Umno Mula Berang Ismail Sabri Ketepikan Kumpulan 15 Ahli Parlimen Berjaya Guling Muhyiddin


puteradaily.com
August 29, 2021 9:23 pm

Meski UMNO sudah berjaya mendakap kerusi Perdana Menteri, masih lagi kedengaran suara-suara tidak puas hati dalam parti itu terhadap Ismail Sabri Yaakob.

Paling kuat terdengar suara tidak tidak puas hati ialah berikutan tindakan Ismail Sabri mengenepikan Kumpulan 15 Ahli Parlimen UMNO yang telah berjasa besar menjatuhkan Mahiaddin Md Yasin dalam lantikan kabinet yang dibuatnya Jumaat lalu.

Daripada 15 orang itu, hanya dua diberikan jawatan iaitu Noh Omar sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Noraini Ahmad sebagai Menteri Pengajian Tinggi.

Itu pun, Noh dikatakan boleh dianggap main dua kolam kerana turut hadir dalam perjumpaan bersama Ahli-Ahli Parlimen BN di Audirorium DBKL yang diketuai Ismail Sabri selaku Timbalan Perdana Menteri ketika itu, meskipun sebelumnya telah setuju untuk menarik sokongan terhadap Mahiaddin.

Noraini pula, di sebalik meletak jawatan sebelum itu, perlantikannya didakwa lebih disebabkan kedudukannya sebagai Ketua Wanita UMNO, sayap kanan yang penting dalam parti.

Seorang lagi menteri dalam Kumpulan 15 yang lebih dulu meletak jawatan, Shamsul Anuar Nasarah, tidak pula dilantik semula sebagai menteri.

Ini berbeza dengan tuah kumpulan Ahli Parlimen UMNO yang mempertahankan Mahiaddin di mana semuanya dikekalkan jawatan menteri atau timbalan menteri yang dipegang sebelum itu.

Bahkan, Shahidan Kassim yang diketahui kuat mencemuh Presiden UMNO dan gigih mempertahankan Mahiaddin, turut diberikan “ghanimah” sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Jadi, di mana keadilannya?

Apakah mereka yang telah berjasa besar menjatuhkan Mahiaddin dan membolehkan Ismail Sabri beroleh jawatan Perdana Menteri dianggap tidak bernilai apa-apa?

Memang diakui sebahagian daripada Kumpulan 15 itu masih berdepan kes mahkamah, tetapi bagaimana dengan yang tiada apa-apa kes seperti Ahli Parlimen Jerantut dan Cameron Highlands?

Apakah mereka tidak layak diberikan apa-apa jawatan?

Apakah juga Shahidan Kassim jauh lebih baik dan berwibawa daripada kedua-dua Ahli Parlimen berkenaan di mata Ismail Sabri?

Secara kasarnya, memang ternampak tidak berhati budi tindakan Ismail Sabri mengenepikan Kumpulan 15 dan memberi kelebihan kepada Ahli Parlimen UMNO yang bukan saja tetap mempertahankan Mahiaddin, bahkan tidak menunjukkan kesetiaan kepada keputusan parti sendiri.

Lebih-lebih lagi Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan langsung diketepikan begitu saja berbanding Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu dan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man yang diberikan jawatan menteri.

Selepas ini akan nampak lekehlah Timbalan Presiden UMNO kerana tiada apa-apa jawatan dalam kerajaan.

Dalam hal ini, tidak salah bila Mohamad Hasan memberi reaksi dalam videonya yang tular – ada orang nak ‘bunuh’ saya.

Kalau Dr Radzi Jidin daripada Bersatu dan Idris Ahmad daripada Pas yang merupakan senator boleh dilantik sebagai menteri, di mana salahnya Mohamad Hasan dijadikan senator juga dan kemudian dilantik sebagai menteri?

Dengan tindak-tanduk awal yang ditunjukkan Ismail Sabri setakat ini, ada cahayakah di hujung terowong bagi Zahid Hamidi, Najib Razak dan lain-lain pemimpin UMNO yang sedang berjuang menentukan nasib masing-masing di mahkamah?

Atau cahaya yang seolah-olah kelihatan sekarang ini berikutan kuasa sudah kembali ke genggaman UMNO adalah lampu daripada kepala keretapi yang akan melanggar dan meranapkan habis mereka itu?

Sumber | SDC

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/umno-mula-berang-ismail-sabri-ketepikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ku Li Ahli Parlimen Tunggal Dari Umno Tak Sokong Ismail Sabri Sebagai Pm

Ku Li Ahli Parlimen Tunggal Dari Umno Tak Sokong Ismail Sabri Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 283 hits
MALAYSIA NOW 114 ahli Parlimen sedia mengadap Yang di Pertuan Agong hari ini dalam lima kumpulan bagi mengesahkan pilihan calon perdana menteri mereka Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleig...
Kesemua 114 Ahli Parlimen Sokong Ismail Sabri Sudah Selesai Menghadap Agong

Kesemua 114 Ahli Parlimen Sokong Ismail Sabri Sudah Selesai Menghadap Agong

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 272 hits
gerakmalaysia comby KUALA LUMPUR Seramai 114 Ahli Parlimen mewakili Barisan Nasional Perikatan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak serta bebas selesai menghadap Yang di Pertuan Agong di Istana Negara sebentar tadi Sesi terakhir menghadap Al...
Blogger Umno Balun Ahli Parlimen Yang Menyokong Ismail Pergi Sorak Sorai Balik Macam Ayam Berak Kapor

Blogger Umno Balun Ahli Parlimen Yang Menyokong Ismail Pergi Sorak Sorai Balik Macam Ayam Berak Kapor

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 152 hits
Pergi sorak sorai balik macam ayam berak kapor dakwa blogger UmnoMALAYSIA DATELINEBloger dan aktivis Umno Zaharin Mohd Yasin mendakwa para ahli Parlimen Umno yang bersorak sorai ketika mahu menaiki bas ke Istana Negara tetapi apabila mereka...
Ismail Sabri Sah Bakal Pm Ke 9 Dengan Sokongan 114 Ahli Parlimen

Ismail Sabri Sah Bakal Pm Ke 9 Dengan Sokongan 114 Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 397 hits
Dato Seri Ismail Sabri Foto AwaniSeramai 114 ahli parlimen akan dipanggil ke Istana Negara hari Kesemua ahli ahli parlimen berkenaan akan tiba dalam lima kumpulan bermula jam 10 pagi Mereka terdiri daripada ahli parlimen daripada Gabungan P...
Sokongan Kepada Ismail Sabri Bersyarat Muhyiddin

Sokongan Kepada Ismail Sabri Bersyarat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 194 hits
Ismail Sabri melambai kepada wakil media selepas menghadap Yang di Pertuan Agong di Istana Negara KUALA LUMPUR Perikatan Nasional sebulat suara bersetuju untuk mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kerajaan PN y...
Kejayaan Hari Pertama Pm Bertugas Berkongsi Jet Eksekutif Kerajaan Dengan Ramai Pemimpin Dan Ahli Parlimen Umno

Kejayaan Hari Pertama Pm Bertugas Berkongsi Jet Eksekutif Kerajaan Dengan Ramai Pemimpin Dan Ahli Parlimen Umno

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 352 hits
ADAKAH JET EKSEKUTIF PERDANA MENTERI SUDAH JADI BAS EKSPRESS Shahbudin HusinHari ini adalah hari pertama Ismail Sabri Yaakob memulakan tugasnya sebagai Perdana Menteri sejak mengangkat sumpah pada Sabtu lalu Selepas masuk ke pejabatnya pagi...
Ismail Sabri Kena Elak Bawa Umno Dicemari Rasuah Ke Dalam Kerajaan

Ismail Sabri Kena Elak Bawa Umno Dicemari Rasuah Ke Dalam Kerajaan

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 219 hits
agendadaily21 8 2021Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob wajar mengelak tajuk berita PM baru Malaysia bawa kembali UMNO yang dicemari rasuah mentadbir negara Penganalisis politik luar negara dilihat memberi persepsi negatif dan amaran awal kepada...
Umno Hopes Ismail Sabri Can Realise Party S Aspirations

Umno Hopes Ismail Sabri Can Realise Party S Aspirations

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 187 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi said his main focus would be on the party s future and hoped Ismail Sabri Yaakob would help the party achieve its aspirations PETALING JAYA Umno this evening expressed hope that incoming prime minister Isma...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kaswi Gula Melaka

Effective Networking In Business

Doa Masuk Pasar Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah

Dolar Berada Dalam Kawalan