Bermesraan Dengan Pasangan Di Bulan Ramadhan



Soalan:
Apa hukum bercumbuan dan bermesra dengan pasangan semasa berpuasa?

Jawapan:
Kata Saiyydatina A’isyah R.anha:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُقَبِّلُ إِحْدَى نِسَائِهِ وَهُوَ صَائِمٌ
“Adalah Rasulullah S.A.W itu mencium salah seorang dari isteri baginda dalam keadaan baginda sedang berpuasa.” [Riwayat Muslim (1106)]

Di dalam riwayat yang lain, Sayyidatina A’isyah R.anha mengatakan:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُقَبِّلُ وَهُوَ صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وَهُوَ صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كَانَ أَمْلَكَ لإِرْبِهِ
“Adalah Rasulullah S.A.W itu mencium dalam keadaan berpuasa dan baginda juga bermesra-mesraan dalam keadaan berpuasa akan tetapi baginda yang paling memiliki anggotanya (menahan nafsu).” [Riwayat Abu Daud (2382)]

Berdasarkan kedua-dua hadis yang sahih di atas, dapatlah kita ketahui bahawasanya baginda Rasulullah S.A.W juga mencium dan bermesraan dengan isteri baginda.

Manakala pendapat dalam mazhab al-Imam al-Syafie adalah sebagaimana yang dikatakan oleh Imam al-Nawawi berikut: “Kami telah nyatakan bahawa mazhab kami adalah makruhnya ia (bercumbuan dan bermesraan) bagi sesiapa yang kuat syahwatnya (terangsang). Manakala tidak dimakruhkan bagi selainnya (yang mampu kawal nafsu) dan yang utamanya perbuatan ini ditinggalkan. Sekiranya seseorang yang kuat nafsunya mencium dan tidak keluar air mani maka puasanya tidak batal.”

Kata Imam Ibn al-Munzir: “(Di antara) yang memberikan kerukhsahan (kelonggaran) dalam mencium ini adalah Umar, Ibn Abbas, Abu Hurairah, A’isyah, Atha’, al-Sya’bi, al-Hasan, Ahmad, serta Ishak. Manakala Sa’ad Ibn Abi Waqqas menganggap tiada masalah untuk bermesraan dengan isteri (semasa berpuasa). Ibn Umar pula melarang hal tersebut.” [Lihat al-Majmuk Syarah al-Muhazzab, al-Nawawi (6/355)]

Seperkara yang perlu kami nyatakan, sekiranya seseorang itu bermesra-mesraan dengan isterinya pada bahagian selain faraj lalu terkeluar maninya, ataupun dia bercumbuan dan keluar air mani maka batallah puasanya. Sekiranya tidak keluar mani maka puasanya tidak batal.

Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saiduna Umar Ibn al-Khattab beliau berkata:

يَا رَسُولَ اللَّهِ صَنَعْتُ الْيَوْمَ أَمْرًا عَظِيمًا قَبَّلْتُ وَأَنَا صَائِمٌ ‏ قَالَ ‏‏أَرَأَيْتَ لَوْ مَضْمَضْتَ مِنَ الْمَاءِ وَأَنْتَ صَائِمٌ
“Wahai Rasulullah, hari ini aku telah lakukan sesuatu yang berat. Aku telah mencium dalam keadaan aku berpuasa.” Maka Rasulullah S.A.W menjawab: “Apa pendapat kamu sekiranya kamu berkumur-kumur dalam keadaan kamu sedang berpuasa?” [Riwayat Abu Daud (2385)]

Ketika mengulas hadis ini, Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: “Baginda S.A.W mengumpamakan perbuatan mencium itu dengan berkumur. Dan telah sabit bahawa jika seseorang itu berkumur lalu air sampai ke dalam rongganya maka itu membatalkan puasa. Sekiranya air tidak sampai maka ia tidak membatalkan. Begitu jugalah dengan mencium.” [Rujuk al-Majmuk Syarah al-Muhazzab, al-Nawawi (6/321)]


Hukum Persetubuhan Di Siang Hari Bulan Ramadhan

Bersama dengan pasangan di siang hari bulan Ramadhan adalah haram hukumnya. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T:

أُحِلَّ لَكُمۡ لَيۡلَةَ ٱلصِّيَامِ ٱلرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَآئِكُم
“Telah di halalkan buat kalian pada malam hari puasa itu untuk bersama dengan isteri kalian.” [Surah al-Baqarah (187)]

Cara memahami hukum berdasarkan ayat ini adalah dengan menggunakan kaedah mantuq dan juga mafhum dalam usul feqh. Mantuq bermaksud perkara yang dituturkan manakala mafhum pula bererti sesuatu yang difahami daripada ayat yang dituturkan.

Maka apabila Allah mengatakan telah halal bagi kita untuk bersama dengan isteri pada malam hari puasa maka ini merupakan mantuq (yang dituturkan). Manakala yang difahami dari ayat ini (mafhum) adalah haramnya bersama dengan isteri di siang hari bulan puasa.

Kesan Bagi Sesiapa Yang Bersetubuh Di Siang Hari Ramadhan

Sesiapa yang bersama dengan pasangannya di siang hari bulan Ramadhan, maka kesan dari perbuatan tersebut adalah:

Pertama: Puasanya batal dan wajib qadha (ganti) ke atas keduanya. Ini kerana perbuatan bersetubuh dengan isteri di siang hari bulan Ramadhan termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa. Ia berdasarkan sabda Nabi S.A.W:

وَصُمْ يَوْمًا مَكَانَهُ
“Dan berpuasalah pada hari yang lain menggantikan hari tersebut.” [Riwayat Ibn Majah (1671)]

Kedua: Sesiapa yang bersama dengan isterinya di siang hari bulan Ramadhan maka dia dikenakan kaffarah seperti berikut secara tartib (mengikut urutan):
• Membebaskan seorang hamba.
• Berpuasa dua bulan berturut-turut.
• Memberi makan kepada 60 orang miskin.

Ini adalah berdasarkan kisah seorang arab badwi yang datang menemui Rasulullah S.A.W sebagaimana yang terdapat di dalam hadis Abu Hurairah yang berikut:

أَتَى النَّبِيَّ ـ صلى الله عليه وسلم ـ رَجُلٌ فَقَالَ هَلَكْتُ ‏.‏ قَالَ ‏"‏ وَمَا أَهْلَكَكَ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ وَقَعْتُ عَلَى امْرَأَتِي فِي رَمَضَانَ ‏.‏ فَقَالَ النَّبِيُّ ـ صلى الله عليه وسلم ـ ‏"‏ أَعْتِقْ رَقَبَةً ‏"‏ ‏.‏ قَالَ لاَ أَجِدُهَا ‏.‏ قَالَ ‏"‏ صُمْ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ لاَ أُطِيقُ ‏.‏ قَالَ ‏"‏ أَطْعِمْ سِتِّينَ مِسْكِينًا ‏"‏ ‏.‏ قَالَ لاَ أَجِدُ
Seorang lelaki telah datang kepada Nabi S.A.W lalu dia mengatakan: “Aku telah binasa”. Lalu Rasulullah berkata: “Apa yang menyebabkan kamu binasa?” Maka lelaki itu menjawab: “Aku telah bersama dengan isteriku pada bulan Ramadhan”. Maka Nabi S.A.W bersabda: “Bebaskanlah seorang hamba”. Lelaki itu menjawab: “Aku tidak memilikinya”. Baginda bersabda lagi: “Puasalah selama dua bulan berturut-turut”. Lalu lelaki itu mengatakan: “Aku tidak mampu”. Kata Baginda lagi: “Berilah makan kepada 60 orang miskin”. Maka jawab lelaki itu: “Aku tidak memiliki sesuatu untuk diberi makan”. [Riwayat al-Bukhari (1936)]

Wallahua’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/bermesraan-dengan-pasangan-di-bulan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
30 Nama Bayi Bagus Dan Indah Terinspirasi Bulan Ramadhan

30 Nama Bayi Bagus Dan Indah Terinspirasi Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 395 hits
Bulan suci Ramadhan sudah di depan mata Bagi Bunda dan Ayah yang sedang menantikan kehadiran buah hati bulan penuh ampunan ini bisa lho jadi inspirasi dalam mencari nama bayi Baik untuk bayi laki laki atau perempuan terdapat nama nama indah...
Jelang Bulan Ramadhan Christy Jusung Ziarah Ke Makam Sang Ayah

Jelang Bulan Ramadhan Christy Jusung Ziarah Ke Makam Sang Ayah

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 515 hits
Sebelum menyambut bulan suci Ramadhan Christy Jusung menyempatkan waktu untuk ziarah ke makam sang ayah George Jusung
24 Jam Di Bulan Ramadhan

24 Jam Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 664 hits
Ini serial terakhir dari buku 24 Jam di Bulan Ramadhan yaitu tentang amalam di sepuluh hari terakhir Ramadhan
Pentingnya Menjaga Siklus Tidur Di Bulan Puasa Ramadhan

Pentingnya Menjaga Siklus Tidur Di Bulan Puasa Ramadhan

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 381 hits
Menjaga siklus tidur yang sehat selama Ramadan sangat penting karena sebagian besar aktivitas seseorang akan dilakukan sampai larut dan harus bangun lebih awal untuk melakukan sahur saat sebelum fajar Menyitat Gulf News tuntutan disiplin bu...
3 Keutamaan Shalat Tarawih Di Bulan Ramadhan Berdasarkan Hadits Shohih

3 Keutamaan Shalat Tarawih Di Bulan Ramadhan Berdasarkan Hadits Shohih

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 352 hits
Bulan suci Ramadhan menjadi bulan istimewa bagui umat muslim di seluruh dunia Sebab pada bulan Ramadhan tersebut setiap aktivitas yang dilakukan merupakan bagian dari ibadah Berdasarkan hitungan kalender Hijriah tanggal 1 Ramadhan jatuh pad...
Jelang Bulan Suci Ramadhan Berikut Tata Cara Mandi Wajib Sebelum Puasa Ramadhan

Jelang Bulan Suci Ramadhan Berikut Tata Cara Mandi Wajib Sebelum Puasa Ramadhan

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 597 hits
Sebelum memasuki bulan suci ramdhan ada baiknya kita kembali bersihkan diri dengan melakukan mandi wajib Berikut tata cara mandi wajib jelang puasa ramadhan hal ini agar kita semakin khusyuk dalam menjalani ibadah puasa ramadhan Mandi wajib...
11 Rancangan Menarik Di Tv Alhijrah Sempena Bulan Ramadhan

11 Rancangan Menarik Di Tv Alhijrah Sempena Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 830 hits
Kenapa umat Islam berpuasa pada bulan ramadhan Umat Islam berpuasa kerana ia adalah perintah Allah SWT sebagaimana firman Nya Wahai orang orang yang beriman Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang orang yang dahulu daripa...
15 Kesilapan Kita Di Bulan Ramadhan Nampak Simple Tapi Kita Selalu Lupa

15 Kesilapan Kita Di Bulan Ramadhan Nampak Simple Tapi Kita Selalu Lupa

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 570 hits
PERSIAPAN SEBELUM MENJELANG RAMADANMengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa 1 Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah satu kesilapan Nabi berbuka puasa hanya dengan 3 biji kurma dan air kosong kerana buka puasa bukan unt...
Wanita Bersama 7 Lelaki Belasah Pemuda Hingga Longlai Sudah Ditahan Polis

Apa Bakal Terjadi Jika Kita Kembali Ke Zaman Nokia 3310

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

Belanja Dania Suami Makan Nasi Daun Pisang Bananabro Melaka

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

Build A Strong Brand Identity Startup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Akademik Etiqa

Sardin Pertima Keluaran Bumiputera

Kaedah Penanaman Durian Yang Betul

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Imam Abu Dawud Lunakkan Hadits Seperti Nabi Daud Lunakkan Besi

Kerjaya Virtual Assistant Flexi Dan Menguntungkan Untuk Newbie Yang Nak Mula