Bertindak Terhadap Diri Sendiri 9202



Ketika Mekah Terasa Sempityudi pada Islampos - 7 minit yang laluRaja Habasyah memberi jaminan aman untuk menjalankan agama kepada semua kaum muslimin yang berhijrah ke negerinya itu. The post Ketika Mekah Terasa Sempit appeared first on Islampos.Miqdad Meminum Susu Milik Nabiyudi pada Islampos - 7 minit yang laluTetapi ia terkejut menemui ketiga kambing tersebut dalam keadaan penuh air susunya, padahal ketika datang bersama kedua temannya, tidak ada setetespun susu yang dapat diperah dari ketiga kambing tersebut. The post Miqdad Meminum Susu Milik Nabi appeared first on Islampos.
Ahad, 18 November 2018APA YANG DAPAT KITA FAHAMI DARI KALIMAH TAQWA. Pendahuluan.Perkataan Taqwa selalunya kita dengar di masjid-masjid, apabila seorang khatib berpesan bertaqwalah kepada Allah s.w.t. Perkataan tersebut juga senonim dengan perkataan takutlah kepada Allah SWT. Maka untuk menghalusi sedikit perkataan Taqwa dengan pengertian takut itu, terbayang juga di minda kita semacam takut kepada binatang buas,  takut kepada harimau, singa, beruang dan lain-lain, takut seperti ini lebih banyak menggundang kebencian, padahal persolan taqwa itu hubungan manusia dengan Tuhannya, tidak boleh wujudnya unsur-unsur benci walaupun sedikit. Takut atau taqwa itu sebenarnya harus sesuai dengan sifat Allah  Yang Maha Sempurna Pemurah dan Maha Penyayang, ia mungkin boleh diartikan takut kalau-kalau terlepas dari anugrah nikmat,  kasih sayang, rahmat dan rahimNya. 

Taqwa itu lebih kepada apa yang digambarkan, sentiasa memelihara tuntutan  untuk tidak meninggalkan kewajiban atau tuntutan untuk meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan atau memelihara tuntutan yang dianjurkan seperti amalan sunnat, atau meninggalkan perkara yang dimakruhkan. Maka yang paling utama sentiasa memelihara dirinya untuk tidak terjerumus kepada perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t.

Allah berfirman dalam Al Qur'an yang bermaksud :
" Wahai orang yang beriman taqwalah kepada Allah dengan benar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan sebagai muslim."
                (Q.S Ali Imran : 102)

Ayat di atas,  didahului dengan perkataan taqwa. Asy-Syaahid Sayed Qutub dalam merumuskan kata taqwa, ia mengandungi maknanya yang amat luas iaitu menundukkan diri kepada Allah s.w.t, mentaatiNya, mengikut cara hidup yang ditentukanNya bertahkim dengan kitabNya.

Dalam ayat yang lain Allah ada menyatakan, firmannya yang bermaksud :

" Sesungguhnya orang yang beriman itu apabila disebut Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibaca ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal."
                  (Q.S. Al Anfal :2)

Orang yang benar-benar  beriman apabila disebut Allah akan gementarlah hatinya iaitu sangat takut kepada Allah, amat tinggi ketaqwaannya, amat cinta kepada Allah dan mengagong-agongkanNya. 
Satu ketika berlaku kepada Rasulullah s.a.w, ketika baginda berihat dihalaman rumahnya, tiba-tiba seorang pahlawan kafir Quraisy yang kejam dan bengis yang bernama Da'sur  menyelinak masuk untuk membunuh Rasulullah SAW, beliau dengan angkuhnyanya berkata, wahai...! Muhammad setelah sekian lama aku mencari peluang yang terbaik melenyapkan kamu dari muka bumi ini, tetapi nyatanya baru sekarang aku mendapat peluang, lalu ia berkata...kira-kira siapa yang akan menyelamatkan engkau dari pedang ku ini, jika aku potong leher kamu sekarang juga, lantas dengan tenang Nabi s.a.w menjawabnya, Allah, maka dengan satu kalimah yang mengandungi empat huruf tersebut yang sangat senang diucapkan  menyebabkan pahlawan yang terkenal dengan kekejamannya itu menjadi gementar dan gugup, semenatara pedangnya yang sedang terhunus terlepas dari tangannya, kemudian disambar oleh Nabi s.a.w secepat kilat, Nabi SAW  berkata...jika aku pula yang menebas leher kamu kira-kira siapa pula yang menyelamatkan kamu...pahlawan itu menjawab dalam keadaan gugup dan kebingungan sangat terkejut, kerana pedangnya terlepas ketangan Nabi SAW...beliau menjawab dalam keadaan serba salah dan mengeletar... wahai!... Muhammad tidak ada siapa  lagi yang dapat menyelamatkan diriku kecuali jika engkau sudi memaafkan aku dari keangkuhan aku ini.

Rasulullah s.a.w seorang  Rasul dan Nabi yang mempunyai akhlak mulia dan terpuji, beginda seorang Nabi dan Rasul yang amat pemaaf, pada hal sudah waktunya untuk menghapuskan musuh ketatnya dari terus memusuhinya, lantas baginda dengan penuh ketelusan memaafkannya. Maka untuk  mengambil iktibar dari peristiwa ringkas dapat kita ambil kesimpulan, perkataan " ALLAH " apabila diucapkan oleh seseorang yang sangat tinggi ketaqwaannya kepada Allah menyebabkan gementar hati musuh dan seluruh badannya, kerana perkatan yang serengkas itu sebenarnya perkataan yang tersangat hebat dan  Agong apabila diucapkan oleh seseorang yang sangat tinggi ketaqwaannya kepada Allah s.w.t.
Selain dari itu kita boleh mengambil iktibar, sifat Nabi SAW yang Agung itu, walau pun dalam keadaan terancam yang amat serius, bukan main-main pertaruhannya adalah nyawa, tapi Nabi SAW  masih mahu memaafkannya...sebagai seorang Rasul yang amat terpuji dan mulia di sisi Allah, menunjukkan teladan yang baik (Uswatun Hasanah). Begitulah hendaknya sifat sebagai seorang muslim yang bertaqwa kepada Allah SWT. Maka seseorang yang benar-benar tebal iman dan ketaqwaannya hanya menyebut nama Allah sudah cukup menjadi senjata untuk menggerunkan musuhnya.
Seterusnya ayat-ayat di atas  menunjukkan bahawa yang dimaksudkan  apabila dibaca tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Maka kebesaran dan kekuasaan Allah SWT  yang diketahui melalui petunjukNya dalam Al Qur'an, menggambarkan segala ciptaanNya yang terdapat di alam ini, dilihat maupun yang tidak dapat dilihat dengan melalui  petunjukNya iaitu ilmu yang diajarkan kepada Nabi Adam A.S. Namun tidak seluruhnya kita mengetahui dan dapat memahami kekuasaan dan kebesaran Allah tersebut yang amat banyak, hanya Allah Maha Mengetahui segala-galanya. 

Tanda-tanda kehebatan ciptaan Allah s.w.t itu dapat dibahagi kepada dua :
1.Ciptaan Allah yang berbentuk kauniyyah...iaitu ciptaanNya yang   memungkinkan untuk  dapat dikaji secara saintifik, seperti tanah dan segala isi kandungannya, laut dan segala isi kandungannya, gunung ganang, bukit bukau, ruang angkasa dan lain sebagainya.

2. Ciptaan Allah yang berbentuk Rabbaniyyah...iaitu ilmu pengetahuan Allah yang dirahasiakannya dan tidak didedahkan kepada manusia, tidak dapat dikaji secara saintifik.Contohnya hal  yang berkaitan dengan roh, kejadian Nabi Adam a.s, Nabi Isa a.s, tidak mungkin dikaji secara saintifik atau melalui ilmu apa yang panggil ilmu  antropologi, kerana ia merupakan rahasia Allah dan tidak seorangpun para saintis dapat menemukan jawapannya hingga ke hari ini.           
Oleh itu hanya iman dan taqwa sahaja dapat memperakui hal tersebut dan meberikan jawabannya, bahawa manusia ini terlalu kerdil lemah dan dangkal jika tidak diberikan pengetahuan oleh Allah SWT kepadanya, mungkin manusia akan menjadi angkuh jika keimanan dan ketaqwaan tidak menjadi pembalut  ilmunya.

 Tahap Keimanan Seseorang.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                Tahap Iman Yang Ada Pada Seseorang Mukmin. Al Imam Al Ghazali   mengkelasifikasikan iman sesorang itu kepada 3 tahap iaitu  :

1.   Iman itu  akan terus bertambah dan tidak pernah kurang atau menurun.2.   Iman itu kadang kala bertambah dan kadang kala menurun.3.   Iman itu tidak bertambah dan tidak juga berkurangan ( statik).
Kedudukan iman yang pertama  itu iaitu iman seorang mukmin yang sangat istimewa, iman dan taqwanya sangat mantap, tidak mungkin berkurangan dikhususkan kepada para Nabi dan para Rasul. Para Nabi dan para  Rasul tidak pernah berputus asa, tidak pernah meminta kepada Allah untuk  dibersarakan dari jawatan Rasul   dalam menyampaikan misi dan visi kerasulannya hingga ke akhir hayat. Nabi s.a.w tidak pernah kita dengar baginda mengeluh dan mengadu hal kepada Allah SWT akan betapa sulit  dan sukarnya perjuangan ini, lalu meminta supaya Allah merehatkan dari meneruskan perjuangannya. 


Malahan makin berat perjuangan makin kuat cabarannya, tetapi baginda tidak pernah mengeluh dan akan terus berjuang sehinggalah di anugerahkan kemenangan dalam setiap perjuangannya, sebagaimana berlaku pada perang Uhud dan para syuhada' berguguran syahid, tetapi Nabi SAW  tetap berjiwa besar dan cekal demi memartabatkan agama Allah ini ketempat lebih tinggi  sehinggalah Allah meanugerahkan kepada baginda kemenangan dan menerima berduyun-duyun manusia masuk ke agama Allah itu dan dapat mengecapi hasil perjuanagannya.

Sementara itu keimanan pada tahap dua ini biasanya terdapat kepada seorang mukmin yang pasang surut dalam menunaikan tanggungjawab ibadahnya kepada Allah s.w.t kurang istiqamah atau konsisten, maka sebab itulah ada kala imannya turun  dan ada kalanya naik. 

Manakala golongan ketiga ialah iman para malaikat, malaikat bersifat ma'sum  dan tidak pernah bersalah sentiasa patuh terhadap Allah pada setip masa dan tidak pernah mengingkari perintah Allah s.w.t dan tidak pernah melakukan ma'siat kepada Allah.

Malaikat adalah hamba-hamba Allah yang mulia, tidak pernah durhaka kepada Allah,  mereka tidak makan dan minum. Al Qur'an ada menjelaskan, firman Allah yang bermaksud :


" Malaikat adalah hamba-hamba Allah yang terhormat, tiadalah mereka mendahului satu perkataan pun dan mereka itu mengerjakan perintanhNya."
                                                              (QS. Al Anbiya' : 26-27)Dalam ayat yang lain firman Allah s.w.t. yang bermaksud :


"  Bahawa para Malaikat itu tidak pernah derhaka terhadap apa yang diperintahkan Allah serta mereka mengerjakan dengan ta'at segala apa yang diperintah Allah kepadanya."                                                                                            (QS.At Tahrim : 6)
Taqwa Dalam Kehidupan Seseorang.
Seseorang mukmin dalam usaha dan kerjayanya, apabila ia melakukan perkerjaan, ia akan mengukuhkah pekerjaan dan usahanya, pekerjaan dan usahanya merupakan jihad dalam hidupnya, berbekal kepada beberapa elemen untuk mencapai sesuatu matlamat, iaitu harus memiliki kekuatan, di antaranya; seorang mukmin yang bertaqwa itu, baginya harta atau kekayaan yang diusahakan, bukanlah matlamat akhir dalam hidup ini, tetapi untuk memenuhi tuntutan dan keseimbangan, di antara tuntutan material (duniawi) dan spiritual (ukhrawi) dengan  tidak mengabaikan prinsip-prinsip dalam Islam, iaitu soal keadilan, kebebasan dalam batas-batas tertentu, persamaan mingikut undang-undang syari'ah. Setiap apa yang dilakukan sebagai suatu ibadah dan amal soleh, kejayaan yang diperolehi selalu sahaja diukur dari sudut kepatuhan dan kehandak agama. Selain dari itu ketinggian akhlaq menjadi kriteria dalam melakukan sesuatu kerjaya. Matlamat nilainya ialah keredaan Allah untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
Seorang mukmin yang bertaqwa dalam usahanya harus selalu bertawakal kepada Allah, sebagaimana diungkapkan oleh ayat di bawah ini, iaitu maksudnya :
"  Dan kepada Tuhan mereka bertawakal"                         (QS Al Anfal : 2)  
Tawakal dalam Islam merupakan perkara besar, kerana usaha dan kerja yang kita lakukan, tidak selalu mendatangkan hasilnya 100%, kadang kala dalam sekelip mata ia boleh musnah.  Maka apa yang selalu kita harapkan kejayaan dan hasil sepenuhnya yang diperolehi, tapi kadang-kadang lain pula kita perolehi, hal ini memberikan pengajaran kepada kita dan belajar menerima anugrah oleh Allah SWT itu, sebagai suatu ujian kepada kita, walaupun kemewahan yang tak disangka-sangkakan.
Nabi Sulaiman A.S yang terkenal dengan kemegahan dan kekayaannya, tetapi beginda amat bertaqwa dan syukur kepada Allah. Beginda dianugerahkan kekayaan dan kesenagan  yang luar biasa dan berlimpah ruah yang belum dirasa oleh manusia sebelumnya. Kedudukan dan kebesaran baginda boleh menundukkan makhluk-makhluk lain selain dari manusia dan jin, seperti menundukan segala jenis binatang di atas muka bumi ini. Bagi banginda kemewahan dan kebesaran itu suatu ujian dari Allah untuk mengukur tebal nipinsnya keimanan dan ketaqwaan seseorang. 

Nabi Sulaiman AS. sedar keadaan kehebatannya, ia bukanlah milik mutlaqnya, sehingga menjadikan Ia lupa diri, maka untuk penyelesaiannya kesyukuran itu paling utama. Kemegahan itu tidak akan kekal ia hanya seketika selama jantung masih berdegup dan nafas masih keluar masuk, maka di era itulah kekayaan dan kemewahan dapat dimiliki. Nabi Sulaiman AS. mengatakan, bedasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Itulah sebahagian dari kurniaan Tuhan Ku untuk mengujiKu apakah aku bersyukur atau kufur(akan nikmat kurniaanNya)"                                                     
                                                      (QS. An Naml :  40)
Oleh yang demikian tujuan utama bertawakal itu   adalah untuk   mensyukuri    akan segala anugerah Allah itu, setiap usaha dan kerja yang dilakukan harus selalu disertai ikhtiar untuk mempastikan pilihan kita tepat, panjatkan doa kepada Allah serta bertawakallah. Gunanya bertawakal, apabila berjaya, ia tidak akan lupa daratan, dan jika gagal, maka ia tidak akan berputus asa.
 Solat  mendidik Ketaqwaan Yang tinggi.
Solat merupakan ciri utama yang dapat kita lihat kepada seorang maukmin yang bertaqwa kepada Allah s.w.t. Tidak ada sesuatu yang membolehkan untuk meninggalkan solat, ia melambangkan keperibadian yang menunjukkan kepatuhannya kepada Tuhan dan ketinggian dalam hubungannya dengan penciptanya dalam apa saja keadaan, sama ada ia berada dalam kesusahan atau kesenangan. Kehidupan mereka jelas kelihatan, jika dia seorang yang mempunyai kemewahan, ia tidak mencintai kemewahan, tetapi menjadi manusia yang berhati mulia dan pemurah, sentiasa ingat kepada pesanTuhannya.
Solat itu merupakan kaedah utama yang di ajar oleh Allah SWT dalam  rangka mengigatiNya, ia bukan semata-mata mengingat Allah melalui otaknya, tetapi seluruh anggotanya ingat kepada Allah, mungkin untuk ingat sesama manusia itu memadai dengan mealalui ingatan di mindanya sahaja, tetapi ingatan kepada Allah itu berbeza, kerana seluruh anggota yang kita miliki  adalah kepunyaan penciptanya Allah SWT, sebab itu seluruh anggota wajib turun sujud kepadaNya lima waktu dalam masa 24 jam, selagi masih   berpijak di bumi nyata  sebelum disimpan ke bumi yang gelap gulita (kubur). Al Qur'an menjelaskan hal ini, firman Allah yang bermaksud :
" Kerana itu ingatlah kamu kepadaku, nescaya aku ingat kepadamu dan bersyukurlah pula kepada Ku dan janganlah kamu mengingkari nikmat ku."
                                                            (QS Al Baqarah : 152) 

