Resepi Nasi Tomato Ala Dato Rizalman Yang Viral Menu Sedap Pagi Raya Untuk Seisi Keluarga Paling Penting Anak Anak Suka
Esok umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidil Adha. Kalau ada mama yang masih buntu nak masak apa untuk juadah di hari raya, bolehlah cuba resepi nasi tomato Dato’ Rizalman yang memang popular.
Kalau tak sempat untuk juadah hari raya esok mungkin juga boleh cuba hari raya kedua atau ketiga. Bukan sahaja menjadi kegemaran orang dewasa, malah juga bakal jadi kegemaran anak-anak di rumah.
Perkongsian resepi oleh Puan Nur Alyani menerusi laman Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) boleh dijadikan rujukan. Menurut Nur Alyani, resepi ini merupakan resepi yang diinspirasikan oleh Dato Rizalman Ibrahim dalam sebuah program televisyen di saluran Astro.
Jangan lupa cuba ya!
Resepi nasi Tomato dato Rizalman Ibrahim pung pang pung pang, kalau lain sikit maaf dato ikutkan resepi asal makan dengan acar daging tapi saya buat ayam masak merah kenduri style.
Resepi nasi tomato
Bahan-bahan Nasi Tomato:
bawang merah
bawang putih
4 sekawan
2 helai daun pandan disimpul
sedikit halia
kiub ayam
minyak sapi
susu cair
sunquick (2-3 sudu)
tomato soup (bukan tomato puree)
Bahan-bahan ayam masak merah kenduri style
ayam 1 ekor di cuci bersih (perap garam kunyit, goreng)
bawang putih, bawang merah, halia, cili kering (blend)
kiub ayam
sos cili
garam, gula secukup rasa
bawang holland 1 biji (untuk hiasan)
cili hijau 2 biji (untuk hiasan)
Bahan-bahan acar timun:
timun jepun
nenas
bawang holland
bawang merah
cili api
garam
gula
cuka
cara-cara:
1. potong timun, nanas, bawang, dan cili. Gaul semua bahan-bahan dan masukkan garam,cuka dan gula. Gaul sebati.
Langkah-langkah boleh rujuk di setiap gambar:
1.panaskan minyak masak, minyak sapi tumis 4 sekawan, daun pandan, bawang merah, bawang putih, halia
2.panaskan minyak masak, minyak sapi tumis 4 sekawan, daun pandan, bawang merah, bawang putih, halia
3.bila dah garing macam ni
4. masukkan beras basmathi, saya guna kuali jela masak nasinya , rice cooker tak muat anggaran 5 orang makan, 3 pot nasi sederhana
5. masukkan susu cair, kiub ayam
6. masukkan tomato puri, sedikit air
7. tutup baru atas nasi tu masak cantik, kalau resepi dato lepas masak dato kukus lagi
8. last sekali , tuang 2 3 sudu sunquick atas nasi, serius bau sedap betoll ,
Cara masak ayam masak merah kenduri style:
1. cara masak ayam masak merah kenduri style, panaskan minyak dengan sedikit minyak sapi, tumis bahan blend sehinnga garing
2. masukkan tomato puree, sos cili, garam , gula , kiub ayam
3. biar semua cukup rasa, potong bawang holland bulat2 mcm ni untuk hiasan, biar manis2 sikit sedapp siapp. bila dah masak penat2 ni xde selera nak makan lagi
Sumber: Nur Alyani
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
https://cdn.majalahpama.my/2020/07/whatsapp-video-2020-07-27-at-7.47.45-pm-28_21_853573.mp4
The post Resepi Nasi Tomato Ala Dato’ Rizalman Yang Viral. Menu Sedap Pagi Raya Untuk Seisi Keluarga. Paling Penting Anak-anak Suka! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/resepi-nasi-tomato-ala-dato-rizalman-yang-viral-menu-sedap-pagi-raya-untuk-seisi-keluarga-paling-penting-anak-anak-suka/