Mangsa Nahas Bas Upsi Banyak Tulang Patah Leher Retak Ibu Mohon Doa Orang Ramai Kesembuhan Anak


Hancur hati seorang ibu melihat anak gadisnya terlantar, tak mampu angkat tangan sendiri apatah lagi menyuap makanan ke mulut.
Itulah situasi yang dilalui Noorzailizan Zakaria@ Ariffin, 41, ibu kepada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Erika Alisya Mohd Zaidi, yang mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan ngeri di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik, Perak pada 9 Jun lalu.
Kini terlantar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, Nur Erika bukan sahaja patah kedua-dua belah tangan, malah turut mengalami retak pada tulang leher dan memerlukan bantuan sepenuhnya untuk bergerak. Ibunya hanya mampu memohon doa orang ramai agar anaknya segera sembuh dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

“Keadaannya stabil dan menunjukkan perkembangan positif namun semua pergerakan perlu dibantu kerana kedua-dua belah tangannya tidak boleh digerakkan dengan baik kerana patah pada banyak bahagian.
“Tangan kanan Nur Erika Alisya dimasukkan besi pada bahu, siku dan lengan manakala tangan kiri pula telah dimasukkan besi pada siku dan pergelangan tangan.
“Selain itu dia terpaksa memakai alat penyokong leher kerana tulang leher retak,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Suri rumah yang tinggal di Kampung Alor Keladi di Hulu Besut itu berkata kini dia dan suami Mohd Zaidi Mohd Yunan, 45, yang bekerja sebagai pembantu tukang rumah bergilir menjaga anak sulung dari tiga beradik itu.
Menurutnya Nur Erika Alisya, 21, masih trauma dan sering teringatkan kejadian ngeri yang meragut nyawa 15 rakan kampusnya itu.
“Contohnya ketika menaiki ambulans dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Nerus ke HSNZ pada Sabtu lalu, dia menangis ketakutan sepanjang jalan.
“Dia juga tidak boleh melihat kipas siling berpusing dengan kuat kerana akan terbayang kejadian itu,” katanya.
Sehubungan itu, Noorzailizan berharap anaknya yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam segera sembuh demi meneruskan cita-cita menjadi seorang ustazah.
Dalam kejadian awal pagi 9 Jun lalu, 15 penuntut UPSI maut apabila bas yang disewa khas dari Jertih untuk pulang ke kampus utama universiti di Tanjung Malim, Perak terbalik sebelum terlibat kemalangan dengan sebuah kereta Perodua Alza di JRTB.
Nahas itu menyebabkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas selain pemandu serta tiga penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) itu.
The post Mangsa Nahas Bas UPSI Banyak Tulang Patah, Leher Retak, Ibu Mohon Doa Orang Ramai Kesembuhan Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/mangsa-nahas-bas-upsi-banyak-tulang-patah-leher-retak-ibu-mohon-doa-orang-ramai-kesembuhan-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alza Dilanggar Bas Pelajar Upsi Isteri Ustaz Lutfi Patah Tulang Rusuk Anak 2 Tahun Tercampak Keluar

Alza Dilanggar Bas Pelajar Upsi Isteri Ustaz Lutfi Patah Tulang Rusuk Anak 2 Tahun Tercampak Keluar

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 142 hits
Sebuah insiden ngeri melibatkan sebuah bas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris telah berlaku pagi Isnin di Jalan Raya Timur Barat apabila bas tersebut merempuh belakang Perodua Alza yang dipandu oleh seorang guru Pendidikan Islam Moh...
Hiburan Pihak Kami Dah Bersedia Pemandu Bas Nahas Pelajar Upsi Ditahan Polis Sejurus Keluar Hospital

Hiburan Pihak Kami Dah Bersedia Pemandu Bas Nahas Pelajar Upsi Ditahan Polis Sejurus Keluar Hospital

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 157 hits
Pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris di Gerik pada Isnin lalu telah ditahan oleh polis memetik Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin mengesahkan bahawa lelaki berus...
Nahas Pelajar Upsi Pemandu Bas Hadapi 15 Pertuduhan Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah

Nahas Pelajar Upsi Pemandu Bas Hadapi 15 Pertuduhan Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 14/6/2025 - jumlah : 130 hits
Pemandu bas yang terbabit dengan nahas ketika membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian 15 orang pelajar Memetik la...
Nahas Upsi Tiada Bukti Kegagalan Sistem Mekanikal Bas Mungkin Faktor Manusia Atau Jalan Anthony Loke

Nahas Upsi Tiada Bukti Kegagalan Sistem Mekanikal Bas Mungkin Faktor Manusia Atau Jalan Anthony Loke

papar berkaitan - pada 15/6/2025 - jumlah : 139 hits
Laporan awal siasatan terhadap kemalangan yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris di Jalan Raya Timur Barat Gerik mendapati tiada bukti menunjukkan kegagalan sistem mekanikal pada bas berkenaan Menteri Pengangkutan ...
Coretan Meruntun Jiwa Doktor Kongsi Pengalaman Urus Mangsa Tragedi Bas Upsi

Coretan Meruntun Jiwa Doktor Kongsi Pengalaman Urus Mangsa Tragedi Bas Upsi

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 90 hits
Pastinya kala ini naluri rakyat Malaysia sebak melihat begitu ramai pelajar menjadi mangsa nahas ngeri bas yang membawa pelajar UPSI Sementara itu perkongsian tular di media sosial satu perkongsian daripada doktor Dr Muhammad Adam B Muskhan...
Hiburan Nahas Pelajar Upsi Mangsa Terselamat Kongsi Detik Selepas Kemalangan Saya Nampak Darah Rakan Menjerit Tersepit

Hiburan Nahas Pelajar Upsi Mangsa Terselamat Kongsi Detik Selepas Kemalangan Saya Nampak Darah Rakan Menjerit Tersepit

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 146 hits
Nahas yang membabitkan sekumpulan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris di Gerik Perak baru baru ini mengejutkan seluruh negara Salah seorang mangsa yang terselamat Nurul Yusrina Yusof detik getir selepas berlakunya kemalangan yang mer...
Nahas Pelajar Upsi Jpj Mahu Heret Pengendali Syarikat Bas Ke Mahkamah

Nahas Pelajar Upsi Jpj Mahu Heret Pengendali Syarikat Bas Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 98 hits
Jabatan Pengangkutan Jalan akan membuka kertas siasatan untuk membawa pengendali syarikat bas yang terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris ke mahkamah Menurut Harian Metro Menteri Pengangku
Saya Maafkan Pemandu Ini Takdir Bapa Pelajar Upsi Maut Nahas Bas

Saya Maafkan Pemandu Ini Takdir Bapa Pelajar Upsi Maut Nahas Bas

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 94 hits
Tangisan yang tak pernah reda Rindu yang tak pernah padam Pemergian anak tersayang bagaikan mimpi ngeri yang tak sudah Namun di sebalik semua duka itu seorang bapa memilih untuk redha dan memaafkan walau jiwanya remuk dan hati tak terubat B...
Nahas Bas Upsi Apad Keluar Surat Tunjuk Sebab Kepada Syarikat Bas Terlibat

Nahas Bas Upsi Apad Keluar Surat Tunjuk Sebab Kepada Syarikat Bas Terlibat

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 121 hits
KUALA LUMPUR Agensi Pengangkutan Awam Darat telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada syarikat pengendali bas yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 53 Jalan Raya Timur Barat berhampiran Tasik Banding Gerik yang mengorbankan 15...
Speed Read The Luxe Brough Superior X Richard Mille Rmb01 And More

Elected Decay

Rakan Kkm A Public Initiative Says Health Minister

Penyokong Najib Tidak Perlu Terpengaruh Dengan Kenyataan Rafizi

Rahsia Langsaikan Hutang Ptptn Lebih Awal Tanpa Beban Panduan Praktikal Dari Ebook Ini

How Biometric Payment Systems Are Shaping The Future Of Transactions

Top Business Growth Strategies

Bookkeepers Near You In Stockton Why Proximity Matters For Personalized Service


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Seketika Di Higashi Jujo Kita City

Healing Healing Di Cherating

Haiwan Tanpa Otak Tapi Kaya Fungsi

Tak Perlu Ikut Adat Melayu Yang Menyusahkan Diri Sendiri Sarina Kak Tam Usahawan

Cerita Disebalik Laporan Kesihatan Dak Adik

Kemarahan K Netizen Nama Dan Gambar Taeyeon Digunakan Tanpa Kebenaran Untuk Festival Konsert