Dalam ayat yang lain Allah s.w.t berfirman maksudnya:
" Dan dirikan solat untuk  mengingati Ku."
               (Q)S. Thaha : 14

Seorang mukmin yang bertaqwa, melihat kepada ibadah solat itu sebagai suatu keseimbangan dalam menjaga hubungan dengan Allah s.w.t, dan hubungan sesama manusia, kerana dikalangan kita mempunyai kedudukan  yang berbeza, tetapi disisi Allah itu sama saja, sebab jika orang miskin itu hamba Allah, maka orang kaya pun hamba Allah, begitu juga yang berpangkat rendah hamba Allah dan yang berpengkat tinggi itu pun hamba Allah, maksudnya tidak ada perbezaannya dari segi kehambaan. Tapi pada sisi Allah orang yang paling mulia itu ialah mereka yang bertaqwa kepada Allah s.w.t.

Dalam Al Qur'an ada dinyatakan firman Allah yang bermaksud :


" Sesungguhnya semulia-mulia kamu pada sisi Allah ialah orang yang paling taqwa."
                                       (QS. Al Hujurat : 13)


Oleh itu, sebagai seorang mukmin yang bertaqwa kepada  Allah, solat itu salah  satu cara untuk selalu berhubungan dengan Allah serta mengadu segala masalah yang tidak dapat diselesai atau dicernakan oleh manusia yang lemah ini, maka hanya Allah dapat menyelesai dan merungkaikan masalah yang dihadapi oleh manusia. Oleh itu mukmin yang bertaqwa sangat menjaga hubungan dengan Allah melalui solat yang dilaksanakannya supaya  tidak putus hubungan dengan Allah, hingga ke akhir hayat nanti dan ia berkesinabungan dengan  hari akhirat.
Solat merupakan latihan kepada minda seseorang mukmin yang taqwa, dan tidak akan tunduk  memperhambakan dirinya selain dari Allah s.w.t. Seorang mukmin yang taqwa melatih dirinya melalui ibadah solat untuk selalu tunduk sujud kepada penciptanya, kerana pada diri manusia itu yang paling sukar untuk ditundukkan itu adalah kepalanya, sebab itulah apabila seseorang itu sukar untuk ditundukkan dan sukar untuk dinasihati, maka ia di panggil manusia keras kepala, kepala batu, kerana kepala juga membuat orang lain sengsara kerananya. 

Maka  dengan solat merupakan, satu-satunya cara untuk melatih anggota yang diletakkan oleh Allah paling atas, supaya turun ke bawah bersama dengan anggota lain sebanyak 34 kali dalam masa 24 jam, tujuannya untuk menghilangkan sifat sombong yang ada kepada kepala yang di atas. Sifat sombong itu Tuhan tidak suka. Iblis diusir dari surga Allah  adalah kerana sombong. Oleh itu solat itu untuk menjadikan seorang mukmin mempunyai sifat-sifat rendah hati terpuji, mulia dan taqwa serta di tempatkan dalam golongan orang  yang solihin.



Seorang Yang Bertaqwa Dengan Rezekinya. 


Seorang mukmin yang bertaqwa ia mengerjakan solatnya, juga tidak lupa membelanjakan sebahagian dari rezeki yang dianugerah Allah s.w.t kepadanya, ia akan membelanjakan atau menafkahkan sebahagian hartanya ke jalan yang diridhai oleh Allah. Al Qur'an ada menerangkan firman Allah yang bermaksud :
" Iaitu orang-orang mendirikan solat dan menefqahkan sebahagian dari rezeki yang kamiberikan."                                                                                                                           (QS Al Anfaal : 3)
kadang kala harta yang berlebihan itu, belum tentu kepunyaan seorang buat selamanya, dan boleh jadi  harta itu dirompak ditipu dicuri dan  disebabkan bencana alam, sakit yang berpanjagan, meninggal dunia atau dibelanjakan untuk berpoya-poya, minuman keras, judi dan lain sebagainya.
Selain dari itu, harta yang kita punyai kadang kala menjadi debu, mejadi air, menjadi bahan buangan dan lain-lain. Wang yang kita punyai dan perolehi pada siang hari, mungkin malam harinya dimiliki oleh pemandu teksi, tokeh minyak, tokeh rokok, tokeh aiskrim, tokeh roti, tamu-tamu yang mengziarihi kita dan lain sebagainya, maka itulah namanya wang, bukan semuanya milik mutlak kita, ia hanyalah alat untuk mencapai keperluan hidup semata-mata, bukan sebagai matlamat.Tetapi untuk matlamat jangka panjang supaya harta itu menjadi milik kita secara mutlak, maka harta yang berlebihan itu di zakatkan itulah kewajiban bagi memisahkan hak orang lain terhadap harta tersebut harta yang dipunyainya jika ada berkelebihan tunaikan pula tanggungjawab sosial, iaitu sedekah sekedar termamapu ke jalan Allah, misalnya untuk membantu dan menyantuni anak yatim, ibu tunggal, sekolah-sekolah, surau-suaru dan  wang kecemasan untuk saudara kita yang terdekat atau mereka yang tidak mampu, ingatkan wang kita dan ingatkan pula mereka yang amat memerlukan huluran ikhlas kita. 

Oleh itu seorang yang beriman dan bertaqwa dapat memahami bahawa harta yang menjadi milik kita  yang sebenar, ialah harta yang dibelanjakan ke jalan Allah, bagi memenuhi tanggungjawab kita kepada Allah SWT dan ummah, maka harta itulah kepunyaan kita sebenarnya yang akan kita terima diakhirat nanti. Sebagai seorang mukmin yang dinyatakan dalam ayat Al Qur'an di atas, tidak mudah untuk dipanggil mukmin jika tidak melepasi dan mendepani ciri-ciri sebagaimana yang dinyatakan di atas, setidak-tidaknya untuk terus berusaha ke arah itu untuk sampai ke tahap sebagaimana  yang  diperakui oleh Allah dalam ayat tersebut diatas.  A  M  I  N.
-ISLAM ITU INDAH-: APA YANG DAPAT KITA FAHAMI DARI KALIMAH TAQWA.

Selasa, 18 September 2018
PENGARUH HATI, NAFSU DAN SYAITAN DALAM DIRI MANUSIA.
Pendahuluan.

Manusia adalah makhluk yang indah dan sempurna, unik dan istimewa yang menjadi penghuni bumi ini. Al Qur'an menyatakan, firman Allah yang bermaksud :

" Sesungguhnya kami telah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, kemudian  kami kambalikan dia ketempat yang serendah-rendahnya (neraka) kecuali orang-orang beriman mengerjakan amal saleh, maka bagi mereka pahala yang tidak putus-putus.                                                                          ( Q. At Tin  a. 1-6)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

" Dan sesunggunya kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah, kemudian kami jadikan saripati itu air  mani (yang di simpan) dalam tempat yang kukuh (rahim), kemudian air mani (sperma) itu kami jadikan segumpal darah, lalu kami jadikan segumpal daging, dan segumapal daging itu kami jadikan tulang belulang. lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha suci Allah pencipta yang paling baik."

                                         (Q.S Al Mukminun ayat :12,13,14) 

Unsur Dalaman.

Unsur dalaman yang dimaksudkan itu iaitu :
HatiNafsuDalam diri manusia ada segumpal daging yang berperanan mebawa manusia kepada kejayaan atau kehancuran berdasarkan kepada Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud :


" ketahuilah bahawasenya manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik, baiklah tubuh semuanya, apabila ia rosak, maka rosaklah tubuh semuanya, dan ketahuilah  ia adalah hati."
                                              ( HR muttafaqun Alaih)
                                                                                             

Hati pula terbahagi kepada beberapa kategori, iaitu :


Hati yang menerima cahaya keimanan dipanggil Al Qalb. Hati yang dipanggil Fuadi yang  Makrifah, Mukasafah yang wujud kepada manusia yang terpilih sahaja. Hati yang berbentuk jantung hati dipanggil Lub (Al Bab), iaitu yang menerima cahaya tauhid atau keesaan Allah. Status yang paling hebat di antara ke tiga-tiga komponen tersebut ialah Lub (al Bab) yang paling tinggi dan dianggap intelek dalam diri manusia.
Akal manusia tidak dapat merunkaikan terlalu jauh membuat andaian atau ramalan dalam hal atau masalah yang berhubungan dengan alam ghaib, kerana ia terlalu abstrak dan kabur masalahnya, Al Qur'an tidak menjelaskan secara terperinci, tidak juga ada ilmu untuk dapat mengetahuinya lebih detail, ia adalah urusan Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya, para ilmuan tentang kejiwaan yang dipanggil pakar jiwa itu, mereka pun  hanya mengetahui dari fakta-fakta dan gejala-gejalanya sahaja, boleh jadi fakta-fakta itu tepat dan boleh jadi meleset.

Sementara itu apa yang dipanggil cetusan hati akan melahirkan niat, dan niat pula akan ditimbangkan oleh akal (mental). Akal atau mental terbahagi kepada dua, iaitu mental yang berbentuk fizikal (material) dan yang berbentuk spiritual (keruhanian). Kecerdasan akal  yang berbetuk fizikal itu, sebenarnya sangat terhad, ia dipandu oleh daya intelektual yang bersifat materialis, ia juga boleh mengundang ketidaksetabilan hidup  ini.  Sedangkan akal yang berbentuk spiritual (keruhanian), kehebatannya  dikendalikan langsung oleh Allah s.w.t. Kekuatannya boleh menyatukan ummah didunia ini.




Akal juga mencetuskan sikap iaitu  sikap positif atau negatif. Sikap yang positif lebih kepada kemalaikatan, ia mengukuhkan keimanan dan ketaqwaan, kebenaran dan kebaikan, maka akan munculnya suatu  kemenangan dan kejayaan, secara keseluruhanya akan menerima balasan dan ganjaran dari Allah s.w.t. ia  akan menempa kejayaan yang amat manis dalam kehidupan ini. Menjadikan  diri dan  keluarga sentiasa dalam ketenteraman dan kedamaian, selalu bersyukur terhadap anugerah Allah  yang diberikan kepadanya.

Sedangkan sikap yang negatif itu lebih kepada kesyaitanan, iaitu  selalau muncul mendepani hidupnya sebagi penipu atau hipokrit, membawa kehancuran dan kemusnahan, selalu dibayangi oleh kegagalan dan menerima padah dari Allah s.w.t.

Sikap yang negatif ini, akan melahirkan suasana  tidak tenteram dalam hidup ini, selalu sahaja didepani oleh masalah hidup,  seperti tidak wujud kepuasan dan disibuk oleh sifat tamak, iri hati dan sebagainya, yang selalu merasakan hidup ini tidak pernah kecukupan, walau pun dianugerah harta kekayaan yang bertimbun banyaknya, tetapi hartanya tidak pernah mendatangkan ketenangan baginya, lebih-lebih lagi di dalam harta tersebut bersarangnya berbagai maksiat di dalamnya, seperti digunakan untuk perjudian, berpoya-poya ditempat hiburan dan lain-lain sebagainya. Implikasinya hidup ini tidak ada yang indah lagi dan hidup ini dibayangi oleh kegagalan, lebih jauh dari itu akan menerima padah azab dan siksa Allah s.w.t  di dunia dan di akhirat. 
Segala perlakuan yang negatif dan positif ini, walau pun akal memainkan peranan, tetapi hati itu adalah punca utama, sebagaimana digambarkan oleh hadis Nabi s.a.w tersebut di atas, jika hatinya rosak, maka akan rosaklah seluruh anggota lain semuanya.
Hati yang rosak itu  sebagaimana di gambarkan seorang ulama besar Al Imam Al Faqih Abu Al Lais mengatakan, bahawa hati yang rosak itu sama dengan hati yang mati,beliau menyifatkan hati yang mati itu  diumpamakan : Seorang mengakui bahawa Allah itu Tuhannya, tetapi tidak pernah beribadah kepadaNya. Seorang membaca  Al Qur'an, tetapi tidak pernah mengamalkan isi kandungannya. Seorang mendakwa dirinya umat Nabi Muhammad s.a.w, tetapi tidak pernah mengamalkan Sunnahnya.Seorang makan dari nikmat dan anugerah Allah yang diberikan kepadanya, tetapi tidak pernah bersyukur kepadaNya.Seorang mengakui, bahawa mati itu benar, tetapi ia tidak pernah bersedia untuknya.Seorang menganggap dirinya lepas dari seksa neraka, tetapi masih juga melaku perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t.Seorang menganggap dirinya masuk surga, tetapi tidak pernah beramal dengan amalan yang boleh membawa ke sana.Seorang yang mengapankan mayat, tetapi  tidak mengambil  iktibar dari kematian tersebut.
Hati yang rosak, getaran dan gelombangnya tidak sampai kepada Allah, doa dari seseorang  hatinya rosak tidak akan sampai kepada Allah, ia ibarat bangkai bernyawa yang tidak ada memfaatnya lagi. Oleh itu ia mesti memperbaiki hubungannya dengan Allah, bertaubat dan memohon keampunnanNya serta kembali  menunaikan segala kewajiban kepada Allah s.w.t  dan insya'alah Allah akan menerima taubat hamba-hambaNya.


Unsur dalaman seterus ialah nafsu, nafsu terbahagi kepada beberapa kategori :
1.  Nafsu imarah adalah nafsu yang paling rendah dan kotor. Firman Allah s.w.t. yang 
     bermaksud :    

"Nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan kecuali orang  yang diberi  rahamat oleh Allah s.w.t."
                                                                    (Q.S. Yusof ayat : 53)
2. Nafsu musauwilah, yang sangat licik dan sangat pandai menipu, bagi mereka               
    kejahatan itu bagaikan satu kebaikan. 
3. Nafsu mulhamah yang melambangkan kesucian hati dapat menghalang dari perbuatan  
   cela, seperti sifat hasad dengki, mencerca orang lain dan sebagainya.

4. Nafsu Lawwamah, iaitu jiwa yang menyesali diri itu terhadap perbuatan jahat yang  
    dilakukannya.

5. Nafsu kamaliah, yang berjaya meletakkan diri manusia ke martabat tertinggi di sisi 
    Allah  s.w.t.

6. Nafsu muthmain'nah yang paling mulia dan di ridhai oleh Allah s.w.t, firman Allah 
    yang  bermaksud :


"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu dengan hati yang puas lagi diridhaiNya, masuklah dalam jama'ah hambaku dan masuklah kedalam surga Ku."                   ( Q.S. Al Fajr :27,28,29dan30)
 Nafsu merupakan anugerah Ilahi dan perlu diurus dengan baik dan bijaksana, perlu dipelajari segala unsur-unsur yang terdapat di dalamnya, sama ada ke arah positif atau negatif.

