Selepas 18 Tahun Lebih 48 000 Unit Terjual R35 Gt R Ucap Selamat Tinggal


Selepas 18 Tahun & Lebih 48,000 Unit Terjual, R35 GT-R Ucap Selamat Tinggal
Selepas hampir dua dekad berada di pasaran, era Nissan R35 GT-R akhirnya melabuhkan tirainya.
Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2007, model ikonik ini telah menjadi simbol kejayaan buat Nissan, dengan lebih 48,000 unit terjual di seluruh dunia.
Di kilang Nissan Tochigi, Jepun, para pekerja berkumpul menyaksikan detik bersejarah apabila unit terakhir R35 GT-R keluar dari barisan pengeluaran.
Model terakhir ini ialah Premium Edition T-Spec dengan warna Midnight Purple, yang bakal diserahkan kepada pelanggan di Jepun.
Gambar: AutoIndustriya.com Evolusi & kuasa yang mengagumkan Sepanjang 18 tahun pengeluaran, R35 menerima pelbagai kemas kini, facelift dan peningkatan teknologi. Bermula dengan kuasa 480PS ketika pelancaran, ia meningkat kepada 570PS selepas tahun 2017.
Bagi varian GT-R NISMO, jurutera berjaya mengekstrak lebih banyak kuasa dengan teknologi dari jentera perlumbaan GT3, menjadikan ia mampu menghasilkan sehingga 600PS.
Kejayaan di litar perlumbaan GT-R bukan sahaja terkenal sebagai kereta sport jalanan yang laju dan canggih. Malah, ia juga mengukir nama di dunia perlumbaan profesional. Antaranya:
5 kemenangan kelas GT500 dan 3 kemenangan kelas GT300 dalam Kejohanan Super GT Jepun. Juara Blancpain GT Series Pro-Am Class 2013. Kemenangan Bathurst pada 2015. 5 gelaran Siri Ketahanan Super Taikyu Jepun. Satu lagi pencapaian yang menjadikan R35 GT-R begitu diingati ialah catatan masa di Litar Nürburgring, salah satu litar paling mencabar di dunia.
Untuk info, pada 2007, GT-R merekodkan masa 7 minit 38 saat di Litar Nürburgring.
Catatan itu kemudian dipendekkan kepada 7 minit 8.679 saat pada 2013 melalui GT-R NISMO versi litar yang dipandu oleh pelumba profesional Michael Krumm.
Dalam pada itu, selain kejayaan di litar, R35 GT-R juga memecahkan rekod dunia drift terpantas.
Sebuah GT-R khas berjaya mendrift pada kelajuan 304.96 km/j dengan sudut 30 darjah di Lapangan Terbang Antarabangsa Fujairah, UAE.
Gambar: AutoIndustriya.com Ucapan Presiden & CEO Nissan Presiden & CEO Nissan, Ivan Espinosa, mengakui pengakhiran era ini cukup bermakna.
“Selepas 18 tahun yang luar biasa, R35 GT-R telah meninggalkan legasi yang kekal dalam sejarah automotif.
“Warisannya adalah bukti kepada semangat pasukan kami dan kesetiaan pelanggan kami di seluruh dunia. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan luar biasa ini.
“Kepada ramai peminat GT-R di seluruh dunia, saya ingin memberitahu bahawa ini bukanlah selamat tinggal selama-lamanya. Matlamat kami adalah supaya nama GT-R akan kembali suatu hari nanti,” kata beliau.
Walaupun Nissan kini berdepan cabaran kewangan, syarikat itu menegaskan bahawa nama GT-R tidak akan diberikan kepada sebarang model sebarangan. Ia hanya akan digunakan untuk kereta yang benar-benar istimewa.
“Kami faham jangkaan peminat sangat tinggi. Lencana GT-R tidak boleh digunakan pada sebarang kenderaan.
“Ia hanya diperuntukkan untuk sesuatu yang benar-benar istimewa, dan R35 telah menetapkan standard yang tinggi.
“Jadi, apa yang boleh saya minta adalah kesabaran anda. Walaupun kami belum mempunyai pelan yang muktamad hari ini, GT-R akan terus berevolusi dan muncul kembali pada masa depan,” tambahnya.
BACA: Mohd Joehari Sah Letak Jawatan Presiden FAM, Mohd Yusoff Dinamakan Pemangku Presiden
Sumber: AutoIndustriya.com
The post Selepas 18 Tahun & Lebih 48,000 Unit Terjual, R35 GT-R Ucap Selamat Tinggal appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/27/selepas-18-tahun-lebih-48000-unit-terjual-r35-gt-r-ucap-selamat-tinggal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berusia Lebih 2 000 Tahun Mesir Dedah Penemuan Artifak Dari Bandar Purba Tenggelam

Berusia Lebih 2 000 Tahun Mesir Dedah Penemuan Artifak Dari Bandar Purba Tenggelam

