Berkesan Rawat Skin Breakout Dengan Snail Truecica


Berkesan Rawat Skin Breakout Dengan Snail Truecica daripada jenama produk Some By Mi. hi there, sekitar penghujung bulan Februari, mrs pip mengalami masalah face skin breakout. Ianya skin breakout yang agak teruk terjadi secara tiba-tiba tanpa ada sebarang tanda. Agak mengejutkan apabila muka dipenuhi jerawat pasir dan permukaan kulit terasa kasar. Rasa macam mau poke setiap jerawat. Bukan sahaja masalah acne face ni, malah blackheads juga kelihatan banyak di kulit wajah. Fuh, rasa down gila-gila sangat.

Pada waktu skin breakout terjadi tu sekitar penghujung bulan Febuari, mrs pip tak terfikir lagi untuk hentikan penggunaan skincare yang biasa digunakan kerana so far ini adalah best skincare for uneven skin tone yang sedang digunakan,  kerana mrs pip memang ada masalah kulit kusam dan tona kulit tidak sekata.
mrs pip pernah review skincare tersebut iaitu Mudahnya rutin penjagaan kulit wajah dengan BARE ESSENTIALS , produk yang dikeluarkan oleh Althea Korea. Dan fixer krim Bare Essentials ni memang paling disukai kerana membantu memperbaiki kulit wajah mrs pip sebelum ini walaupun ianya tidak 100 peratus kulit wajah kelihatan ok, tapi at least ada perubahan yang boleh dilihat pada kulit muka. 
Faktor yang menyebabkan Face Skin Breakout atau Acne Face MendadakFace skin breakout terjadi apabila folikel rambut pada kulit wajah tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Lalu ini akan menyebabkan pertumbuhan whiteheads, blackheads dan jerawat. 
Dengan ertikata yang lebih mudah, ada beberapa faktor yang menyebabkan face skin breakout yang biasa terjadi iaitu pengeluaran minyak yang berlebihan dikenali sebagai sebum, folikel rambut tersumbat oleh minyak dan sel kulit mati, bakteria dan keradangan.

Face skin breakout juga boleh terjadi disebabkan oleh perkara-perkara tertentu seperti :-

Perubahan hormon - Androgen adalah hormon yang meningkat pada lelaki dan perempuan semasa baligh dan menyebabkan kelenjar sebum membesar dan membuat sebum lebih banyak. Perubahan hormon semasa pertengahan usia, terutama pada wanita juga menyebabkan skin breakout boleh terjadi. Pengambilan ubat-ubatan tertentu - Contohnya termasuk ubat-ubatan yang mengandungi kortikosteroid, testosteron atau litium juga boleh menyebabkan kenapa skin breakout terjadi.Diet - Kajian menunjukkan bahawa memakan makanan tertentu - termasuk makanan kaya karbohidrat, seperti roti, bagel dan kerepek - boleh memburukkan lagi jerawat. Kajian lebih lanjut diperlukan untuk memeriksa apakah orang dengan jerawat akan mendapat manfaat daripada mengikuti larangan diet tertentu.Tekanan - Tekanan tidak menyebabkan skin breakout, tetapi jika anda sudah mempunyai jerawat pada asalnya, maka tekanan boleh menjadikannya lebih teruk.Penggunaan skincare yang salah - Ini juga boleh menyebabkan masalah face skin breakout apabila menggunakan skincare products yang salah atau tidak sesuai dengan jenis kulit. Mineral oil contohnya yang ditemui di dalam krim pelembap menyumbang kepada clog pores dan boleh mencetuskan kulit berjerawat

Jenis-jenis jerawat yang boleh terjadi disebabkan face skin breakout :-


Blackheads -
disebabkan oleh open plugged pores ataupun dipanggil sebagai komedo (comedo) yang terbuka di permukaan kulit. Blackheads dipenuhi dengan minyak berlebihan dan sel kulit mati. Warna hitam yang terjadi pada komedo bukanlah disebabkan oleh kotoran tetapi pantulan cahaya yang tidak teratur yang berasal dari folikel rambut yang tersumbat. 

Whiteheads - 
disebabkan oleh closed plugged pores iaitu komedo (comedo) yang tertutup rapat di permukaan kulit. Ini terjadi apabila minyak dan sel kulit menghalang folikel rambut yang tersumbat daripada terbuka. Dan dikatakan whiteheads lebih sukar untuk dihilangkan / dirawat berbanding blackheads.



Papules - 
small red tender bumps. Jerawat dalam keradangan, membentuk lebam merah dn merah jambu kecil pada kulit. Jerawat ini agak sensitif terhadap sentuhan dan sekiranya dipicit, boleh menyebabkan keradangan menjadi lebih teruk dan boleh menyebabkan parut. Dan papule mungkin boleh menjadi lebih teruk jika tidak dirawat.



Pustules - 
papules with pus at their tips. Atau dalam erti kata yang lain, jerawat dengan nanah di hujungnya. Biasanya yang mengalami jerawat batu yang teruk akan berhadapan dengan jerawat bernanah. 

Pustules juga merupakan jerawat yang mengalami keradangan. Kalau dilihat, ianya seperti whitehead dengan cincin merah sekitar benjolan dan benjolan pula ada nanah berwarna putih atau kuning. Untuk pustules, jangan sesekali memicitnya kerana ia boleh menyebabkan luka lalu kulit berbekas dan ada bintik-bintik gelap nanti.


Nodules - 
large, solid, painful lumps under skin. Nodule merupakan jerawat dengan lebam besar dan selalunya ia terasa sakit apabila disentuh. Ada yang mungkin akan hilang sebaik sahaja diletakkan ubat jerawat, namun ada juga yang perlukan rawatan daripada pakar dermatologi.




Cystic lesions - 
Painful, pus-filled lumps under the skin. Yang mengalami jerawat jenis cystic lesions ni, lebih baik dapatkan rawatan daripada pakar dermatologi. Ianya merupakan jerawat yang penuh dengan nanah dan kelihatan seperti bisul dan bentuk jerawat yang teruk.




Mild acne - 
ini dikatakan jenis jerawat ringan jika mempunyai kurang daripada 20 whiteheads / blackheads dan kurang dari 15 jerawat yang mempunyai tanda keradangan seperti papules dan pustules dan sebagainya. 



Moderate acne - 
Dikatakan anda mempunyai moderate acne kalau jerawat sekitar wajah ialah 20 - 100 whiteheads / blackheads, 15 hingga 50 keradangan jerawat berbentuk benjolan, atau 30 - 125 luka total yang disebabkan oleh jerawat seperti pustules. Jerawat seperti ini mengambil masa yang agak lama untuk pulih dan akan menjadi teruk sebelum baik sepenuhnya.

Boleh dikatakan, ketika mrs pip mengalami skin face breakout, jerawat seperti gambar di ataslah yang memenuhi seluruh kulit wajah mrs pip sehingga ke bahagian leher! Ianya rasa agak kasar, tidak selesa dan ada masanya gatal. Ianya juga kelihatan seperti whiteheads. 
Jadi boleh dikatakan , skin breakout on face yang berlaku pada mrs pip ialah jenis moderate acne.  

Ada beberapa lagi jenis jerawat yang boleh berlaku pada kulit wajah, seperti Severe Nodulocystic Acne, Acne Mechanica dan lagi teruk, jerawat bukan sahaja menyerang di muka, malah boleh ada di seluruh kulit badan seperti Acne Conglobata


Perbezaan Face Skin Breakout dan Purging Skin Acne
Untuk kulit muka breakout , mungkin korang rasa ini hanyalah masalah jerawat biasa , tetapi korang kena ketahui perbezaan face skin breakout dengan purging skin acne

Untuk masalah purging, ianya jerawat yang berlaku pada tempat yang biasa tumbuh jerawat. Misalnuya selalu sangat tumbuh jerawat di atas hidung, dan tempat itulah yang akan tumbuh jerawat setiap bulan, maka itu yang dipanggil purging skin

Dan biasanya masalah purging skin ini akan hilang dengan lebih cepat berbanding jerawat biasa. Ini biasanya jerawat datang bulan la ni kan. Ekeke. Dia datang setiap bulan sehari dua di tempat yang sama, lepas tu hilang dengan cepat

Untuk masalah Face Skin Breakout pula, ianya berlaku pada kawasan kulit muka yang tidak berjerawat, dan mengambil masa yang agak lama untuk hilang. Paling mudah untuk faham, skin breakout ni berlaku di kawasan yang sebelum ini tidak ada jerawat yang wujud, tiba-tiba sahaja jerawat muncul tanpa dijemput. Hurm


Berkesan Rawat Skin Breakout Dengan Snail Truecica , best skincare for breakouts / best acne treatment keluaran Some By Mi

Yeah, inilah 4 produk lengkap breakout skin care Snail Truecica keluaran Some By Mi yang berjawa membantu merawat masalah muka yang penh dengan jerawat pasir dan membantu buat muka nampak sangat berseri-seri. Hehe

Mengalami acne face mendadak sekitar penghujung bulan Febuari, lepas tu continue guna produk Bare Essentials, dan kelihatan sekitar bulan Mac , breakout semakin teruk jadi semua penggunaan produk dihentikan

Cuci muka pun just cuci guna air dan ditambah sedikit virgin coconut oil. Memang blur nak rawat macam mana untuk breakout teruk. Muka dah penuh jerawat kecil-kecil seperti pasir. Down jangan cakaplah. 
Mr.Husband pun perasan dan tanya apa yang jadi pada kulit wajah. Stress bila tengok cermin kulit penuh jerawat, dan blackheads naik banyak

Lepas tu bila dah stop semua skin care, ada masa tertentu memang rasa kulit a bit dry, kadang-kadang greasy. 
Dijadikan cerita, di dalam peti sejuk memang ada stock face mask A'Bloom. Ini antara face mask yang paling mrs pip suka keluaran Althea Korea juga. Ada empat jenis, tetapi mrs pip paling suka water me long (watermelon) dan sparkle me bright (lemon)

Memandangkan waktu tu memang tak guna krim pelembap, jadi mrs pip cuba pula guna face mask ni untuk lembapkan kulit, dan guna seminggu dua kali sahaja. 
Slowly sekitar bulan Mei, ada nampak sedikit surut masalah skin breakout. Tapi masalah kulit kusam, tona kulit tidak sekata dan jeragat memang makin kelihatan dengan ketara. 
Kali ni, nekad memang terpaksa tukar skincare. Kena cari produk yang boleh bantu rawat masalah acne face, dan nak cari the best skincare yang sesuai, berkesan dan juga haruslah affordable untuk dibeli
 
Then google few products yang berkaitan dengan breakout skincare. Ada banyak list yang keluar, tapi mana-mana yang harga tidak mampu milik tu terpaksa dikeluarkan daripada senarai pembelian

Kemudian ada few reviews yang mrs pip baca mengenai produk Snail Truecica keluaran Some By Mi ni mampu membantu atasi masalah kulit breakout, dan juga memperbaiki tona kulit tidak sekata. 
Lepas tu mrs pip survey pula harga Snail Truecica Some By Mi, harga satu set lengkap (saiz penuh) ialah RM185.00 dan pengeposan ke Sabah pula RM9.00


Trusted Seller untuk produk Some By Mi di Shopee yang mrs pip boleh suggestkan kat korang ialah seller IPPUNI. Korang boleh cari seller ni. Official Seller produk Some By Mi pun ada, tapi harga yang ditawarkan tak sebaik harga yang Ippuni ni bagi

Dan kedai Ippuni bagi diskaun RM7.00 dan Shopee pula bagi free shipping ketika mrs pip beli produk ni pada 17-07-2020. Jadi jumlah pembayaran hanyalah RM178.00 sahaja

Sebenarnya, mrs pip ambil masa yang agak lama untuk decide nak beli produk perawatan wajah untuk atasi masalah jerawat kerana risau nanti produk tak sesuai , lalu merugikan sahaja. Bukan murah nak beli kan. Harga boleh tahan mahal bagi mrs pip


Kulit wajah semakin baik daripada masalah acne face, skin tone tampak sekata, jeragat semakin pudar dan bebas masalah dull skin
Pasal memang tak suka nak gambar close up time skin breakout, jadi gambar yang tengah awal-awal breakout tu mrs pip tiada. Then sebulan selepas guna Snail Truecica (24.08.2020), boleh nampak breakout berkurangan, tapi skin tone masih teruk

Kemudian dalam bulan September (21.09.2020), boleh nampak kulit semakin baik, dan skin tone pun semakin sekata. Jeragat pun semakin pudar dan dull skin rasanya dah ok. 
Kiranya Snail Truecica ni bagi pendapat mrs pip, memang sangat membantu dalam mengatasi masalah face skin breakout.  Terasa happy bila tengok kulit muka ada improvement dan jerawat semakin pudar dan hilang hasil guna the best skincare for acne Snail Truecica keluaran Some By Mi

Kulit muka mrs pip memang tak pernah flawless, dan ada banyak kesan jerawat ketika remaja dulu. Tak flawless pun tak mengapa asalkan kulit bebas daripada sebarang jerawat pasir yang banyak

Selain tu, mrs pip juga mengalami masalah skin tag, dan baru juga tergerak hati untuk beli ubat atasi skin tag, still dalam delivery. Once sampai dan dah guna, nanti mrs pip share review produk skin tag tu ya, berkesan ke tak ok

Jom ketahui dan kenali lebih lanjut produk terbaik merawat bekas muka berjerawat dengan Some by Mi Snail Truecica Set
Mari kenali the best skincare for breakouts / acne yang berjaya menawan hati mrs pip , iaitu Some By Mi Snail Truecica Set. Killer product Snail Truecica ini ialah Miracle Repair Toner (bagi pendapat mrs pip). Terpulang kalau korang nak beli satu set penuh, atau nak cuba mana-mana salah satu produk range Snail Truecica

Tapi, mrs pip syorkan korang untuk cuba toner tu, just in case korang still nak stick dengan skincare favorite korang. Boleh cuba one by one product ni sebelum nak guna the whole set

Tapi macam mrs pip ni, memang nak terus guna full range product Snail Truecica since skincare Bare Essentials tu dah hampir habis stok. Why bother tak nak cuba the full set kan. Ekeke


Snail Truecica 5.5 Low pH Gel Cleanser - 
merupakan pembersih ringan dan lembut yang membantu menyembuhkan kulit yang rosak dan menguatkan penghalang kulit (strenghten the skin barrier)
Mempunyai Amino Acid Complex, Ceramide and Panthenol yang membolehkan anda mengekalkan warna kulit yang lebih lembut, mantap sambil memperbaiki keadaan kulit yang rapuh dan mewujudkan penghalang kelembapan untuk mengunci kelembapan kulit

Pencuci muka ini dikatakan mempunyai fungsi berganda untuk pemutihan dan anti-kedut. Dan mengandungi ekstrak siput hitam dan truecica. 
Pencuci muka Snail Truecica Low pH Gel ini membantu dalam pertumbuhan semula kulit untuk memperbaiki kerosakan kulit dengan kewujudan ekstrak siput hitam, manakala truecica membantu menenangkan kulit, dan menguatkan penghalang kulit, selain ianya menghilangkan cela dan parut dengan kemasan tidak melekit

Apa yang mrs pip suka mengenai cleanser ini, ianya sangat mudah untuk dibilas selepas digunakan , selain baunya yang calming. Dan tidak meninggalkan sebarang kesan merengsa atau melekit pada kulit selepas digunakan


Snail Truecica Miracle Repair Toner -Miracle repair toner ini bagi mrs pip adalah antara toner yang terbaik yang mrs pip pernah gunakan. Toner ini memberikan penghidratan segera dan melindungi kulit dari ultraviolet dan mempunyai kesan pencerahan, kesan anti-kedut

Selain itu, Snail Truecica Miracle Repair Toner ini juga memperbaiki kulit dan menyembuhkan kulit rosak dan mempunyai bahan pemutih untuk perawatan pigmentasi kulit dan menghentikan pengeluaran melanin selain menghilangkan cela dan parut dengan kemasan yang tidak melekit

mrs pip sendiri sudahpun merasai pengalaman sebenar menggunakan repair toner ini. Dan sangat berpuashati kerana masalah kulit kusam, jeragat / pigmentasi dan tona kulit tidak sekata mempunyai kesan positif berjaya diatasi. 

Selain itu, toner ni juga membantu membersihkan kulit wajah dengan lebih kemas. Basahkan kapas muka dengan miracle repair toner ini dan lap wajah guna kapas tadi dan tada! ianya berjaya membersihkan lebihan kotoran pada kulit muka


Snail Truecica Miracle Repair Serum -Kalau sebelum ini, mrs pip menggunakan serum Dear Klairs Rich Moist Soothing Serum dan serum merupakan pelembap ringan yang mampu menembusi (penetrate) ke dalam kulit wajah , maka mrs pip sangat mementingkan penggunaan serum dalam rutin penjagaan muka

Kali ini, beralih arah dengan menggunakan serum Snail Truecica pula. Miracle Repair Serum ini dikatakan meregenerasi kulit dari kerosakan, menghilangkan parut jerawat yang dalam dan memulihkan kulit dari noda gelap. Dan juga membantu pertumbuhan semula kulit untuk memperbaiki kerosakan kulit dengan Ekstrak Siput Hitam

Bagi mrs pip, serum adalah optional, tapi terpulang pada korang sama ada ingin menambah serum ke dalam rutin penjagaan kulit muka. 
Serum ini sangat cepat meresap masuk ke kulit wajah, dan tidak meninggalkan kesan lekit selepas digunakan


Snail Truecica Miracle Repair Cream -Kalau sebelum ini mrs pip menggunakan Fixer Cream Bare Essentials dalam usaha memperbaiki tona kulit, kali ini mrs pip mencuba pula Snail Truecica Miracle Repair Cream yang dikatakan boleh membantu melindungi kulit dari tekanan luar, dan sesuai digunakan pada semua jenis kulit. 
Miracle repair cream ini membantu melembut dan menghaluskan kulit, selain mampu menenangkan kulit yang rosak dan sensitif dan yeay ianya mengurangkan parut yang bermasalahh

Miracle repair cream ni agak cair, hanya sedikit sahaja diperlukan untuk dicalit ke kulit wajah. Senang untuk diserap dan tiada rasa kulit melekit-lekit ata greasy

Memandangkan ianya dikatakan membantu mengurangkan parut, mrs pip sangat bersetuju dalam hal ini kerana kesan jerawat serta bintik bintik gelap kelihatan semakin pudar pada kulit muka mrs pip. 
My Review Selepas Menggunakan Snail Truecica:
Review menggunakan the best skincare for acne atau mungkin sahaja saya bilang the best treatment product for breakout iaitu Some by Mi Snail Truecica Set - Overall performance for each product itself is so awesome. It works as per described by the brand. And I am fully satisfy with Some By Mi Snail Truecica and never regrets to bring these products to my home T_T

Dan ini bukanlah advertorial atau sponsored post, tapi hanyalah perkongsian kepada sesiapa yang mungkin dalam usaha mengatasi kulit muka berjerawat, lalu sedang mencari product for acne face / breakouts , jadi semoga review saya membantu mereka untuk mencuba produk ini

Keberkesanan produk adalah berbeza mengikut individu masing-masing memandangkan kita mempunyai gaya hidup yang berbeza dan hal lain juga perlu di ambil kira seperti umur dan kesihatan masing-masing

Sekiranya korang sedang mengalami masalah acne face dan mencari penyelesaian untuk mencari product for breakouts, mungkin korang bolehlah mencuba produk yang mrs pip kongsikan di atas dan terima kasih kerana meluangkan masa membaca artikel ini Berkesan Rawat Skin Breakout Dengan Snail Truecica

Semoga bermanfaat untuk semua

cheers


sumber:
https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/acne/ss/slideshow-acne-dictionary
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/acne/symptoms-causes/syc-20368047
https://www.cosmopolitan.com/style-beauty/beauty/a32686/surprising-things-that-cause-acne/https://shopippuni.com/products/some-by-mi-snail-truecica-miracle-repair-set?variant=31414780035174

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mrspip.com/2020/09/review-berkesan-rawat-skin-breakout-dengan-snail-truecica-some-by-mi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5925 200 Katil Standby Rawat Pesakit Covid 19 Harian Metro 15 09 2020

5925 200 Katil Standby Rawat Pesakit Covid 19 Harian Metro 15 09 2020

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 309 hits
Kuala Lumpur Hospital Kuala Lumpur memperuntukkan 200 katil untuk keperluan pesakit Covid 19 meskipun sudah dua bulan tidak menerima pesakit wabak itu Pengarahnya Datuk Dr Heric Coray berkata sebelum ini ketika waktu punca HKL merawat 700 p...
Petua Tradisional Orang Cina Rawat Kanser Dengan Buah Labu Kayu

Petua Tradisional Orang Cina Rawat Kanser Dengan Buah Labu Kayu

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 2308 hits
Petua Tradisional Orang Cina Rawat Kanser Dengan Buah Labu Kayu Pokok Labu KayuBuah Labu Kayu atau nama lainnya buah maja Buah ini adalah buah yang banyak kegunaan dan khasiatnya Cuma kita sahaja tak tahu Orang Cina memang menggunakan buah ...
Ayah Penusuk Syeikh Ali Jaber Pastikan Anaknya Pasien Rsj Lampung Sekarang Rawat Jalan

Ayah Penusuk Syeikh Ali Jaber Pastikan Anaknya Pasien Rsj Lampung Sekarang Rawat Jalan

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 305 hits
Orangtua pelaku penusuk Syekh Ali Jaber sebut sang putra pernah mendapat perawatan di Rumah Sakit Jiwa Lampung Pendakwah kondang Syekh Ali Jaber mendapat luka tusukan saat memberikan ceramah di Masjid Falahuddin Kelurahan Sukajawa Kecamatan...
Fakta Atau Auta Rawat Selulit Guna Essential Oil

Fakta Atau Auta Rawat Selulit Guna Essential Oil

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 342 hits
Assalammualaikum Selulit ataupun stretch mark merupakan sesuatu yang biasa berlaku kepada lelaki dan juga perempuan Walaupun perkara ini tidak selalu diperkatakan di khalayak umum Stretch mark bukanlah sesuatu yang memalukan Jika anda mempu...
Tak Lagi Bekerja Demi Rawat Istri Tercinta Koestomo Si Tukang Sepatu Saya Akan Terus Merawatnya

Tak Lagi Bekerja Demi Rawat Istri Tercinta Koestomo Si Tukang Sepatu Saya Akan Terus Merawatnya

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 205 hits
Koestomo warga Dusun Bandung Krajan Desa Bandung Kecamatan Diwek Kabupaten Jombang Jawa Timur tak tahu harus berbuat apalagi untuk kesembuhan anak dan istrinya Sebab berbagai upaya pengobatan selama ini sudah ia lakukan Namun istri dan anak...
Rupanya Ini Kaedah Semula Jadi Rawat Chickenpox Boleh Dicuba Di Rumah Bahan Bahan Pun Tak Mahal

Rupanya Ini Kaedah Semula Jadi Rawat Chickenpox Boleh Dicuba Di Rumah Bahan Bahan Pun Tak Mahal

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 257 hits
Kalau kena chickenpox atau cacar air mesti rasa tak selesa kan Jangan risau ada kaedah semula jadi sebagai rawatan cacar air yang boleh dicuba di rumah Rawatan cacar air Merupakan jangkitan biasa yang berlaku dalam kalangan kanak kanak dise...
Bersihkan Kesan Tompok Air Tumpah Pada Sofa Dengan Air Panas Mudah Berkesan

Bersihkan Kesan Tompok Air Tumpah Pada Sofa Dengan Air Panas Mudah Berkesan

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 596 hits
Biasa ada anak kecil di rumah nak menghias lebih lebih susah sikit Bukan apa anak tengah melasak jadi apa saja kemungkinan boleh berlaku Itu belum lagi kejadian air atau makanan tumpah di lantai atas meja atau sofa Semua tu ibarat dah lali ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord