11 Rancangan Menarik Di Tv Alhijrah Sempena Bulan Ramadhan
Kenapa umat Islam berpuasa pada bulan ramadhan? Umat Islam berpuasa kerana ia adalah perintah Allah SWT sebagaimana firman-Nya:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa."(Surah Al-Baqarah: 183)
Berpuasa bukan sahaja untuk menahan daripada kelaparan tetapi ia juga untuk mendidik nurani serta melatih rasa simpati terhadap orang yang kurang berkemampuan. Jadi, TV AlHijrah menyeru semua umat Islam terutamanya penonton setia untuk melaksanakan ibadah puasa mengikut acuan Islam melalui berkongsi ilmu dan maklumat.
"TV AlHijrah meraikan kedatangan Ramadan 1440H kali ini dengan mengangkat tema Ramadan Menyuci sebagai kempen istimewa sepanjang sebulan berpuasa." kata Pengerusi TV AlHijrah, Datuk Hussamuddin Yaacub.
"Tema ini membawa maksud yang jelas iaitu mengajak penonton membudayakan ibadat berpuasa mengikut sunnah Baginda Rasulullah SAW seperti bersederhana dalam setiap perbuatan, mengelakkan pembaziran dan lain-lain. Kita mahu semua menonton TV AlHijrah pada Ramadan kali ini beroleh manfaat serta menanam semangat dan iltizam untuk mempertingkatkan amalan hingga ke hari terakhir Ramadan seterusnya mengekalkannya sepanjang sepanjang kehidupan." tambah beliau lagi.
Gambar di atas merupakan barisan pengacara yang menjayakan kempen Ramadan Menyuci TV AlHijrah. Sebanyak 11 rancangan menarik di TV AlHijrah seperti Ihya' Ramadan, Moment Ramadan, Interaksi bersama Al-Quran, Tali Allah, Jom Taranum, Motokar Muallaf, Sentuhan Hati Dari Haramain, Kasihku, Mutiara Kasih, Senang je Masak Ni dan Ekspress Iftar yang meliputi program dokumentari, rancangan kanak-kanak, bual bicara, masakan, majalah dan kerohanian.
1. Ihya' Ramadan
Rancangan Ihya' Ramadan ini adalah rancangan musim kesembilan yang akan bual bicara tentang hukum hakam pelaksanaan ibadah puasa dan akan ditayangkan setiap hari pada pukul 5.00 petang. Pengacaranya ialah Habib Ali Zaenal Abidin dan Habib Najmuddin Othman Al-Khered.
2. Moment Ramadan
Rancangan Moment Ramadan pula adalah sebuah program yang akan ditayangkan setiap hari isnin dan selasa pada pukul 5.35 petang dan akan membincangkan tajuk-tajuk fadhilat ramadan secara interaksi dua hala bersama-sama penonton. Pengacaranya ialah Ustaz Muhammad Rozi Harun (PU Rozi).
3. Interaksi bersama Al-Quran
Manakala, Interaksi bersama Al-Quran adalah sebuah program yang akan ditayangkan setiap hari pada pukul 5.55 petang dan akan dikendalikan oleh Ustaz Fazrul Ismail yang menyiarkan kapsul-kapsul daripada surah-surah dan ayat-ayat Al-Quran pilihan untuk dijadikan panduan dalam kehidupan seharian.
4. Tali Allah
Selain itu, rancangan Tali Allah akan ditayangkan setiap hari pada pukul 4.45 petang dan Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang selaku pengacara akan mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran disusuli dengan tazkirah dan peringatan untuk seluruh umat Islam
5. Jom Taranum
Jom Taranum adalah program pertama yang akan ditayangkan di TV AlHijrah pada setiap hari isnin hingga jumaat, 10.00 malam sempena bulan ramadhan ini yang mengetengahkan pembelajaran taranum Al-Quran dengan sebutan tajwid yang betul menerusi siaran televisyen. Sesi taranum Al-Quran ini turut disertai oleh Qari dan Qariah Malaysia dalam memupuk semangat cintakan Al-Quran dan program ini akan dikendalikan oleh Ustaz Nik Azizan.
6. Motokar Muallaf
Motokar Muallaf akan dikendalikan oleh PU Amin dan Ustazah Noni yang akan ditayangkan setiap hari rabu bermula 22 Mei pada pukul 7.30 malam. Ia adalah sebuah program yang akan merungkai segala persoalan dan kekeliruan tentang Islam bersama golongan muallaf sekaligus membawa mereka ke tempat yang boleh memberi bantuan kepada mereka seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS), masjid-masjid berdekatan kelas pengajian agama dan banyak lagi. Yang menariknya, ia akan dilaksanakan secara santai di dalam kereta.
7. Sentuhan Hati Dari Haramain
Rancangan Sentuhan Hati ke Haramain ini pula tentang travelog yang dibawakan khas dari bumi Mekah dan Madinah yang akan dikendalikan oleh Ustaz Ashraf Suarin, setiap hari isnin pada pukul 7.30 malam. Saksikan beliau dalam menyampaikan cerita perjuangan Nabi Muhammad SAW serta sahabat Baginda.
8. Kasihku
Kasihku akan ditayangkan setiap hari jumaat pada pukul 7.30 malam yang akan dikendalikan oleh Naufal Hatta. Rancangan ini merupakan majalah realiti tanggungjawab sosial korporat (CSR) tajaan Lembaga Zakat Selangor (LZS) seperti membuka jalan kepada keluarga asnaf yang terpilih untuk merubah kehidupan menerusi bantuan yang akan disalurkan oleh mereka.
9. Mutiara KasihMutiara Kasih akan bermula 27 Mei, hari isnin pada pukul 6.30 petang yang akan ditayangkan tentang tajaan Zakat Pulau Pinang (MAINPP) dalam usaha memastikan zakat dapat diberi dan diterima secara efisien kepada penerima bantuan agihan zakat sekitar Penang.
10. Senang Je Masak Ni
Rancangan Senang Je Masak Ni akan ditayangkan setiap hari pada pukul 10 pagi yang akan dikendalikan oleh chef selebriti Malaysia, Chef Tarmizi Roslan. Beliau akan menggunakan produk daripada Bumi Hijau Food Industries sebagai bahan asas dalam masakan ringkas seperti Tomyam Ketam Kelapa, Ikan Keli Goreng Thai, Daging Goreng Kailan dan banyak lagi.
11. Ekspress IftarEkspress Iftar adalah kapsul makanan yang akan mengajar penonton untuk menyediakan sajian berbuka tempatan mahupun antarabangsa secara mudah, cepat dan ekspress kerana ia boleh mengurangkan masa memasak dan boleh meluangkan masa lebih bersama keluarga. Rancangan ini akan ditayangkan setiap hari pada pukul 4.55 petang. Apa yang penting, sajian-sajian sihat ini sesuai dinikmati seisi keluarga
Sumber: Oh! Media
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.terengganu11.com/2019/05/11-rancangan-menarik-di-tv-alhijrah.html