Berusia Lebih 2 000 Tahun Mesir Dedah Penemuan Artifak Dari Bandar Purba Tenggelam


Berusia Lebih 2,000 Tahun, Mesir Dedah Penemuan Artifak Dari Bandar Purba Tenggelam
Mesir pada Khamis mendedahkan penemuan artifak serta struktur dari sebuah bandar purba yang tenggelam di Teluk Abu Qir, Alexandria, berusia lebih 2,000 tahun, lapor AFP.
Pihak berkuasa Mesir berkata tapak itu, yang terletak di perairan Teluk Abu Qir mungkin merupakan sambungan daripada bandar purba Canopus, sebuah pusat terkemuka semasa dinasti Ptolemaic, yang memerintah Mesir selama hampir 300 tahun dan Empayar Rom, yang memerintah selama sekitar 600 tahun.
Dari semasa ke semasa, siri gempa bumi dan kenaikan paras laut menenggelamkan bandar itu serta pelabuhan berhampiran, Heracleion, sekali gus meninggalkan khazanah tinggalan sejarah.
Kredit: AFP “Terdapat banyak lagi tinggalan di bawah air, tetapi apa yang mampu kami keluarkan adalah terhad, hanya bahan tertentu mengikut kriteria ketat.
“Selebihnya ia akan kekal sebagai sebahagian daripada warisan tenggelam kami,” kata Menteri Pelancongan dan Antikuiti Mesir, Sherif Fathi.
Runtuhan bawah air yang didedahkan kementerian itu termasuk bangunan batu kapur yang mungkin berfungsi sebagai tempat ibadat, ruang kediaman dan struktur komersial atau perindustrian.
BACA JUGA: Tenggelam Pada Tahun 90-an ‘Bandar Hantu’ Ditinggalkan Penduduk ‘Muncul Semula Selepas 30 Tahun Takungan dan kolam berukir batu untuk simpanan air domestik dan penanaman ikan turut ditemui.
Penemuan penting lain ialah patung tokoh diraja dan sphinx dari era pra-Rom, termasuk sphinx yang sebahagiannya dipelihara dengan cartouche Ramses II, salah seorang firaun purba yang paling terkenal dan paling lama memerintah di negara itu.
Kredit: AFP Kebanyakan patung itu kehilangan bahagian badan, termasuk patung Ptolemaic yang diperbuat daripada granit, serta bahagian bawah patung bangsawan Rom yang diukir daripada marmar.
Sebuah kapal dagang, sauh batu dan kren pelabuhan sejak zaman Ptolemaic dan Rom juga ditemui di tapak dok sepanjang 125 meter, yang menurut kementerian itu digunakan sebagai pelabuhan untuk bot-bot kecil sehingga zaman Byzantine.
Untuk pengetahuan, Alexandria kaya dengan runtuhan purba dan khazanah bersejarah, namun bandar kedua terbesar Mesir itu berisiko tenggelam sama seperti Canopus dan Heracleion.
Bandar pesisir itu amat terdedah kepada perubahan iklim dan kenaikan paras laut, serta tenggelam lebih daripada tiga milimeter setiap tahun.
Malah, dalam unjuran terbaik yang dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sepertiga daripada Alexandria akan berada di bawah air atau tidak lagi boleh didiami menjelang tahun 2050.
Sumber: AFP
The post Berusia Lebih 2,000 Tahun, Mesir Dedah Penemuan Artifak Dari Bandar Purba Tenggelam appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/22/berusia-lebih-2000-tahun-mesir-dedah-penemuan-artifak-dari-bandar-purba-tenggelam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas 18 Tahun Lebih 48 000 Unit Terjual R35 Gt R Ucap Selamat Tinggal

Selepas 18 Tahun Lebih 48 000 Unit Terjual R35 Gt R Ucap Selamat Tinggal

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 2011 hits
Selepas 18 Tahun Lebih 48 000 Unit Terjual R35 GT R Ucap Selamat Tinggal Selepas hampir dua dekad berada di pasaran era Nissan R35 GT R akhirnya melabuhkan tirainya Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2007 model ikonik ini telah menjadi sim...
Harga Bitcoin Lebih Rm520 000

Harga Bitcoin Lebih Rm520 000

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 538 hits
Harga Bitcoin lebih RM520 000 Gambar ilustrasi Bitcoin dirakam pada 22 November 2024 AFP TOKYO Harga Bitcoin mencecah paras tertinggi hari ini semasa dagangan awal pasaran Asia dengan melepasi AS 124 000 didorong oleh dasar Amerika Syarikat...
Lebih 3 000 Anak Pahang Menyertai Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2025 Yang Berlangsung Di Dataran Dbkl

Lebih 3 000 Anak Pahang Menyertai Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2025 Yang Berlangsung Di Dataran Dbkl

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 2132 hits
KUALA LUMPUR Lebih 3 000 anak Pahang menyertai Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2025 yang berlangsung di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini Larian anjuran Sekretariat Perantau Anak Pahang itu disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang ...
Rif 2025 Hiburkan Lebih 8 000 Peminat Muzik Di Ibu Negara

Rif 2025 Hiburkan Lebih 8 000 Peminat Muzik Di Ibu Negara

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 1800 hits
KUALA LUMPUR 21 Ogos Lebih 8 000 peminat muzik bagi menyaksikan Ruang Inspirasi Festival 2025 yang menampilkan Tulus dan Juicy Luicy RIF mempersembahkan gabungan muzik dengan elemen inspirasi dan perkongsian kisah di sebalik karya karya pop...
Lebih 1 000 Pelajar Daripada 20 Sekolah Sertai Fiesta Rakan Muda Pahang 2025 Di Stadum Darul Makmur

Lebih 1 000 Pelajar Daripada 20 Sekolah Sertai Fiesta Rakan Muda Pahang 2025 Di Stadum Darul Makmur

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 531 hits
KUANTAN Seramai lebih 1 000 pelajar daripada 20 buah sekolah menyertai Fiesta Rakan Muda Negeri Pahang 2025 sebagai usaha memperkasa pembangunan belia menerusi pelbagai aktiviti berfaedah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multi...
Kanak Kanak Perempuan 12 Tahun Cedera Disamun Ibu Bapa Perlu Lebih Waspada

Kanak Kanak Perempuan 12 Tahun Cedera Disamun Ibu Bapa Perlu Lebih Waspada

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 319 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia 12 tahun mengalami detik cemas apabila disamun seorang lelaki bersenjatakan pisau di sebuah rumah di Putra Perdana Sepang pada Khamis Lebih menyayat hati senjata yang digunakan dalam kejadian ini diperc...
Afgan Dedah Tunai Haji Pada Usia 35 Tahun Untuk Pecahkan Ego Super Star

Afgan Dedah Tunai Haji Pada Usia 35 Tahun Untuk Pecahkan Ego Super Star

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 224 hits
Penyanyi Afgan diketahui selamat menunaikan haji baru baru ini Pemilik lagu Kalau Jodoh Pasti Bertemu itu juga sempat berkongsi beberapa momen perjalanan rohaninya sewaktu menunaikan haji di media sosial Namun selepas beberapa bulan pulang ...
Coolie Rajinikanth Pecah Rekod Lebih 55 000 Tiket Pra Jualan Terjual Sekelip Mata

Coolie Rajinikanth Pecah Rekod Lebih 55 000 Tiket Pra Jualan Terjual Sekelip Mata

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 410 hits
KUALA LUMPUR Fenomena filem Coolie lakonan legenda Rajinikanth terus membara di Malaysia apabila jualan awal tiket mencatat lebih 55 000 unit hanya dalam beberapa hari sejak pra jualan dibuka menurut Malik Streams Corporation Filem arahan L...
Secret Recipe Teams Up With Zus Coffee For A Match Made In Malaysia

Batu Umno Division Chief Resigns From Federal Territories Foundation

Disgruntled Activist Moots Exiled Sabah Gov T In Down Under As Legitimate Voice Of Sabahans

Button Badge Custom Cenderahati Murah Untuk Event Sekolah Bisnes

Misi Kemanusiaan Zizi Kirana Jarang Buat Video Call Tak Mahu Keluarga Menangis

Jalan Jalan Cuti Sekolah September 2025

Bekas Presiden Brazil Jair Bolsonaro Dimasukkan Ke Hospital Malaysiagazette

Percubaan Mewujudkan Ai Classroom World


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


10 Ideas For Personalized Gifts That Wow In Business Corporate Life

Innovation In Startup Success

Makan Makan Dengan Birthday Girl

Ustaz Azhar Idrus Ulas Kenyataan Buka Hijab Lebih Dekat Dengan Allah Itu Jahil

Setiap Detik Adalah Puisi Cinta Yang Tidak Terucap Nukilan Fattah Amin Kepada Amira Othman Bikin Merinding

Perbezaan Douyin Vs Tiktok