Cara Buat Permohonan Program Dermasiswa B40 Untuk Tajaan Diploma


Last updated Jul 15, 2020
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang mengikuti pengajian di peringkat diploma untuk memohon penajaan di bawah Program Dermasiswa B40.Program ini menawarkan penajaan pengajian bagi keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan pengajian secara kaedah dermasiswa.
Penajaan bagi program ini melibatkan pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam, Politeknik, dan Institut Kemahiran Awam.
Permohonan dibuka selama tujuh 7 hari mulai 13 Julai 2020 (Isnin)
jam 9.00 pagi hingga 19 Julai 2020 (Ahad) jam 4.30 petang.
Syarat-Syarat Permohonan Program Dermasiswa B40 Individu yang berminat memohon program ini perlu menepati syarat-syarat umum dan khusus permohonan.
Syarat-syarat umum permohonan adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia. Pemohon mestilah mempunyai kesihatan yang baik. Pemohon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019 buat kali pertama. Umur pemohon belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan). Ibu dan / atau bapa pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA. Tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama. Pendapatan perkapita keluarga pemohon adalah dalam kategori B40 iaitu RM4,359.00 sebulan dan ke bawah. Bagi syarat-syarat khusus pula, pemohon mesti menepati syarat-syarat berikut:
Untuk Universiti Awam / Politeknik yang dikenalpasti:
i) Pemohon menduduki SPM pada tahun 2019 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana 3 subjek lain yang diambil.
ii) Pemohon telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut. Untuk Institut Kemahiran Awam (Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) / Institut Kemahiran MARA / Kolej Kemahiran Tinggi MARA / Kolej Komuniti / Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) / Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI):
i) Pemohon menduduki SPM pada tahun 2019 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurangkurangnya gred C dalam mana-mana 1 subjek lain yang diambil.
ii) Pemohon telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut. Terdapat beberapa bidang pengajian yang tidak ditaja dalam program ini.
Bidang-bidang pengajian yang tidak ditaja adalah seperti berikut:
Pendidikan Kejururawatan Sijil Profesional untuk perlesenan seperti lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License) Kursus Profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP) dan Chartered Accountancy (CA) Cara Membuat permohonan program Dermasiswa B40 Permohonan Program Dermasiswa B40 tajaan JPA adalah dibuka secara atas talian sahaja selama 7 hari mulai 13 Julai 2020 (Isnin) jam 9.00 pagi sehingga 19 Julai 2020 (Ahad) jam 4.30 petang. Calon boleh membuat permohonan di laman sesawang eSila di pautan berikut:
Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2020 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.
Keputusan Permohonan penajaan Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA pada Oktober 2020. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam laman sesawang eSILA.
Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 mulai 13 hingga 17 Julai 2020 jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA).
Saya menduduki peperiksaan SPM 2018. Bolehkah saya memohon Program Dermasiswa B40 Tahun 2020? Tidak. Program Dermasiswa B40 bagi tahun 2020 hanya dibuka kepada pelajar lepasan SPM tahun 2019 sahaja
Adakah saya layak memohon sekiranya pendapatan perkapita melebihi RM 4,359.00? Hanya pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM4,359.00 sebulan dan ke bawah sahaja layak memohon.
Sekiranya saya menolak tawaran biasiswa di bawah Program
Dermasiswa B40 Tahun 2020, adakah saya layak dipertimbangkan sebarang penajaan lain di JPA? Ya. Pemohon boleh memohon apa-apa program penajaan lain yang ditawarkan oleh JPA sekiranya melepasi syarat-syarat permohonan program penajaan.
Adakah saya boleh membuat rayuan jika permohonan saya ditolak? Tidak. Keputusan adalah muktamad dan proses rayuan tidak akan dibuka.
Bilakah tarikh tutup permohonan program ini? Tarikh tutup permohonan ialah pada 19 Julai 2020 jam 4.30 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Sebarang permasalahan atau bantuan teknikal, sila hubungi Pusat Panggilan JPA di talian 03- 8885 3297.
Individu atau pemohon juga boleh mengemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) di laman sesawang http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2020/08/cara-buat-permohonan-program-dermasiswa-b40-untuk-tajaan-diploma/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Daftar E Wallet Untuk Tebus Rm50 Program Epenjana Tahun 2020

Cara Daftar E Wallet Untuk Tebus Rm50 Program Epenjana Tahun 2020

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 2350 hits
Kini anda boleh mula daftar eWallet dan tebus RM50 kredit ePENJANA seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan Ikuti cara tebus RM50 disini Selepas hampir sebulan menungguh hari ini Kementerian Kewangan mengumumkan tarikh penebusan ePE...
Permohonan Dermasiswa Yayasan Perak Bagi Dalam Dan Luar Negara

Permohonan Dermasiswa Yayasan Perak Bagi Dalam Dan Luar Negara

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 761 hits
Berita baik untuk anak Perak anda boleh mohon Dermasiswa Yayasan Perak bagi setiap pelajar yang telah memasuki dan menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi sama ada bagi dalam dan luar negara Bantuan pelajaran ini adalah bertujuan...
Insentif Rawatan Tibi Selangor Irtb Cara Permohonan Irtb Rm800

Insentif Rawatan Tibi Selangor Irtb Cara Permohonan Irtb Rm800

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 508 hits
INSENTIF RAWATAN TIBI SELANGOR IRTB CARA PERMOHONAN IRTB RM800 Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Insentif Rawatan Tibi Selangor bagi membantu mereka yang menghidapi penyakit Tibi di negeri tersebut Kerajaan Negeri Selangor telah...
Lanjutan Moratorium Bantuan Bank Bersasar Cara Permohonan Semakan Kelayakan

Lanjutan Moratorium Bantuan Bank Bersasar Cara Permohonan Semakan Kelayakan

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 777 hits
LANJUTAN MORATORIUM BANTUAN BANK BERSASAR CARA PERMOHONAN SEMAKAN KELAYAKAN Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar yang lebih berfokus khusus untuk golongan yang benar benar memerlukan iaitu Pertama bagi individu yang kehilangan peke...
Permohonan Program Ipg Online Fasa 2 Program Lepasan Spm

Permohonan Program Ipg Online Fasa 2 Program Lepasan Spm

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 417 hits
Makluman bagi calon lepasan SPM yang bercita cita melanjutkan pengajian dalam bidang perguruan permohonan IPG online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan fasa kedua akan dibuka mulai 6 Julai 2020 hingga 12 Julai 2020 Kemen...
Inisiatif Grup Pelajar Sarawak Matrikulasi Cara Permohonan I Gps Matrik

Inisiatif Grup Pelajar Sarawak Matrikulasi Cara Permohonan I Gps Matrik

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 391 hits
INISIATIF GRUP PELAJAR SARAWAK MATRIKULASI CARA PERMOHONAN I GPS MATRIK SARAWAK Volunteers dengan kerjasama Sarawak Disaster Management Committee menawarkan insiatif bantuan kepada para pelajar Sarawak yang akan mendaftar ke Pusat Matrikula...
Cara Permohonan Skim Peduli Siswa Buat Pelajar Ipt Selangor

Cara Permohonan Skim Peduli Siswa Buat Pelajar Ipt Selangor

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 740 hits
Buat pelajar IPT di Selangor permohonan Peduli Siswa untuk pembiayaan pelajaran kini telah di buka Skim peduli siswa ini dijangka akan membantu anda sebagai pelajar The post appeared first on
Cara Permohonan Lanjutan Moratorium Bank Maybank Bank Cimb Public Bank Bank Rakyat Bank Islam

Cara Permohonan Lanjutan Moratorium Bank Maybank Bank Cimb Public Bank Bank Rakyat Bank Islam

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 709 hits
CARA PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM BANK MAYBANK BANK CIMB PUBLIC BANK BANK RAKYAT BANK ISLAM Sebelum mula membuat permohonan lanjutan moratorium baca tentang BANK MAYBANK Maybank menyediakan tiga pilihan mudah untuk pelanggan memohon Pakej...
Myfutureagro Permohonan Program Mobiliti Tenaga Kerja Sektor Agromakanan

Myfutureagro Permohonan Program Mobiliti Tenaga Kerja Sektor Agromakanan

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 561 hits
MyFutureAgro PERMOHONAN PROGRAM MOBILITI TENAGA KERJA SEKTOR AGROMAKANAN Programme ini bertujuan untuk memperkenalkan insentif untuk memudah cara mobiliti tenaga kerja pertanian kepada syarikat perintis bagi melatih dan mengajar tenaga kerj...
The Data Driven Approach How Cpg Brands Can Leverage Consumer Behavior For Growth

Exploring Europa Nasa S Europa Clipper Mission

Bayi Maut Dilanggar Suv Dipandu Bapa

How Does Private Equity Actually Work

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

Dbkl Siasat Insiden Penguatkuasaan Terhadap Penjaja Belon Di Jalan Tar

Pondok Abuya

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine

Insomnia

Buy Guncle Shirt Celebrating Gay Uncles With Style

Dr Jay Ong Ceo Csa Academy Dalang Sindiket Ops Sky Tipu Lebih 4 000 Penjawat Awam

Terculik Sana Tertukar Sini