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 954 hits
Berusia Lebih 2 000 Tahun Mesir Dedah Penemuan Artifak Dari Bandar Purba Tenggelam Mesir pada Khamis mendedahkan penemuan artifak serta struktur dari sebuah bandar purba yang tenggelam di Teluk Abu Qir Alexandria berusia lebih 2 000 tahun l...
Budak 2 Tahun Tinggal Dengan Mayat Ibu

Budak 2 Tahun Tinggal Dengan Mayat Ibu

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 552 hits
KOSMO SEORANG anak 2 tahun tinggal bersama mayat ibunya Foto WeiboBEIJING Seorang kanak kanak berusia dua tahun ditemukan di samping mayat ibunya yang dipercayai telah meninggal dunia selama berhari hari di wilayah Zhejiang China lapor lama...
Terima Kasih Jadi Guru Tempat Selamat Saya Anak Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Didie Alias Ke 52 Maya

Terima Kasih Jadi Guru Tempat Selamat Saya Anak Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Didie Alias Ke 52 Maya

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 1258 hits
SEBUT sahaja Didie Alias masyarakat pastinya terimbau kembali deretan filem popular dan identiti pelakon tersohor itu yang cukup disegani industri hiburan tempatan Lebih tiga dekad bergiat aktif dalam dunia seni sejak 1991 pemilik nama sebe...
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 68 Tahun Malaysiaku

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 68 Tahun Malaysiaku

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 3393 hits
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 68 Tahun Malaysiaku 31 Ogos 2025 Alhamdulillah Bersyukur masih lagi dapat melihat Malaysiaku tercinta Bersyukur masih dapat melihat keindahan Dan pembangunan di Malaysia Dan bersyukur Masih bernyawa di ...
Pelancong Saman Hotel Lebih Rm7 Juta Selepas Digigit Ular

Pelancong Saman Hotel Lebih Rm7 Juta Selepas Digigit Ular

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 372 hits
KOSMO JAKARTA Seorang pelancong Mesir Ahmed Samy Niazy El Gharably menuntut ganti rugi nbsp 28 bilion rupiah dari sebuah hotel di Lombok Tengah lapor portal berita Lombok Post semalam Tuntutan nbsp itu disebabkan kerugian dan kemudaratan ya...
Selepas 48 Tahun Perjalanan Voyager 1 Masih Belum Cecah 1 Hari Cahaya

Selepas 48 Tahun Perjalanan Voyager 1 Masih Belum Cecah 1 Hari Cahaya

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 495 hits
Pada 5 September 1977 Voyager 1 dilancarkan oleh NASA dengan misi bersejarah iaitu untuk meneroka luar sistem suria dan seterusnya menjelajah ke ruang antara bintang Kini selepas 48 tahun mengembara tanpa henti ia telah menjadi ob
Banyak Kes Rasuah Dilumpuhkan Sprm Berjaya Rampas Lebih Rm31 Bilion Aset Dalam Tempoh 5 Tahun

Banyak Kes Rasuah Dilumpuhkan Sprm Berjaya Rampas Lebih Rm31 Bilion Aset Dalam Tempoh 5 Tahun

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 840 hits
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki mendedahkan lebih RM31 4 bilion aset berjaya dirampas dalam tempoh lima tahun dengan hampir RM28 bilion daripadanya dilucut hak Katanya rampasan itu membabitkan kes ...
Tanah Runtuh Dahsyat Ragut Lebih 1 000 Nyawa Kampung Di Sudan Lenyap Sekelip Mata

Tanah Runtuh Dahsyat Ragut Lebih 1 000 Nyawa Kampung Di Sudan Lenyap Sekelip Mata

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 3322 hits
Tanah Runtuh Dahsyat Ragut Lebih 1 000 Nyawa Kampung Di Sudan Lenyap Sekelip Mata Kejadian tanah runtuh telah meranapkan sebuah perkampungan terpencil di wilayah Darfur Sudan pada Selasa dan mengorbankan lebih 1 000 orang iaitu hampir kesel...
Ciapan Lama Amira Othman Ucap Tahniah Buat Fattah Amin Kembali Tular Memang Dah Crush Lama La Ni

Alipay Voyager Kini Sokong Tempahan Grab Dalam Satu Aplikasi

Secret Recipe Teams Up With Zus Coffee For A Match Made In Malaysia

Batu Umno Division Chief Resigns From Federal Territories Foundation

Disgruntled Activist Moots Exiled Sabah Gov T In Down Under As Legitimate Voice Of Sabahans

Button Badge Custom Cenderahati Murah Untuk Event Sekolah Bisnes

Misi Kemanusiaan Zizi Kirana Jarang Buat Video Call Tak Mahu Keluarga Menangis

Jalan Jalan Cuti Sekolah September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perbezaan Douyin Vs Tiktok

Lima Ditahan Serang Pengawal Keselamatan Hingga Maut

Pastikan Tidak Rugi

Into The Depths Cutting Edge Discoveries And Tech In Underwater Cave Exploration

Seorang Pelajar Pindah Sekolah Selepas Insiden Zara Saksi

Bateri Baru Tapi Kereta Tak Boleh Start Mekanik Dedah Punca