Pn Disahkan Tolak Draf Undang2 Anti Lompat Yang Lebih Ketat


 
PN sendiri menentang cadangan PH untuk memperkenalkan undang-undang antilompat parti yang lebih ketat bagi membolehkan ahli parlimen mengosongkan kerusi sekiranya pendirian mereka bertentangan dengan whip parti masing-masing.
Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, yang menggotai jawatankuasa teknikal bagi menggubal akta berkenaan bersama dua lagi wakil PH, Gobind Singh Deo dan Hanipa Maidin pada 2022.


“Pendirian PH tindakan MP (ahli Parlimen) bertindak bertentangan keputusan whip parti di dalam dewan (dalam perkara seperti undian bajet, usul undi tidak percaya dan apa-apa RUU yang memberi kesan kepada kedudukan kerajaan) adalah dikira hilang kerusi dan pilihan raya kecil diadakan.
“Juga MP yang dipecat oleh parti kerana melanggar disiplin dan perlembagaan parti, dikira hilang kerusi.
“PN masa itu diwakili Hamzah (Zainuddin) dan Takiyuddin (Hassan). PN tidak setuju dengan cadangan PH di atas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Saifuddin berkata, disebabkan bantahan PN, Wan Junaidi Tuanku Jaafar selaku pengerusi jawatankuasa itu mengusulkan hanya cadangan yang mendapat konsensus semua parti akan diterima.
“Akhirnya keadaan bagaimana yang dikira MP hilang kerusi? Isytihar masuk parti lain. Isytihar jadi MP bebas. Isytihar sokong perdana menteri? Tidak hilang kerusi,” kata Saifuddin.
Sementara itu, Wan Junaidi memberitahu Sinar Harian bahawa ketika dia mengetuai pasukan khas, dia sudah menyelesaikan sebarang kemungkinan kelompangan menerusi draf asal penggubalan RUU berkenaan.
Bagaimanapun katanya, draf asal yang disiapkan pada April 2022 itu ditolak jemaah menteri susulan terdapat empat menteri kabinet tidak bersetuju dengan salah satu klausa disertakan.
“Klausa itu menyatakan, kalau seseorang ahli Parlimen bertukar sokongan di dalam Dewan Rakyat terhadap blok berlawanan, mereka tetap akan dikira melompat parti walaupun tidak isytihar keluar atau dipecat parti.
“Apabila draf asal ditolak barisan kabinet, saya terpaksa mengadakan semula libat urus dengan semua parti politik dan merombaknya,” jelasnya.
Wan Junaidi berkata dia telah memberi amaran mengenai kelompangan akta itu kepada jemaah menteri pada April 2022.


“Saya sendiri terlibat banyak sesi libat urus bagi membincangkan draf RUU ini bersama ahli-ahli Parlimen setiap parti, namun ketika itu whip Bersatu tidak menyokong draf asal.
“Dengan Jemaah Menteri tetap mahukan kelulusan draf RUU Anti Lompat Parti dicapai secara konsensus, saya tiada pilihan lain.
“Saya turut akur apabila satu draf baharu RUU berkenaan yang disiapkan Peguam Negara bagi menggantikan draf asal saya, akhirnya diangkat ke Dewan Rakyat,” jelasnya.
Sejak bulan lalu empat Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Anwar bagi mendapatkan peruntukan pembangunan sebanyak RM3 juta setiap tahun.
Semalam, Bersatu dilapor mendesak agar Akta Antilompat Parti dikaji semula susulan tindakan empat ahli parlimennya.
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata kajian itu perlu dibuat kerana akta tersebut ada beberapa kelemahan.
Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/686250






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/11/pn-disahkan-tolak-draf-undang2-anti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Terima Padah Tolak Peruntukan Akta Anti Lompat Parti Kata Kj

Bersatu Terima Padah Tolak Peruntukan Akta Anti Lompat Parti Kata Kj

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 171 hits
freemalaysiatoday com 10 Nov 2023 8 00pmKhairy Jamaluddin berkata Bersatu sebelum ini menolak satu peruntukan yang mengarahkan Ahli Parlimen mengosongkan kerusi jika menyokong kerajaan Khairy Jamaluddin berkata satu peruntukan dalam draf RU...
Sudah Dirancang Kelompongan Akta Anti Lompat Parti

Sudah Dirancang Kelompongan Akta Anti Lompat Parti

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 332 hits
Benarkah kelompongan anti lompat parti tidak disedari atau ia sengaja dibuat untuk situasi begini Mungkinkh mereka merasakan dengan kelompongan ini mereka dapat menukar kerajaan menjatuhkan kerajaan Mungkin Tetapi sebaliknya berlaku dan mer...
Khutbah Jumat Lebih Awal Datang Ke Masjid Untuk Shalat Jumat

Khutbah Jumat Lebih Awal Datang Ke Masjid Untuk Shalat Jumat

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 191 hits
Kita sering melihat jamaah shalat Jumat telat datang menghadiri shalat Jumat Ada yang baru persiapan ketika kumandang azan Jumat bahkan tak sedikit yang lebih telat dari itu
Syed Saddiq Lebih Berani Berbanding Pemimpin Senior

Syed Saddiq Lebih Berani Berbanding Pemimpin Senior

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 193 hits
SEMALAM seluruh negara digemparkan dengan keputusan kes Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang telah dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan didenda RM10 juta serta dikenakan dua sebatan atas kesalahan bersubahat pecah amana...
Lebih Ramai Ahli Parlimen Pembangkang Akan Sokong Pm Kata Zahid

Lebih Ramai Ahli Parlimen Pembangkang Akan Sokong Pm Kata Zahid

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 371 hits
Setakat ini empat Ahli Parlimen dari pembangkang telah menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menjangkakan lebih ramai Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional akan menyokong Perdana ...
Pemimpin Perlu Jadi Lebih Putih Daripada Putih Kata Syed Saddiq

Pemimpin Perlu Jadi Lebih Putih Daripada Putih Kata Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 125 hits
Hidir Reduan Abdul RashidMemberi bayangan berkenaan masa depan politiknya Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pemimpin yang baik di Malaysia mestilah lebih putih daripada putih Dia berkata demikian ketika sidang media selepa...
Ganjar Sebut Anak Muda Lebih Tertarik Jadi Presiden Daripada Masuk Parpol

Ganjar Sebut Anak Muda Lebih Tertarik Jadi Presiden Daripada Masuk Parpol

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 230 hits
Ganjar lebih dulu bercerita saat dirinya pernah menjadi mahasiswa dan mengikuti aktivitas demo atau aksi
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir