Najib Jawab Dr M Seluruh Reban Diberi Kepada Kroni Ketika Zaman Anda


Najib Razak menjawab cabaran Dr Mahathir Mohamad dengan menyenaraikan apa yang menurutnya kontrak kerajaan kepada anak-anak dan kroninya, ketika anggota Parlimen Langkawi itu menjadi perdana menteri.
Najib antara lain menyasarkan perniagaan dua anak Mahathir, Mirzan dan Mokhzani, serta taikun Vincent Tan.
“Jangan cakap tentang mencuri atau memulangkan kembali ayam. Di bawah anda, seluruh reban diserahkan kepada kroni untuk disembelih,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Beliau merujuk kenyataan Mahathir sebelum ini yang menyifatkan persetujuan untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Riza Aziz dalam kes pengubahan wang haram melibatkan dana AS$248 juta (RM1.25 bilion) yang dikaitkan dengan 1MDB sebagai “curi 11 ekor ayam bagi balik seekor”.
Sebagai sebahagian daripada persetujuan itu, Riza perlu menyerahkan aset yang dianggarkan bernilai AS$108 juta (RM416.6 juta).
Najib bidas analogi ’11 ekor ayam’ Mahathir
Najib berkata, bertentangan dengan dakwaan Mahathir bahawa anak-anaknya tidak menjalankan perniagaan di Malaysia sehinggalah peletakan jawatannya sebagai perdana menteri keempat pada 2003, Mirzan membina Konsortium Perkapalan pada tahun 1990-an.
Katanya, konsortium itu akhirnya memerlukan ‘bail out’ berjumlah AS$220 juta daripada Malaysian International Shipping Corporation (MISC) ketika krisis kewangan 1998 melanda. Pemegang saham terbesar MISC adalah Petronas.
“Bukankah MISC dan Petronas melaporkan kepada anda selaku perdana menteri pada masa itu?” soal Najib.
Katanya lagi, pada 1997 pula, anak keempat Mahathir iaitu Mokhzani membeli pegangan dalam Hospital Pantai Group daripada Tan untuk menjadi pemegang saham terbesar.
Beliau mendakwa syarikat itu kemudian mendapat konsesi Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) serta kontrak pembekalan untuk hospital kerajaan.
Katanya lagi, syarikat Mokhzani, Kencana Group turut memenangi lesen fabrikasi struktur cari gali di lautan daripada Petronas pada 2002.
Beliau juga berkata syarikat Mukhriz Opcom diberi kontrak RM214 juta daripada Telekom Malaysia menerusi rundingan terus selepas arahan daripada Kementerian Kewangan.
Untuk rekod, Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri keempat pada 31 Oktober 2003 tetapi penganugerahan kontrak itu bertarikh 7 Oktober. Mahathir juga menteri kewangan pada masa itu.
Najib juga mendakwa kerajaan memberikan konsesi 20 tahun untuk pertaruhan sukan dan bola sepak kepada sebuah syarikat milik Tan tanpa tender atau kelulusan kabinet, beberapa bulan sebelum meletakkan jawatannya.
Selepas PH menjadi kerajaan, Najib mendakwa kerajaan “mempercepat” Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara di bana Opcom turut terlibat.
Saham syarikat itu melonjak selepas pengumuman tersebut, katanya lagi.
Dalam responsnya terhadap kenyataan Mahathir, Najib juga melampirkan apa yang menurutnya surat Kementerian Kewangan yang mengarahkan Telekom Malaysia memberikan kontrak berjumlah RM214 juta kepada Opcom.
Dalam blognya hari ini, Mahathir menegaskan kritikannya terhadap persetujuan antara pendakwaan dengan Riza dalam kes pengubahan wang haram itu.
“Ia seperti curi 10 ekor ayam. Anda patut pulangkan 10. Jika anda sudah makan sembilan ekor atau jual kepada orang lain, ia tidak diambil kira.
“10 ekor ayam perlu dipulangkan kepada pemiliknya. Beri balik satu masih bermakna pemilik hilang sembilan,” katanya lagi.
Beliau juga mencabar Najib untuk mengemukakan bukti dokumen berkenaan kontrak kerajaan yang diberikan kepada anak-anaknya, seperti bukti dokumen mengaitkan Najib dengan skandal 1MDB.
“Sila jelaskan urusniaga (sweetheart deal) melibatkan korni PM7 (perdana menteri ketujuh). Adakah Riza yang beli atau anak saya yang beli? Dan siapa kroni (yang dimaksudkan)?” soal Mahathir – Mkini
The post Najib jawab Dr M: Seluruh reban diberi kepada kroni ketika zaman anda appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/23/najib-jawab-dr-m-seluruh-reban-diberi-kepada-kroni-ketika-zaman-anda/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=najib-jawab-dr-m-seluruh-reban-diberi-kepada-kroni

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas 3 Jam Diberi Susu Tidur Bayi 3 Bulan Meninggal Ketika Tidur Di Rumah Pengasuh

Selepas 3 Jam Diberi Susu Tidur Bayi 3 Bulan Meninggal Ketika Tidur Di Rumah Pengasuh

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 341 hits
Luluh hati ibu bapa bayi lelaki berusia tiga bulan apabila mendapat panggilan daripada pengasuh yang menyatakan bayinya tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia Dalam kejadian kira kira jam 3 petang mangsa didapati tidak sedarka...
Kenyataan Najib Wayang Anwar Anak Kroni Mahathir

Kenyataan Najib Wayang Anwar Anak Kroni Mahathir

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 372 hits
Dalam era internet ini kita musykhil apabila Dr Mahathir masih mahu menafikan kroni kroni dan anak anak beliau mendapat sebarang kontrak kerajaan semasa beliau menjadi PM Hanya dengan google search saja kita boleh baca berita kompilasi dan ...
Ada Kemungkinan Buku Hina Jata Negara Dilulus Ketika Zaman Ph Abata

Ada Kemungkinan Buku Hina Jata Negara Dilulus Ketika Zaman Ph Abata

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 473 hits
PETALING JAYA Penerbitan buku Rebirth Reformasi Resistance And Hope In New Malaysia yang menggunakan logo mirip jata negara yang diubahsuai dipercayai diluluskan ketika pentadbiran Pakatan Harapan Pengerusi Aktivis Belia Tanah Air Adnan Abu...
Solat Jamak Ketika Pulang Ke Kampung

Solat Jamak Ketika Pulang Ke Kampung

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 348 hits
SOALAN Boleh dikatakan ramai antara kita berkerja di Kuala Lumpur dan ingin balik setiap minggu untuk berjumpa dengan keluarga di Melaka Jadi adakah kita boleh jamak dan qosor solat kita JAWAPAN Dalam perjalanan datang ke Melaka dan perjala...
Tawau Wanita Maut Dibaham Buaya Ketika Mandi Sungai

Tawau Wanita Maut Dibaham Buaya Ketika Mandi Sungai

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 365 hits
Seorang wanita yang berusia sekitar 50 an maut dibaham buaya di Sungai Tuda Kalabakan Tawau pada Khamis Sebelum kejadian kira kira jam 10 50 pagi mangsa Nurhayati Talib dikatakan sedang mandi sungai sebelum diserang reptilia ganas tersebut ...
Jiran Marah Pasangan Terlalu Bising Ketika Seks

Jiran Marah Pasangan Terlalu Bising Ketika Seks

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 496 hits
Sepasang kekasih dari Adelaide Australia didakwa mengganggu ketenteraman awam kerana kerap membuat bising terutama ketika berasmara hingga menimbulkan kemarahan jiran yang kemudiannya membuat laporan polis Gambar hiasan Kediaman Jessica Ang...
Surah Apa Yang Perlu Dibaca Ketika Ziarah Kubur

Surah Apa Yang Perlu Dibaca Ketika Ziarah Kubur

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 477 hits
Ketika kita ziarahi kubur apakah surah yang kita perlu dibaca Adakah memadai kalau saya membaca surah al fatehah sahaja Surah Apa Yang Perlu Dibaca Ketika Ziarah Kubur Credit Pic JAWAPAN Surah Apa Yang Perlu Dibaca Ketika Ziarah Kubur Ketik...
4 Alasan Kenapa Kamu Bakal Jadi Orang Hebat Ketika Bisa Survive Dari Pandemi Melelahkan Ini

4 Alasan Kenapa Kamu Bakal Jadi Orang Hebat Ketika Bisa Survive Dari Pandemi Melelahkan Ini

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 263 hits
Bersedih terpuruk dan berduka itu sewajarnya Begitupun juga dengan bahagia Hidup harus selalu selaras dan penuh bersyukur meski di tengah pandemi
Cara Halau Nyamuk Ketika Berkebun

Cara Halau Nyamuk Ketika Berkebun

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 492 hits
Lama juga lah ana tak jengok kebun belakang rumah sejak dua menjak ni hujan petang petang Rumput pun mula lah naik Dah lama tak merumput Selalu ana turun belakang rumah ni dalam pukul 6 petang musim hujan hujan ni apa lagi nyamuk banyak pul...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan

Kami Brunch Di Kolumpo Kopitiam

Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini