Berus Gigi Tak Semestinya Dalam Bilik Air Biar Anak Berus Gigi Depan Tv Kalau Dia Suka


Mengajar serta menggalakkan anak-anak memberus gigi bukan lah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Salah satu penyebabnya adalah kerana mereka masih belum faham tentang kepentingan memberus gigi. Selalunya ia merupakan satu cabaran kerana anak-anak hanya bermotivasi untuk melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan sahaja. Ada ibubapa yang menggunakan kaedah memujuk, dan tidak kurang juga ada yang menggunakan ugutan dalam menangani masalah ini.

Terdapat beberapa tip yang boleh dipraktikkan untuk menggalakkan anak-anak memberus gigi:-
Mula Seawal Mungkin
Rutin penjagaan gigi dan gusi seharusnya diperkenalkan dan dimulakan seawal sebelum tumbuhnya gigi susu.
Sebelum tumbuhnya gigi susu, bersihkan gusi anak-anak menggunakan tuala atau kain bersih yang dibasahkan dan dibalut pada jari.
Berus jari untuk bayi yang dibuat khas daripada getah juga boleh digunakan untuk membersihkan gusi.

Mula membersih dan memberus gigi apabila gigi susu yang pertama telah tumbuh. Lap dan bersihkan gigi tersebut setiap hari menggunakan tuala atau kain basah yang bersih.
Apabila anak-anak telah selesa dengan rutin pembersihan tersebut, kenalkan beliau dengan berus gigi dan galakkan anak-anak untuk memegang sendiri bahagian pemegang berus gigi tersebut, semasa anda memberus giginya.
Berus gigi bersama mereka
Anak-anak suka meniru segala perbuatan ibubapa atau adik-beradiknya. Duduk berhadapan dengan mereka dan berus gigi bersama-sama. Semasa anda memberus gigi anda, tunjukkan padanya yang anda sangat seronok memberus gigi, agar anak anda akan berasa teruja untuk memberus gigi juga.
Pastikan anak-anak memegang berus gigi mereka sendiri and dapat melihat dengan jelas apa yang anda lakukan dengan berus gigi.
Jadikan rutin
Berikan penekanan bahawa memberus gigi adalah satu rutin harian yang wajib, iaitu pada waktu pagi dan malam.
Peruntukkan masa yang sesuai dimana anak-anak anda tidak terlalu letih, supaya aktiviti memberus gigi tersebut menjadi mudah untuk anda dan anak anda.
Jadikan aktiviti memberus gigi sesuatu yang ringkas dan mudah. Sebagai permulaan, tidak perlu menekankan kepentingan memberus gigi selama 2 minit.
Masa bersama keluarga
Cuba dapatkan semua ahli keluarga untuk memberus gigi bersama sebagai satu aktiviti keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari, atau pun sekali seminggu semasa hujung minggu.
Biarkan anak-anak bermain dengan berus gigi mereka dan biarkan mereka memberus “gigi” patung mainan kegemaran mereka, ataupun mereka juga boleh memberus gigi anda.
Jadikan suasana memberus gigi itu sebagai satu aktiviti keluarga yang menyeronokkan.
Mainkan muzik / Nyanyikan lagu
Main kan lagu atau muzik kegemaran anak-anak semasa mereka dan anda memberus gigi.
Cipta satu lagu mengenai “memberus gigi” dan nyanyikan bersama mereka semasa mereka memberus gigi sendiri, atau pun semasa anda memberus gigi mereka.
Sekiranya mereka berhenti memberus gigi, hentikan muzik tersebut atau berhenti menyanyi. Beritahu mereka bahawa lagu dan muzik hanya akan dimainkan atau dinyanyikan apabila mereka memberus gigi semula.
Lokasi memberus gigi
Memberus gigi tidak semestinya dilakukan hanya di dalam bilik air atau bilik mandi.
Biarkan anak-anak anda memberus gigi semasa mereka menonton rancangan televisyen kegemaran mereka di ruang tamu (perlu diawasi!).

