Betty Crocker Cookies Yang Sedap
Assalamualaikum..
Haritu masa I masukkan gambar my chewy chocolate chips cookies ada yang komen cakap rupa dia lain macam. Actually I pon rasa macam tu. Dia macam berupa tahi lembu pon ada. Hahahahaha. Tapi jangan memandang pada buruknya rupa beliau kerana rasanya sangatlah sedap and sipi-sipi macam Cookies Subway tau? Jangan memain. I makan fresh from oven je sebab chewy cookies ni makan time panas-panas sedap. Yang jenis crunchy tu pulak sesuai kalau nak hidang buat kuih raya. Tapi dekat rumah I ni, chewy ke crunchy ke Shein sekali hadap setel. Dia memang suka and my number one fan. Kasik apa pon sedap. I suka sangat tengok dia punya face expression each time I tanya dia sedap ke tak. Mesti thumbs up lepas tu cakap 'It's yummy Mama! Nanti buat lagi ye?' Awwwwwww melting terus. Tu yang kita dekat rumah ni belawan-lawan gemuk sebab I suap U, U suap I. Hahahahaha. Bercinta sangat Mama dengan Shein semacam tidak boleh dipisahkan lagi. Best friend sangat kita dua. Nak tido je dia cakap. 'I wuv you Mama. Sayang sangat!' Lepas tu kita hugging-hugging sampai la masing-masing rimas and cakap 'Enough hug'. Lulz
OK back to cerita chewy chocolate cookies I ni, nak bagitau takyah la beria impressed sebab I guna yang premix je. So mana la tau kan, Forumer Cari still jugak membawang bulan Ramadhan ni and butthurt sebab I masak guna premix thing sebab tu I kasi tau awal-awal jangan impressed. Senang sangat-sangat nak buat but I twist sikit resepi dia sebab nak bagi jadik macam ala-ala double choc chips cookies so I melted the butter and masa dia panas-panas I campur semua so habes semua dia punya choc chips cair and tadaaaaa jadiklah double choc chips cookies. Lepas tu I campur dalam 2 genggam chocolate rice (sebab beria beli sampai 1kg dekat Shoppee - ko dah kenapa) and turn out jadik sedap la wei. Suhu dengan timing kena betul and spacing pon kena betul. Method pon kena betul walaupon premix. Jangan main-main. Haaaaaa
Dah siap bakar, tunggu rest dalam 5 minutes lepas tu dah boleh makan. I timbang berat 25 gram untuk each and jarakkan dalam 2 inch sebab dia kembang. Kalau rapat-rapat nanti dia akan jadik brownies nipis pulak sebab semua bercantum. Kalau nak jadik lagi mahal boleh je campur dengan choc chips hershey's pulak, nanti dia akan melting lagi sedap tapi takyah la beria sedap sangat. Gemok.
Lepas dah campur semua, kasik rest dalam peti ais. I letak dalam peti and bila nak makan baru bakar so dapat makan yang fresh panas-panas each time. Sedap!
I guna yang ni. Cookie Mix Chocolate Chip jenis Betty Crocker. US punya product. Product ni wujud since 1921. I banyak juga try premix dari Betty Crocker ni. Brownies, Orange Cake etc and semua menjadi. Confirm. Sesapa yang tak berapa confident nak baking boleh try guna premix item macam ni. Takpe. Tak dosa pon.
Cara buat pon senang. I suggest nkorang jamu ni pada tetamu sebab masak dia pon tak lama. I masak 8 minutes je. Just nice.
Walaupun......
Shein cakap sedap! Perut tu hurm.....
Kalau nkorang nak cari, try cari dekat Cold Storage or Jaya Grocer. Ada banyak jenis. Harga I tak ingat but dalam RM10.00 macam tu je kot? Murah je... Haritu Lia rasa, dia cakap sedap. Atig cakap kalau letak Macadamia baru best. Ahhhh tak payah. I tak suka nuts. So I taknak letak. Nak buat pon sekejap, rasa pon sedap so I recommend this product. Korang boleh cuba OK? Okbye
-eNd-
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://surayasulatin.blogspot.com/2020/05/betty-crocker-cookies-yang-sedap.html