Besarkan Tiga Anak Istimewa Ini Hadiah Terindah Ibu Pelajar Autistik Raih Stpm 4 0


“Saya Besarkan Tiga Anak Istimewa, Ini Hadiah Terindah”, ibu pelajar autistik
Setiap anak adalah anugerah, setiap kejayaan mereka adalah hadiah paling berharga buat seorang ibu. Itulah yang dirasai oleh Puan Norlaila Ismail, 54, apabila anak istimewanya, Alam Haikal Jansari Anuar, 20, berjaya membuktikan tiada yang mustahil apabila memperoleh keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024.
Amalan Solat Tahajud & Al-Quran Jadi Kekuatan Dalam usia muda, Alam Haikal sudah membiasakan dirinya dengan rutin bangun seawal 3 pagi untuk solat tahajud, membaca al-Quran dan mengulang kaji pelajaran. Tidak cukup dengan itu, setiap petang, dia meluangkan masa selama tiga jam lagi untuk mengulangkaji, menjadikan keseluruhan enam jam sehari demi mencapai impian.
“Saya sentiasa pegang pada prinsip, kalau nak berjaya, kita kena usaha lebih. Setiap pagi saya solat tahajud, lepas tu saya baca al-Quran, itu yang beri kekuatan dan ketenangan untuk belajar,” katanya sambil tersenyum.
Tidak Jadikan Kekurangan Sebagai Halangan Walaupun disahkan sebagai anak autisme sejak kecil, Alam Haikal tidak pernah menjadikan kekurangan dirinya sebagai alasan untuk tidak berusaha. Sebaliknya, dia terus bersemangat mengejar cita-cita untuk menjadi seorang guru, demi mengubah nasib keluarga.

“Dulu saya takut, saya fikir saya tak boleh macam orang lain. Tapi ibu selalu kata, ‘Allah bagi kelebihan pada setiap orang, Haikal kena percaya diri sendiri.’ Dari situ saya kuatkan semangat,” luahnya penuh makna.
“Saya Besarkan Tiga Anak Istimewa, Ini Hadiah Terindah” — Ibu Bagi Puan Norlaila, kejayaan Alam Haikal adalah sesuatu yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Membesarkan tiga anak orang kurang upaya (OKU) dalam satu keluarga bukan sesuatu yang mudah, namun dia tidak pernah putus harapan.
“Saya besarkan tiga anak OKU, saya tahu cabaran tu besar. Tapi saya percaya, setiap anak ada keistimewaan. Saya selalu doa, Ya Allah, tunjukkan jalan untuk anak-anak saya. Bila Alam berjaya, saya rasa ini hadiah paling besar dari Allah,” katanya sebak.
Doa, Usaha & Kepercayaan: Kunci Kejayaan Anak Istimewa
Kisah kejayaan Alam Haikal membuktikan, dengan doa, usaha yang berterusan dan kepercayaan ibu bapa, anak-anak istimewa juga mampu mencipta kejayaan luar biasa.
Kini, Alam Haikal bakal melanjutkan pelajaran ke menara gading, menjadi kebanggaan keluarga dan sumber inspirasi kepada anak-anak autisme seluruh negara.
“Saya nak jadi guru, bantu orang lain, dan buktikan anak autisme boleh berjaya,” katanya menutup bicara penuh semangat.
Pa&Ma Ucap Tahniah Buat Keluarga Alam Haikal Semoga kisah ini membuka mata masyarakat dan menjadi suntikan semangat kepada semua ibu bapa yang membesarkan anak-anak istimewa. Percayalah, setiap ujian yang hadir pasti terselit hikmah, dan kejayaan anak adalah hadiah paling manis buat ibu bapa yang tidak pernah putus asa.
SUMBER 
BACA LAGI : SUGA BTS Sumbang 5 Bilion Won Tubuh Pusat Rawatan Autisme Di Seoul
The post “Besarkan Tiga Anak Istimewa, Ini Hadiah Terindah” — Ibu Pelajar Autistik Raih STPM 4.0 appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/besarkan-tiga-anak-istimewa-ini-hadiah-terindah-ibu-pelajar-autistik-raih-stpm-4-0/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Anak Autistik Berjaya Khatam Al Quran Doa Ibu Tunggal Termakbul

Anak Anak Autistik Berjaya Khatam Al Quran Doa Ibu Tunggal Termakbul

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 108 hits
Tiada yang mustahil jika kita percaya pada kuasa doa dan usaha yang tak pernah putus Dalam kesibukan dunia yang sering kali melupakan golongan istimewa terselit kisah penuh inspirasi tentang seorang ibu tunggal Suzana Ilias 53 tahun dari Bi...
Pelajar 17 Tahun Calon Spm Tikam Ibu Abang Tertekan Dipaksa Belajar

Pelajar 17 Tahun Calon Spm Tikam Ibu Abang Tertekan Dipaksa Belajar

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 108 hits
DIYANATUL ATIQAH ZAKARYAPOLIS menahan suspek berusia 17 tahun selepas dipercayai membunuh ibu dan abangnya di kediaman mereka di Taman Rambai Mutiara Bukit Rambai Melaka MELAKA Seorang guru wanita dan anak lelakinya ditemui mati dipercayai ...
Dendam Kena Paksa Belajar Pelajar Spm Mengamuk Ibu Dan Abang Jadi Mangsa

Dendam Kena Paksa Belajar Pelajar Spm Mengamuk Ibu Dan Abang Jadi Mangsa

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 106 hits
Tak siapa sangka rumah yang dulu penuh dengan suara gelak tawa kini bertukar menjadi lokasi tragedi berdarah Awal pagi tadi ketika kebanyakan daripada kita masih lena dibuai mimpi satu keluarga di Taman Rambai Mutiara Bukit Rambai dihancurk...
Mangsa Nahas Bas Upsi Banyak Tulang Patah Leher Retak Ibu Mohon Doa Orang Ramai Kesembuhan Anak

Mangsa Nahas Bas Upsi Banyak Tulang Patah Leher Retak Ibu Mohon Doa Orang Ramai Kesembuhan Anak

papar berkaitan - pada 24/6/2025 - jumlah : 173 hits
Hancur hati seorang ibu melihat anak gadisnya terlantar tak mampu angkat tangan sendiri apatah lagi menyuap makanan ke mulut Itulah situasi yang dilalui Noorzailizan Zakaria Ariffin 41 ibu kepada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris N...
Anak Multilingual Lebih Bijak Ini Fakta Yang Ibu Wajib Tahu

Anak Multilingual Lebih Bijak Ini Fakta Yang Ibu Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 149 hits
Zaman sekarang bukan lagi cukup kalau anak tahu dua bahasa Dalam dunia yang makin global dan digital menguasai third language bukan sekadar bonus tapi satu keperluan Anak yang mahir pelbagai bahasa ada kelebihan dari segi akademik kerjaya d...
Dendam Kerana Sering Dipaksa Dapat Keputusan Cemerlang Disyaki Punca Pelajar Bunuh Ibu Abang Di Melaka

Dendam Kerana Sering Dipaksa Dapat Keputusan Cemerlang Disyaki Punca Pelajar Bunuh Ibu Abang Di Melaka

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 86 hits
MELAKA Polis menahan seorang pelajar Tingkatan Lima selepas disyaki membunuh ibu dan abang sulungnya serta mencederakan adik bongsunya di kediaman mereka di Taman Rambai Mutiara Bukit Rambai awal pagi tadi Dalam kejadian jam 5 pagi itu mang...
Sebagai Anak Saya Rasa Begitu Bersalah Syed Saddiq Dedah Ibu Hidap Kanser Semula Akibat Tekanan Kes Mahkamah

Sebagai Anak Saya Rasa Begitu Bersalah Syed Saddiq Dedah Ibu Hidap Kanser Semula Akibat Tekanan Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 112 hits
Selepas lima tahun melalui detik sukar yang disifatkannya sebagai neraka Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluahkan rasa bersalah apabila tekanan daripada kes mahkamah yang dihadapinya menyebabkan kanser ibunya kembali berulang Syed Saddiq ser...
Saya Maafkan Mereka Atas Penganiayaan Ke Atas Anak Ibu Syed Saddiq

Saya Maafkan Mereka Atas Penganiayaan Ke Atas Anak Ibu Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 109 hits
Hati ibu mana yang tidak gundah bila anak yang dikandung dibesarkan penuh kasih sayang akhirnya terpalit ujian besar Lima tahun bukan tempoh yang sekejap untuk seorang ibu menanggung resah doa dan harapan Itulah yang dilalui oleh Sharifah M...
Anak Menyesal Tinggalkan Ibu Di Pusat Jagaan Menangis Depan Polis Lepas Terima Kecaman Netizen

Anak Menyesal Tinggalkan Ibu Di Pusat Jagaan Menangis Depan Polis Lepas Terima Kecaman Netizen

papar berkaitan - pada 29/6/2025 - jumlah : 119 hits
Seorang wanita menangis di hadapan anggota polis selepas video dirinya menghantar ibu kandung ke pusat jagaan warga emas tular dan mengundang kecaman ramai Wanita itu tampil menyesal dan akhirnya menjemput semula ibunya pulang Sorotan utama...
Ultimate Port Dickson Travel Guide 2025 Beaches Culture Hidden Gems In Negeri Sembilan

Isu Blog Pening Dengan Masalah Failed To Follow Boleh Cuba Cara Ini

Sasar Sejuta Peserta Harian Metro 17 07 2025

Beng Hock S Family Insists On Justice After Dap Bow

Netizen Teruja Syed Saddiq Tempah Songkok Video

Netizen Terhibur Lihat Siti Nurhaliza Melatah Video

Eyes In The Sky Strengthening Malaysia S Defence With Ai And Drones

Where Would You Be Having Your Next Meal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


So What Will You Be Calling For Next A Ban On Cigarettes Alcohol And Kapcais

Validating Startups Market Research

Rindu Yang Tak Bertepi Setahun Tanpa Tokwan

The Science Behind Thermitight A Safe Path To Firmer Youthful Skin

Jangan Dok Sibuk Hal Orang Aku Tahu Bahagian Aku Liana Rosli Jawab Kritikan Anak Perempuan Terlalu Seksi

Saya Tak Jangka Malaysia Rupanya Seperti Ini Lelaki Dari As Kongsi Realiti Sebenar Layanan Masyarakat Tempatan