Memberus gigi juga boleh dilakukan di bilik makan atau dapur, dengan membiarkan anak duduk di kerusi dan anda berdiri dibelakang kerusi tersebut untuk membantu anak memberus gigi.
Pilihan berus gigi yang menarik
Beri peluang kepada anak anda untuk memilih sendiri berus gigi, sebagai contohnya berus gigi bermotif kartun atau hero kegemaran mereka.
Apabila anak-anak diberi peluang begini, mereka akan merasa bahawa diri mereka mempunyai kawalan kemampuan dan keperluan.
Pilihan ubat gigi berperisa kegemaran anak-anak
Gunakan sebarang jenis ubat gigi kanak-kanak yang disukai mereka dan juga mempunyai perisa yang digemari.
Biarkan anak-anak memilih pelbagai jenis ubat gigi kanak-kanak berperisa dan cuba setiap perisa semasa memberus gigi agar mereka dapat memilih perisa kesukaan mereka.
Boleh juga gunakan pelbagai perisa ubat gigi kanak-kanak secara bertukar-tukar mengikut giliran.
Walaubagaimanapun, pastikan hanya meletakkan ubat gigi bersaiz kacang pis di atas berus gigi, terutama jika menggunakan ubat gigi berfluorida dan anak-anak tidak pandai berkumur atau meludah dengan sempurna.
Beri anak-anak penghargaan
Anak-anak boleh diberi motivasi mengenai kepentingan memberus gigi dengan memberikan mereka penghargaan setiap kali mereka memberus gigi.
Buat satu carta untuk mereka menandakan aktiviti memberus gigi setiap kali ia dilaksanakan dengan baik atau sebaliknya.
Berikan penghargaan setiap kali mereka berjaya memberus gigi dengan baik, seperti membeli dan bermain dengan permainan kesukaan mereka atau membacakan mereka cerita dari buku kegemaran mereka.
Selalunya, penghargaan lisan seperti pujian adalah memadai.
Tidak kira bagaimana anda menangani masalah ini, jangan menganggap ia sesuatu yang mudah dan jangan mengharapkan kesempurnaan.
Sumber: MyHealth Portal

Peranan ibubapa mendidik anak-anak dan menerapkan keberanian dan semangan kesukarelaan adalah suatu tugas yang penting. Seorang juara adalah diasuh dengan pemikiran dan minda juara.
Saksikan kisah “Hero Cilik” dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, Rabu ini, 29 Julai, jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124.
#PaMaJourneyBersamaSchAwaLara
#AstroRia
The post Berus Gigi Tak Semestinya Dalam Bilik Air, Biar Anak Berus Gigi Depan TV Kalau Dia Suka. appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/berus-gigi-tak-semestinya-dalam-bilik-air-biar-anak-berus-gigi-depan-tv-kalau-dia-suka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suka Kritik Anak Depan Orang Ramai Sebab Tu Anak Jadi Memberontak

Suka Kritik Anak Depan Orang Ramai Sebab Tu Anak Jadi Memberontak

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 297 hits
Memberontak hanyalah tingkah laku sengaja melawan peraturan biasa atau pihak yang berkuasa kebiasaanya anak melawan ibu bapa Kadang kadang ibu bapa rasa mereka dah beri yang terbaik untuk anak anak Namun ibu bapa juga mungkin terlepas panda...
8 Kewajiban Orang Tua Terhadap Anak Agar Masa Depan Mereka Gemilang

8 Kewajiban Orang Tua Terhadap Anak Agar Masa Depan Mereka Gemilang

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 377 hits
Menjaga pertumbuhan dan perkembangan anak adalah salah satu amanah orang tua terhadap anak yang tidak bisa diabaikan Menjadi orang tua yang baik adalah dengan melaksanakan kewajiban dan mengikuti tumbuh kembang anak Tujuan dari semua itu ad...
Suka Memanjat Buka Peti Ais Itu Memang Hobi Anak Anak Rupanya Ada Kebaikan Ibu Ayah Kena Tahu

Suka Memanjat Buka Peti Ais Itu Memang Hobi Anak Anak Rupanya Ada Kebaikan Ibu Ayah Kena Tahu

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 363 hits
Ada beberapa perkara rawak yang suka dilakukan oleh anak membuat anda kurang senang seperti memanjat dan membuka dan tutup pintu peti sejuk Tapi tahukah anda ia memberikan faedah kepada perkembangan mereka Menurut Aisyah Rozalli Juruterapi ...
Jangan Biar Anak Menyanyi Sorang Sorang Mama Ayah Kena Join Sekali Itu Cara Ajar Anak Bercakap

Jangan Biar Anak Menyanyi Sorang Sorang Mama Ayah Kena Join Sekali Itu Cara Ajar Anak Bercakap

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 410 hits
Hanya dengan menggunakan lagu mereka boleh belajar bercakap Ibu ayah tentu risau kalau anak mereka dah capai umur yang sepatutnya sudah boleh mula bercakap tapi belum bercakap Jika anak lambat bercakap pelbagai cara boleh dilakukan untuk ib...
Resepi Nasi Tomato Ala Dato Rizalman Yang Viral Menu Sedap Pagi Raya Untuk Seisi Keluarga Paling Penting Anak Anak Suka

Resepi Nasi Tomato Ala Dato Rizalman Yang Viral Menu Sedap Pagi Raya Untuk Seisi Keluarga Paling Penting Anak Anak Suka

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 569 hits
Esok umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidil Adha Kalau ada mama yang masih buntu nak masak apa untuk juadah di hari raya bolehlah cuba resepi nasi tomato Dato Rizalman yang memang popular Kalau tak sempat untuk juadah hari ra...
Risau Anak Suka Menggigit Ini 8 Sebab Kenapa Anak Menggigit Cara Mama Papa Boleh Bertindak

Risau Anak Suka Menggigit Ini 8 Sebab Kenapa Anak Menggigit Cara Mama Papa Boleh Bertindak

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 268 hits
Anak suka menggigit bukanlah sesuatu yang pelik Ia banyak berlaku kepada kanak kanak dan bayi Namun adakalanya bila anak suka menggigit timbul rasa bimbang pada ibu bapa kerana khuatir anak akan menggigit orang lain Menurut tabiat menggigit...
Resipi Kek Sarang Semut Guna Sukatan Cawan Tak Perlu Perap Pun Anak Confirm Suka

Resipi Kek Sarang Semut Guna Sukatan Cawan Tak Perlu Perap Pun Anak Confirm Suka

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 348 hits
Tekstur kek gula hangus perlulah kenyal Warnanya yang agak gelap seperti hitam keemasan yang membuka selera dan tak berkelip mata memandang Namanya digelar kek sarang semut kerana jaluran halus yang menjalar serta lubang lubang kecil seakan...
Kalau Orang Dukung I Depan Dia Pun Dia Nangis Anak Bersikap Clingy Kaka Azraf Mohon Pendapat Ramai

Kalau Orang Dukung I Depan Dia Pun Dia Nangis Anak Bersikap Clingy Kaka Azraf Mohon Pendapat Ramai

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 197 hits
Setelah hampir 9 bulan bergelar ibu penyanyi Kaka Azraff ada berkongsi cerita tentang perihal anaknya Aslan Adam menerusi akaun Instagram Penyanyi yang terkenal dengan lagu Sibuk itu mended hkan anaknya bersikap seperti seolah olah tidak bo...
Anak Yang Tak Suka Makan Sayur Pun Boleh Suka Resipi Mudah Berasaskan Brokoli

Anak Yang Tak Suka Makan Sayur Pun Boleh Suka Resipi Mudah Berasaskan Brokoli

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 371 hits
Brokoli sarat dengan pelbagai zat dan nutrient ini amat disarankan untuk pembesaran si manja dari usia enam bulan ke atas Masak brokoli tanpa bahan lain atau gandingkan dengan sayur atau buah Nutrien dalam brokoli Brokoli adalah sangat ting...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel