Dendam Kena Paksa Belajar Pelajar Spm Mengamuk Ibu Dan Abang Jadi Mangsa


“Tak siapa sangka, rumah yang dulu penuh dengan suara gelak tawa kini bertukar menjadi lokasi tragedi berdarah.”
Awal pagi tadi, ketika kebanyakan daripada kita masih lena dibuai mimpi, satu keluarga di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai dihancurkan dalam sekelip mata.
Seorang pelajar Tingkatan Lima kini ditahan selepas disyaki menikam ibu kandungnya dan abang sulung hingga maut — dan mencederakan adik bongsunya yang baru berusia 13 tahun.
Ibunya, seorang ibu tunggal berusia 51 tahun, dan abangnya yang berumur 21 tahun ditemui tidak bernyawa di ruang tamu, tubuh mereka berlumuran darah dengan kesan tikaman.
Sementara si adik yang masih hidup ditemui berlumuran darah di garaj rumah, mungkin menyaksikan sendiri detik hitam itu… mungkin juga menjerit meminta tolong yang tak sempat disambut sesiapa.
Apa yang berlaku dalam rumah itu, hanya Tuhan yang tahu. Tapi yang pasti, tiada yang lebih memilukan daripada kehilangan keluarga… di tangan darah daging sendiri.
POLIS menahan suspek berusia 17 tahun selepas dipercayai membunuh ibu dan abangnya di kediaman mereka di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, Melaka. Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, siasatan awal pihak polis di lokasi telah membawa kepada penahanan suspek berusia 17 tahun yang juga merupakan anak kedua keluarga berkenaan.
Katanya, turut dirampas adalah sebilah pisau lipat dengan anggaran panjang 20 sentimeter yang disimpan di dalam beg sekolah milik suspek.
“Mangsa wanita merupakan seorang guru di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan anak sulungnya adalah pelajar kolej.
“Kedua-dua mereka mati dipercayai akibat ditikam suspek menggunakan pisau lipat dengan kesan tikaman di leher, pinggang dan belakang badan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di Bukit Beruang, hari ini.
DENDAM KENA PAKSA BELAJAR SPM “Kita syak suspek menyimpan dendam terhadap si mati kerana jiran tetangga mendakwa keadaan rumah tersebut sering berlaku pergaduhan dan remaja itu mengalami tekanan kerana dipaksa belajar, mungkin kerana dia bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Jenayah ini telah dirancang suspek kerana pisau tersebut telah dibelinya, malah remaja itu juga cuba menghapuskan barang bukti termasuk pakaian dengan kesan darah ke kawasan semak berhampiran tetapi kita berjaya mencarinya,” jelasnya.
Ujarnya lagi, pengakuan awal dibuat suspek mendakwa dia cuba membunuh guru tersebut ketika mangsa berada di dalam bilik tidur sebelum kejadian disedari oleh abangnya yang kemudian turut terkena tikaman ketika bergelut untuk menyelamatkan ibu mereka.
Sumber: Harian Metro
The post Dendam Kena Paksa Belajar, Pelajar SPM Mengamuk Ibu Dan Abang Jadi Mangsa appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dendam-kena-paksa-belajar-pelajar-spm-mengamuk-ibu-dan-abang-jadi-mangsa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar 17 Tahun Calon Spm Tikam Ibu Abang Tertekan Dipaksa Belajar

Pelajar 17 Tahun Calon Spm Tikam Ibu Abang Tertekan Dipaksa Belajar

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 189 hits
DIYANATUL ATIQAH ZAKARYAPOLIS menahan suspek berusia 17 tahun selepas dipercayai membunuh ibu dan abangnya di kediaman mereka di Taman Rambai Mutiara Bukit Rambai Melaka MELAKA Seorang guru wanita dan anak lelakinya ditemui mati dipercayai ...
Dendam Kerana Sering Dipaksa Dapat Keputusan Cemerlang Disyaki Punca Pelajar Bunuh Ibu Abang Di Melaka

Dendam Kerana Sering Dipaksa Dapat Keputusan Cemerlang Disyaki Punca Pelajar Bunuh Ibu Abang Di Melaka

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 148 hits
MELAKA Polis menahan seorang pelajar Tingkatan Lima selepas disyaki membunuh ibu dan abang sulungnya serta mencederakan adik bongsunya di kediaman mereka di Taman Rambai Mutiara Bukit Rambai awal pagi tadi Dalam kejadian jam 5 pagi itu mang...
Tragedi Bas Pelajar Upsi Kemalangan Mangsa Trauma Lihat Rakan Tersepit Dan Meninggal Dunia Depan Mata

Tragedi Bas Pelajar Upsi Kemalangan Mangsa Trauma Lihat Rakan Tersepit Dan Meninggal Dunia Depan Mata

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 434 hits
GERIK Saya nampak mereka meronta ronta ada yang tersepit dan ada yang tiba tiba senyap Waktu itu saya tahu mereka sudah tiada Itu luahan seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris Aleeya Maisarah Azizzani 21 yang terselamat dalam ke...
Hiburan Nahas Pelajar Upsi Mangsa Terselamat Kongsi Detik Selepas Kemalangan Saya Nampak Darah Rakan Menjerit Tersepit

Hiburan Nahas Pelajar Upsi Mangsa Terselamat Kongsi Detik Selepas Kemalangan Saya Nampak Darah Rakan Menjerit Tersepit

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 302 hits
Nahas yang membabitkan sekumpulan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris di Gerik Perak baru baru ini mengejutkan seluruh negara Salah seorang mangsa yang terselamat Nurul Yusrina Yusof detik getir selepas berlakunya kemalangan yang mer...
Arwah Sempat Masak Mi Celup Untuk Keluarga Abang Mangsa Kemalangan Bas Gerik

Arwah Sempat Masak Mi Celup Untuk Keluarga Abang Mangsa Kemalangan Bas Gerik

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 172 hits
GERIK 9 Jun Arwah sempat masak mi celup untuk kami semua satu keluarga makan semalam demikian menurut abang seorang mangsa kemalangan membabitkan sebuah bas dan sebuah kenderaan di Jalan Raya Timur Barat Banun Gerik awal pagi tadi Wan Muham...
Nahas Bas Bawa Pelajar Upsi Bomba Potong Bahagian Belakang Bas Persiaran Keluarkan Mangsa Yang Terperangkap

Nahas Bas Bawa Pelajar Upsi Bomba Potong Bahagian Belakang Bas Persiaran Keluarkan Mangsa Yang Terperangkap

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 350 hits
KUALA LUMPUR Bomba terpaksa memotong bahagian belakang bas persiaran menggunakan peralatan hidraulik khas bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam nahas bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Perodua Alza di Jala...
Ibu Bapa Mangsa Kemalangan Upsi Ditaja Tunai Umrah

Ibu Bapa Mangsa Kemalangan Upsi Ditaja Tunai Umrah

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 184 hits
Tiada apa yang lebih perit bagi hati seorang ibu dan ayah selain menerima hakikat kehilangan anak tersayang dalam sekelip mata Itulah yang dilalui oleh ibu bapa kepada mangsa kemalangan tragik yang melibatkan pelajar UPSI baru baru ini Namu...
Ibu Kepada Mangsa Kemalangan Maut Empat Beradik Dakwa Beliau Sudah Halang Anak Anaknya Ke Jerantut

Ibu Kepada Mangsa Kemalangan Maut Empat Beradik Dakwa Beliau Sudah Halang Anak Anaknya Ke Jerantut

papar berkaitan - pada 7/6/2025 - jumlah : 239 hits
PARIT Ibu kepada empat beradik yang maut dalam nahas jalan raya di Kilometer 7 Jalan Jerantut Feri Maran Pahang semalam tidak menyangka kesungguhan anak anaknya untuk menyambut Aidiladha di rumah bapa saudara mereka di Jerantut berakhir den...
Keputusan Spm Hanya 2a Kini Pelajar Terbaik Di Universiti Luar Negara

Keputusan Spm Hanya 2a Kini Pelajar Terbaik Di Universiti Luar Negara

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 270 hits
Tak semua orang bermula dengan kejayaan dengan mudah Bagi Zul Hakim Zulhaimi cukup berani untuk pilih jalan yang lebih susah dan akhirnya lebih bermakna Kalau ikut rekod keputusan SPM beliau cuma 2A Tak layak pun masuk universiti awam waktu...
Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Generasi Perfect 10 Angkat Kisah Tekanan Dan Pencarian Identiti Anak Muda

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Lirik Lagu F Nyanyian Floor 88

Apakah Hukum Membaca Surah Al Sajdah Dalam Solat Subuh Setiap Jumaat

Sepasang Telekung Siti Khadijah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fiwdee 27 Fiwdee Top 66 By Dillon

Waspada Taktik Penipuan Yang Menyamar Sebagai Anggota Pdrm Di Platform Whatsapp

Semakan Penyata Akaun Muip Berjaya Bongkar Ada Pemohon Zakat Dikesan Miliki Simpanan Puluhan Ribu Ringgit

Remaja Jual Buah Pinggang Demi Iphone Hidup Menderita Kini Berstatus Oku

Bakar Isteri Kerana Enggan Masak Mi Segera

Mtl Jbpm Kesan 763 Hotspot Berisiko Banjir Di Pahang