Di antara unsur-unsur negatif pada nafsu itu ialah.
1. Diketuai oleh hati yang tidak pernah menerima pertimbangan akal yang positif.2. Menjadi kawan sejati yang tidak pernah mengajak manusia kapada perkara baik atau    bermanfaat.3. Tidak ujud ketenangan dan kepuasan dalam diri manusia apa sahaja keadaan atau suasan.
4. Mata dan telinga selalu  menjadi perisik atau pengintip yang setia kepada nafsu.5. Selalu mengundang musuh-musuh dari luar, iaitu :   

      
    i -Syaitan dan kroni-kroninya.
   ii-Budaya yang  bercanggah dengan norma-norma agama.
  iii-Ideologi karut seperti  sekularism, humanism, modenism dan lain-lain seumpamanya.
  iv-Ajaran-ajaran sesat.
 v-Suka berpoya-poya
 vi-Suka melakukan jenayah, membunuh, mencuri, berzina, merogol, merompak dan    
      sebagainya.

Unsur Luaran.                                                  
Selain  dari unsur dalaman, terdapat pula unsur luaran yang menjadi penghasut setia dan masuk  mempengaruhi dalaman manusia, iaitu iblis dan syaitan. Syaitan itu musuh di alam ghaib . Kerjayanya ialah untuk menyesatkan manusia.

Dahulunya syaitan itu satu makhluk yang taat kepada Allah dan diberikan oleh Allah s.w.t kedudukan yang baik disisi Allah, kemudian ia berlaku durhaka dan engkar kepada Allah s.w.t. Allah berfirman dalam Al Qur'an yang bermaksudnya :

" Adalah ia (syaitan) dari golongan jin, lalu ia durhaka kepada  Tuhannya."

                   (QS Al Kahfi:50)


Kedurhakaan syaitan, kerana keengganannya dan membangkangkan Allah s.w.t apabila disuruh oleh Allah untuk sujud hormat kepada Adam a.s, dengan sikap angkuh dan sombong dengan mengeluarkan kata-kata, firman Allah yang bermaksud :

"Patutkah aku sujud kepada orang yang engkau jadikan dari tanah."                       
                 (QS Al Isra' : 61)


Dalam ayat yang lain Allah berfirman, yang maksudnya :


" Aku lebih baik daripadanya (Adam), kerana Engkau jadikan aku 
  dari api, sedangkan dia engkau jadikan dari tanah !."


                    (QS.Al  A'raaf : 12)


Syaitan bersikap takabbur (sombong) dan merasakan dirinya hebat dan besar kepala, tidak mahu tunduk kepada perintah Allah s.w.t. Syaitan berdosa besar dengan Allah, dan dengan sebab itu ia dihukum oleh Allah bersesuaian dengan keangkuhannya, Allah mengusirnya dan melaknat serta mengutuknya selama ia hidup didunia ini, dan Allah akan mengazabnya dengan azab yang amat pedih di akhirat nanti.

Kesombongannya, tidak mahu mengakui kesalahnnya dan tidak mahu bertaubat kepada Allah, dan engkar sehingga ia menjadi kafir. Bahkan ia meminta supaya dilanjutkan hidupnya di dunia ini sampai berakhirnya dunia ini (kiamat) serta berjanji akan menyesatkan manusia semuanya, kecuali hamba-hamba Allah yang terpelihara kesuciannya dan ikhlas. Syaitan  berkata kepada Allah, firman Allah dalam Al Qur'an yang bermaksud :



"Iblis berkata wahai Tuhannku, kerana engkau menjadikan aku sesat, maka sesungguhnya aku akan memperluaskan segala jenis maksiat (dengan keindahan duniawi) kepada Nabi Adam a.s dan zuriatnya di dunia ini. Dan aku akan sesatkan mereka semuanya kecuali dari hamba-hamba mu yang ikhlas."
                                                    
                  (QS.Al Hajr ayat :39-40)


Ayat-ayat tersebut di atas, memberikan gambaran, bahawa syaitan akan terus melaku kerjayanya dan akan berakhir setelah berakhirnya dunia ini, semua manusia akan kembali ke alam baqa', alam yang kekal abadi. Syaitan akan menghadapi pembalasan dari Allah s.w.t dari kerja kotornya menyesatkan manusia dari berbagai kejahatan dan maksiat yang dilakukanya, ia mendampingi manusia sebagai musuh di alam ghaib dan memperalatkan manusia sehingga menjadikan manusia itu hamba-hamba kepadanya yang akan mengikut tulunjuknya, bukan sebagai hamba Allah.

Syaitan juga berada di kalangan manusia yang tamak dan rakus, manusia sanggup menyembah syaitan demi untuk memenuhi nafsu rakusnya.

Oleh itu ingatlah, bahawa syaitan dan kroni-kroninya itu  adalah musuh kepada manusia dan jangan sekali-kali menjadikan sahabat  atau teman rapat kepada manusia. Hal ini dengan tegas Allah berfirman yang bermaksud :

"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu, maka anggaplah ia sebagai musuh. Kerana sesungguhnya syaitan sentiasa menghasut manusia dan golongannya,supaya mereka menjadi penghuni neraka.



                                  (QS. Faatir:6)

 Syaitan menghasut manusia beberapa cara, di antaranya ialah :


1) Menghasut manusia melalui  dua tepian jurang yang berbahaya.


Syaitan berusaha untuk mencelakakan manusia rohani dan jasmaninya, dalam bentuk melampau, contoh dalam hal mencari keperluan hidup di dunia ini. Jika ingin hidup baik dan terhormat harus mencari rezeki dan berusaha mengikut kemahirannya dalam kerjayanya dunia dan akhirat, ia menghasut manusia supaya meninggalkan keduniaan dan  hidup bermalas-malasan. Hidup ini hanya untuk akhirat semata-mata. Sedangkan konsep Islam, dunia ini untuk berkerja secara dinamik, dunia ini seiring sejalan dengan  akhirat, tetapi jika menusia terpadaya dengan hasutan syaitan, maka  akan   terjatuh di tepian jurang  membuat manusia melarat  dan menjadi pengemis dijalanan. 


Jika cara tersebut di atas  gagal,  syaitan menukar pula cara hasutannya memperdaya manusia dalam bentuk  material yang berlebih-lebihan,  melalui jalan yang tidak halal seperti menggelap wang, mencuri, merompak, melakukan rasuah dan sebagainya, namun bagi mereka yang taat dan patuh kepada Allah,  hidayah Allah itu sentiasa wujud  di antara dua tepian jurang berbahaya tersebut, seperti  menuntut rezeki  yang halal dan jujur. Godaan syaitan ini menggunakan fakta terbalik dinamakan Ifrath dan tafrith, iaitu jika ia gagal dalam usahanya yang pertama, syaitan akan berada ditepian jurang kedua, dia akan menukar kepada perkara yang disebaliknya untuk menjatuhkan manusia  ke salah satu dari dua tepian jurang yang sangat berbahaya tersebut.


2) Syaitan amat menyuruh supaya bersifat bakhil dan boros. 


Allah itu memberi hidayah kepada manusia supaya bersifat pemurah, sifat pemurah itu ia berada di antara sifat kedekut dan boros. Syaitan akan menghasut terhadap orang yang mempunyai kedudukan dan kaya, seperti golongan jutawan, bagi menyempitkan hartanya yang melempah ruah itu supaya jangan  berzakat, bersedekah,menyumbangkan derma dan lain-lain, sebagai menunaikan tanggungjawab sosial dan menjadi manusia pemurah, bertangan sosial serta perihatin terhadap orang yang memerlukan. 


Syaitan akan merubah kaedah hasutannya terhadap  orang kaya yang pemurah itu,  ia berusaha menghasut orang kaya suapaya menghamburkan harta bendanya di meja-meja judi, berpoya-poya dikelab-kelab hiburan dengan teman sosial  yang boleh menyebabkan papa kedana. Namun hidayah Allah itu juga terdapat di  dua tepian jurang yang berbahaya tersebut, tetapi hanya dapat digapai oleh hamba-hamba Allah yang ikhlas dan suci sahaja yang benar-benar mempunyai sifat pemurah.

Syaitan menghasut manusia menggunakan hasutannya dengan kaedah yang sama   iaitu  membesar-besarkan nikmat kemungkaran yang amat berlawanan dengan petunjuk Allah yang jelas dan lurus  itu, menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat dengan amalan sebagaimana dianugerahkan kepada mereka yang ikhlas dan suci itu.


Sabda Nabi s.a.w dalam suatu Hadis yang bermaksud :

"Bukanlah orang yang paling baik daripada mu itu  yang meninggalkan dunianya kerana akhiratnya, dan tidak pula yang meninggal akhiratnya kerana dunianya, sebab dunia itu penyampai kepada akhirat dan janganlah kamu menjadi beban atas manusia."
                   (HR.Ibnu'Asakir)
Dalam Al Qur'an Allah memberikan peringatan yang bermaksud :

" Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepada mu (kebahagiaan) negeri akhirat dan janganlah kamu lupa bahagian mu dari (kenikmatan) duniawi ini."                                (QS Al Qshash :77)
Allah telah menjanjikan kepada manusia segala nikmatNya di dunia ini dan juga kebahagiaan di akhirat yang sangat luar biasa itu, sedangkan syaitan meletakkan dua tepian jurang untuk manusia sebagai musuhnya. Kedua-dua tepian jurang tersebut yang amat berbahaya. Maka selalulah ingat kepada peringatan Allah itu supaya selamat dari dua tepian jurang yang berbahaya itu.  


3)  Syaitan mendorong manusia supaya bersifat  riya'.

Riya' itu menunjuk-nunjuk terhadap kelebihan harta, kelebihan ilmu yang dipamirkannya, amalan kebajikan  yang dilakukan nya, bukan dikerjakan dengan kesucian hati dan ikhlas terhadap Allah, tetapi melakukan sesuatu itu demi untuk mendapat pujian dan sanjungan dari manusia di dunia ini, perbuatan tersebut sebenarnya tidak medapat ganjaran di akhirat nanti dari Allah. Maka kalau ia bertanya dan membuat tagihan kepada Tuhannya, dimana ganjaran terhadap sumbangan yang pernah dilakukan didunia dulu, Allah akan memberikan jawapannya, sudah pun diberikan semasa di dunia dahulu ketika ia mengharapkan pujian dan sanjungan dari manusia, bukan pujian dan sanjungan dari Allah. Maka Allah tidak akan menerima,  amalan yang berbentuk riya'  atau menunjuk-nunjuk, kerana amalan seperti itu tidak ikhlas kepada Allah s.w.t. Nabi s.a.w  dalam  sabdanya yang bermaksudnya :


"Sesungguhnya Allah tidak menerima  satu amalan pun, melainkan yang dikerjakannya dengan ikhlas keranaNya, dan menuntut keridhaanNya."


                 (HR.An Nsa'ie)

Orang yang ikhlas  suci hatinya di sisi Allah, syaitan sendiri telah mengakui, selama manusia itu ikhlas kerana Allah tidak dapat diganggu dan syaitan tidak berdaya menipunya dan memperdayakannya, maka singkirkan sifat riya'  dalam segala kerja terutama apabila melakukan ibadah kepada Allah dan amalan kebajikan, janganlah melakukan perkara tersebut  dengan riya'. Maka berusahalah memohon kepada Allah supaya kita ini patuh petunjukNya supaya selamat dari godaan syaitan.


4)   Syaitan juga mengajurkan bagi memisah dunia dengan akhirat. 


Apabila keduanya dipisahkan, iaitu manusia hanya mengurus dunia sahaja tanpa akhirat, membuat manusia hilang arah, kerana dunia ini untuk manusia beramal sementara menunggu untuk kedestinasinya yang terakhir ialah akhirat. Jika dunia itu untuk dunia, maka manusia akan tengelam dalam materialisme, kerana dunia ini sifatnya materialime, maka Allah mencipta dunia ini untuk manusia beramal dan berdinamika dan hasilnya akan dibawa ke akhirat, tidak ada seorang manusiapun yang kekal di dunia ini dan ia pasti musnah (mati). Maka kerana itu dunia tanpa akhirat manusia akan sesat,  sebab hidup ini adalah untuk mati dan destinasinya adalah akhirat.


Begitu juga jika manusia hanya memilih akhirat semata-mata tanpa dunia, manusia akan melarat, Allah menjadikan dunia dan akhirat ini seiring sejalan, sama dengan fizikal dan spiritual, ada yang satu dan tanpa yang satu lagi, boleh jadi manusia akan hidup melarat, sebab  akhirat itu sifatnya non material, untuk samapai ke destinasi tersebut ia perlukan material dan melalui dunia terlebih dahulu. Jika manusia hanya memilih akhirat semata-mata, sehingga ia hidup melarat dan sengsara dan hidup ini hanya menagih belas kasihan orang ramai, maka bukan itu tujuan Allah menjadikan manusia dan dunia ini, cara seperti itu memang kaedah yang  menyempang dari hidayah Allah.


Nabi s.a.w bersabda  maksudnya:

" Bukanlah orang yang paling baik daripadamu itu yang meninggalkan dunianya kerana akhiratnya, dan tidak pula yang meninggalkan akhiratnya kerana dunianya, sebab dunia itu penyampai kepada akhirat, dan janganlah kamu menjadi beban ke atas manusia."

                   (HR. Ibnu 'Asaakir)

Syaitan juga meletak propaganda memburuk-buruk suruhan Allah dan hukum-hukum Allah dengan di gambarkan sebagai kolot atau kuno, kejam, ketinggalan zaman dan sebagainya, menggambarkan segala suruhan Allah itu seperti sholat, puasa, zakat dan sebagainya membuang masa, sia-sia dan memenatkan badan saja, dan setelah berkerja dan berpenat lelah mencari harta, maka dengan mudah memberikan harta tersebut kepada mereka yang meminta dan malas berkerja. Syaitan juga memperlihatkan dipandang indah segala bentuk maksiat dan kemungkaran, seperti tempat atau sarang pelacuran, tempat-tempat berpoya-poya atau apa yang panggil dunia hiburan, kawasan untuk berpeleseran, tempat-tempat perjudian dan lain sebagainya.

" Dan Syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka  lalu menghalang mereka dari jalan (Allah) sehingga mereka tidak dapat petunjuk."
                              (QS.An Naml  : 24)

Syaitan memperdaya manusia dengan perasaan jejek terhadap  apa juga yang datang dari Allah dan berbangga dengan pekerjaan jahat mereka, maka itulah dinamakan memandang indah terhadap maksiat dan kemungkaran dan berbangga terhadap perbuatan dan amalan tersebut.

5)    Syaitan juga menyamakan riba dengan  jual beli. 



Jual beli yang halal  itu juga sama dengan riba, kerana semua amalan tersebut untuk  mendapatkan keuntungan. Maka dengan itu manusia tidak akan berhenti untuk mendapat keuntungan dengan melakukan amalan riba dalam  perniagaannya, kerana dihiasi oleh syaitan rasa amat bangga bahawa perbuatan tersebut baik dan mendatangkan keuntungan, tetapi secara tak langsung melakukan penindasan kezaliman terhadap orang lain dalam aktiviti perniagaannya dan cepat kaya serta keuntungan berganda, tetapi secara yang tidak halal.


Firman Allah dalam Al Qur'an  yang bermaksud : 


" Orang yang  makan (megambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya  orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila (tidak tenteram jiwanya), keadaan mereka  yang demikian itu adalah disebabkan mereka berkata sesungguhnya jual beli sama dengan riba.
                                     (QS Al Baqarah : 275)


Putar belit syaitan dapat mempengaruhi manusia dan syaitan menganggap riba' sama dengan untung dagangan atau jual beli, tujuannya untuk menunjukkan riba' itu halal dan boleh di amalkan. Begitulah putar belit syaitan untuk menghalalkan  yang haram.


Sambungan dari ayat di atas dijelaskan oleh Al Qur'an yang maksudnya : 


" Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba'."
       
                                (QS Al Baqarah : 275)


6)  Syaitan juga  menyamakan zina dengan nikah.


Perkara yang amat jelas dan nyata haramnya menurut hukum Islam ialah melakukan zina, dan menganggap perbuatan tersebut sebagai biasa, ia sama dengan nikah, yang pentingnya suka sama suka. Maka kerana itulah mereka beranggapan pelacuran itu bukanlah sesuatu yang hina dan kotor. Sebab itu mereka tidak merasa malu dan jijik dalam melakukannya.
Demikian juga jalan-jalan menuju pelacuran dianggap sebagai suatu perubahan sosial pada zaman moden, seperti pergaulan  tanpa batas antara laki-laki perempuan, dan merasakan sesuatu yang aib jika tidak punya teman, orang Indonesia mengatakan pacar atau berpacaran, maka semuanya itu jalan-jalan menuju pelacuran atau perzinaan. Maka inilah yang dinamakan jalan-jalan menuju perzinaan yang dianjurkan oleh syaitan, yang membuatkan perkara tersebut amat menarik sekali kepada insan-insan yang sentiasa mencari-cari keseronokan di malam syahdu itu dan tidak sedar terperangkap kepada perzinaan dan pelacuran. Islam menggalakkan perkahwinan yang sah bukan perzinaan dan pelacuran, kerana perbuatan itu amat jijik, iaitu melakukan dosa besar, meruntuhkan nilai dan etika, kerana tunduk kepada nafsu dan hasutan syaitan.Maka syaitan amat berbangga dengan tipu helahnya, kerana berjaya memesong manusia dari patuh kepada Tuhan, kepada patuh kepada syaitan. Padahal Allah s.w.t telah sedia dari awal lagi mengingatkan manusia  perbuatan keji dan jahat ini.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya 
  zina itu  adalah suatu perbuatan keji dan satu jalan 
  yang buruk."

                 (QS Al Isra' : 32)


Kaedah  Mengatasi Pengaruh Hati Nafsu Dan Syaitan.




Hati yang mati itu ibarat mayat, jiwanya mati walaupun batang tubuhnya masih wujud, wujudnya batang buh dari hati yang rosak tidak ada harganya lagi dan hatinya perlu dirawat. Maka untuk merawat hati yang mati itu iaitu.

1.  Banyak beristighfar kepada Allah, bertasbih memuji Allah s.w.t serta 
      bertaubat dengan sebenar taubat (taubat  masuha).
2.  Kembali melakukan solat, solat  wajib dan sunat  dengan penuh ikhlas.
3.  Tinggalkan perkara yang dilarang, kerjakan perkara yang disuruh oleh Allah.
4.  Fahami dan hayati Al Qur'an dan Sunnah serta amalkan.
5.  Syukuri segala nikmat yang  diberikan oleh Allah s.w.t.
6.  Jadikan iktibar  segala yang berlaku disekeliling kita
7.  Mohon kepada Allah supaya dihilangkan segala sifat-sifat negatif.


Kaedah untuk mengembalikan kekuatan dalaman kita, diantaranya ialah :

1.  Memperkasakan keimanan kita.
2.  Hendaklah bersifat sabar  dan jangan tergesa-gesa.
3.  Tabah dan jangan gelojoh.
4.  Melawan  nafsu jahat dan syaitan itu  sebagai suatu jihad.
5.  Jauhi persekitaran yang boleh menjejas keimanan kita.
6.  Bebaskan diri dari amalan yang tidak beretika dan tidak bertamadun.
7.  Hindari diri  dari hidup bertuhan kepada materialisme yang mengenepikan nilai-nilai 
     murni.
8.  Bergaullah dengan orang-orang yang bijak, baik dan bertaqwa.
9.  Jauhi dari ideologi-ideologi karut seperti liberalisme, humanisme dan modenisme yang  
     menganggap persolan agama itu sebagai sesuatu yang remeh temeh dan bersifat 
     peribadi.


Kesimpulan.



   -     Sebagai seorang muslim dan mukmin hendaklah menjaga hubungan dengan Allah          s.w.t,  hubungan sesama manusia dan persekitarannya (alam sekitarnya).
-        Nafsu tidak meningkatkan mertabat manusia menjadi baik, jika digunakan           kearah yang negatif. Nafsu hendaklah diurus dan dirawat dengan baik , ia akan 
          mengangkat martabat manusia hingga ke tahap yang paling tinggi dalam kerjaya     
          manusia.
-         Sementara syaitan pula adalah musuh dialam ghaib, ia tetap musuh manusia buat           selama-lamanya.
-ISLAM ITU INDAH-: PENGARUH HATI, NAFSU DAN SYAITAN DALAM DIRI MANUSIA.









-ISLAM ITU INDAH-

PENGARUH HATI, NAFSU DAN SYAITAN DALAM DIRI MANUSIA.Ibnu Ya'quby pada -ISLAM ITU INDAH- - 5 bulan yang lalu*Pendahuluan.* Manusia adalah makhluk yang indah dan sempurna, unik dan istimewa yang menjadi penghuni bumi ini. Al Qur'an menyatakan, firman Allah yang bermaksud : *" Sesungguhnya kami telah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, kemudian kami kambalikan dia ketempat yang serendah-rendahnya (neraka) kecuali orang-orang beriman mengerjakan amal saleh, maka bagi mereka pahala yang tidak putus-putus.* * ( Q. At Tin a. 1-6)* Firman Allah s.w.t yang bermaksud : *" Dan sesunggunya kami telah men... lagi »ENAM PERKARA NEGATIF YANG BOLEH MEROSAKKAN AMALAN BAIK KITA.Ibnu Ya'quby pada -ISLAM ITU INDAH- - 5 bulan yang laluEnam perkara yang negatif merosakkan amalan baik kita sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : *(1)Suka mengaibkan orang lain* *(2)Keras hati/busuk hati* *(3)Cinta kepada dunia keterlaluan* *(4)Tidak punya Perasaan malu * *(5)Angan-angannya tinggi melangit* *(6)Perbuatan zalim berterusan* * (HR Ad Dailami)* *Suka Mengaibkan Orang Lain.* Mengaibkan orang lain, maksudnya melakukan sesuatu dengan cara memalukan orang lain, mewarwarkan keburukan orang lain, merancang perkara yang tidak wujud dengan tujuan memalukan, dan mereka cipta sesuatu yang tak wujud kepada orang yang diaibka... lagi »Tidak bertajukIbnu Ya'quby pada -ISLAM ITU INDAH- - 8 bulan yang laluTidak bertajukIbnu Ya'quby pada -ISLAM ITU INDAH- - 8 bulan yang laluTidak bertajukIbnu Ya'quby pada -ISLAM ITU INDAH- - 8 bulan yang laluTidak bertajukIbnu Ya'quby pada -ISLAM ITU INDAH- - 8 bulan yang laluTidak bertajukIbnu Ya'quby pada -ISLAM ITU INDAH- - 8 bulan yang laluTidak bertajukIbnu Ya'quby pada -ISLAM ITU INDAH- - 10 bulan yang laluTidak bertajukIbnu Ya'quby pada -ISLAM ITU INDAH- - Setahun yang laluKAYA DAN MISKIN (bagaimana seharusnya diungkapkan menurut Islam). *Tak seperti kebanyakan orang terkaya di dunia, pria jutawan di Arab Saudi ini kenapa memilih hidup miskin.* Memperkatakan tajuk diatas saya amat tertarik dengan seorang Billionaier Arab Saudi Sulaiman Al Rajhi adalah orang terkaya nombor 4 di Arab Saudi, dia adalah pendiri dari Al Rajhi Bank. Al Rajhi Bank adalah bank islam terbesar di dunia. Pada tahun 2012 lalu, Sulaiman terkenal ketika memutuskan untuk melepaskan semua kekayaannya kepada anak-anaknya. Dan sekarang ... lagi »NERAKA SAQARIbnu Ya'quby pada -ISLAM ITU INDAH- - 2 tahun yang laluNERAKA SAQAR. Orang atheis (tidak bertuhan) mengatakan neraka adalah ciptaan Arab dongengan orang arab, berarti mereka menapikan akan wujudnya akhirat dan neraka. Malahan lebih jauh dari itu tidak yakin adanya Allah Maha berkuasa ke atas alam ini. Bagi orang Islam ia bukanlah cerita dongeng. Bukan sumber legenda arab tetapi dari Al Qur'an...Allah berfirman yang maksudnya : "Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?" Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat, dan kami tidak (pula) memberi makan orang miskin, dan adalah kami membicar... lagi »BUKTI ILMIAH AL QUR'AN TERDAPAT PEMBATAS dan DINDING DIANTARA DUA LAUTAN.Ibnu Ya'quby pada -ISLAM ITU INDAH- - 2 tahun yang laluBUKTI ILMIAH AL QUR'AN TERDAPAT PEMBATAS dan DINDING DIANTARA DUA LAUTAN. Keberadaan dua lautan ini berdasarkan al-Qur’an yang kemudian dibuktikan dengan ilmu pengetahuan modern. FIRMAN ALLAH " DIA MEMBIARKAN DUA LAUTAN MENGALIR YANG KEDUANYA KEMUDIAN BERTEMU. ANTARA KEDUANYA ADA BATAS YG TIDAK DILAMPAUI OLEH MASING2. (QS AR RAHMAN :19-20) FIRMAN ALLAH " DAN DIALAH MEMBIARKAN DUA LAUT (BERDAMPINGAN) YG INI TAWAR LAGI SEGAR DAN YG LAIN ASIN LAGI PAHIT DAN DIA MENJADIKAN ANTARA KEDUANYA DINDING DAN BATAS YG MENGHALANGI." (QS AL FURQAN : 53) Allah swt berfirman: مَرَجَ اْلبَحْرَيْنِ يَلْتَ... lagi »Tidak bertajukAbd.Halim B.Yaakob pada -ISLAM ITU INDAH- - 2 tahun yang laluTidak bertajukAbd.Halim B.Yaakob pada -ISLAM ITU INDAH- - 2 tahun yang laluTidak bertajukAbd.Halim B.Yaakob pada -ISLAM ITU INDAH- - 2 tahun yang laluMutiara kata... Al-Fadhil Tuan Syekh Mutawalli Sya'rawi Rahimahullahu Ta'ala Wa Ardhah: "Jika tak mampu menyatakan kebenaran, jangan pula bertepuk tangan (menyokong) dengan kebatilan". [image: Foto Abd Halim Yaakob.]Keseimbangan hak rakyat dan tanggung jawab pemimpinAbd.Halim B.Yaakob pada -ISLAM ITU INDAH- - 2 tahun yang laluWacana Hari ini.. Keseimbangan hak rakyat dan tanggung jawab pemimpin حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَمُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ قَالَا حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَر

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2019/02/bertindak-terhadap-diri-sendiri-9202.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Clare Rewcastle Brown Perangkap Diri Sendiri

Clare Rewcastle Brown Perangkap Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 343 hits
Jadi yang mana betul 2015 atau 2018 Dan berapa banyak jumlahnya RM90 juta atau RM2 juta Dan betul ke Husam ada lihat sekeping cek bernilai RM90 juta itu Sebab apa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau pun pihak bank tidak boleh ...
Bosan Buat Kopi Sendiri Jomblo Asal Bandar Lampung Gantung Diri

Bosan Buat Kopi Sendiri Jomblo Asal Bandar Lampung Gantung Diri

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 825 hits
Seorang bujang berusia 27 tahun gantung diri di RT 06 LK 01 Gedongmeneng Baru Rajabasa Bandarlampung pukul 12 00 Minggu 17 Februari 2019 Tak banyak yang tahu penyebabnya Yang ada hanya status terakhir di medsosnya yang bertuliskan Kapan Nik...
Kita Hidup Bermasyarakat Jangan Pentingkan Diri Sendiri Dr Halina Tegaskan Kepentingan Vaksin

Kita Hidup Bermasyarakat Jangan Pentingkan Diri Sendiri Dr Halina Tegaskan Kepentingan Vaksin

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 511 hits
Ekoran daripada perdebatan antara Dr Nurul Huda Datuk Dr Musa berkenaan semalam Datin Dr Halina menyatakan pendiriannya menyokong pemvaksinan Perdebatan berkenaan mendapat perhatian ramai termasuk Dr Halina yang memuatnaik status di Instagr...
Jangan Kejami Diri Sendiri 9213

Jangan Kejami Diri Sendiri 9213

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 384 hits
TITIANNgeri Beginilah Kaum Pengumbar Syahwat yang Diazab Ahad 3 Maret 2019 17 06 KIBLAT NET Ngeri Beginilah Kaum Pengumbar Syahwat yang Diazab Surat Al Haqqah menceritakan banyak peristiwa umat masa lalu yang mendustakan nabi nabi mereka Di...
Memberi Kepada Pasangan Kita Bererti Memberi Kepada Diri Kita Sendiri

Memberi Kepada Pasangan Kita Bererti Memberi Kepada Diri Kita Sendiri

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 402 hits
Memberi kepada pasangan kita bererti memberi kepada diri kita sendiri Bukankah perkahwinan itu menyatukan dua hati Shortnote ceramah Ust Pahrol Mohd Juoi Ya apabila suami isteri saling memberi keserasian dan keharmonian akan bersemi Akhirny...
Begini Cara Rasulullah Meruqyah Diri Sendiri Dan Keluarganya

Begini Cara Rasulullah Meruqyah Diri Sendiri Dan Keluarganya

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 301 hits
Ruqyah merupakan cara menyembuhkan penyakit dengan membacakan ayat ayat al Qur an dengan meniatkan untuk melindungi diri dan menyembuhkan diri dari penyakit Dalam Islam umat Muslim disunnahkan untuk meruqyah diri sendiri sebagaimana dikatak...
Pas Gesa Kerajaan Bertindak Tegas Terhadap Penghina Nabi

Pas Gesa Kerajaan Bertindak Tegas Terhadap Penghina Nabi

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 359 hits
KOTA BHARU PAS hari ini menggesa kerajaan pusat agar mengambil tindakan lebih tegas kepada pihak yang menghina Nabi Muhammad SAW Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Mohd Asri Daud berkata perbuatan menghina nabi adalah satu tindakan melampau ...
Anggota Bomba Selamatkan Diri Dari Perusuh Tak Nampak Adib

Anggota Bomba Selamatkan Diri Dari Perusuh Tak Nampak Adib

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 665 hits
INKUES ADIB Seorang anggota bomba yang bertugas semasa rusuhan kuil Sri Maha Mariamman pada November lalu memberitahu inkues hari ini bahawa dia melompat dari trak bomba dan masuk ke van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan untuk menyelamatk...
Didik Diri Konsisten Minum Air Di Musim Panas Dengan Aplikasi Telefon

Didik Diri Konsisten Minum Air Di Musim Panas Dengan Aplikasi Telefon

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 670 hits
Didik Diri Konsisten Minum Air Di Musim Panas Dengan Aplikasi Telefon Sekarang ni tengah musim panas Kebanyakan tempat memang alami panas membahang hingga ke malam Sekarang ni memang kat rumah pasang air cond siang malam Huii Panasnnya Alla...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya