Berjaga Jaga Ketika Memberi Kejujuran
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum wbt
BERJAGA-JAGA KETIKA MEMBERI KEJUJURAN.Besikap jujur itu bagus.Disenangi ramai orang.Mudah juga didekati orang.Ada orang mudah jujur.Ada orang menyembunyikan kejujurannya.Ada orang senang dengan kejujuran dan ada juga yang sangat benci pada kejujuran.Untuk lakukan kejujuran menjadi ringan pada sesetengah orang dan menjadi sangat beban bagi sesetengah orang yang lainnya.Ya,begitulah kehidupan
[ke.ju.ju.ran] | کجوجورن
Definisi : sifat jujur; kelurusan hati; ketulusan hati
RUJUKAN
Jika dengan kejujuran menambahbaik keadaan maka jujurlah.Jika dengan kejujuran itu membuat keadaan yang awalnya baik setelah jujur berlaku sebaliknya maka tidak perlulah.Tidak jujur bukan bererti berbohong.Kecuali memang sentiasa memilih untuk berbohong sama ada bersebab atau tanpa sebab
Setiap orang ada alasan tersendiri mahu memberi kejujuran atau tidak memberi kejujuran.Pasti ada sebab dan yang mana satu menjadi pilihan itu cuma diri dengiri dan Allah SWT sahaja yang mengetahui.Setiap satu yang diambil sebagai pilihan juga ada niat disebaliknya.Bersikap jujur itu bagus.Tidak dinafikan namun begitu dalam memberi dan menyampaikan kejujuran itu mesti sentiasa berjaga-jaga juga
Kita mesti sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT dan sesama manusia.Namun begitu sediakan sedikit ruang pada diri kita untuk berasa curiga pada sesiapa sahaja sebagai persediaan dan tidak terlalu percaya atau selesa tetapi janganlah keterlaluan.Supaya bila terkena sakitnya tidak keterlaluan parahnya.Anggap sebagai langkah berjaga-jaga juga sebenarnya ya.Segala kemungkinan boleh berlaku sedetik waktu.
KREDIT
Kejujuran boleh sahaja memberi impak baik dan boleh jadi juga sebaliknya.Memberi impak kurang baik juga.Pada diri sendiri dan orang lain.Setiap apa yang dikongsi andai diambil daripada sudut baik maka baiklah jadinya.Kebaikkan itu menyebar kepada orang lain dan kembali juga kepada kita.Tetapi kalau diambil dan dimanipulasi oleh manusia yang kelabu hatinya boleh huru-hara juga alam semesta.Kejujuran kita boleh sahaja membuka banyak ruang kepada orang lain terutamanya orang yang suka ambil kesempatan atas keujuran kita dan orang lain.Berhati-hati juga dengan kejujuran jangan sampai ianya menyusahkan,menyakiti dan membebani orang lain dalam waktu yang sama.
Sekian.
Semua menjadi indah pada waktunya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://perducinta.blogspot.com/2020/06/berjaga-jaga-ketika-memberi-kejujuran.html