Berunding Dengan Kami Sebelum Perkenal Levi Pelepasan Kata Persatuan Pelancongan


Nurul Azwa Aris Cadangan pengenaan levi pelepasan ke atas pelancong udara bertujuan menggalakkan pelancongan domestik.PETALING JAYA: Persatuan Pelancongan Inbound Malaysia (Mita) mahu kerajaan berunding dengan pemain industri pelancongan terlebih dahulu bagi mendapatkan maklum balas sebelum menguatkuasakan cadangan levi pelepasan.

Presiden Mita, Uzaidi Udanis berkata, operator pelancongan tidak dimaklumkan tentangnya dan tidak tahu bagaimana mekanisme itu akan berjalan selepas pelaksanaannya.

“Lebih baik jika kerajaan berunding dengan kami terlebih dulu. Kami perlu tahu. Jangan umumkan pada saat akhir. Maklumkan kepada operator, agensi pelancongan dan syarikat penerbangan dulu bagi membolehkan kami membuat perancangan dan melaksanakannya secara sistematik. Jika kami lewat dimaklumkan, rancangan itu akan makan diri,” katanya kepada FMT.

Uzaidi berkata, tidak ada maklumat tentang bagaimana levi itu akan dilaksanakan.
Pada Khamis, Timbalan Menteri Kewangan, Amiruddin Hamzah memberitahu Dewan Rakyat bahawa levi pelepasan akan berkuat kuasa pada Julai atau selepas itu.
Uzaidi Udanis.Levi berkenaan hanya akan dikenakan ke atas pelancong yang menaiki pesawat udara, katanya ketika membentangkan Rang Undang-undang Levi Pelepasan 2019 untuk bacaan kali ke-2 di Dewan Negara.

Levi yang dicadangkan ialah RM20 ke atas mana-mana orang yang menaiki pesawat udara ke negara Asean dan RM40 jika ke negara lain. Fi ini adalah tambahan ke atas bayaran perkhidmatan penumpang sebanyak RM73 yang dikenakan oleh lapangan terbang.

Uzaidi berkata, “kerajaan tidak harus sekadar membuat pengumuman begitu, sebaliknya jelaskan kepada kami terlebih dahulu. Apakah kami harus memasukkan cukai ini sewaktu membeli tiket penerbangan atau ia perlu dibayar secara tunai? Apakah kami perlu membuat bayaran tambahan di kaunter?”

Beliau mengalu-alukan levi tersebut, yang menurutnya “agak murah” berbanding negara lain. “Ia baik untuk pelancongan domestik dan inbound. Kita boleh menggalakkan rakyat Malaysia melancong di dalam negara.”

Uzaidi berharap levi itu akan digunakan bagi memperbaiki infrastruktur untuk pelancong.

“Kami kurang pasti bagaimana ia (levi) akan digunakan dan sama ada ia boleh digunakan bagi meningkatkan produk pelancongan kita kerana kos penyelenggaraannya agak tinggi.”

Katanya, itu adalah antara perkara yang perlu dijelaskan oleh kerajaan kepada pemain industri.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/berunding-dengan-kami-sebelum-perkenal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Perkenal Hala Tuju Baru Ekonomi Negara Kata Dr M

Kerajaan Perkenal Hala Tuju Baru Ekonomi Negara Kata Dr M

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 445 hits
Hala tuju baru ekonomi negara itu mengambil pendekatan Kemakmuran Bersama iaitu dengan meningkatkan kuasa beli rakyat danmenghapuskan jurang pendapatan antara kelas dan kaum PUTRAJAYA Kerajaan akan perkenalkan hala tuju baru ekonomi negara ...
Dari Mana Datang Kekayaan Rosmah Kata Pm Kepada Penyokong Najib

Dari Mana Datang Kekayaan Rosmah Kata Pm Kepada Penyokong Najib

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 371 hits
Oleh Zurairi ARDiterbitkan pada 09 May 2019Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoal penemuan beg mewah barang kemas dan wang tunai berjuta juta ringgit yang didakwanya milik Datin Seri Rosmah Mansor Foto oleh Shafwan ZaidonPUTRAJAYA 9 Mei Penyoko...
Peguam Najib Kata Media Tidak Harus Berperangai Seperti Orang Estet

Peguam Najib Kata Media Tidak Harus Berperangai Seperti Orang Estet

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 491 hits
Muhammad Shafee Abdullah mendakwa bekas PM itu bukannya merakamkan gambar tetapi menggunakan mod swafoto kamera sebagai cermin
Ucapan Dr M Chekmate Buat Anwar Kata Anuar

Ucapan Dr M Chekmate Buat Anwar Kata Anuar

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 309 hits
News Diterbitkan Hari ini 8 31 malam Ucapan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sempena sambutan ulang tahun pertama Pakatan Harapan mengandungi mesej halus yang ingin disampaikan terhadap Presiden PKR Anwar Ibrahim Setiausaha Agung Umno An...
Kalah Tiga Prk Sandakan Bukti Mandat Rakyat Kata Dap

Kalah Tiga Prk Sandakan Bukti Mandat Rakyat Kata Dap

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 331 hits
Lim Kit Siang mengakui ramai mengadu banyak perkara yang dijanjikan PH tidak tercapai dalam tahun pertama menjadi kerajaan Foto oleh Firdaus LatifSANDAKAN 10 Mei Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee meray...
Najib Rosmah Boleh Mohon Aset Dirampas Dikembalikan Kata Peguam

Najib Rosmah Boleh Mohon Aset Dirampas Dikembalikan Kata Peguam

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 382 hits
Barangan mewah Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor yang dianggarkan bernilai RM900 juta hingga RM1 1 bilion dirampas polis tahun lalu Bekas perdana menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi unt...
Viral Video Deteksi Uang Palsu Gunakan Bensin Ini Kata Bi

Viral Video Deteksi Uang Palsu Gunakan Bensin Ini Kata Bi

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 256 hits
Uang tersebut berdasarkan pengakuan pengunggah videonya diambil dari sebuah ATM Tetapi saat mengisi bahan bakar di sebuah SBPU di Kediri seorang petugas mencurigai salah satu uang pecahan Rp 50 000 tersebut palsu
Disney Kata Avengers Endgame Sebenarnya Tidak Menguntungkan Walaupun Kutipan Banyak

Disney Kata Avengers Endgame Sebenarnya Tidak Menguntungkan Walaupun Kutipan Banyak

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 373 hits
Disney menyatakan bahawa walaupun kutipan Avengers Endgame berjaya mencecah lebih USD 2 billion filem tersebut tidaklah membawa pulangan yang banyak kepada syarikat Mickey Mouse tersebut Ketua Bahagian Kewangan Christine McCarthy menyatakan...
Peranakan A Musical Legacy When Music Wears A Kebaya

Masjid Sri Sendayan Taj Mahal Negeri Sembilan Yang Memukau Mata Dan Jiwa

Masjid Mahabbah Yaasin Tahlil Solat Hajat Justice For Zara

Htx Menandakan Ulang Tahun Ke 12 Dengan 80 000 Dalam Kempen Dagangan Sempena Kenaikan Pasaran Bitcoin Com News

Kambing Paratal Bersantan Gabungan Rasa Padu Sekali Cuba Terus Jatuh Cinta

Lain Macam Seram Kali Ini Dengan Movie Weapons

Info Terkait Kes Adik Zara Info Polis Dengar Bukan Makcik Mona

Where Were You When


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rain Lily Noble Gold

Lunch Hari Ini Dan Update Brazil Wood

Biojisim Kepada Tenaga Melalui Bateri Ion Sodium Penyelesaian Hijau Untuk Masa Depan

Untung 1mdb Rakyat Perlu Tahu

Printing Custom Ziplock Pouch Packaging Untuk Makanan Kosmetik Aksesori Design Eksklusif

Effective Networking In Your Industry