11 Resipi Sayur Sedap Dan Mudah Disediakan


hi semua, masak apa hari ini? Ada yang teringin nak masak sayur tetapi sudah kehabisan idea mahu memasak? Jom tengok senarai 11 resipi sayur sedap dan mudah disediakan. Semoga resipi sayur ni membantu anda memasak pelbagai menu sayur yang ringkas, sedap, dan mudah disediakan.

1. Resepi Masak Lemak Pucuk Belinjau

Resepi Masak Lemak Pucuk Belinjau
Bahan-bahan:

2 ikat daun belinjau, disiang dan dibuang tulang tengah
2 ulas bawang kecil, dihiris
1 ulas bawang putih, diketuk
2 tangkai cili kering, dikerat dalam 1 inci
sedikit suhun, direndam supaya lembut (kalau tak letak pun ok)
1 biji telur
1 cawan air
2 cawan santan pekat

Cara-cara memasaknya :

Masukkan air, bawang merah, bawang putih, cili kering bersama daun belinjau di dalam periuk dan direnih hingga daun nampak lembut dalam anggaran 5 - 7 minit kerana pucuk belinjau ni memang lembut.
Masukkan santan dan suhun dan kemudian pecahkan telur.
Biar ia merenih tapi jangan sampai pecah minyak.
Anggaran dalam 10 minit dengan api sederhana.
Tutup api dan masukkan garam.

Kredit: UmiFuzy

2. Resepi Cendawan Kukur @ Kulat Sisir Tumis Santan
Resepi Cendawan Kukur @ Kulat Sisir Tumis SantanBahan-bahan :

Cendawan kukur @ kulat sisir
Bawang merah
Bawang putih
Ikan Bilis
Cili Padi
Santan
Perasa

Cara-cara memasak :

Rendam cendawan dan basuh bersih.
Kemudian diramas atau diketuk-ketuk sedikit.
Panaskan minyak tumis bahan kisar (bawang merah, bawang putih, cili padi dan ikan bilis).
Tumis sehingga naik bau.
Masukkan baki ikan bilis dan masukkan cendawan kukur kacaun sebati sehingga kering.
Masukkan sedikit santan dan perasa.
Kacau sebati dan boleh dihidangkan untuk di makan bersama keluarga

Kredit: UmmiZarra


3. Resipi Sayur Campur Chinese Style

Resipi Sayur Campur Chinese Style
Bahan-bahan :

1.Shitakae Mushroom
(Rendaman Semalaman atau rendam air panas)
2.Brokoli (k.fiezz tukar guna SAWI sebab kat rumah ada sawi je)
3.Carrot

Bahan hiris & tumis :

1.Bawang Putih (3 ulas - Dihiris nipis)
2.Halia - 1 ( Dihiris)
3.Sos Tiram
4.Tepung jagung(dalam 1 sudu teh kecik,larutkan degan air setengah cawan)
5.Minyak [untuk menumis]

Cara-cara memasaknya:

1.Tumis halia & bawang putih sampai naik bau & dah kekuningan . Kemudian, masukkan sos tiram sikit.kacau sampai naik bau, masukkan air sikit..api sederhana kecik & kacau lagi. Masukkan shitakae mushroom(Tak kisah nak potong atau tak nak janji batang dia buang sebab KERAS2.Kacau..pastu masukkan carrot.Kacau lagi.Masa ni boleh letak garam atau serbuk perasa.(terpulang).Kalau rasa tak nak pun tak pe sebab sos tiram dah ada rasa masin manis. Kecikkan api sikit
3.Masukkan air tepung jagung & kacau sikit sampai sebati lepas tu baru masukkan sawi (masuk last sebab sawi cepat masak, tak nak sawi lembik sangat..Dan siap!😍 Sedia utk dimakan

Kredit: FiezaSani

4. Salad Buah-Buahan Dan Bayam

Salad Buah-Buahan Dan Bayam
Bahan-bahan:-

1 Buah epal merah - di potong dadu
1 biji epal hijau - di potong dadu
10 biji buah anggur - di belah dua
3-4 pokok bayam - ambil daun saja. Celur dengan air panas
2 sudu besar Mayonis
Garam

Cara-cara menyediakan:-

Gaul semua bahan di atas.
Nota: untuk rasa yang lebih sedap, biarkan seketika (min satu jam) di dalam peti sejuk.

