Kanak Kanak Perempuan 12 Tahun Cedera Disamun Ibu Bapa Perlu Lebih Waspada


Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun mengalami detik cemas apabila disamun seorang lelaki bersenjatakan pisau di sebuah rumah di Putra Perdana, Sepang, pada Khamis. Lebih menyayat hati, senjata yang digunakan dalam kejadian ini dipercayai diambil dari rumah mangsa sendiri.
Menurut laporan Sinar Harian , Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden G K Shan Gopal, pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa sekitar jam 5.03 petang selepas dimaklumkan oleh jiran yang menyedari insiden tersebut. Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian muka, leher dan kepala telah dihantar ke hospital oleh jiran berkenaan untuk rawatan segera.
Suspek bersenjatakan pisau yang diambil dari rumah mangsa. Gambar kecil: G K Shan Gopal Syukur alhamdulillah, keadaan kanak-kanak itu kini stabil dan dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius. Namun, insiden ini tetap memberi tamparan hebat, bukan saja kepada keluarga mangsa, malah kepada kita semua sebagai ibu bapa.
Jenayah Boleh Berlaku Di Mana-Mana Bayangkan, anak yang sepatutnya selamat di rumah sendiri pun boleh menjadi mangsa samun. Ini jelas menunjukkan penjenayah sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan sendiri walaupun hingga mencederakan seorang anak kecil yang tidak mampu melawan.
Lebih membimbangkan, suspek berusia 40-an itu dikatakan menggunakan pisau dari rumah mangsa sendiri untuk melakukan serangan. Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan, dan pihak polis mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak tepat.
Ibu Bapa, Ini Tanggungjawab Kita Sebagai ibu bapa, insiden seperti ini harus membuka mata kita. Jangan pernah rasa terlalu selesa walaupun berada di rumah sendiri. Keselamatan anak-anak mestilah sentiasa menjadi keutamaan.
Berikut beberapa langkah penting yang boleh kita amalkan:
✔️ Pastikan pintu rumah sentiasa berkunci, walaupun pada waktu siang.
✔️ Didik anak untuk tidak membuka pintu kepada orang yang tidak dikenali.
✔️ Kenali jiran tetangga. Mereka mungkin menjadi penyelamat dalam situasi kecemasan.
✔️ Simpan alat tajam atau berbahaya seperti pisau di tempat yang selamat, jauh dari capaian luar.
✔️ Pasang sistem keselamatan seperti CCTV sebagai langkah berjaga-jaga tambahan.
Kejadian ini menjadi satu peringatan tegas buat kita semua. Jangan ambil mudah soal keselamatan anak di rumah. Dalam dunia yang makin mencabar ini, langkah berjaga-jaga perlu sentiasa diutamakan.
Semoga adik yang tercedera segera pulih, dan semoga ibu bapa di luar sana sentiasa dilindungi serta diberikan kekuatan untuk menjaga amanah paling berharga ini anak-anak kita. 💔🧕👧


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kanak-kanak-perempuan-cedera-disamun-lelaki-ibu-bapa-tolong-peka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Kanak Kanak Dibunuh Jiran Dedah Sering Dengar Tangisan Mangsa Dan Ibu Bapa Bertengkar

Kes Kanak Kanak Dibunuh Jiran Dedah Sering Dengar Tangisan Mangsa Dan Ibu Bapa Bertengkar

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 151 hits
Harian MetroPasir Gudang Saya berjiran dengan tiga beranak berkenaan sejak setahun lalu dan pernah mendengar tangisan mangsa selain bunyi bising ibu bapanya akibat bertengkar mulut kata Kamarudin Abdullah 47 Kamarudin berkata dia terkilan d...
Gelombang Haba Ragut Nyawa Kanak Kanak 4 Tahun Ibu Ayah Peka Tanda Bahaya Strok Haba

Gelombang Haba Ragut Nyawa Kanak Kanak 4 Tahun Ibu Ayah Peka Tanda Bahaya Strok Haba

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 136 hits
Gelombang haba ragut nyawa kanak kanak 4 tahun di Itali sekali gus menjadi amaran kepada semua ibu bapa betapa seriusnya ancaman cuaca panas melampau terhadap kesihatan si kecil Dalam insiden menyayat hati ini seorang kanak kanak lelaki war...
Pengajar Sekolah Memandu Didakwa Pegang Paha Pelajar Perempuan Berusia 17 Tahun

Pengajar Sekolah Memandu Didakwa Pegang Paha Pelajar Perempuan Berusia 17 Tahun

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 165 hits
Sinar HarianChin Leong didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun bulan lalu IPOH Seorang pengajar institut memandu mengaku tidak bersalah di Mahkam...
Ibu Zara Beri Keterangan Lebih 4 Jam Kepada Polis

Ibu Zara Beri Keterangan Lebih 4 Jam Kepada Polis

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 120 hits
Ibu Zara beri keterangan lebih 4 jam kepada polis Ibu kepada Zara Qairina Mahathir Noraidah Lamat bersama keluarga dan peguam dilihat hadir ke Balai Polis Karamunsing untuk menyerahkan telefon bimbit miliknya kepada pihak polis bagi tujuan ...
Remaja Perempuan Bunuh Ibu Ketika Solat Zuhur

Remaja Perempuan Bunuh Ibu Ketika Solat Zuhur

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 148 hits
AgensiPOLIS menguruskan mayat Yati yang dibunuh anaknya di Kelurahan Panorama Kota Bengkulu FOTO AgensiJakarta Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun tergamak membunuh ibu kandungnya ketika mangsa menunaikan solat Zuhur di rumah mereka d...
Pendidikan Menengah Kini Wajib Ibu Bapa Boleh Didenda Rm5 000 Jika Tak Daftar Anak

Pendidikan Menengah Kini Wajib Ibu Bapa Boleh Didenda Rm5 000 Jika Tak Daftar Anak

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 143 hits
Sistem pendidikan negara mencatat sejarah tersendiri apabila Rang Undang Undang Pendidikan 2025 berjaya diluluskan di Dewan Rakyat menjadikan pendidikan menengah sebagai sebahagian daripada pendidikan wajib di bawah Akta Pendidikan 1996 Pen...
Terengganu Budak Perempuan 12 Tahun Hilang Ikut Kenalan Lelaki Tiktok

Terengganu Budak Perempuan 12 Tahun Hilang Ikut Kenalan Lelaki Tiktok

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 127 hits
MOHD AZLI ADLANSETIU Seorang kanak kanak perempuan berusia 12 tahun yang menetap di Sungai Tong di sini dikhuatiri hilang dipercayai mengikut kenalan media sosial sejak kelmarin Kanak kanak perempuan itu dikatakan keluar rumah tanpa pengeta...
31 Tahun Terpisah Polis Kacukan Filipina Korea Bertemu Semula Ibu Kisah Tular Cetus Emosi

31 Tahun Terpisah Polis Kacukan Filipina Korea Bertemu Semula Ibu Kisah Tular Cetus Emosi

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 188 hits
Manila Detik pertemuan semula penuh emosi antara anggota polis berdarah kacukan Filipina Korea Julius Manalo dengan ibu kandungnya yang telah lama terpisah tular di media sosial Dalam sebuah kisah yang menyentuh hati dan menjadi peringatan ...
Tak Tahan Bunyi Tangis Ibu Bapa Angkat Disyaki Dera Bayi Sampai Maut

Tak Tahan Bunyi Tangis Ibu Bapa Angkat Disyaki Dera Bayi Sampai Maut

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 170 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Tidak tahan mendengar tangisan tanpa henti disyaki motif ibu bapa angkat mendera bayi perempuan tujuh bulan sehingga retak tengkorak sebelum disahkan maut Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Mohamed Usuf Jan Mohamad...
Penyakit Mental Isu Kesihatan Yang Perlu Kita Fahami

Kita Bukan Data

Ppim Tidak Iktiraf Gem Tiada Sebarang Hubungan Kerjasama Harian Metro 26 08 2025

Comment On Faktor Mempengaruhi Keberkesanan Aktiviti Pemasaran By Sabree Hussin

Comment On Buat Minisite Menggunakan Platform Blogspot By Faizul

Cryolipolysis Treatment Malaysia Non Surgical Fat Reduction That Works

Amazing Healthy Greek Recipes For Weight Loss

Sup Kosong Ala Gerai Tetap Sedap Walau Tiada Isi Nak Buat Sendiri Ini Resipinya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jumpa Pakcik Di Tengah Hi Way Jalan Kaki 20km Nak Ke Pekan Sedih Baca

Brother Ni Tegur Seorang Pemuda Yang Belajar Agama Sebab Dia Hisap 39 Vappe 39 Ini Respon Dia

Isteri Penentu Kejayaan Wakil Rakyat Bn Datuk Seri Najib Tun Razak

Kesihan Wanita Andartu Ini Di Reject Bakal Mertua Atas Alasan Sukar Bagi Anak Namun Akhirnya

Kotak Perfume Custom Murah Berkualiti Pilihan Tepat Untuk Usahawan Kosmetik

Roti Kering Bergula