Bersunat Cara Tradisional Dan Penjagaannya
Assalamualaikum semua :)
Kita dah masuk ke bulan terakhir bagi tahun 2018. Cepat sungguh masa berlalu. Disember bulan yang paling happening dalam family Cik Ila sebab tarikh 10 nanti hari lahir Alisha. Tarikh 14 pula hari lahir Cik Ila dan juga merupakan hari ulang tahun perkahwinan Cik Ila dan Cik Suami yang ke 10. Alhamdulillah dah nak masuk dua angka umur perkahwinan kami. Doakan semoa kami terus bahagia ye
Ok. Alhamdulillah... Alfeey dah selamat bersunat pada tarikh 25 November lepas. Kiranya dah dua minggu lah. Alfeey bersunat cara tradisional dalam Majlis Berkhatan Beramai-ramai dan Sambutan Maulidur Rasul 1440H di kampung. Meriah betul. Paginya majlis bersunat dan malamnya sambutan Maulidur Rasul. Dapat lah Alfeey bermalam di masjid bersama kawan-kawan lain yang bersunat
Mandi 'air bomba' wajib ada dalam majlis berkhatan beramai-ramai.
Seronok main air sampai Aleena pun join sekali
Bila dah sampai turn dia baru nampak macam takut sikit.
Bila dah selesai. Pakcik dia tolong angkat masuk ke tempat yang sudah disediakan di dalam masjid. Abah dia lari jauh sob sob sob sebab tengok anak dia sakit. Hehehe... sejenis yang tak boleh tengok insan kesayangan dia menanggung sakit. Ibu kasi can dia main phone sebab nak bagi dia leka dan lupa rasa sakit dia. Sudahnya, bermacam-macam game yang dia download. Haih..
Selepas semua dah selesai, tok mudim tinggalkan beberapa pesanan:
1. Jangan makan makan gatal.
2. Hari ketiga baru tanggalkan balutan. Kalau nak cepat, esok petang dah boleh cuba buka balutan.
3. Untuk elakkan bahagian luka melekat pada kulit, lapik dengan dun pisang yang dilayur atau daun sirih.
4. Cuci luka lepas buang air atau mandi.
5. Sapu minyak pada tapak kaki kalau nak berjalan ke luar. Sebabnya nak elakkan tungau naik. Sengsara kata tok mudim kalau tungau naik. Hehehe
Fuhh.... bila dengar semua ni ibu pun surrender. Minta tolong opah yang ambil alih semuanya. Maklumlah dua orang adik Cik Ila memang bersunat cara tradisional ni. Tengok mak Cik Ila buat, senang je menjaga anak yang bersunat cara tradisional ni sebenarnya.
Ni Cik Ila kongsikan step penjagaan selepas bersunat Alfeey
1. Jaga pemakanan. Telur dan seafood memang tak boleh. Sebabnya silap makan boleh gatal. Bila dah gatal mesti tangan nak bergaru. Mau jadi teruk pulak luka tu nanti.
2. Kurangkan minum air. Terlebih minum air, nanti akan bengkak pulak bahagian tu.
3. Cara paling senang dan tak sakit untuk tanggalkan balutan tu adalah berendam dalam air. Ambil besen besar isi penuh air. Bagi anak berendam dalam air tu. Kain balutan tu akan jadi lembut tertanggal sendiri. Senangkan. Alfeey ambil masa dalam 20 minit untuk kain balutan tu tertanggal.
4. Cuci guna ubat luka dan biar kering. Masa ni memang pakai kain pelekat saja. Bila bahagian potong tu dah kering dan jadi berkuping dah boleh pakai seluar macam biasa.
Alhamdulillah lepas seminggu semua dah baik. Alfeey pun senang hati sebab dodot dia dah cantik balik. Apa kaedah bersunat anak yang jadi pilihan dan macammana penjaggaannya? Tinggal link di komen nanti Cik Ila terjah cerita bersunat anak you olls pula.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikilamenari.blogspot.com/2018/12/bersunat-cara-tradisional-dan.html