Berkongsi Hati Kecil Kita Ke Hati Kecil Si Anak


Suka sarapan pagi ringkas macam ini. 
Sambungan entry lepas SINI, selepas dia berjaya urus bukunya mengikut jadual sekolah aku memanggil lembut namanya.

Aku pegang kedua-dua lengannya, aku berkata:
"Qaiser, walaupun umi dan walid tiada di muka bumi Allah suatu hari nanti, ingat satu perkara, umi dan walid nak Qaiser belajar bersungguh-sungguh....

[Anggukan Abg Qi]

"...umi nak Qaiser tahu umi sentiasa sayangkan Qaiser sampai bila-bila😓, belajar sampai masuk universiti, kerja kuat-kuat😫😫😫..."

[Air mata: Bergenang air 😣jatuh saat dia pandang kedua mata anak aku, Abg Qi merah mata menahan sebak bila sebut satu ayat dibawah...]

"...bukan senang nak senang Qaiser, hidup ini penuh cabaran😢, bila kita seorang tiada siapa-siapa pun dapat tolong kita kecuali tahu siapa? "

[Dia membuntangkan mata padu di mata aku]

"...Allah! Ya jawapannya Allah, kalau ada orang herdik Qaiser, Qaiser cakap Qaiser tak pernah sunyi, tak pernah rasa cemburu sebab Allah ada disisi Qaiser...jangan risau dia senantiasa ada teman Qaiser tau. Jangan pernah rasa sunyi walaupun kita tak ada adik beradik, atau saudara buat-buat macam tak endahkan kita, ingat Qaiser. Bila kita ada pelajaran, kita ada ilmu, kita takkan pernah sunyi mencari rezeki kerana seronok melihat rezeki Allah beri dalam pelbagai rupa sama ada dalam bentuk ujian mahupun perasaan gembira. Janji dengan umi, Qaiser kena rajin belajar."

[Mod masih peluk perut aku, mata dia bergenang sambil angguk kali kedua tanda memahami.]

Kunci rapat-rapat hati dia dengan kata-kata seperti ini. Tahu kenapa aku wujudkan slot kunci hati kecil bersama Abg Qi?
Perlu sebenarnya...bila kita sendiri cerita apa kita rasa, esok dia meningkat alam remaja semua pengalaman dia lalui tak segan silu bercerita dengan kita minta pendapat.

Bukan senang ya, aku pernah melalui di saat aku memerlukan seseorang untuk aku ceritakan kisah aku semasa di sekolah sehingga ke alam universiti. Ya, aku tahu tak semua kawan-kawan aku sudi berkongsi cerita sebenar bahkan mak ayah pun, sebab bukan kerana aku perahsia, tapi aku selalu fikir ia menyusahkan orang lagi. Sebenarnya itu salah...lagi kau simpan, lagi kau tertekan dan mungkin tindakan kita di luar jangkauan tau.

Cuma aku di anugerahkan satu nikmat hobi ni, aku suka membaca buku motivasi. Itu sebab cara aku ni kalau aku ada masalah aku cari mentor melalui buku, aku baca dan aku relaks.

Berlainan dengan anak ya, aku bukan tak nak dia lalui macam aku, tapi aku nak si dia tahu yang dia ada sahabat baik depan mata yang senantiasa mendoakannya setiap saat, di bawah saat kalau wujud 'Ya umi doakan kamu, umi ampunkan kamu, umi berangan dengan kamu untuk jumpa di sana...akhirat, harap sangat Allah ketemukan kita, umi tak nak menangis mencari kamu di sana, maka mari kita berdoa Allah kuatkan kita di dunia dan akhirat"
Abg Qi tika waktu umurnya 3 tahun, aku bawa dia merasai dunia universiti. Disinilah kediaman penginapan aku di universiti dalam pengajian ijazah 3 tahun. Aku cerita dekat dia apa itu universiti walaupun aku tahu dia tak faham haha.
Sambil menaip ini, aku bukan dalam keadaan tertekan ye, aku dalam keadaan sifat keibuan yang sangat kaya untuk dilimpahkan. 

Bukan beerti aku tidak marah, tidak tegas dan tidak meninggikan suara padanya. Aku cuma nak dia memahami, apa ertinya perkongsian pengalaman hidup dari sejak bayi, kanak-kanak ke alam remaja nanti. 

Biar dia ceritakan, tiada rahsia diantara umi dan dia. 

Aku memandu kereta ambil dia dari sekolah, setiap kali ambil dia mudah terlena di sisi penumpang sambil memakai tali pinggang. Setiap kali itulah aku usap pipi merahnya, ternyata dia penat sekali menanggung tanggungjawab menjadi seorang pelajar. Dia buat sehabis baik untuk jadi seorang pelajar. 

Pernah sekali aku memarahinya kerana botol air yang paling cantik aku belikan pecah tak sampai sebulan pakai. Aku marah sampai dia sebak, dia diam seribu bahasa. Aku masih ada masalah untuk tangani emosi ini, aku perlu belajar untuk redha lebih lagi. Sebenarnya barang itu boleh dibeli lagi, oleh sebab aku meletakkan sesuatu barang yang cantik itu melebihi dari kurniaan Allah didepan aku...aku istigfar banyak kali...Allah...Allah jauhnya tersasar aku memarahinya...

Patutlah dia simpan botol air di sekolah 2 hari, setiap kali tanya katanya 'terlupa'. Rupanya bila dipaksa ambil dalam bilik darjah berkecai botol air tercantik aku hadiahkan untuknya...muka dia memang takut, sebab dia tahu betapa umi dia memuja botol air cantik tu sesuai di pegang olehnya.

Allah...aku takut satu. Takut dia menyimpan rahsia sebab takut aku marah.

Aku nak ubah pelan-pelan sifat ni, bukan senang...susah! Sebab aku marah bukan senang nak berhenti melainkan aku kena makan, bila lapar makin menjadi-jadi. Yang kasihannya anak lah nanti...
"Di sinilah umi saya tunggu bas nak pergi fakulti, saya dah sampai universiti, awak dah sampai universiti umi awak ke belum?" desus hati kecil Abg Qi 😜
Mujur aku cepat disedarkan oleh Allah... botol air je pun, tapi aku bukan Abg Qi hampir sebak dan merah anak matanya. Katanya botol air tu terlalu berat untuk dia pegang minum, lalu terjatuh dan pecah kerana tidak sengaja.

Allah...bila dengar penjelasannya, aku menangis. Dia tak sengaja, memang Allah uji aku untuk aku pandai urus emosi...tidak terburu-buru marah tanpa usul periksa.

Sekarang botol air kedai dua ringgit je beli, bukan tak nak beli yang berpuluh-puluh takut aku belum betul-betul kembali ke fitrah sebagusnya...untuk tenang dan redha...aku masih tempoh belajar urus emosi. 

Ya...kita kena sekali sekala jikalau boleh buatlah sebulan sekali untuk duduk berdua dengan anak dan bercakap melalui hati ke hati. Bagi dia rasa apa kita rasa, biar dia sendiri cerita apa dia rasa di sekolah, apakah dia gembira bersekolah, adakah dia seronok dengan rakan-rakan seperjuangan dan adakah dia benar-benar sihat untuk ke sekolah...kena sembang macam kawan-kawan.

Nada suara seperti pertama kali jumpa kawan baru, lembut, intonasi yang baik dan mimik muka dengan kasih sayang.

Confirm, kita pergi kat dunia ni sekali pun, pasti nama kita di sebut-sebut oleh anak dijadikan contoh kepada sesiapa pun.

Jom jadikan kita sebagai model pertama anak-anak. 
Bukan sebagai contoh bosan dan menyampah di mata anak-anak. 
Ingat, mereka setiap hari membesar, biarlah dia membesar dengan kasih sayang dan didikan disiplin yang sesuai dengan umurnya. Solat, solatlah bersama, kerana selepas solat ada satu perasaan sayang terbit antara satu sama lain Allah kurniakan pada kita. 

Aku merasainya...setiap kali melihat Abg Qi selepas solat...sejuknya hati. 
Jom! Kita kan model diorang, lets do it ! 💗

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.juliajohari.com/2019/08/berkongsi-hati-kecil-kita-ke-hati-kecil.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+WithJulia+%28With+Julia...%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Ada Nama Digelar Awek Cina Melissa Th Ng Marah Kecil Hati

Saya Ada Nama Digelar Awek Cina Melissa Th Ng Marah Kecil Hati

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 1865 hits
Gara gara digelar awek Cina berhubung gambar intim bersama bekas penyampai radio Jaa Suzuran oleh sebuah blog mengundang kemarahan penyampai radio dan model Melissa Th ng kerana menyifatkan ia sebagai tindakan yang tidak sopan BACA Menurut ...
Perjuangan Hidup Wawan Setiawan Yatim Piatu Sejak Kecil Hingga Rela Kayuh Becak Dengan Satu Kaki Demi Hidupi Anak Istri

Perjuangan Hidup Wawan Setiawan Yatim Piatu Sejak Kecil Hingga Rela Kayuh Becak Dengan Satu Kaki Demi Hidupi Anak Istri

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 364 hits
Setiap manusia pastilah memiliki kekurangan dan kelebihannya masing masing Tinggal bagaimana kita menyikapi kedua hal tersebut Wawan Setiawan mungkin adalah salah satu contoh konkritnya Walaupun ia memiliki kekurangan hal itu tak menghalang...
Panduan Lengkap Untuk Bercuti Ke Pulau Redang Bersama Anak Kecil Kanak Kanak

Panduan Lengkap Untuk Bercuti Ke Pulau Redang Bersama Anak Kecil Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 739 hits
Dimanakah tempat yang seronok untuk bercuti kat Malaysia ni Hmmm rasanya banyak sangat tempat yang seronok kan Almaklumlah negara kita ni memang dalam kategori cantik kot Sebagai salah seorang yang stay dii kawasan pantai timur sudah semest...
Jaga Rahim Sejak Anak Kecil 3 Makanan Ini Yang Disarankan Dato Dr Hamid Arshat

Jaga Rahim Sejak Anak Kecil 3 Makanan Ini Yang Disarankan Dato Dr Hamid Arshat

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 412 hits
Sebagai wanita kita sebenarnya perlu mengamalkan penjagaan kesihatan dalaman daripada awal lagi dan wajib mengamalkan penjagaan awal ini kepada anak anak perempuan walaupun mereka masih kecil Begitu juga yang disarankan oleh Dato Dr Hamid A...
Mama Adik Panaslah Makan Tempat Ada Aircond Boleh Tak Hati Hati Takut Anak Terkena Rich Kid Syndrome

Mama Adik Panaslah Makan Tempat Ada Aircond Boleh Tak Hati Hati Takut Anak Terkena Rich Kid Syndrome

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 421 hits
Tak salah nak manjakan anak tapi jangan sampai berlebih lebihan Anak kecil kita memang tak pernah tahu mengenai barangan berjenama mahal dan makan tempat mewah tapi kitalah yang didik mereka bimbang anak tak cantik atau tak selesa ketika ma...
Macam Muka Anak Patung Foto Comel Cucu Ziela Jalil Cuit Hati Netizen

Macam Muka Anak Patung Foto Comel Cucu Ziela Jalil Cuit Hati Netizen

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 447 hits
Sudah menjadi satu trend dalam kalangan ibu bapa masa kini untuk mengabadikan foto anak ketika masih bayi dengan pelbagai tema yang kreatif dan unik Begitu jugalah dengan anak kepada penerbit terkenal Datuk Ziela Jalil iaitu Dr Puteri Julia...
Kocak Cerita Teuku Wisnu Disangka Tukang Es Keliling Oleh Seorang Anak Kecil

Kocak Cerita Teuku Wisnu Disangka Tukang Es Keliling Oleh Seorang Anak Kecil

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 214 hits
Teuku Wisnu mendapat pengalaman tak terduga saat menyambangi Kota Bandung Suami Shireen Sungkar disangka sebagai tukang es keliling oleh seorang anak kecil
Jangan Sesekali Lukakan Hati Anak Lelaki Rajuknya Tak Ditunjuk Tapi Diingat Sampai Besar

Jangan Sesekali Lukakan Hati Anak Lelaki Rajuknya Tak Ditunjuk Tapi Diingat Sampai Besar

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 299 hits
Bukan satu rahsia anak lelaki sememangnya lantang aktif lasak dan sukar dijaga Sebelum anda naik darah berikut beberapa tip yang ingin Pa Ma kongsikan agar anda kekal waras ketika membesarkan mereka Artikel Menarik Sebelum mempunyai anak ki...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut