Kerajaan Perkenal Hala Tuju Baru Ekonomi Negara Kata Dr M




Bernama
Hala tuju baru ekonomi negara itu mengambil pendekatan Kemakmuran Bersama, iaitu dengan meningkatkan kuasa beli rakyat danmenghapuskan jurang pendapatan antara kelas dan kaum. PUTRAJAYA: Kerajaan akan perkenalkan hala tuju baru ekonomi negara yang akan memastikan rakyat dapat menikmati kemakmuran bersama serta menyelesaikan kemelut ekonomi yang dialami sekarang.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, inisiatif yang akan diperkenalkan itu mengambil pendekatan Kemakmuran Bersama, dengan meningkatkan kuasa beli rakyat dan menghapuskan jurang pendapatan dan kekayaan antara kelas, kaum, wilayah serta jurang rantaian bekalan yang melampau.

“Kemakmuran Bersama usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang terus-menerus membangun secara mampan, seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil dan inklusif di setiap peringkat rantaian nilai, kelas, kaum, dan geografi sehingga mewujudkan rasa keharmonian dan kestabilan dalam kalangan rakyat menjelang 2030,” katanya.

Mahathir berkata demikian dalam perutusan perdana setahun Malaysia Baru kerajaan Pakatan Harapan, yang disampaikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan menggariskan sekurang-kurangnya 7 teras strategik yang perlu ada, antaranya penstrukturan dan penambahbaikan ekosistem perniagaan, menjana sektor pertumbuhan baru, reformasi bakat dan sumber tenaga negara, dan memperbaiki pasaran buruh dan pendapatan pekerja.

Mahathir berkata kerajaan juga mengenal pasti pemangkin lain seperti dasar fiskal yang progresif, aras tanda urus tadbir dan integriti tinggi, penghasilan pendidikan dan TVET bernilai tinggi, dan modal sokongan kewangan kompetitif.

Kerajaan juga akan berusaha memastikan penyampaian institusi kerajaan yang efektif, kestabilan monetari, data raya yang komprehensif dan terangkum dan masyarakat sivil yang berpengetahuan untuk menyokong matlamat dan program Kemakmuran Bersama bagi mencapai keberhasilan yang terbaik.

Perdana menteri berkata, ekosistem perniagaan dan industri negara perlu ditambah baik supaya kekal relevan dan memenuhi kehendak ekonomi masa depan.

Untuk itu, penggunaan teknologi dan Revolusi Industri 4.0, pengurusan yang lebih terkini dan efektif, penggunaan pakai ekonomi digital menyeluruh, dan peningkatan kemahiran pekerja bernilai tinggi penting untuk melonjakkan ekonomi negara ke aras lebih tinggi.

“Bagi menjana ekonomi negara ke aras lebih tinggi dan relevan dengan perkembangan zaman, Malaysia harus meneliti dan mempelopori sektor pertumbuhan baru. Kita tidak boleh terperangkap dalam sektor tradisional dan cara kerja yang lama,” kata Mahathir.

Justeru, pelaburan dan pewujudan kapasiti dalam sektor pertumbuhan baru amat penting dalam ekonomi dunia yang terus berubah secara radikal.

Malaysia, katanya, tidak lagi harus menjadi negara pengguna tetapi negara yang mengeluarkan lebih banyak produk sendiri yang bertaraf antarabangsa.

Sementara itu, dalam usaha mereformasikan bakat dan sumber tenaga negara, program peningkatan keupayaan dan kemahiran di sektor swasta dan kerajaan akan dilihat semula secara menyeluruh untuk melahirkan tenaga kerja yang kompetitif, produktif dan relevan dengan kehendak industri, serta keperluan hari ini dan masa depan.

Proses peningkatan keupayaan dan kemahiran pekerja Malaysia ini turut memerlukan perubahan yang radikal bagi memastikan negara boleh menghasilkan tenaga kerja lebih produktif yang memberikan nilai pendapatan tinggi.

“Pekerja kita harus mempunyai pendapatan lebih tinggi bagi memastikan mereka mendapat kehidupan yang lebih baik.

“Kita akan menentukan polisi dan program yang dapat memberi pendapatan lebih adil kepada pekerja supaya kenikmatan dapat dirasai oleh mereka. Penyediaan peluang yang lebih menyeluruh kepada pekerja tempatan di semua peringkat harus menjadi keutamaan,” kata Mahathir.

Jelasnya lagi, negara mempunyai tanggungjawab kepada golongan yang kurang berkemampuan, terpinggir dan berpendapatan rendah.

Perdana menteri berkata, polisi dan program ke arah kesejahteraan sosial yang lebih menyeluruh harus diperkukuhkan berdasarkan prinsip memenuhi ekonomi keperluan kerana negara tidak mahu ada rakyat yang tertinggal.

“Walaupun begitu, usaha ini bukan bermaksud untuk negara menyuap nasi ke mulut mereka, namun dengan tujuan membantu membangun keupayaan mereka keluar daripada kekurangan dan keadaan berisiko,” katanya.

Selain itu, pembangunan ekonomi negara akan diperluaskan ke beberapa wilayah lain negara ke arah pembangunan ekonomi yang inklusif dan teragih.

Pembangunan pusat ekonomi yang lebih menyeluruh di seluruh pelusuk negara ini harus diusahakan supaya jurang dalam bandar, antara bandar dan desa, negeri yang maju dan terkebelakang dan antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur dapat dikurangkan.

Namun, katanya, bagi menyokong pembangunan ekonomi dan pertumbuhan, negara memerlukan masyarakat yang matang, berilmu, bekerja keras dan mementingkan perpaduan.

“Peningkatan modal sosial dan struktur sokongan sosial yang utuh adalah penting untuk memastikan negara dapat pesat membangun,” kata Mahathir.

Untuk itu, katanya, jati diri dan patriotisme golongan muda juga adalah amat penting bagi memastikan masa depan negara yang cemerlang.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/kerajaan-perkenal-hala-tuju-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setahun Kerajaan Ph Mana Hala Tuju

Setahun Kerajaan Ph Mana Hala Tuju

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 257 hits
Muhammad Khalil Abdul HadiKUALA LUMPUR Sokongan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan untuk tempoh setahun pemerintahannya menurun pada tahap paling rendah Penurunan itu membuktikan rakyat sudah berpaling tadah dan berpatah arang dengan ...
Apa Kata Kerajaan Ph Hapuskan Sjkc Sjkt Demi Semangat Malaysia Yang Baru

Apa Kata Kerajaan Ph Hapuskan Sjkc Sjkt Demi Semangat Malaysia Yang Baru

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 411 hits
Kerajaan juga harus berani hapuskan SJKC maupun Tamil dulu sebelum hapuskan matrikulasi yang mana dikatakan bersesuaian dengan keadaan sekarang dan juga permintaan Gerakan Mana orang Orang Melayu tak nak minta macam macam ka dengan kerajaan...
Pulih Ekonomi Negara Kerajaan Tidak Main Silap Mata

Pulih Ekonomi Negara Kerajaan Tidak Main Silap Mata

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 318 hits
foto oleh BernamaSANDAKAN Kerajaan PH tidak bermain silap mata untuk memulihkan ekonomi negara dalam masa singkat berikutan menanggung hutang yang tinggi diwarisi daripada kerajaan BN Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan PH memerl...
Setahun Ph Kedah Kerajaan Kedah Tumpu Pertumbuhan Ekonomi Negeri Rakyat

Setahun Ph Kedah Kerajaan Kedah Tumpu Pertumbuhan Ekonomi Negeri Rakyat

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 377 hits
Temubual Eksklusif Bersama YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir 1 Tahun Pakatan Harapan Kedah KERAJAAN KEDAH TUMPU PERTUMBUHAN EKONOMI NEGERI RAKYAT
Informasi Selamatkan Negara Haram Isreal Atau Negara Halal Iran Apa Kata Presiden Pas

Informasi Selamatkan Negara Haram Isreal Atau Negara Halal Iran Apa Kata Presiden Pas

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 404 hits
Selamatkan Isreal atau Bahaya Iran PERANG propaganda membayangi krisis Asia Barat yang semakin bergolak sehingga boleh mencetuskan Perang Dunia Ketiga kerana pertembungan di kalangan negara kuasa besar boleh berlaku bila bila masa selepas d...
Kerajaan Pertimbang Musnah Bot Nelayan Asing Ceroboh Perairan Negara

Kerajaan Pertimbang Musnah Bot Nelayan Asing Ceroboh Perairan Negara

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 324 hits
Astro Awani Salahuddin berkata ia langkah akhir yang akan dilakukan kementerian bagi memerangi pencerobohan kapal nelayan asing Gambar fail JOHOR BAHRU Kerajaan tidak menolak kemungkinan memusnahkan kapal menangkap ikan milik warga asing ya...
Ekonomi Malaysia Teruk Adalah Tidak Benar Kata Mahathir

Ekonomi Malaysia Teruk Adalah Tidak Benar Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 372 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan ekonomi negara kini berada dalam keadaan teruk sehingga menyebabkan pelabur luar hilang sabar dan mencari peluang pelaburan di negara lain Dr Mahathir berkata dakwaan media antarab...
Agong Tak Dibicarakan Jenayah Perang Tapi Pm Kata Peguam Negara

Agong Tak Dibicarakan Jenayah Perang Tapi Pm Kata Peguam Negara

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 280 hits
KUALA LUMPUR Peguam Negara Tommy Thomas menegaskan bahawa Yang di Pertuan Agong selaku panglima tertinggi angkatan tentera tidak dikehendaki bertanggungjawab atas keputusan dibuat perdana menteri Kabinet dan Kementerian Pertahanan berhubung...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation