoh cause & effect yang salah – Bila anak gigit, kita geletek dia balik konon nak main dengan anak. Atau bila anak gigit, kita tak tegur, kita biarkan. So anak rasa gigit tu macam cara bermain jugak, parents tak tegur pun, so dia buat lagi nanti. Anak setahun pun boleh ditegur dengan cara yang betul. Dia akan absorb slowly walaupun ambil masa. Yang penting tegur.
Mummy memang pesan dekat teacher, Aileen gigit orang lepas ni kena bagitahu jugak. Walaupon kecik lagi, she needs to know which one is right, which one is wrong. Papepun, pendapat dan cara kita semua mungkin berbeza, dan terpulang kepada parents tuk sesuaikan keadaan dengan didikan terhadap anak-anak.
Macam kami berdua.
Mummy memang tegas sikit dengan anak bergantung jugak pada keadaan, daddy pulak soft hearted most of the times. Daddy banyak bermain and tackle emosi anak. Bab emosi, memang serah kat daddy sebab mummy pun beremosi cepat jadik singa haha
Kredit: Aein Zul
The post Bila Anak Mula Menggigit, Jangan Biar Saja Tapi Ada Sebabnya Mama Papa Kena Tahu! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/bila-anak-mula-menggigit-jangan-biar-saja-tapi-ada-sebabnya-mama-papa-kena-tahu/