Ubah Cara Lama Fahami Perpaduan Hayati Merdeka


Oleh Syed Azwan Syed Ali
KUALA LUMPUR, 10 OGOS: Rakyat Malaysia perlu mengubah pemahaman simplistik mengenai perpaduan untuk menghayati erti sebenar kemerdekaan yang dikecapi negara sejak 63 tahun lalu.
Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata ini kerana nilai perpaduan bukan hanya diterjemahkan dalam “detik persamaan” sebaiknya turut dijelmakan dalam “detik perbezaan” yang diraikan masyarakat majmuk di negara ini.
Shamsul Amri yang juga Penasihat Perpaduan kepada Kementerian Perpaduan Negara merujuk kepada detik persamaan misalnya kebersamaan ditonjolkan rakyat Malaysia ketika jaguh badminton negara, Lee Chong Wei menentang Lin Dan dari China dan usaha menangani pandemik Covid-19 atau detik perbezaan masyarakat Malaysia dalam penerimaan isu tulisan khat dan Jawi di sekolah.
“Dalam detik persamaan dan perbezaan ini kita terus berjalan kerana kita ada kesepaduan ke arah proses perpaduan.
“Kesepaduan adalah apabila rakyat Malaysia bersetuju dengan dua bentuk persetujuan iaitu untuk hidup di Malaysia ini kita semua, perlu bersetuju untuk bersetuju dan bersetuju untuk tidak bersetuju.
“Kesepaduan adalah sebahagian perpaduan. Penyatupaduan pula adalah jalan ke arah perpaduan. Inilah kefahaman baharu dan jurang yang kita kena urus,” katanya kepada Bernama dalam temu bual di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini.
Shamsul Amri, 69, yang juga Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik (Kita) UKM adalah antara individu yang terbabit dengan usaha pemulihan pascaperbalahan kaum 13 Mei 1969 yang menyaksikan pelancaran Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 bagi menyatupadukan rakyat.
Bermula dengan penglibatannya dalam persembahan muzik semasa jamuan durian (majlis mengeratkan perpaduan) di Kuala Lumpur pascainsiden 13 Mei 1969, Shamsul Amri mengabdikan diri untuk memupuk dan menyebarluaskan kefahaman masyarakat mengenai perpaduan melalui Kita.
“Saya tidak bersetuju jika ada yang mengatakan kita gagal (dalam perpaduan). Saya pro-Malaysia dan saya akan cerita pada dunia, betapa bagusnya kita. Inilah kisah Malaysia iaitu keupayaan kita untuk mempertahankan perpaduan, demokrasi dan kebebasan.
“Kita suka berperang mulut tapi kita tidak akan mengangkat parang,” kata Shamsul Amri merujuk kepada norma masyarakat Malaysia yang sering bergaduh dalam isu sensitif, tetapi tidak pernah mengambil jalan keganasan atau menumpahkan darah sepertimana berlaku di negara lain.
Beliau memberi contoh bagaimana pertukaran kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) pada Mei 2018 yang berjalan dengan lancar tanpa insiden keganasan sekalipun lebih 60 tahun BN memerintah Malaysia.
Shamsul Amri menegaskan kematangan dan kefahaman rakyat terhadap pentingnya perpaduan dan keamanan negara, menjadikan kemerdekaan yang dicapai Malaysia sejak 31 Ogos 1957 lebih bermakna.
Merujuk kepada penubuhan Kementerian Perpaduan Negara oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak Mac lalu, Shamsul Amri berkata keputusan kerajaan mengembalikan perpaduan sebagai agenda negara adalah keputusan bijak dan bertepatan pada masanya seiring perkembangan semasa.
Katanya, negara tidak pernah gagal dalam proses penyatupaduan rakyat sebaliknya pemahaman awal mengenai perpaduan haruslah diubah daripada bersifat simplistik, mekanistik dan literal semata-mata.
“Simplistik ini bersifat fizikal contohnya majlis jamuan untuk erat perpaduan. Mekanistik pula contohnya sekolah wawasan (meletakkan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan dalam satu kawasan) dan kita buat jambatan penghubung.
“Kefahaman literal pula merujuk perpaduan sebagai suatu yang padu macam batu bata, tetapi perpaduan di Malaysia bukan dalam bentuk solid tetapi fluid (berubah-ubah mengikut detik perbezaan). Bukan semuanya bersifat batu bata dan kerana itu ramai menyimpulkan belum wujudnya perpaduan,” kata Shamsul Amri.
Beliau berkata kefahaman awal mengenai perpaduan perlu berubah seiring perkembangan masyarakat di Malaysia yang turut mewarisi elemen perbezaan sejak negara merdeka daripada penjajah, sebagai contoh, sistem vernakular.
-BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/08/ubah-cara-lama-fahami-perpaduan-hayati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Bagaimana Pilih Kabinet Dapur Agar Tahan Lama

Cara Bagaimana Pilih Kabinet Dapur Agar Tahan Lama

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 1118 hits
Ruang tamu dan bilik tidur biasanya merupakan ruang untuk berehat dan bersantai Begitu juga dapur dan ruang makan yang berfungsi sebagai ruang penstoran barangan keperluan harian sama ada perkakas dapur tempat letak peti ais ruangan memasak...
Cara Simpan Santan Biar Tahan Lama

Cara Simpan Santan Biar Tahan Lama

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 515 hits
Caranya Ambil beberapa helai surat khabar dan basahkan Balut santan tu Letak dalam tempat beku Yang akan beku nanti kertas tersebut manakala santan tetap mantain segar dan tahan lama Walaupun santan tersebut beku tapi tetap segar selain tia...
Bunga Kantan Beli 6 Bulan Masih Elok Begini Cara Simpan Agar Tahan Lama Tak Kecut

Bunga Kantan Beli 6 Bulan Masih Elok Begini Cara Simpan Agar Tahan Lama Tak Kecut

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 585 hits
Bunga Kantan ni memang banyak gunanya terutamanya dalam masakan Masak Asam Pedas atau laksa jika tak ada bahan ni memang kurang padu Namun bila musim perayaan atau sebagainya ada ketikanya bahan ini susah didapati Jika ada pun saiznya sanga...
Cara Semak Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini

Cara Semak Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 285 hits
Cara Semak Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini Ramai sedar dan terlalu ramai tak sedar bahawa ada cara untuk menyemak nombor kenderaan atau saman kenderaan anda Bukan anda sahaja sahabat dan keluarga anda pasti tidak tahu caranya untuk men...
Cara Semak Atau Mohon Full Settlement Loan Cimb

Cara Semak Atau Mohon Full Settlement Loan Cimb

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 679 hits
Cara Semak Atau Mohon Full Settlement Loan CIMB Ada pelbagai persoalan bermian di minda anda bagaimana mahu membuat full settlement loan anda dengan cimb Kalau drive pergi cimb office pun ambil masa traffic jem lagi ambil no giliran lagi da...
Cara Share Kredit Digi Ke Digi Melalui Sms 2018 2019

Cara Share Kredit Digi Ke Digi Melalui Sms 2018 2019

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 391 hits
Cara Share Kredit Digi ke Digi Melalui SMS 2018 Kali ini admin nak bagi tutorial cara semak atau share kredit telco DIGI ke orang lain atau pasangan yang anda pilih Bagaimanakah cara transfer kredit digi melalui sms ke pengguna lain Sebetul...
Cara Blogsemak Naikkan Follower Instagram Tanpa Bayaran

Cara Blogsemak Naikkan Follower Instagram Tanpa Bayaran

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 279 hits
Cara Blogsemak Naikkan Follower Instagram Tanpa Bayaran Hari ini admin blogsemak nak cerita sendikit tentang cara naikkan followerdekat instagram aka IG yang ramai tak tahu Sebenarnay ada cara mudah dan senang untuk naikkan follower tanpa b...
Cara Menyemak Aras Minyak Hitam Enjin Kereta

Cara Menyemak Aras Minyak Hitam Enjin Kereta

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 1120 hits
Cara Menyemak Aras Minyak Hitam Enjin Kereta Cara mudah untuk menyemak minyak hitam atau lebih dikenal minyak enjin ini senang sahaja Pemilik kereta wajid dan perlu tahu cara menyemak atau memeriksa minyak hitam atau minyak enjin dalam kead...
Cara Semak Latar Belakang Jenayah Atau Pekerja

Cara Semak Latar Belakang Jenayah Atau Pekerja

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 1235 hits
Cara Semak Latar Belakang Jenayah Atau Pekerja Kali ini dikongsikan cara membuat semakan terutama latar belakang pekerja tentang pernah atau tidak pernah melakukan jenayah Majikan boleh menyemak latar belakang individu sama ada mereka terli...
Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening

Urban Renewal Not A Dirty Term

Makan Tengah Hari Nasi Minyak Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Time To Rethink Wildlife Crossings On Our Highways

Ferrari Terbakar Selepas Terbabas Langgar Penghadang Jalan Jurutera Dan Teman Wanitanya Selamat

Rafizi I Was Told I D Be Lifted Up In Pas But I M Not Interested

Lawat Siti Jamumall Tindakan Rakan Diselar Netizen Yang Penting Rakam Dulu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


8 Senarai Pempers Terbaik Di Malaysia Pada Tahun 2025

Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan

Faro168 Faro168 World 12 July 25 168 Casino Faro168 Top 90 By Prince

P2vvip P2vvips Com 9 2024 P2vvip 1 P2vvip Top 73 By Jermaine

Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks