Najib Rosmah Boleh Mohon Aset Dirampas Dikembalikan Kata Peguam



Barangan mewah Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor yang dianggarkan bernilai RM900 juta hingga RM1.1 bilion dirampas polis tahun lalu. (FMT) – Bekas perdana menteri Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mengembalikan harta boleh alih yang dirampas polis tahun lalu jika mereka dapat buktikan ia diperoleh secara halal, kata peguam.
Rabinder Singh berkata, pihak ke-3 yang ada kepentingan dalam aset tersebut juga boleh memohon sekiranya harta itu didapati secara halal.
“Pasangan tersebut mesti buktikan aset yang pernah ada dalam tangan mereka tidak diperoleh melalui kegiatan haram,” katanya kepada FMT.
Katanya, pasangan itu dan pihak berkepentingan lain mempunyai tempoh sebulan untuk memberi maklum balas selepas kerajaan mengemukakan tuntutan rampasan awam di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla)
Semalam, kerajaan dilaporkan mengemukakan saman terhadap pasangan tersebut dan beberapa individu lagi berkaitan rampasan barang kemas, wang tunai, beg tangan dan kenderaan mewah yang dipercayai dibeli dengan wang 1MDB.
Ia dibuat selepas 2 notis usul dan afidavit sokongan dikemukakan di Mahkamah Tinggi pada Selasa untuk merampas barang-barang bernilai RM711 juta daripada individu terbabit.
Notis usul pertama adalah untuk merampas harta di Lembah Klang, wang tunai (termasuk matawang asing), barang kemas, beg tangan, jam dan cermin mata gelap yang dikatakan bernilai RM680 juta.
Notis usul kedua adalah untuk merampas barang bernilai RM31 juta, termasuk 27 kereta mewah, wang tunai (termasuk matawang asing) dan lebih banyak jam serta bag, juga untuk bekukan 29 akaun bank.
Pada 16 Mei tahun lalu, polis melancarkan serbuan di beberapa kediaman dan pejabat yang dikaitkan dengan Najib.
Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Amar Singh berkata ketika itu nilai terkumpul barang-barang rampasan itu dianggarkan antara RM900 bilion hingga RM1.1 bilion, membuatkannya sebagai rampasan terbesar dalam sejarah negara ini.
Menurut Amar Singh, 234 cermin mata gelap pelbagai jenama, termasuk Gucci, Versace dan Cartier dianggarkan bernilai RM374,000 sementara wang yang dirampas bernilai RM116.7 juta.
Umno membuat tuntutan ke atas wang sebanyak RM116.7 juta itu tetapi Mahkamah Tinggi menolaknya 2 bulan lalu.
Rabinder Singh, yang khusus dalam hal berkaitan Amla berkata, polis mempunyai 3 bulan maksimum untuk membekukan aset tersebut dan 9 bulan lagi untuk meletakkannya di bawah jagaan kerajaan.
“Dalam tempoh ini mereka boleh mengenakan pertuduhan jenayah terhadap Najib dan Rosmah atau memulangkan barang rampasan tersebut.
“Bagaimanapun, ini tidak dilakukan. Jadi kerajaan kini bergantung kepada Seksyen 56 Amla untuk merampas aset-aset berkenaan,” katanya.
Najib, dalam catatan Facebooknya berkata kerajaan Pakatan Harapan tidak menghormati undang-undang.
“Kata-kata mereka tidak selaras dengan tindakan mereka,” katanya, merujuk kepada tindakan kerajaan merampas aset tersebut melalui mahkamah.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/05/09/najib-rosmah-boleh-mohon-aset-dirampas-dikembalikan-kata-peguam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Najib Kata Media Tidak Harus Berperangai Seperti Orang Estet

Peguam Najib Kata Media Tidak Harus Berperangai Seperti Orang Estet

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 487 hits
Muhammad Shafee Abdullah mendakwa bekas PM itu bukannya merakamkan gambar tetapi menggunakan mod swafoto kamera sebagai cermin
Dari Mana Datang Kekayaan Rosmah Kata Pm Kepada Penyokong Najib

Dari Mana Datang Kekayaan Rosmah Kata Pm Kepada Penyokong Najib

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 365 hits
Oleh Zurairi ARDiterbitkan pada 09 May 2019Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoal penemuan beg mewah barang kemas dan wang tunai berjuta juta ringgit yang didakwanya milik Datin Seri Rosmah Mansor Foto oleh Shafwan ZaidonPUTRAJAYA 9 Mei Penyoko...
Kerajaan Lucuthak Barangan Mewah Najib Rosmah Bernilai Rm711 Juta

Kerajaan Lucuthak Barangan Mewah Najib Rosmah Bernilai Rm711 Juta

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 584 hits
Kerajaan dan Polis fail saman perlucuthakan atau penyitaan harta bekas Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor berjumlah RM711 juta Foto The Malay Mail Kerajaan dan pihak Polis Diraja Malaysia akan mengambil tindakan undang und...
Govt Police File Forfeiture Suits Against Najib And Rosmah Over Items Worth Rm711mil

Govt Police File Forfeiture Suits Against Najib And Rosmah Over Items Worth Rm711mil

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 398 hits
Two civil forfeiture suits have been filed by the government and the police against former prime minister Datuk Seri Najib Razak his wife Datin Seri Rosmah Mansor and several others to seize RM711mil worth of items which were allegedly boug...
Putrajaya Polis Fail Saman Sita Pada Najib Dan Rosmah Untuk Rampas Barangan Mewah Rm711 Juta

Putrajaya Polis Fail Saman Sita Pada Najib Dan Rosmah Untuk Rampas Barangan Mewah Rm711 Juta

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 777 hits
Najib Razak isterinya Rosmah Mansor Foto oleh Astro AwaniPutrajaya dan polis memfailkan saman sivil terhadap bekas perdana menteri Najib Razak isterinya Rosmah Mansor dan beberapa yang lain bagi menyita barang barang mewah berjumlah RM711 j...
Undang Undang Tidak Boleh Difiksyen Peguam Komen Babak Juita Semalam

Undang Undang Tidak Boleh Difiksyen Peguam Komen Babak Juita Semalam

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 299 hits
Undang Undang Tidak Boleh Difiksyen Peguam Komen Babak Juita Ditahan Meskipun drama rantaian popular TV3 Nur 2 telah berakhir dengan penuh pengisian dan pengajaran namun ada segelintir warga media sosial mengkrit ik pengakhiran episod terse...
Perlembagaan Benarkan Agong Singkir Pm Kata Peguam

Perlembagaan Benarkan Agong Singkir Pm Kata Peguam

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 357 hits
SHAH ALAM Peguam kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan adalah salah untuk berkata Yang di Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa menyingkir Perdana Menteri Malah undang undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Pers...
Rundingan Ecrl Zaman Najib Tak Telus Kata Pm

Rundingan Ecrl Zaman Najib Tak Telus Kata Pm

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 364 hits
Rundingan untuk membina Laluan Rel Pantai Timur oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telah dilakukan secara tidak telus tanpa sebarang kajian terperinci mengenainya kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Itu Perdana Menteri dahu...
Agc Fail Usul Saman Pelucutan Hak Ke Atas Najib Rosmah Tiga Anak Mereka

Agc Fail Usul Saman Pelucutan Hak Ke Atas Najib Rosmah Tiga Anak Mereka

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 326 hits
Jabatan Peguam Negara telah menfailkan notis usul berhubung pelucutan hak terhadap ratusan beg tangan pelbagai jenama wang tunai pelbagai mata wang asing jam tangan dan 27 buah buah kereta yang dirampas dari bekas perdana menteri Najib Raza...
Tnb S Share Price Falls After Federal Court Decision On Lhdn Case

No Promotions For Macc Officers With Bmi Above 27 From Next Year

Pengalaman Laparoskopi Buang Cyst Ovari Dari Tanda Sampai Sembuh

Dua Maut 16 Cedera Nahas Bas Persiaran Dengan Dua Lori

Nak Tanya Bekas Ketua Polis Negeri Sarawak Apa Manfaat Vape Ni Ye

Resepi Sup Bayam Dengan Cendawan

Senior Glc Manager In Sabah Nabbed Over Alleged Bribery

Ahli Parlimen Temerloh Gesa Kerajaan Agensi Berkaitan Naik Taraf Dan Baik Pulih Bekalan Air Pahang Tanpa Alasan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Top 5 Kamera Cctv Wireless Murah Senang Pasang Untuk Rumah Flat

Percutian 3h2m Ke Pulau Redang Terengganu Part 1

Opening Up Zero Knowledge Proof Technology To Promote Privacy In Age Assurance

Cara Mudah Naikkan Jualan Harian Anda Dengan Sleeve Cup Custom

Insiden Letupan Gas Putra Heights Menteri Besar Selangor Dakwa Siasatan Dilakukan Dengan Bebas Dan Telus

Huawei Mungkin Dahului Apple Guna Memori Telefon Berkelajuan Tinggi