Kredit: YatiZul


5. Resepi Peria Goreng Masak Taucu Yang Mudah Dan Sedap
Resepi Peria Goreng Masak Taucu Yang Mudah Dan Sedap
Bahan-Bahan

1-2 biji Peria/Peria Katak
Udang *Sederhana besar dan agak-agak lah banyak mana.
3-4 ulas bawang merah (Dihiris)
2 ulas bawang putih (Dihiris)
1 Biji Cili Merah
3 Sudu Besar Taucu
Cube ayam

Cara-cara memasak:

1. Tumis bawang merah, bawang puting sampai naik bau atau kekuningan.
2. Masukkan udang. Kacau sampai udang dah agak masak.
3. Bila bahan-bahan dah sebati, masukkan 3 sudu besar taucu. Kalau nak lebih taucu kau tambah jer. Lagi sedap. Letak sedikit cube ayam *agak-agaklah dan tambah air.
4. Masukkan peria dan kacau. Kalau kering korang tambah jer air. Tak payah letak garam sebab taucu tu dah masin. Kalau terlebih masin, pandai-pandai lah korang adjust apa yang patut.

Kredit: FizaRahman


6.  Resipi Sayur Pea Sprout
resipi sayur pea sprout
Bahan-bahan :

1 Paket - Sayur Pea Sprout
1 Biji - Lobak merah
1 Biji - Bawang holen
4 Ulas - Bawang Putih
3 Biji - Cili api merah
6 Biji - Fish Ball
sedikit air
sedikit garam
sedikit serbuk cukup rasa manggi

Cara-cara memasak :

Tumis bawang putih dan bawang merah,
masukkan lobak merah dan sedikit air,
bila lobak merah sudah lembut masukkan sayur Pea Sprout kacau-kacau, fish ball dan cili api.
Siap untuk dihidangkan... dan sedap dimakan bersama nasi panas.

Kredit: BondeZaidalifah

7. Bendi Goreng Berlada
Bendi Goreng Berlada
Bahan-bahan :

bendi - saya guna sepaket beli dari family store, ada la dlm berbelas btg bendi.
cili merah - dlm 7-8 tangkai. saya siap-siap buang biji nyer. tak elok kan. dan kurangkan pedas.
bwg kecil - saya guna dlm 5-6 biji.
bwg putih - ni confirm, saya guna 7 ulas.
udang kering - ni saya ceduk dlm 2 sudu besar.
garam secukup rasa.
cara-cara nak masak sgt la simple :

bahan no. 2 hingga no. 5 - kisar sederhana halus.
then, kita tumis bahan kisar sampai naik bau, cantik warna dia...
bendi potong serong. masukkan dlm kuali. ratakan.
perisa lah dgn garam pastu.
siap
Kredit: AidaHanafiah

8. Resepi Kacang Panjang Goreng Campur Telur Mamak Style

resipi kacang panjang goreng campur telur mamak style
Bahan-bahan:-
Kacang panjang dipotong
Telur sebiji
Serbuk kunyit
Garam
Bawang besar
Bawang putih
Minyak masak

Cara-cara memasak:-

1. Potong bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumiskan.
2. Bila dah naik bau dan garing sikit masukkan garam secukup rasa dan serbuk kunyit sikit, kemudian pecahkan telur. Biarkan seketika bila telur dah nak masak sikit baru kacau² jadilah scrambled eggs.

Kredit: AzhaFizah

9. Resepi Sambal Terung Cili Padi Terangkat Pedas Dan Sedap
Resepi Sambal Terung Cili Padi Terangkat Pedas Dan Sedap
Bahan-bahan yang perlu disiapkan :

Terung bulat campur terung biasa (digoreng)
Ikan bilis (di goreng garing)
*Bawang besar
*Bawang putih
*cili padi
Stok ikan bilis
Garam
Gula
Jus limau

Dah siapkan semua bahan-bahan, ambil bahan yang bertanda ( * ) dan di kisar separuh lumat. Kemudian asingkan. Goreng pula ikan bilis dan asingkan. Goreng terung dan asingkan juga.

Cara-cara seterusnya :
Minyak lebihan gorengan tersebut boleh digunakan, kalau banyak sangat dikurangkan sedikit.
Masukkan bahan-bahan yang bertanda ( * ) dan dimasak hingga pecah minyak.
Masukkan garam, serbuk perasa, gula dan jus limau ikut rasa yang korang nak.
Kemudian masukkan pula ikan bilis dan akhir sekali masukkan terung yang telah digoreng.
Sebelum diangkat, rasa terlebih dahulu, kalau ada yang terkurang sana sini, korang boleh tambah lagi perasa.

Kredit: DiaryMama


10. Resipi bayam brazil goreng belacan
Resipi bayam brazil goreng belacan
Bahan-bahan goreng belacan
Daun Bayam brazilBawang kecilBawang putihSambal belacanGaramSerbuk cukup rasaAirSedikit minyak untuk menumis
Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak untuk menumis. Masukkan bawang kecil yang dah dipotong dan bawang putih yang diketuk kasar. 2. Bila dah naik bau masukkan sambal belacan dan tambah sedikit air. 3. Then masukkan daun bayam brazil. Kacau2 dan masukkan garam dan serbuk cukup rasa. Dah nampak agak layu boleh tutup api... 4. Tadaaa da siap. Boleh angkat dari belanga dan hidangkan

Kredit: AliaFarhan

11. Resipi Labu Tumis Bersama Taugeh dan Telur
Resipi labu tumis bersama taugeh dan telur
Bahan-bahannya:

● 1 mangkuk labu yang telah dihiris nipis ( jangan nipis sgt, nnt hancur time tumis, tapi jgn tebal sgt, nnt lambat pula nak lembut)
● 2 ulas bawang putih , dihiris halus
● 1 biji telur
●segenggam taugeh yang sudah dicuci, ditoskan airnya
● garam dan perasa secukupnya

Cara-cara menyediakan nya:

●Panaskan sesudu dua minyak masak , tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan telur , kacau2 telur sehingga telur masak sepenuhnya
●Masukkan labu kuning dan tumis bersama telur tadi , tumis labu sehingga labu kelihatan lembut ... boleh masukkan sedikit air ( 1/3 cawan air) utk melembutkan labu
●Masukkan taugeh, dan kacau rata , masukkan garam dan perasa secukupnya ... mrs pip suka taugeh tu ada rasa crunchy2, so mmg tumis sekejap jak taugeh ni, kalau tumis lama nnt taugeh lembik la pula ... dah ngam sudah rasa semua, labu pun lembut, so bolehlah matikan api ...

Kredit: MrsPip
Jadi, ini antara 11 resipi sayur sedap dan mudah disediakan yang menarik, mrs pip kongsikan kepada korang semua. Selamat memasak dan menjamu selera

cheers

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrspip.com/2020/05/11-resipi-sayur-sedap-dan-mudah-disediakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
30 Resipi Untuk 30 Hari Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Mudah Disediakan Confirm Sedap

30 Resipi Untuk 30 Hari Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Mudah Disediakan Confirm Sedap

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 833 hits
Perkara yang paling pening untuk para ibu tentulah nak memikirkan apa resipi untuk masak juadah berbuka dan juga bersahur kan Dalam artikel ini ada 30 resipi untuk panduan para ibu semua sepanjang bulan puasa Selamat mencuba Assalamualaikum...
Air Minuman Sagu Gula Melaka Instafamous Khairul Aming Yang Sangat Sedap Dan Mudah Disediakan

Air Minuman Sagu Gula Melaka Instafamous Khairul Aming Yang Sangat Sedap Dan Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 556 hits
As Salam Air Minuman Sagu Gula Melaka Instafamous Khairul Aming Yang Sangat Sedap Dan Mudah Disediakan Alhamdulillah Selamat meneruskan ibadah puasa hari ke 2 kita pada hari ini Semoga terus kuat sabar bermotivasi dan ikhlas dalam menjalani...
Koleksi Resepi Pelbagai Tart Nenas Yang Sedap Dengan Bahan Yang Mudah Disediakan

Koleksi Resepi Pelbagai Tart Nenas Yang Sedap Dengan Bahan Yang Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 1028 hits
As Salam Koleksi Resepi Pelbagai Tart Nenas Yang Sedap Dengan Bahan Yang Mudah Disediakan Saya akui yang saya merupakan peminat tegar tart nenas Kalau tak raya pun saya sanggup cari atau order tart nenas sama ada di pasaraya atau dengan pen...
Sesuai Untuk Anak Tak Suka Nasi Resipi Cucur Mudah Sedap Dimakan Panas Panas

Sesuai Untuk Anak Tak Suka Nasi Resipi Cucur Mudah Sedap Dimakan Panas Panas

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 654 hits
Bukan semua anak anak senang diajak makan Ada sesetengah tu puas bergaduh dengan dia barulah nak makan Itupun tak banyak Rungsing dibuatnya apatah lagi jika anak anak menolak untuk makan nasi Resipi Lain Untuk menyediakan hidangan nasi yang...
Resipi Ayam Panggang Ala Domino S Padu Mudah Sedap Jadi Rebutan Anak Anak

Resipi Ayam Panggang Ala Domino S Padu Mudah Sedap Jadi Rebutan Anak Anak

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 433 hits
Bagi yang pernah mencuba ayam Domino s pasti tahu keenakan hidangan tersebut Sesiapa yang teringin ayam Dominos bolehlah mencuba resipi yang dikongsi oleh Puan Fiza ini Baca Cara penyediaanya sangat mudah dan bahan bahan yang digunakan juga...
20 Resepi Kuih Muih Sedap Dan Mudah Disediakan

20 Resepi Kuih Muih Sedap Dan Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 859 hits
20 Resepi Kuih Muih Sedap Dan Mudah Disediakan Mencari resepi yang mudah disediakan di bulan puasa sangat sangat diperlukan Resepi The post appeared first on
Dapur Bujang Resipi Popia Carbonara Cheese Sedap Dan Mudah

Dapur Bujang Resipi Popia Carbonara Cheese Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 1135 hits
Assalamualaikum and Hi Okay first of all mula mula aku quite confused nak eja popia ni as popia or popiah Nasib baik aku macam bijak sikit harini so aku Google la dulu untuk tahu ejaan yang sebenar Menurut kamus dewan edisi ONLINE ejaan yan...
10 Resipi Spaghetti Mudah Dan Sedap

10 Resipi Spaghetti Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 788 hits
10 Resipi Spaghetti Mudah Dan Sedap Bila dah boring makan nasi kita masak pula spaghetti Bila tahu banyak resipi kita boleh hasilkan spaghetti yang di gabungkan dengan chicken chop meatball ataupun lamb chop sepertimana yang kita nikmati di...
12 Resipi Biskut Raya Viral Ina Azlina Mudah Buat Dan Sedap

12 Resipi Biskut Raya Viral Ina Azlina Mudah Buat Dan Sedap

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 1595 hits
Koleksi Resipi Biskut Raya Viral Ina Azlina Mudah Buat Dan Sedap Assalamualaikum wbt salam ramadan yang ke 18 Lagi seminggu umat islam akan menyambut hari raya aidilfitri Pertama kali dalam hidup CH dan semua rakyat Malaysia hari raya aidil...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching